Patut ke beli benda ni untuk anak-anak?

” Angah nak laptop dgn tablet” – sms selepas dapat result PMR

Kuasa veto seorang ibu : Tak boleh!

Tablet?

Eh..apa tu tablet ? Macam ubat je. Saya ajak Encik Google search image. Lor..benda apa tu. Ketinggalan sungguh – jangan kata lebih dulu makan garam!

Kemudian saya check tag harga di mudah.com.   Terjumpalah G-Pen Drawing Tablet harga dalam linkungan RM 150.

drawing pen Patut ke beli benda ni untuk anak anak?

Apa benda sebenarnya tablet ni ye…sebab ada yang harga rm 1500-3000.

Waktu bersembang dengan encik suami di skype – tertanya-tanya juga macam mana anak-anak kami suka melukis. Kami berdua ini orang lidi pun lukis tak pandai.

lukisan intan 344x250 Patut ke beli benda ni untuk anak anak?

Lukisan Intan – ” mama , nanti letak dalam blog tau “

dsc02595 300x225 Patut ke beli benda ni untuk anak anak?

Kucing ke singa tu , Intan?

What happened to Mickey by amifiq Patut ke beli benda ni untuk anak anak?

Komik Angah dan koleksinya di amifiq.deviantart

Never,ever read this comic ↑ if you
*Under 15 (It’s rated 15 SG)
*Are a Mickey Mouse Fan

 

©Kujie – patut ke beli anak-anak benda ni?  Perlu ke anak berumur 10-15 tahun benda-benda macam ni?

Post Lain Yang Berkaitan

60 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.12.27 11:31, chokilala menulis:

    owh. saya pun xtahu benda ni sebetulnya harga berapa. beli je la yang murah tu kak jie. asalkan ada. hehe

    biasa orang guna untuk lukis. macam peng-illustrator ke. saya pun orang lidi je paling tere :lol:
    chokilala´s last blog ..Tutorial Upgrade Post Editor Baru Untuk Blogspot My ComLuv Profile

    • Pada 2009.12.27 11:33, Kujie menulis:

      @chokilala, macam mana dia tau semua benda2 ni ye…ayooo..mak rasa tercabar
      anak lebih tau
      tak nak mengalah….dating dengan encik google… :lol:

      • Pada 2009.12.27 11:35, mrkay menulis:

        tablet tu biasa designer pakai utk design. Lebih mudah untuk illustrator/kartunis nak melukis terus ke dalam komputer. kalau angah ada bakat, saya rasa tak rugi kalau kak jie belikan untuk dia. boleh asah bakat dia. mana tau boleh jadi macam Datuk Lat ke. ;-)

        • Pada 2009.12.27 11:38, sobirin menulis:

          barang2 mahal bg budak2 xleh nk arap sngt…
          kalao empunya xcemerkap pon,
          ad y lebih teliti…
          tunggu mase nk curi..
          hilang sakit o..
          juz my opinion ;p

          • Pada 2009.12.27 11:40, Kujie menulis:

            @mrkay, yang rm 150 tu apa, drawing pen
            apa pula beza dgn tablet pc yang harga ribu riban tu

            p/s – tgh shopping online hadiah dia le ni

            • Pada 2009.12.27 11:45, rol menulis:

              Berbakat sungguh anak Akak, tahniah. Semoga bakat Intan yang ada dapat dikembangkan.

              Sekadar cadangan, elok kalau Intan juga menyumbang duitnya sendiri mengikut kemampuannya untuk membeli tablet, agar Intan dapat menghargai dan memahami nilai sesuatu yang semahal ini.

              Allah dan Rasul lebih tahu, dan saya seorang anak pun tak ada.

              • Pada 2009.12.27 11:46, Kujie menulis:

                @sobirin, so…

                ada cadangan nak beli hadiah apa?

