Kenangan Ikan Asrama

Awal tahun 2009, sewaktu mesyuarat PIBG , saya ambil kesempatan berjumpa guru kelas Angah – secara personal. Kami bercakap dan berbincang secara santai di wakaf sekolah.

Saya bukan nak minta cikgu bagi perhatian lebih , ok.. saya hanya ingin tahu keadaan/prestasi sebenar Angah dari pandangan guru kelas dan kami bertukar- tukar pendapat antara ibu dan guru.

Bab komunikasi dan sosiol – waktu itu saya agak risau dengan sindrom ‘ anak kedua ‘ dan dia kurang bergaul dengan rakan-rakan. Dia jenis fokus dengan dunia dia semata-mata, tidak peduli gossip dalam kelas sesama rakan sebaya.

Kata cikgu –

“Dia macam saya – lone ranger – kalau nak cari Syafiq, carilah kat Pusat Sumber. Cikgu Pusat Sumber bagi tahu saya semua buku dalam PS Syafiq dah baca sampai stok baru  masih dalam kotak pun, dia boleh buka baca dan simpan semula.. tapi dia tak rekod apa yang dia baca dalam Buku Nilam

Selepas mengambil keputusan PMR akhir bulan lepas, saya ke sekolah Angah. Kami lalu di bahagian laluan masuk utama, kami membaca beberapa informasi yang diletakkan di papan kenyataan. Ada senarai pelajar yang mendapat Anugerah Nilam . Saya nampak nama dia ada sebagai pemenang  tempat ke -2.

“Kenapa Angah dapat no – 2, cikgu Angah bagitau mama Angah dah baca semua buku kat PS – Angah tak rekod ye…kalau tak mesti Angah dapat Anugerah Nilam “

Tahu apa dia jawap?

” Tak kan nak bagitau semua orang apa yang kita baca – dah baca tu diam-diam dah le . Malaslah nak catit “

Ikut kepala otak dia je…. cikgu pun nak sediakan rekod dan stastistik. Mana boleh agak-agak, mesti ada bukti . Bukti tu datang dari Buku Nilam yang murid-murid rekod tu.

Masa kisah tergempar kami terkandas tepi hinghway ,tunggu Plus Ronda datang – masih nak membaca walau dalam longkang – Dia baca Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain karangan Afareez Abdul Razak Al-Hafiz . Saya beli buku ni awal Disember dan baru sekali baca – perlu baca lagi untuk memahami berbagai-bagai fakta yang sarat.

Ini kisah anak bujang ( Along ) yang mengeram kat rumah tunggu Keputusan SPM 2009.

Saya suruh dia ke kedai, beli apa saja ikan … janji boleh dimasak. Nak tau ikan apa dia beli?

” rindu masakan kat dewan makan asrama , ye ?

piss…piss… saya surirumahtangga sepenuh masa – ini blog peribadi – jadi anak-anak dan suami adalah watak utama dalam blog ini.

©Kujie –  rindu awak juge………….. ©

  1. Cerita pasal ikan.dah masak.bagaimana sedap tak.
    kata duk asrama, ikan ”jaket” pernah rasa tak. 😛

  2. haha.. memang ingat sangat ikan asrama nih….

    Buku iskandar bukan zulkarnain tu bagus.. tapi mungkin pendapat didalam buku tu ada sedikit pertelingkahan dengan buku yakjud dan makjud: bencana disebalik gunung tulisan Muhammad Alexander Wisnu Sasongko.
    .-= nuaeman´s last blog ..4 Kesilapan yang membuatkan pengujung setia blog anda lari =-.

  3. Salam,
    Anak kedua atau tengah memang macam tu…terpaksa menyendiri dan tenggelam dari sedara sedari yang lain…almaklumlah, dah jadi orang kedua @ ketiga —-> mcm pengalaman sendiri je kan hu huh u memangpun!

    Kak Jie perlu pandai korek rahsia, baru leh dapat…kalau tak, dia wat x tau je 😉
    .-= Anyss´s last blog ..Bercerita Tentang Lagenda di Pulau Indah Lagi =-.

  4. ikan jaket popular kat rumah gak… ikan tu mr hubby kata senang nak beli. hehehe
    buat ikan bakar best tu..

    org yg di panggil angah ne mmg lain dari adik bradik yg lain.. lone ranger!

  5. Hehehe,rindu berlari2 selepas Solat Jumaat semata2 nak makan makanan asrama paling best minggu itu.biasanya nasi ayam ataupun nasi minyak.teruja juga dibuatnya…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Kuiz Bersama Eyriqazz@Great Teacher Onizuka =-.

  6. tumpang bahagia kakjie jap…
    bestkan dpt membesar n mendidik anak2…
    moge kakjie jd ibu yg mhitali…

  7. salam kak..

    erk,tertarik saya dgn ‘sindrom anak kedua’ tu..hee ye ye…saya pon dh lama prasan, jadi anak kedua memang pelik dari orang sikit..hehe…

    ps:nice blog!!
    .-= pja@merahjamboo´s last blog ..biarkan aku berkurung di sangkar itu. =-.

