Score A Dan Rabitah Seorang Guru

Ada orang promot untuk joinT program score A. BUkan ajak joinT marketing plan dia. Sepuluh kali ajak pun saya tak mahu.

Dia tunjukkan kad , harganya RM 298 untuk akses 3 bulan dan boleh digunakan untuk berapa banyak anak.

Topup kemudian RM 100 untuk 3 bulan dan seterusnya.

Rasa terujakan? Tahun depan Intan UPSR dan Angah PMR SPM ( t/kasih Yonna, betulkan fakta ini…hehe…dia pula yang lebih tahu anak² saya ), rasa berbaloi untuk 2 orang anak serentak.

Tapi… saya lebih suka anak saya mengadap cikgu secara face to face bukan mengadap komputer. Saya suka anak saya belajar body language dengan cikgu. Saya suka ‘pronous’ dan ‘rabitah’ seorang guru.
selamat hari guru

Selama ini anak² saya tak ikuti kelas tusyen selain dari yang disediakan pihak sekolah. Dari zaman Along, Angah dan Intan, mereka tak pernah ikuti kelas tambahan di hujung minggu. Saya tak suka terikat ‘kelas tambahan anak²’ di hujung minggu sehingga tak dapat hadiri kenduri kendara saudara mara atau masa berkualiti bersama keluarga.

Mereka terlalu terbeban dengan jadual rutin yang ketat. Saya nak anak² saya nikmati zaman riang ria ribena mereka yang sepatutnya.  Mereka bukan pelajar cemerlang sekolah juga bukan murid yang ketinggalan .

Carian saya diinternet menemukan dengan berbagai slogan dan harapan mengenai kejayaan Score A hingga didakwa berkesan sehingga melahirkan 90 peratus pelajar yang mendapat keseluruhan ‘A’ dalam UPSR dan PMR. Bagi saya kebanyakkan mereka anak orang berada dan bijak sebelum mereka terlibat dengan Score A lagi. Murid yang sedia pandai, perlukan sedikit rangsangan terus cemerlang.

Bagi murid yang sederhana dan dari keluarga sederhana yang mana ‘keperluan asas’ lebih diperlukan, mereka perlukan guru yang membimbing secara ihsan dan motivasi.

Ini pendapat peribadi saya – seorang ibubapa yang masih menitik beratkan hubungan kemanusiaan seorang murid dan guru. Saya masih seorang ibubapa konservatif yang mahu interaksi anak² dan seorang guru berlaku diluar talian. Saya masih ingin tahu ‘cikgu Intan dah bersalin? ” cikgu Angah cakap apa?. Masih suka bersembang dengan anak² tentang guru mereka. Bajunya, kasutnya, moodnya…. kereta baru cikgu..anak kucing cikgu…mengenali seorang manusia.

Walaupun anak² saya telah meninggalkan sekolah lama mereka , masih ada guru² yang bertemu di kedai, di majlis kenduri atau surau bertanya tentang anak² saya.

Kalau berguru di depan komputer, dapatkah rasa semua itu lagi?

Semalam Angah telefon – dia rasa lega kertas Add Maths best. Dia dapat jawap dengan baik. Dia bagitau malam sebelumnya, waktu prep malam, cikgu Mathematik buat lawatan  ke kelas prep bagi semangat untuk murid yang akan menduduki peperiksaan esok siangnya. Sebelum cikgu berlalu keluar dari kelas , cikgu sempat bergurau ” esok ada orang sambut harijadi ye…”

Ucapan sebaris itu dari seorang guru telah menyentuh hati seorang murid dan menaikkan semangat sehingga subjek yang sering diumpat ditakuti itu boleh dihadapi dengan mudah.   Ini adalah hubungan ihsan seorang guru, doa seorang guru dan rabitah seorang guru.

*penerangan paling ringkas mengenai rabitah dalam hubungan seorang murid sekolah menengah bukan dalam konteks ilmu tasawuf yang lebih tinggi perbincangannya.

