Panduan Ringkas Untuk Ibubapa Bila Anak Menduduki Peperiksaan

Intan akan menduduki UPSR minggu depan,  tak lama lagi.  Jadi saya banyak habiskan masa menemani dia ulangkaji.  Kadang² kami hanya bermain cikgu² atau layan dia bersembang semata² untuk membuatkan dia sentiasa dalam mood yang stabil.

Petua Hilangkan Gemuruh Di Dewan Peperiksaan

Saya tiada tips hebat yang ingin dikongsi.   Semua yang dikongsi adalah bersandarkan pada pengalaman.  Bersederhanalah dalam kehidupan,  apa pun pencapaian anak², mereka tetap buah hati kita. Kasih sayang tiada tarikh luput.

Kesemua anak² saya tidak mengambil kelas tambahan selain  yang dianjurkan pihak sekolah.  Alasan utama saya tidak mahu anak² saya hanya memikirkan peperiksaan, peperiksaan, peperiksaan sepanjang mereka menghabiskan hari² indah sebagai seorang kanak-kanak.

Dua minggu terakhir ini, janganlah biarkan anak² tertekan dengan harapan demi harapan dari ibubapa kerana motivasi untuk anak² biarlah kita tanam dan suburkan sepanjang kehidupan mereka bukan semata² sewaktu menjelang peperiksaan.  Jangan sampai anak² rasa dia diberi perhatian hanya ketika peperiksaan untuk mencapai sesuatu impian ibubapa sahaja.

Selepas memberikan mereka dorongan, motivasi dan usaha, ibubapa perlu memberi ruang yang selesa dan kelapangan fikiran untuk anak² dapat menempuh peperiksaan dengan lebih tenang.

Surat Cinta Di Dalam Dewan

Antara beberapa panduan mudah yang ingin saya kongsi hasil dari pertemuan dengan pihak sekolah baru-baru ini.  Sekolah Intan adakan pertemuan dengan ibubapa murid yang akan menduduki UPSR sebagai satu cara berkongsi maklumbalas dan mengharap kerjasama ibubapa sepanjang tempoh peperiksaan.

  • Elakkan mengunjungi tempat tumpuan orang ramai. Tujuannya untuk mengelak anak² dijangkiti penyakit di saat hampir dengan peperiksaan. Kita tidak tahu status kesihatan orang sekeliling yang mungkin  menjadi pembawa penyakit berjangkit.
  • Sediakan makanan berkhasiat dan segar untuk anak². Masak makanan kegemaran adalah salah satu bentuk dorongan dari ibubapa. Ikan, susu dan buah-buahan segar baik untuk anak² dan pastikan mereka minum air secukupnya.
  • Pastikan anak² mendapat tidur dan rehat yang secukupnya.
  • Kurangkan aktiviti sosial – blog, facebook atau sms .  Pencegahan dan pengawalan awal memang perlu. Walaupun ramai pembaca blog ini mengenali Along, Angah atau Intan melalui penceritaan dari masa ke semasa sejak 4-5 tahun , tetapi saya tetap mengawal zon pendedahan mereka di dunia maya. Faktor keselamatan dan kehidupan masa depan mereka yang tidak kita jangkakan. Bayangkan jika masa depan mereka terganggu atau tercalar akibat kisah masa kini yang saya canangkan di internet. Siapa tahu jaluran kehidupan mereka akan datang macam mana , kan?

Jika anak hidup dengan kritikan, mereka belajar untuk mengutuk.
Jika anak hidup dengan permusuhan, mereka belajar untuk melawan.
Jika anak hidup dengan ketakutan, mereka belajar untuk bimbang.
Jika anak hidup dengan simpati, mereka belajar memaafkan.
Jika anak hidup dengan ejekan, mereka belajar untuk merasa malu.
Jika anak hidup dengan iri hati, mereka belajar untuk merasa dengki.
Jika anak hidup dengan galakan, mereka belajar keyakinan.
Jika anak hidup dengan toleransi, mereka belajar kesabaran.
Jika anak hidup dengan pujian, mereka belajar menghargai.
Jika anak hidup dengan menerima, mereka belajar untuk mengasihi.
Jika anak hidup dengan dorongan, mereka belajar menyayangi dirinya.
Jika anak hidup dengan pengiktirafan, mereka belajar mencapai matlamat.
Jika anak hidup dengan berkongsi, mereka belajar kemurahan hati.
Jika anak hidup dengan kejujuran, mereka belajar kebenaran.
Jika anak hidup dengan saksama, mereka belajar keadilan.
Jika anak  hidup dengan kasih sayang dan persahabatan, mereka belajar dunia adalah tempat yang indah untuk hidup.