                • Pada 2009.12.27 11:48, Kujie menulis:

                  @rol, dia dah kumpul duit jual paper lama dengan jual tin2 aluminium
                  nak juga pendapat tentang harga benda2 ni sebab Kak Jie sendiri tak pernah tahu – tablet tu apa

                  • Pada 2009.12.27 11:54, Neeza menulis:

                    since harga tak mahal sangat… beli je lah kot hehee… neeza pun first time dengar tablet ni.. :D
                    Neeza´s last blog ..Knowledge is to be shared :) My ComLuv Profile

                    • Pada 2009.12.27 12:04, maza menulis:

                      kalau ada duit, dan kemampuan tak salah belikan….

                      sbb boleh stimulate fikiran anak2.. dan kencederungan yg menjadi minat dan hobi yg bermunafaat..

                      mana tau, boleh bikin RM lepas nie.hehehehe

                      (psst: sejak akhir2 ini asyik terkenangkan note RM jerk ni.. huhuhu)

                      • Pada 2009.12.27 12:05, Dr House menulis:

                        Rasanya HP ada keluarkan Laptop tablet, boleh jadi laptop, boleh jadi tablet sebab monitor boleh pusing2. LCD dia boleh pusing-pusing. Harga bawah RM3000 cuma pakai CPU AMD la.
                        Dr House´s last blog ..10 maut, 2 cedera kemalangan bas My ComLuv Profile

                        • Pada 2009.12.27 12:08, Kujie menulis:

                          @Dr House, ooo..tu macam utk pro je
                          utk anak2 10-15 tahun, apa yg ada sebagai pilihan

                          • Pada 2009.12.27 12:10, Kujie menulis:

                            @maza, orang lain sibuk shopping ‘back to scholl’ :lol:

                            semua persediaan anak2 dah buat 3-4 bulan lepas, jadi tak sesak sgtlah

                            dah dia capai keputusan yg cemerlang dari 1A jadi 7A, rasanya nak juga hargai minat dia

                            Angah ni mmg suka melukis…. dendiam je dia dlm bilik

                            selagi tak abaikan pelajaran…. bukan masalah kot….

                            • Pada 2009.12.27 12:11, Kujie menulis:

                              @Neeza, samalah neeza

                              kak jie tanya dia, table tu apa – dia terus bukan new window…taip keyword ‘tablet’ cari kat image

                              hehehe…

                              • Pada 2009.12.27 12:11, rol menulis:

                                @Kak Kujie, tablet ni dah lama digunakan oleh artis media digital. Dulu harganya mahal tapi sekarang dah murah. Tak pakai tablet untuk melukis pun boleh… tapi seksa nak select garisan/stroke guna Photoshop. Tablet amat memudahkan kerja melukis.

                                Tablet juga boleh digunakan dengan OneNote untuk ‘tulis’ nota digital. Bukan sekadar untuk melukis.

                                Entri ini mengingatkan saya pada cerita sepupu saya yang semasa zaman 80an dulu minta dibelikan sebuah mesin kerana ghairah untuk menulis. Cerita lebih sama, zaman dan benda yang lain. Encik Google belum lahir masa tu.
                                rol´s last blog ..Back to the study desk My ComLuv Profile

                                • Pada 2009.12.27 12:19, zany menulis:

                                  permintaan anak sekarang mahal2, serba salah mak bapa nak tunaikan. Lainlah kalau duit melimpah2.
                                  zany´s last blog ..Tak Sudah-Sudah My ComLuv Profile

                                  • Pada 2009.12.27 12:20, denaihati menulis:

                                    Saya ada sebuah laptop Dell untuk dikongsikan oleh semua anak-anak. Zaman dah berubah anak-anak perlukan sekiranya ibubapa mampu. Laptop bukan sekadar untuk surfing tetapi juga boleh guna tutorial online. Saya pasti tahu bila anak2 saya buat tutorial online kerana setiap result akan outomatik terSMS ke hp saya dan maknanya saya juga tahu kalau diorg tak buat kerja walaupun saya ada beribu KM daripada mereka.