    • @pja@merahjamboo, mmg anak kedua pelik skit, sukar dimengerti apa yg dibuat dan apa yg difikirkannya…itulah saya…anak kedua juga…haha
      .-= ejam´s last blog ..Rancangan dan Cadangan. =-.

  8. angah – dulu masa sekolah rendah rajin baca buku siap tulis dlm buku yg ala2 buku nilam tu lah. tapi tak hantar ke cikgu pun. nape tah. hehehe.. tapi… mmg dia byk ikut pale sendiri je ek?? huhuhu..

    along- rasanya zana tau sebabnyer, itu sahaja ikan yg satu2nya kalau goreng secara ganas masih ada rupa ikan tuh sbb kulit dia keras. ikan2 lain, sure dah tak rupa ikan dah. ngahahahah!

    ikan cencaru sumbat sambal best kak! mirul suka. ngeeeeeee
    .-= Zana´s last blog ..Resepi: Nescafe cream cheese muffin =-.

  9. Pernah juga bertugas jadi penyelaras program NILAM ni.
    Memang ada student yang rajin membaca tapi malas mencatat dan ada pula yang malas membaca, rajin mencatat.
    Rasa macam tak adil dalam bab pemberian hadiah, tapi nak buat macam mana….dah semuanya kena ‘on paper’.
    Cuma kalau yang peringkat negeri tu, biasanya ada macam temuduga untuk pastikan pelajar yang jadi Tokoh NILAM tu memang benar-benar membaca.
    Itupun, masih susah nak dipastikan. :roll:
    .-= Kak Long´s last blog ..Merinding bulu romaku =-.

  10. Caiyolah Angah. Kekadang ralit dok
    baca buku sampai malas nak catit
    lam buku nilam. Novel Angah lyn tak?? 😎

    Kat sini ikan tuh dipanggil
    ikang kerah ekor. 😆
    .-= Eriyza´s last blog ..Rekod Teks Dengan Live Typing =-.

  11. Macam suspen je part ikan tuh. Huhu.. Lucu pun ado.. Hek3!
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..Saya tak berhenti berfikir, "Perlu ke saya fikir?" =-.

  12. Ikan yang sangat popular di asrama Iza jugak… haih bertahun-tahun makan nasik kawah. Sampai pernah kena food poisoning, masuk wad lagi, kalau cerita kenangan makan2 kat asrama ni memang panjang hehe.. semua jadi kenangan.

    Bagus betul angah, patutler soklan yang keluar dari mulut dia memang kaw kaw ditambah lagi dengan pemikiran jernih anak2, haih garu kepala tu nak menjawab kan kak jie :mrgreen:
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Lelangau Bukan Langau… =-.

  13. ikan paling sedap dimakan waktu di SMS Pokok Sena dulu especially. Tambah pula hari tu ada sambal dalam menu. 🙂
    .-= bloginformasi´s last blog ..Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM Dan STPM 2010 =-.

  14. ikan tu lah saya selalu duk telan bila sekolah asrama dulu. kami pggil ikan jacket aje. hok3
    .-= paeh´s last blog ..kisah ayong qiela =-.

  15. kagum! hanya satu dalam fikiran saya.

    bagaimana ingin mendidik atau membentuk anak-anak menjadi seperti anak-anak kak jie?

    apakah ada petua atau cara tertentu?

    alamak bukan satu dah 2 pulak (ha3).

    atau apakah ianya berlaku atas faktor keturunan juga?

    ok cukup 3 sudah (ha3)
    .-= megat´s last blog ..Oh! Anak aku ke sekolah – Imbas kembali. =-.

    • @megat, jgn salah faham megat
      yang baik2 je kak jie cerita – yg degil yg nakal yg tak elok – tak de la nk cerita kat blog
      ingat semua blogger jujur
      hehehehe…hipokrik la juga 😆

  16. masa di hostel UM slalu la sy jumpa ikan cencaru ni, tp asrama skolah dlu tak pulak dorang masak ikan cencaru..hehe.

    tapi sbb kat rumah mak dah biasa masak cencaru memang jadi fevret smpai skrg. specialnya cencaru ni boleh masak sume jenis, masak lemak cili api boleh, goreng boleh, sambal boleh, bakar, kukus, asam pedas, sume boleh la..

    buku iskandar bukan zulkarnain tu pun adik saya ada beli hari tu, tp smpai skarang tak abes baca lagi. leka dgn benda lain je. 🙂

    • @tims, tak semua asrama kot
      tapi kebanyakkan asrama ada ikan ni, sebab tu ikan ni agak popular dikalangan budak asrama

      along baru cuti sebulan dah rindu ikan cencaru pula

  17. wakakaka.. ikan cencaru juga dikenali sbgi ikan black jacket.. heheheh

    selain masak kicap di asrama itew, skrg ini maza jadikan ia bbq.. wakakaka

    cicah dgn air asam jawa, campur kicap, plus bawang, tambah belacan Izani…ahaks.. mengejang2 kaki weiiii.. kesodapan gitew…

    wakakkaka
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    • @maza, ikan ni senang nak masak – kalau tak de selera – lumur je garam, goreng – buat air asam..perhh….. selera membuak2