©kujie – sepanjang minggu ni ada banyak majlis yassin dan doa selamat – anak nak peksa, anak nak sunat anak naik pelamin…semuanya tentang anak.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya setuju dgn pendapat tentang tusyen or score A bagai. Pernah join score A ni, mula2 mmg xcited, tapi bila difikirkan semula, aku sndiri x didik dgn tusyen semua ni. Hari sekolah cuma isnin -jumaat itu je yg aku tau, yg selebihnya dipenuhkan dgn xtvt bebas. Terima kasih pada cikgu2 yg pernah mendidik aku dulu. Apa2 pun kat dunia ni, siapa yg berusaha dia pasti dapat hasilnya. Pilihan sama ada nk jd baik atau tidak ditangan kita sendiri. 🙂
    SALAM KENAL KUJIE, VERY2 NICE BLOG
    Jom terjah post menarik dari Aida ..Product Fair by TupperwareMy Profile

  2. belum akil baligh dah mengatai tu… 😆 😆

  3. blowie says:

    saya setuju, blajar depan depan kalau cikgu tu muda bergetah lagi semangat saya belajar. :mrgreen: 😈 :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari blowie ..13 tahun Ismail Lepat terlipat…My Profile

  4. eh nama saya la.. 😉
    Jom terjah post menarik dari bitt ..Testing 123My Profile

  5. angah SPM la mama -__- PMR tu tahun lepas haha

  6. ikhlas lagi benar la tu…
    Jom terjah post menarik dari ann ..Buah KebanggaanMy Profile

  7. 80% ahli keluarga saya adalah cikgu..walaupun students boleh belajar sendiri, tapi tak akan dapat melawan connection yang terbina di antara seoang cikgu dan anak muridnya..seorang pelajar pasti akan terdorong untuk berjaya kerana dia mahu membalas jasa guru yang bertungkus-lumus membimbingnya. Bahkan, cikgu yang baik adalah cikgu yang bukan mengajar sahaja..
    Jom terjah post menarik dari ShueQry ..Bila Cinta – 5 Tip Bagaimana Untuk Mempamerkan Rasa Sayang Pada PasanganMy Profile

  8. Syafrizal says:

    saya setuju dengan pendapat akak
    ada sorg herbalis HPA cakap..
    kalau internet dia problem macam mana?
    dia cakap suruh gi cyber cafe
    amboi mudah nya…
    elok lah perlu berguru tetapi jangan beban plak
    macam saya dulu jugak la..
    Jom terjah post menarik dari Syafrizal ..Senaraikan isi-isi artikel anda – Bahagian 4My Profile

  9. ameen ya rabbal a’lamin…ameen :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Kisah Hakim dan iMeknya…My Profile

  10. maza…terima kasih berkongsi rasa…saya rasa, inilah msanya saya dan isteri mempersiapkan diri utk menghadapi saat itu bila ia tiba…walaupun masih awal…saya tetap rasa, membaca pengalaman orang lain seperti maza, kak jie, teman2 lain..boleh memberi saya sedikit idea…

    pengalaman itu guru terbaik…setuju maza?

    thanks maza
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Kisah Hakim dan iMeknya…My Profile

  11. maza…awalnya hormon gatal bertndak balas…hehehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Kisah Hakim dan iMeknya…My Profile

  12. hahaha…sebenarnya maza hampir lupa kisah yg itew, kalau tidak kujie sebutkan pasal ‘Darjah 5″ hahhahaha

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Tasik Biru ituMy Profile

  13. jawatan kosong says:

    mm betul tu.. sudah penat la budak2x ikut tuisien
    Jom terjah post menarik dari jawatan kosong ..Foto Prime Vacancy in Miharja- KLMy Profile

