Keluhan anak seorang mama blogger

Pagi tadi masa blogwalking , ternampak gambar Along kat blog syahirul.com. Gambar sipi-sipi pun boleh kenal !   Itu pun sebab dia cakap majlis minggu suai kenal pelajar baru.  Mestilah kenal, baju tu yang saya basuh , sidai dan lipat.

“Along…gambar Along ada kat blog kawan mama.  Kawan mama nak jumpa Along nanti…”

“Alamak..ni yang susah ada mama blogger.”

Petang tadi pula Angah telefon dari asrama.  Minta izin nak beli mp3.   Sebelum cakap ya atau tidak mesti siasat itu ini begitu begini, kan.   Kat MRSM tak boleh bawa mp4 tapi boleh bawa mp3.  Mengenangkan hadiah PMR dia belum dibeli lagi, mungkin ada peluanglah dia nak dapat mp3.

Sambil bercakap di telefon, saya tweet .   Tak sampai 1 minit , Ayie yang balas.

“Angah… harga dia rm 100 lebih kot, mama dah tweet.”

“Mama nie…. tiba-tiba Angah lak yang femes.”

Uik… apa kena mengena dia pula yang femes?

Intan lukis waktu dalam kereta perjalanan ke KLIA hantar Encik Suami. Dia lukis atas kertas 2 inci x 2 inci, resit beli barang dari supermarket.

Saiz sebenar sebesar tapak tangan saja.

©kujie – hujan yang lembut menitis , hati jadi sayu……..rindu mengebu-gebu

Chrisye “Selamat Jalan Kekasih”

resah rintik hujan
yang tak henti menemani
sunyinya malam ini
sejak dirimu jauh dari pelukan

selamat jalan kekasih
dan genggamlah angan-angan
jangan takut tuk melangkah
demi masa depan
dan segala kemungkinan

jangan kau risaukan
yang hadir dalam pelukku
harusnya kau mengerti
sungguh besar artimu bagi hidupku

selamat jalan kekasih
kejarlah cita-cita
dan jangan ragu tuk melangkah
suatu hari nanti kita kan bersama lagi
bersama lagi .. bersama lagi
kita berdua

64 Replies to “Keluhan anak seorang mama blogger”

  1. Baru tahu Angah masuk MRSM.. Tahniah Angah!! lambatnya neeza ni kan Kak Jie..

    cantik lukisan Intan! ada bakat jadi pelukis 😉

  2. Kak Jie memang hebat la . Boleh je detect anaknya . Memang ibu yang hebat ! 🙂

    Gambar yang Intan lukis tu comel sangat . Dia memang minat melukis ke ?

  3. zaman maza dolu2, dapat radio besaq kedabaq pun dah wokey.. tak yah berebut dengan emak.. heheheh

    Psst: maza was Nevergo Boarding School..

    1. aduahiii.. sebenarnya komen di atas itu komen maza, sekali terlupa nak isi ruang kosong yg itu la.. huhuhuhu

      :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  4. heh mesti dia rasa tak de privasi lepas ni.. kesian dia haha :mrgreen: apa pun macam mana kak jie boleh cam ek walhal baru tengok tangan+baju sket

    hebat 😛

    1. dah tau majlis suaikenal kliuc, dan along pun ada kt situ..so kak jie jegilkan mata cari …mcm cari anak hilang..hehe

    1. pantas masa berlalu
      syukur juga kita pun tak ketinggalan
      kalau tidak, susah nak kejar anak2 zaman skrg ni

      p/s tak sedih2 aih…hari ni dpt sembang dgn cik abg
      internet susah kt tmpt skrg ni ( camp 7 )
      dulu camp 1 ade wifi, tapi camp 7 ni tempat atas bukit, dia org nk buat terowong… broadband pun susah nk dpt line

  5. mp3 boleh..mp4 xleh..huhuhu pelik2 rules zaman skang…
    hurm mp3 skang nie..sangat2 murah dah..bukan cam dulu…harga drop abis…
    Jom terjah post menarik dari Sir Marcello ..Mari Mengepos MotorMy Profile

  6. comel gambar intan lukis kak jie 😉

    kalau tengok sekali imbas macam keluarga kacang pon ada .. hehehe

    teringat pulak zqah kat kartun kacang kat tv1 dulu 🙂
    Jom terjah post menarik dari zqah ..Lucky Draw by Rina !!My Profile

    1. iyelah kan…simple je
      lukisan anak2 yg dia org conteng saja main2 pun kak jie boleh simpan ..bertahun2..heheh

      mak sentimentel sungguh

    1. idea yg baik tu cikgu
      mcm tau je skrg ni berkira2 letak header

      lukisan dia masa umur 3-4 thn pun kak jie masih simpan

    1. kak jie yg tatau benda2 gini
      bila anak minta, kena buat edisi siasat dulu
      baru boleh bagi keputusan

      nasib baik boleh tweet 😆

    1. a-z tu…dari kisah semua anak sampai kisah bapa anak juga ye
      cuma tak de la direct mcm org lain
      veteran2 ni cara dia lain sikit
      kena kuasa gaban tahap ke 7 baru leh faham 😆

Comments are closed.