  18. baca cerita tntang angah ni rasa nostalgia pulak. sy dulu pun suka memerap di library sekolah, semua siri Enid Blyton dan yang sewaktu dengannya habis sy khatam tapi tahun 70an dulu mana ada Buku Nilam 😀

    bila baca cerita along pulak terkenang masa dok asrama di Ipoh. susahnya tang isu makan ni sebab menu orang Perak tak sama dengan citarasa orang Kedah. Mak sentiasa bekalkan sy dengan sambal kering ikan bilis. Ikan jaket tak pernah ada dalam menu, asyik2 ikan temenung dimasak dgn taucu 🙁
    .-= kenari´s last blog ..Thank you for this friendship =-.

    • @kenari, sebenarnya tak semua asrama ade menu ikan jaket ni tapi cepat sungguh ikan ni popular di kalangan budak asrama :mrgreen:

  19. Kebanyakkan orang membaca ikut mood. Apabila mood dia datang untuk membaca buku, maka dia akan mula mencari apa2 bahan bacaan yang dia boleh baca.

    Btw ikan asrama, ikan jaket… Huhuhu…
    .-= CypherHackz´s last blog ..Kenangan di Hari Pertama ke Sekolah =-.

    • @CypherHackz, kalau dah suka baca- bawa dia pergi buat kad pengenalan kat JPN, sementara nak tunggu tu habis semua poster dia baca – boleh dia cakap…semua dah baca….tapi tak siap2 juga :mrgreen:

  20. angah suka membaca, boleh jadi doktor tu…
    adek saya yg lepas pmr tu, hangin betul bila bab2 membaca,
    mujur pmr dapat 8A..
    adek saya pon ada sorg lg yg lepas spm..
    apa perancangan along lepas dpt result?
    .-= Azah´s last blog ..Zon Bebas Mencarut =-.

    • @Azah, doktor kena rajin membaca ye
      tadi dia tanya – nak ambil Biologi ke nak ambil Akaun
      kemudian dia pilih Bio

      kemudian dia minta tambah 1 subjek – seni :mrgreen:

      • @Kujie, kalau amek tasawwur senang nak skor A..
        kalau sje2 nak amek tp x usaha nk dapat A baik x yah..nnt mecacatkan sijil je..
        huhu… kalau dah ada habit rajin membaca, jadi medical student tak susah la nnt..
        .-= Azah´s last blog ..Zon Bebas Mencarut =-.

  21. hehe.. menarik betul.. siap ada hadiah Nilam tu…

    “Tak kan nak bagitau semua orang apa yang kita baca – dah baca tu diam-diam dah le . Malaslah nak catit ”

    – jawpan ni best 😀
    .-= zuls´s last blog ..Tahun Baru Blog Baru =-.

    • @zuls, semua sekolah memang ada Anugerah Nilam tu – tiap murid dapat Buku Nilam – kena catit apa yg di baca – hujung tahun cikgu tengok

  22. zaman sekarang ade lagi ke ikan jaket ni kat dewan makan?? 😯 😆

    zaman saye dah tade ikan jaket kak… ikan kerisi goreng tak buang sisik je ade 😆 bila nak makan terkial2la dok kopek sisik ikan tu 😆
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..putus kepala! =-.

    • @~mrs azmi~, adalah tu……… dah suruh p kedai
      ikan tu juga yg dia beli
      agaknya dah sebulan tak dok asrama – dah rindu
      atau ikan tu je yg dia kenal :mrgreen:

  23. alhamdulillah, bukan mudah nak tanamkan minat membaca ni. Baguslah angah ni. 🙂 Kadang-kadang bingit telinga bila lecturer cakap pelajar malas membaca. Erm.. memang ada yang malas tapi tak semua.
    .-= yati´s last blog ..walau ku tak baik =-.

  24. salam kak, lama tak menyinggah..sehat tak??

    baguslah bila anak rajin membaca, itu makanan minda, risau tgk budak2 sekarang yg terlalu bersosial sampai meningkatkan lagi kes masalah moral *geleng kepala*

    mak borek, angah rintik 🙂
    .-= chentatiku´s last blog ..::berhenti berharap:: =-.

    • @chentatiku, byk membaca dgn masalah sosial ada hubung kait ke
      rasanya – kalau suka baca nak jadi tak betul pun boleh juga

      kena seimbang

  25. riani x penah dok asrama
    masuk old skool
    bila masuk U, dok kat kamsis
    rasa macam nak balik umah jer
    culture shock dibuatnya
    hehehehe :-p
    .-= angriani´s last blog ..They Happy We Happy =-.

    • @angriani, cantik no komen riani – 33838 😆

      kak jie dok asrama gak – tu ikan tu lah saja pujaan hatiku 😆

      • @Kujie, wah! esok boleh pergi ke spot toto ni.. hehehe

        “mau kecik ka mau busat”, kata apek penjual nombor.. hehhehe