  14. Susah nak cakap Maza, tiap orang memandang kehidupan ini dengan berbagai sudut dan kepentingan… kita ambil saja mana yang sesuai untuk diri kita sebab tak semua pendapat atau pilihan tu tak betul… tiap orang ada prioriti masing2.

    pasal nasrun – dia akan dapat menguasai pada waktu yang tepat..kadang2 budak lelaki macam tu lah…dia tak fokus sgt dgn kehendak mak bapa…tapi dia cepat matang dan faham

    jgn risau lebih2…

  15. Zaman sekarang ni ibubapa masing² berpelajaran tinggi..masing² ada cara sendiri untuk membentuk anak². Orang simple macam kak jie dan suami – tak ada apa yang nak dibebankan anak² – tak ada sorang pun pergi kelas tusyen.

    Nak disiplinkan anak² guna komputer sangatlah susah…dalam kotak 4 segi ni ada macam yang best- cakap nak apa saja…semua ada 😆

  16. Buat latihan…buat latihan..jawap soalan…jawap soalan…. penat tau.

    Suka berdiskus semua isu dgn anak² dan dia orang lebih tahu isu semasa dan beberapa perkataan terbaru dari suratkhabar.

    Musim anak2 pereksa, kami masih boleh keluar bercuti kerana perjalanan dan pengalaman yg ditempuh itu juga pelajaran.

  17. Darjah 5 hormon gatai dah aktif ye..hehe

  18. dah faham .. ty kak jie 😀
    Jom terjah post menarik dari Zqah ..Tart TelurMy Profile

  19. betul jgk ckp kak jie..teruja tengok bdk2 zaman skrg belajar pkai komputer smpai mind setting pun dah bertukar cakap “tuisyen online lg bagus”. tapi bila mengenangkan kejayaan diri sendiri sebelum ni, semua kejayaan saya adalah disebabkan rezeki Allah, dorongan ibubapa, didikan guru dan usaha diri sendiri yang tak putus tanpa online, kenapa kita boleh dan anak-anak skrg tak boleh? semakin majunya teknologi memanglah anak semakin pandai tapi semakin kurang pendidikan moral juga.
    Jom terjah post menarik dari adel ..Allah Bukannya HaiwanMy Profile

  20. wooo.. serius maza memang tak tahu.. atau memang terlupa habis.. terutama bab2 suluk ni..

    heheheh
    terima kasih kerana bagi pencerahan gitew…
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Tasik Biru ituMy Profile

  21. Bg saya je ajar anak k.jie..insyaAllah skor A. 😛

    skang dh stop ajar private tuition. huhu
    Jom terjah post menarik dari MuNsYi~SaMa ..Kibou HopeMy Profile

  22. Alhamdulillah kalau anak² cikmin boleh ikuti program tersebut… tiap anak². keluarga, persekitaran, fikiran brbeza, macam tu juga ibubapa untuk anak masing².

    Cuma cara kita tak sama – anak² saya tak pernah pergi kelas tambahan selain yang dibuat oleh pihak sekolah. Dan saya tak galakkan mereka menggunakan komputer keterlaluan – semua history anak2 buka saya check semula.

    Saya suka hubungan direct murid dan guru – di situlah timbulnya istilah ‘rabitah’ tersebut

  23. yup – 2 minggu lepas ustazah sebut…tiba² dapat idea nak guna dalam entri ni….supaya tak lupa 😆

    Hari pertama pengajian – topik pertama yg disentuh – adap menuntut ilmu, adap dengan guru…tapi orang sekarang tak anggap bersekolah tu menuntut ilmu…dia rasa macam rutin kewajipan untuk pergi. Itu saja.

  24. Maza ni saja bertanya je ni…. dia tahu tu. Selalu baca kitab.

    Mungkin dah boleh faham rabitah bersuluk.

    Ini rabitah tahap rendah – orang awam – tentang ‘bayangan’ seorang guru yang lintas waktu teringat sesuatu.

    Nak buat jahat, tiba2 teringat – “ustazah pesan….”