                                    Saya cadangkan kak jie belikan laptop khas untuk anak2 untuk dikongsikan bersama-sama.
                                    denaihati´s last blog ..Hadiah untuk PENGUNJUNG ke 77,777 My ComLuv Profile

                                    • Pada 2009.12.27 12:20, Kujie menulis:

                                      @rol, terimakasih…terimakasih

                                      Kak Jie dah melawat blog rol – memang komen ini dari orang yang layak :lol:

                                      • Pada 2009.12.27 12:22, Kujie menulis:

                                        @zany, kita dulu pandai main pondok2 bawah rumah , tak pun main congkak atas tanah… :lol:

                                        • Pada 2009.12.27 12:38, Eriyza menulis:

                                          Alamak, cheq puntau tablet tuh pil, tatau plak
                                          ada benda lain pun nama tablet. Huhuhu!!! :oops:

                                          Intan, nak berkenalan bleh tak?? :mrgreen:
                                          Eriyza´s last blog ..Buat Gambar Animasi Dengan Picasion My ComLuv Profile

                                          • Pada 2009.12.27 12:41, Kujie menulis:

                                            @denaihati, tablet ini hanya hobi saja – perlu tak beli hadiah tu?

                                            bab laptop tu – lepas dia habis SPM baru boleh kot. Tak nak dia study depan pc sangat, sekarang ni power cermin mata pun dah 550+

                                            • Pada 2009.12.27 12:44, Dr House menulis:

                                              @Kujie, Kalau macam tu beli pen tablet je la macam Wacom tu. Boleh juga melukis. Tapi masih perlukan PC.
                                              Dr House´s last blog ..10 maut, 2 cedera kemalangan bas My ComLuv Profile

                                              • Pada 2009.12.27 12:54, ajik menulis:

                                                beli je yang murah.support minat anak2
                                                ajik´s last blog ..jom ping blog di GB! My ComLuv Profile

                                                • Pada 2009.12.27 12:57, Incik RestNrilekS menulis:

                                                  Aha salam Kak Jie,

                                                  Oho, dia minta tablet? Kalau anak kak jie rajin melukis, apa salahnya. Tablet dalam rm150 kira murah. Tapi kalau beli tablet, pastikan ada perisian melukis sekali, sebab baru berbaloi tablet tu.

                                                  Kebanyakkan yang para pelukis digital gunakan jenama wacom @ wacom tablet dan yang paling murah adalah rm399 atau rm699 tak silap, yang didatangkan dengan perisiannya sekali.

                                                  Incik RnR pun tgh carik yang kecik miut besar A4, yang ada sekarang bagak sangat. Ho Ho

                                                  Boleh tanya pakcik google tentang wacom untuk Kak Jie tahu tentang tablet pen.

                                                  Kalau nak beli adobe photo dan illustrator tu memang mahal, dalam ribu2 harga sebuah.

                                                  Bagusnya Kak Jie, cari tablet yang didatangkan sekali dengan perisian untuk melukis, yer lah kalau sekadar guna paint sahaja, tak syiok la kan.

                                                  Perisian percuma mungkin ada diluar sana – Inkscape macam Illustrator. Nanti beli rm150, tapi jarang pakai sebab tiada perisian lukisan jadilah rm150 yang sangat mahal.

                                                  Tablet pen data bukan tablet pc, takut nanti ada yang terkeliru pulak.

                                                  Kalau berminat dan asah bakat dari sekarang, nanti boleh ajer dia mahir melukis dan kerja semua secara digital. Pandang +, tak payah beli scanner, kerja semua digital dan senang anak Kak Jie nak olah2 kan.

