Anak

Sama Tak 2+1 Dengan 1+2 ?

Angah ada kat rumah – dan seperti biasa dia sering memecah kepala ini dengan berbagai soalan. Perdebatan kami kadang² berlarutan sepanjang hari jika jawapan saya tidak memuaskan hati.

Semalam dia balik terawih dan tanya solat witir solat ganjil – biasanya kita buat 3 rakaat – 2 + 1 , 2 rakaat salam dan satu rakaat salam……..boleh tak kalau kita buat 1 + 2 , satu rakaat salam dan 2 rakaat salam”

Berbagai²lah debat kami , masih tak puas hati.  Sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) atau 3 rakaat sekaligus dengan 1 tahiyyah dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. Saya cadangkan esok waktu solat Angah bertanya terus kepada imam di surau.

” Tadi Angah dah tanya imam… tapi tanya hal lain”

Dia tanya imam kenapa selepas solat dan waktu berdoa, imam ubah kedudukan 90° ke kanan mengiring mengadap makmum.

Saya pun tak sabar nak tunggu jawapan 2+1 dengan 1+2 ni…

Sahur tahun lepas , dia tanya saya

Kenapa Amerika tak guna Bahasa Amerika, kenapa guna Bahasa Inggeris? Kebanyakkan negara ada bahasa masing-masing…kan?

©kujie –   seronoknya Angah balik, kami berdua boleh bersembang banyak hal untuk mentajamkan minda.  Anak tu dah 16 tahun…. kejap saja masa berlalu

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

58 thoughts on “Sama Tak 2+1 Dengan 1+2 ?

  1. Kalau tanya Kak Long pun, mesti tergagap-gagap juga nak jawab.
    Mungkin cara pendidikan kita dulu agak berbeza dengan anak-anak sekarang. Pendidikan kita dulu, lebih kepada mematuhi kebiasaan. Sekarang ni, pelajar-pelajar banyak belajar melalui inkuiri penemuan, kalau nak ajar atau minta pelajar buat sesuatu tugasan pun, pasti kena beritahu alasan mereka perlu buat begitu. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Bunga kebangsaan di bulan kemerdekaanMy Profile

  2. 2 + 1 itu adalah tertib yg diamalkan untuk solat witir dan itulah indahnya Islam semuanya ada tertib yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan apabila kita amalkan maka kita ikut sunnah nabi dan nabi akan mengaku kita sebagai umatnya.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Link Popularity tips SEO dari AriffshahMy Profile

  3. Terimakasih Maza – sangat hargai susah payah Maza berusaha memberi penerangan di sini. Moga ilmu ini dipanjangkan dan kita sama-sama mendapat manfaatnya

  4. berikut hadis yang menyatakan perihal witir itu jumlahnya ganjil dan diakhiri dgn rakaat ganjil seperti 1, 3, 5, 7, 9 dan 11

    1) “Solat malam itu dua rakaat dua rakaat. Jika salah seorang dari kalian khuwatir tibanya waktu subuh, maka solatlah witir satu rakaat untuk menutup solat malam yang telah dilakukan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    2) “Jadikanlah solat terakhir kamu pada malam hari sebagai witir.” (Hadis Riwayat Muslim)

    3)Diriwayatkan dari Aisyah, “Bahawasanya Rasulullah biasa solat malam sebelas rakaat, beliau menutupnya dengan satu rakaat Witir.” (Hadis Riwayat Muslim)

    di sini jelas menunjukkan bahawa solat witir itu dilakukan rakaat genap dahulu kemudian ganjil.

    Dalam hal ini hendaklah dilakukan seperti 2 + 1.

    Kaedah lain solat witir mengikut pandangan ulamak fiqah ada 3 cara. Terpulanglah pada individu yang mana satu yang mereka fahami dan yakini:-

    1) Boleh juga ditunaikan solat witir 3,5,7,9,dan 11 rakaat sekali gus dengan satu tahyat dan salam.

    Diriwayatkan juga dari Aisyah, “Rasulullah pernah mengerjakan solat Witir tiga rakaat, dan tidak duduk tasyahud kecuali pada rakaat yang terakhir.” (Hadis Riwayat Malik, al-Baihawi, ath-Thahawi, an-Nasa’i, dan al-Hakim)

    2) boleh juga dilakukan dgn dua tahyat satu salam. Di mana rakaat tahyat awal ialah dibuat sebelum rakaat akhir.

    Sebagai contoh witir 5 rakaat. Pada rakaat keempat didirikan tahyat awal kemudian rakaat kelima tahyat akhir dan salam.

    Dlm hal witir 3 rakaat. Pada rakaat kedua didirikan tahyat awal dan kemudian pada rakaat ketiga tahyat akhir dan salam adalah tidak disyariatkan. Ini berdasarkan penemuan seperti berikut;-

    Tidak disyariatkan mengerjakan tiga rakaat Witir dengan dua tasyahud dan satu salam, seperti solat Maghrib. Ini adalah berdasarkan hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah kamu berwitir tiga rakaat. Berwitirlah dengan lima atau tujuh rakaat. Janganlah menyerupakannya dengan solat Maghrib.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Hibban, dan ad-Daruquthni. Disahihkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam at-Talkhish dengan menyatakan, “Seluruh sanadnya tsiqah (terpercaya)”)

    jadinya dalam soal ini 2+1 atau 1+2 kita boleh simpulkan mengikut sunnah Nabi SAW bahawa witir itu diakhiri dgn rakaat ganjil bukan rakaat genap.

    Justeru, 1+2 bukanlah amalan Nabi SAW.

    Kiranya 1 rakaat yg awal dilakukan itu sudah menyempurnakan witir pada malam tersebut. Manakala rakaat seterusnya iaitu 2 rakaat akhir tersebut bukanlah dikira dari witir…

    ini berdasarkan kepada hadis berikut: – “Tidak ada dua witir dalam satu malam.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi)

    Sungguhpun demikian tiadalah solat itu tidak bermanfaat, melainkan Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui untuk menilainya.
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sayu di tarbiyah lagi Peluang keemasanMy Profile

Comments are closed.