Terjemahan Children Learn What They Live By Dorothy Law Nolte

Soalan yang tak mungkin keluar – kenapa kita minum air berais seperti sirap, jus oren /epal/ dsbnya menggunakan straw bila di kedai tetapi tidak di rumah?

UPSR straight A, kan..jawap…jawap….

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. betul gak kak…awat kat umah minum tak pakai straw…hihihi…good luck intan….
    Jom terjah post menarik dari azura ..Kenapa kena kahwin cepatMy Profile

  2. Good Luck Intan.
    Straw? Kat kedai malas nak angkat gelas kut. Lebih rajin untuk sedut je.
    Jom terjah post menarik dari AziE ..Yong tak suka baju niMy Profile

  3. Berani ke tk nak pakai straw minum kt kedai. Derang cuci tk bersih. Hik3. BTW, tips yang menarik.
    Jom terjah post menarik dari Pakar aka hannah tots ..Harga prepaid naik 6 peratusMy Profile

  4. mencabar soalan tu kak jie.. mngkin sbb orang kat kdai tu y bagi straw kat kita..kalau dia x bagi straw pon x kisah sbnrnya..hihi
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..( GAMBAR ) WATAK KARTUN YANG DI BOGELKANMy Profile

  5. Good luck adik Intan…mudah2an Allah Taala mempermudahkan Intan menjawab soalan2 dengan mudah, memberikan idea dikala memerlukan..amin.. 😆
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..James Patterson Penulis Paling Lumayan DuniaMy Profile

  6. kenapa kita minum air berais seperti sirap, jus oren /epal/ dsbnya menggunakan straw bila di kedai tetapi tidak di rumah? huhuhu kat rumah tak pernah beli straw…
    Jom terjah post menarik dari mancai ..hendak seribu dayaMy Profile

  7. Di rumah orang tak kasi straw. 🙂

    Good luck Intan.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Menyanyi sambil mandi. Kaki tergelincir ke dalam mangkuk tandas dan terlekat.My Profile

  8. lepas abis satu2 paper,jangan bincang soalan yang keluar pada paper tu.terus tutup buku dan fikirkan pulak paper yang seterusnya.sekurang2nya kalau ada salah jawab paper sebelumnya,takde la kita terfikirkan sangat jawapan yang salah tu masa menjawab paper seterusnya nanti 🙂

    kalau boleh amik wuduk sebelum masuk ke dewan peperiksaan.sekadar menghilangkan rasa ngantuk dan gemuruh 🙂
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Contest: Review Alexa @ Pacifista.myMy Profile

  9. Dua tiga bulan dulu, tiap soalan salah
    Intan kena buat pembetulan, kena salin soalan dan jawapan semula dlm buku latihan

    dlm minggu2 akhir ni, cikgu dah tak suruh buat pembetulan lagi

    mgkn malam2 terakhir tak perlu bagi soalan2 , sembang dgn murid² dan bagi formula ringkas yang perlu diingat
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Mama, Along Yang Buat….My Profile

  10. pocket setuju sangat pasal berikan ruang untuk anak anak mengurang kan stress atau harapan ibu bapa tu,
    sebab bila terlebih tu lah yang diorang tebalik lak tak leh nak jawab dalam exam. biarpun soalan mudah… panic dan bimbang punya pasal.

    Diorang dah cukup tahu dah,
    masa depan diorang gak…

    kurang mengungjungi tempat awam tu bagus gak,
    titisan hingus atas kertas jawapan tidak membantu 😀
    Jom terjah post menarik dari pocket ..387. MakanBerhidang,My Profile

  11. beri ruang pada anak-anak..
    saya setuju tentang tu..
    masalahnya saya hanya yang menurut perintah..
    malam UPSR pun ada kelas lagi..
    apa-apa pun saya cuba untuk tidak menekan anak murid saya..
    biar mereka belajar dalam keadaan santai dan cuba mengurangkan gemuruh di dada mereka..
    kak jie ada tips?
    apa yang patut saya sampaikan malam tu yer untuk matematik kertas dua?
    pandangan dari seorang ibu juga diperlukan..
    Jom terjah post menarik dari isza ..Kurang keupayaan intelektualMy Profile