                                                  Sori Kak Jie, terpanjang pulak komen, alright nak lari tengok masakan. Aha :D
                                                  Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal My ComLuv Profile

                                                  • Pada 2009.12.27 13:52, jard menulis:

                                                    hehe.. chumel ja lukisan
                                                    jard´s last blog ..Tutorial untuk memasang ‘comment box’ disqus pada Blogger My ComLuv Profile

                                                    • Pada 2009.12.27 14:18, arin menulis:

                                                      wah, anak-anak sekarang..zaman saya nanti, apa anak2 saya mintak pulak..wadduhh..
                                                      arin´s last blog ..Full House My ComLuv Profile

                                                      • Pada 2009.12.27 14:56, Akuro San menulis:

                                                        ok juga kalau kak jie beli tablet tu~ support hobi anak-anak~
                                                        bagi saya, apa yang anak kak jie minta tu, kira ok lah juga… sebab dia minta benda yang boleh mengasah bakat dan minatnya. Daripada dia minta beli game atau PSP, bukan ker lagi membazir~ ;-)

                                                        *saya pun teringin nak beli tablet tu utk asah bakat buat design t-shirt~ :smile:
                                                        Akuro San´s last blog ..Email Dari Hosting Tercinta My ComLuv Profile

                                                        • Pada 2009.12.27 16:27, tekkaus menulis:

                                                          Kak, RM150? Betulkeh? Saya rasa kak patut beli bagi die. :) Manalah tahu ada bakat terserlah kan? Saya pun nak beli satu. Tengah tengok bajet.
                                                          tekkaus´s last blog ..A Dazzling Christmas Carol My ComLuv Profile

                                                          • Pada 2009.12.27 16:39, blinkky menulis:

                                                            Muda lagi tu…Saya yang dah tua ni pun tak dapat-dapat lagi =)
                                                            blinkky´s last blog ..Avatar Movie Wallpapers My ComLuv Profile

                                                            • Pada 2009.12.27 17:40, ~0~ menulis:

                                                              xtau nak cakap la kak….bebudak skang memacam…huhuhu

                                                              • Pada 2009.12.27 21:26, mrkay menulis:

                                                                @Kujie, saya nak jawab soalan kak jie kat komen saya. tp nampak mcm dah terjawab kat sini. orang yang lebih layak menjawab dari saya pulak tu ;-)

                                                                • Pada 2009.12.28 00:10, Kreuger menulis:

                                                                  alah akak.. apa ada hal.. belikan jer la untuk si angah tuh.
                                                                  aku tengok dia ade bakat dalam komik. tak salah rasanya bagi
                                                                  semangat kat dia. aku tengok bakat dia pon boleh tahan jugak.

                                                                  pendapat aku adalah = BELIKAN…
                                                                  hoyeah angah~

                                                                  • Pada 2009.12.28 00:11, Lan Bingka menulis:

                                                                    kalau dia memang minat melukis, boleh je kot. Nanti maknya pun boleh tumpang melukis..hehe
                                                                    Lan Bingka´s last blog ..Avatar filem terbaik 2009 My ComLuv Profile

                                                                    • Pada 2009.12.28 01:21, ikoko menulis:

                                                                      patut juga.. benda yang dia minat tu pun bukannya benda tak baik pun. uhuk.

                                                                      janji dia pandai jaga barang ah.

                                                                      umur pmr, dah pandai jaga barang sendiri.

                                                                      kalau umur bawah 10tahun, itu mungkin agak musykill ahh untuk beri mende2 macam ni, tau-tau kang depan mata kita sepah2, retak ke apa ke kan. uhuk.

                                                                      belikan ajerlah kak kujie. lagipun budak zaman skrg ni, kalau dia minat melukis, leh asah bakat dia bila ada tablet ni.. :)
                                                                      ikoko´s last blog ..Siapa “Witheld”? My ComLuv Profile

                                                                      • Pada 2009.12.28 08:16, Kujie menulis:

                                                                        @mrkay, sharing is caring – seronok dgn feedback yang boleh dimanafaat oleh semua orang

                                                                        • Pada 2009.12.28 08:28, Kujie menulis:

                                                                          @Eriyza, itulah anak2 zaman skrg
                                                                          ingat ke ubat dlm bentuk pil :lol:

                                                                          • Pada 2009.12.28 08:33, Kujie menulis:

                                                                            @ajik, yg rm 150 boleh kot..

                                                                            • Pada 2009.12.28 08:34, Kujie menulis:

                                                                              @Incik RestNrilekS, terimakasih komen yang lengkap
                                                                              orang yang benar2 tahu saja akan dapat memberikan komen sebaik ini

                                                                              terimakasih.

