Persoalan Solat Witir Dan Kenapa Imam Memalingkan Muka

Entri ini sebenarnya adalah lanjutan entri Ramadan tahun lepas. Isu yang dibangkitkan oleh Angah mengenai Solat Sunat Witir. dan kenapa imam memalingkan muka mengadap makmum.

” solat witir solat ganjil – biasanya kita buat 3 rakaat – 2 + 1 , 2 rakaat salam dan satu rakaat salam……..boleh tak kalau kita buat 1 + 2 , satu rakaat salam dan 2 rakaat salam”

Jawapan mudah untuk Angah, saya jawap seperti ini

Witir itu maksudnya ganjil, jadi 2 dan 1, 1 yang ganjil. Kalau buat 1 + 2 , maksudnya itu bukan witir sebabnya 2 adalah genap. Paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan dua salam. Sebab itulah kita biasanya buat 3 rakaat iaitu 2 + 1 .

Nak jawap pun kena tengok tahap anak².  Dia mudah faham, lalu kami pun menyambung perbincangan ini dengan berbagai pendapat.

Baca entri persoalan seorang Angah itu di sini – Sama Tak 2 + 1 dengan 1 + 2 ?

 

Sebagai ibubapa, bersedialah mencari jawapan atas persoalan anak² yang bukan sahaja menerima tetapi dia berfikir kenapa mesti buat begitu, kenapa tak boleh buat begini.

Maza Gubuk Kecil Kembara Jalanan bukan Dr Asri (MAZA) pun ada juga memberi penerangan panjang dan lebar dalam entri tersebut.

Dia juga ada bertanya “kenapa selepas solat dan waktu berdoa, imam ubah kedudukan ke kanan mengiring mengadap makmum”

Hari ini saya terjumpa e-hadith mengenai persoalan ini di laman web JAKIM.

Imam Menghadap Makmum Setelah Selesai Solat

Hadith:
Musa bin Ismail menyampaikan kepada kami, daripada Jarir bin Hazam, daripada Abu Raja’, daripada Samurah bin Jundab katanya: ‘Apabila nabi s.a.w selesai menunaikan solat, baginda menghadap mukakanya kepada kami.”
Huraian Hadith:
Imam bertanggungjawab ke atas makmumnya, dengan itu seorang imam harus benar-benar tahu akan kedudukannya.  Orang yang bagus bacaan al-Qurannya dan orang yang lebih disukai makmum adalah lebih diutamakan untuk menjadi imam kerana imam itu dipilih untuk diikuti.  Makmum yang tepat berada di belakang imam, hendaklah seorang yang amat tahu dalam masalah ibadah yang sedang dilakukan.  Mereka harus bertindak tepat pada saat imam batal, salah, lupa dan sebagainya.  Bila perlu ia berhak menggantikan imam.

Apabila selesai solat, imam hendaklah duduk mengarah ke jamaah.  Sebaiknya imam berzikir secara perlahan dan khusyu’, dan jamaah juga berzikir atau berdoa sesuai dengan bacaan imam. Bila imam berdoa, diaminkan atau tidak diaminkan, doa imam sudah membawa kepentingan jamaahnya.

 

Rindunya… tak sabar nak tunggu Angah balik dari asrama 25 /8 nanti, nak tunjukkan pautan dari JAKIM.  Sebelum dia balik, kita berkongsi ilmu ini dulu ye , kawan².

pstt… mama pun rindu Along juge…. esok  balik ye

28 Replies to “Persoalan Solat Witir Dan Kenapa Imam Memalingkan Muka”

  1. Imam mengadap jemaah, kerana menghormati org yg dipimpinnya, itu pendapat sesetengah ustaz yg saya dengar, tapi tak pulak saya dapat sandarannya, maksudnya hadith yg dirujuknya.
    Jom terjah post menarik dari mus ..Ashraf Muslim Makin BerdebarMy Profile

  2. Dalam kebanyakan rukun-rukun ibadah pasti ada tertib maksudnya melakukan ibadah mengikut turutan yang perlu tak boleh ikut logik akal dan semua tu ikut sunnah Rasulullah SAW. Masalah kecamuk Islam apabila ramai yg tak ikut tertib. Begitu juga witir ada tertibnya. Tapi ada juga fahaman di Indonesia yg buat witir terus 3 rakaat atau turus 5 rakaat tanpa dipisah2 kan.

Comments are closed.