Sayalah Mak Yang Paling Kepoh Di Dunia.

Minggu lepas saya dah buat Semakan status permohonan ke IPTA klik sini > semakan status permohonan ke IPTA tapi laman web tu sesak nak mencelah pun tak celuih.   Saya beralih arah login ke sini pula > www.jpt.uum.edu.my .   Keputusannya  Along TIDAK BERJAYA dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi SESI AKADEMIK 2009/2010 .

Kecewa juga tetapi saya sendiri buat rayuan melalui aplikasi e-rayuan.   Mak yang semak, mak yang isi e-rayuan. Anak? Berseronok dengan kawan² di FB saja.

Sejak saya tahu dia tak buat permohonan ke politeknik memang saya pastikan saya sendiri yang akan uruskan proses untuk dia melanjutkan pelajaran. Saya cari maklumat dan saya isi borang.

Walaupun dapat tawaran untuk ke Tingaktan 6 , mungkin di tolak. Dia pelajar kejuruteraan awam , budak lelaki yang bukan ‘ulat buku’ dan minat pun ke arah teknikal dan saya tak yakin dia boleh ke Tingkatan 6 Kemanusiaan.

Anak-anak saya memang biasa ikut suami kerja sejak kecil – pikul tripod jadi chainman- ikut suami kerja-kerja luar adalah percutian hujung minggu bagi kami.  Panjat bukit,  turun cerun , bertepuk tampar dengan unggas atau nyamuk atau berkelah tepi lebuhraya sudah menjadi perkara yang dinanti-nanti  bagi kami.

Suami saya seorang Freelance Land Surveyor dan tak mustahil anak lelaki sulungnya ini berminat dengan bidang yang dia terdedah sejak kecil. Saya tak nak dia melanjutkan pelajaran di bidang yang DITAWARKAN bukan bidang yang DIMINATI. Saya juga mahu memastikan bidang yang dipelajari nanti akan digunakan dalam pekerjaan selepas belajar. Saya tak mahu dia belajar kerana kawan-kawan atau kerana itu yang ditawarkan.

Tak mahu itu tak mahu ini…. banyak cekadak pula kan.  Mak yang sibuk tak nak itu tak nak ini – anak………reles sudah!   Semua mak nak yang terbaik untuk anak-anak , memastikan kesilapan kita di masa dulu tidak diulang oleh anak-anak.   Bukan saja-saja menyibuk untuk merumitkan masa depan anak-anak.

Merayaulah saya di internet sehingga bertemu dengan Kuala Lumpur Infrastructure University College ( KLIUC) dan program Diploma In Geomatic Engineering.

Saya isi borang dalam talian, saya pilih kursus untuk dia.  Saya submit borang dalam talian.   Hari ini saya telefon KLIUC untuk pastikan mereka menerima permohonan tersebut untuk diproses.     Saya paksa dia buat salinan fotokopi dan fax dokumen yang diperlukan.

Kepada bekas pelajar Diploma In Geomatic Engineering di KLIUC, boleh tak berkongsi maklumat yang perlu untuk saya.  Mungkin saya ni mak yang paling kepoh di dunia… yang serba serbi nak uruskan untuk anak-anak.

13 tahun dulu sewaktu kami beli rumah di Serdang terfikir juga pelaburan masa depan untuk anak-anak kalau mereka belajar di kawasan ini.   Tapi rumah tu sekarang masih ada kontrak dengan penyewa pelajar UNITEN sehingga April 2011.


saya adalah mak yang sentimental yang amat …. gambar yang Intan lukis 7 tahun dulu waktu umurnya 4-5 tahun pun masih disimpan.  Tengok… dia pun tau mamanya supermom dengan tangan yang lebih untuk menguruskan segalanya.


*suka gambar ni… Intan gambarkan saya berbulu mata lentik macam artis !

It’s the three pairs of eyes that mothers must have and that’s just on the standard model.

One pair of eyes are to see through the closed door as she asks her children what they are doing even though she already knows. Another pair in the back of her head are to see what she needs to know even though no one thinks she can. And the third pair are here in the front of her head. They are for looking at an errant child and saying that she understands and loves him or her without even saying a single word

p/s- saya juga sedang mencari kereta kelisa.  Sesiapa ada maklumat , boleh hubungi saya di sini. budak bertuah tu tak nak Kelisa, kereta perempuan katanya!

Saya nak balik kampung esok pagi – jumpa mak mertua.   Selamat Hari Ibu untuk semua  ibu² hebat yang singgah di blog ini.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. bahaya kalau masuk dalam bidang pengajian yang tidak diminati kerana mungkin nanti akan menyebabkan tiadanya minat dalam belajar. seboleh-bolehnya, ambil dulu bidang yang diminati, senang untuk teruskan minat belajar.
    .-= Post terbaru beliamuda ..Bacaan Doa Qunut Nazilah =-.

  2. semua mak nak yg terbaik utk anak2nya.. huhuu.. tul kak jie, bair anak blajar atas minat die.. bukan kerana terpaksa.. lau tak nnt keluar kerja buat kerja pun separuh hati, sbb tak minat..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Creative Youth Blog Program =-.

    • Azizuan says:

      tapi mak yang isi..sok ngamok mamat tuh..haha
      .-= Azizuan´s last blog ..Pilihanraya Kecil Menguntungkan Rakyat =-.

  3. tetiba rasa kenangan lama kembali bila tengok teodolite itu… 😛

  4. mmg inilah sifat seorang ibu..mahu yg terbaik utk anak..

    anak2 semua..hargai yer jasa mak ayah kite.

    p/s – suke ngn sikap kak jie yg memilih..

  5. selamat hari ibu kak jie… 🙂
    .-= zik´s last blog ..Selamat hari ibu =-.

  6. syurga di bwh tapak kaki ibu…
    .-= meo188´s last blog ..Pipi makin tembam. Haruskah saya pakai topeng? =-.