                                                                              sendang window shopping :lol:

                                                                              • Pada 2009.12.28 08:35, Kujie menulis:

                                                                                @jard, kak jie masih simpan lukisan2 anak2 walau yg diconteng kat dinding pintu..hehehe

                                                                                • Pada 2009.12.28 08:38, Kujie menulis:

                                                                                  @arin, kak jie pun tak dpt nak bayangkan 10 tahun lagi gadget apa pula yang ada arin

                                                                                  • Pada 2009.12.28 08:46, Kujie menulis:

                                                                                    @Akuro San, semlm dia dah berskype dgn abah
                                                                                    dah lepas sesi pujuk raya
                                                                                    cuma nak cari benda yg betul2 sesuai saja

                                                                                    • Pada 2009.12.28 08:49, Kujie menulis:

                                                                                      @tekkaus, sebenarnya da berbagai2 jenis
                                                                                      yg ini paling simple lah

                                                                                      • Pada 2009.12.28 08:49, Kujie menulis:

                                                                                        @blinkky, sebab keinginan awak berbagai..
                                                                                        banyak sgt
                                                                                        :lol:

                                                                                        • Pada 2009.12.28 08:51, Kujie menulis:

                                                                                          @~0~, kita hidup zaman skrg
                                                                                          bkn nk menginbau kenangan lalu
                                                                                          jadi kenalah bersedia :lol:

                                                                                          • Pada 2009.12.28 08:51, Kujie menulis:

                                                                                            @Kreuger, oooooooooo… angah suka komen ni :lol:

                                                                                            • Pada 2009.12.28 08:52, Kujie menulis:

                                                                                              @Lan Bingka, itu dah semestinya
                                                                                              kata org menerokai zaman :lol:

                                                                                              • Pada 2009.12.28 08:59, Kujie menulis:

                                                                                                @ikoko,

                                                                                                huuhuhu………… anak2 kak jie bersorak baca komen ni

                                                                                                tau apa dia ckp ” novel2 mama tu kalau dikumpul2 , lebih mahal dr apa yg kita org minta”

                                                                                                adohaiiiiiiiiiiiiii..anak2 ;-)

                                                                                                • Pada 2009.12.28 09:12, tekkaus menulis:

                                                                                                  @Kujie, Hmm…tapi Rm150 ok juga lar. Tapi saya rasa kan kak, lebih baik beli yang lebih baik punya untuk angah, supaya lain hari tak perlu upgrade lagi. :p
                                                                                                  tekkaus´s last blog ..Funny Christmas Cartoons To Lighten You Up! My ComLuv Profile

                                                                                                  • Pada 2009.12.28 09:51, yonna menulis:

                                                                                                    beli kot ma :) support hobi dia.mana tau esok2 besaq boleh jadi pelukis animasi ganti upin ipin ka :p heee.

                                                                                                    lepas spm nnt dia mintak kereta pulak kang :lol:
                                                                                                    yonna´s last blog ..Y590 : Semangat My ComLuv Profile

                                                                                                    • Pada 2009.12.28 09:58, Incik RestNrilekS menulis:

                                                                                                      @Kujie,

                                                                                                      Go Go Chayuk Angah. Aha, bijak angah jawab, tu tandanya memang dia berminat tu Kak Jie : )
                                                                                                      Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal My ComLuv Profile

                                                                                                      • Pada 2009.12.28 09:59, Incik RestNrilekS menulis:

                                                                                                        @Kujie,

                                                                                                        Aha, Kak Jie, kira window shopping untuk penutuh tahun 2009. ;-)

                                                                                                        Rizal cuma nak window shopping penutup 2009 di Pasar Malam isnin sahaja petang nanti :mrgreen: :mrgreen:
                                                                                                        Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal My ComLuv Profile

                                                                                                        • Pada 2009.12.28 11:24, ~mrs azmi~ menulis:

                                                                                                          boleh kot kakjie.. tak salah kan support hobi anak.. cumenye klu dah melibatkan teknologi ni mak2 kene jugak pantau :smile:
                                                                                                          ~mrs azmi~´s last blog ..wedding anniversary ~1 My ComLuv Profile

                                                                                                          • Pada 2009.12.28 18:29, tunepal menulis:

                                                                                                            tablet? laptop? ok aje..budak2 sekarang dah advance maa..
                                                                                                            tunepal´s last blog ..How You Protect Your Brain? My ComLuv Profile

                                                                                                            • Pada 2009.12.28 20:09, farhana menulis:

                                                                                                              Errr.. Saye pun tak tau ape bende tu.. Ahaks.. Hmmm.. Tengok pada keperluan, umur dia, dn sebab ape nak bagi.. Time saye tak merase kot sume tu.. Ouh.. Anak remaja skang bertuah.. Kan akak? Zaman dorang macam2 ada.. ;)
                                                                                                              farhana´s last blog ..Setia Dari Lensa Mata Anda.. My ComLuv Profile

                                                                                                              • Pada 2009.12.29 12:37, megat menulis:

                                                                                                                tengok dari portfolio lukisan dalam catatan di atas, kelihatan angah ada bakat dalam lukisan dan semestinya perlu diberi perhatian dan galakan.

                                                                                                                berkenaan pen tablet pula, tak silap saudara eddie ada menulis tentang nya di sembang komputer, ia sememangnya berbaloi jika beli yang siap dengan perisian untuk melukis sekali. mahal sikit tapi berbaloi.

                                                                                                                kesimpulannya, BELI ;)
                                                                                                                megat´s last blog ..Trajedi Bas Ekspress Lagi, 10 Terbunuh, 1 Cedera Parah Dan 2 Cedera! My ComLuv Profile

                                                                                                                • Pada 2009.12.29 19:42, sobirin menulis:

                                                                                                                  mmg btol budak2 dah advance..
                                                                                                                  tapi seblom bg benda mahal2
                                                                                                                  nk kena ajar dulu
                                                                                                                  spatot bg sesuatu bg die jg
                                                                                                                  kalo dah die pndai
                                                                                                                  ok lah..
                                                                                                                  tapi kalo bg y mhl2
                                                                                                                  tapi xreti jg..
                                                                                                                  hoho..
                                                                                                                  xadvance mane la nmpknye
                                                                                                                  cdgn sy?
                                                                                                                  susah jgk nk gtau..
                                                                                                                  sebab sy xkenal lg anak kek
                                                                                                                  hehe ;p

                                                                                                                  • Pada 2009.12.29 19:42, sobirin menulis:

                                                                                                                    anak kak** silap eja plak dah

                                                                                                                    • Pada 2009.12.30 00:50, Zana menulis:

                                                                                                                      terkedu zana kalau anak sebut bebenda gini… :D

                                                                                                                      ada jual 2nd hand ke bebenda gini kak?? tapi normally 2nd hand dlm online masih ok barangnya. cuma kena byk pilih yg terbaik. :D
                                                                                                                      Zana´s last blog ..Nescafe cream cheese mufffin My ComLuv Profile

                                                                                                                      • Pada 2009.12.31 00:22, samdaddycool menulis:

                                                                                                                        Kalau betul dia nak jadi designer / grafik illustrator atau artist… let it be. Berikan hadiah yang menggalakkan minat dia. Tapi kalau dia jenis orang yang hanga-hangat tahi ayam (cam saya).. beli, pastu guna jap.. tinggal setahun dua..
                                                                                                                        samdaddycool´s last blog ..Free Online Coupons My ComLuv Profile

                                                                                                                        • [...] itu ini begitu begini, kan.   Kat MRSM tak boleh bawa mp4 tapi boleh bawa mp3.  Mengenangkan hadiah PMR dia belum dibeli lagi, mungkin ada peluanglah dia nak dapat [...]

                                                                                                                          (Diperlukan)
                                                                                                                          (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                                          CommentLuv Enabled
                                                                                                                          Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                                          Switch to our mobile site