  25. sebenarnya cuba mengelak anak2 dari bergantung dengan komputer – suka dia ada hubungan ‘manusia’

    anak2 cepat tambah power cerminmata

  26. Yang penting, jangan sebab nak ikut orang.. Kak Jie awal tahun lepas pun macam tu..masa Angah nak ambil PMR

    Biasalah awal tahun mcm2 flyer orang bagi, pusat tusyen itu lah ini lah…ada ibubapa kawan2 tanya..anak awak tusyen kat mana…jom hantar anak kita kat sini…

    daftarlah juga – tapi tak lama pun…seminggu 3 kali, Angah pergi sekali je…kadang2 sebulan ada 2-3 kali je.

    3 bulan sebelum PMR dia tak pernah pergi langsung. Dia komen kat situ bising, cikgu dok ulang benda yg sama.

    itu je pengalaman hantar anak pergi kelas tusyen. Along tak pernah, Intan tak pernah…sebab lagi satu, kat sekolah sendiri pun ada kelas tusyen.

  27. best juga dapat belajar sendiri..
    tp tkut kesilapan xde ditegur..
    whwhhwwww
    Jom terjah post menarik dari mie ..– mini cooper berjaya dimiliki –My Profile

  28. harap2 faham

  29. Ustazah baru sebut 2-3 minggu lepas – macam kita nak buat sesuatu yang tak elok, tiba² teringat ‘ eh…ustazah pesan…”

    itu rabitah seorang guru

  30. betul tu.. belajar dgn cikgu face 2 face lebih elok.. senang nak faham..
    Jom terjah post menarik dari RedBoys ..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting TerbaikMy Profile

  31. dua-duanya bagus,,skor A dengan rabitah nih,,first time dengar. tapi kalau saya prefer syor kak jie nih la sebab lagi seronok, hubungan lagi akrab dan lebih melekat. kadang-kadang kesian tengok budak-budak sekarang nih padat dengan aktiviti,,sampai menangis. memang baik untuk masa depan diorang tapi pelan-pelan kita mendera psikologi diorang. kesan jangka panjangnya lagi teruk.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Tips Menjawab Exam PTDMy Profile

  32. Selamat petang Kujie..

    Kunjungan mesra di hari selasa

  33. belum ada cahaya mata?
    usaha tangga kejayaan…

    usaha keras sikit lagi..
    jgn mrs azmi yg keras, sudah…

    hahahhaa
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    Psst: meh angkat tanggan doa, Ya Allah permudahkanlah si Mrs Azmi ni dapat cahaya mata yg soleh/solehah! ameennnn

  34. “Anak nko dapat berapa ‘A’ ?”

    sekarang ni jadi budak2 pun dah banyak tekanan. Ada yang umur 3 tahun dah pergi KUMON ?
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..SESAT DI PARKINGMy Profile

  35. saya pun baru tahu perkataan ini….
    thanks kak jie
    Jom terjah post menarik dari fadah ..Suasana Kiamat Di Universiti Gadjah Mada Selepas Hujan Abu Dan Kerikil Di YogyakartaMy Profile

  36. thanx kak jie.. sebagai orang yang belum ada anak, ni boleh jadi 1 panduan akan datang juga kan? 😉
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..coti deepavaliMy Profile

  37. Wah , kak jie guna perkataan rabitah. Jarang kawan-kawan pakai perkataan ni. 🙂
    Apa2 pun memang belajar secara berguru memang banyak berkatnya. Zaman sekarang ada yang dah tak pandai nak hormat guru.
    Ada juga yang keliru dengan konsep ‘customer always right’ disamakan dengan guru (atau lecturer) patut suap.
    Jom terjah post menarik dari zuls ..Ada ke orang nak subscribeMy Profile

  38. Kak G, rabitah tu apa?

    (maza dgn tawadhuknya ingin tahu, minta pencerahan gitew.. huhuhu) 😳 😳 😳
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Tasik Biru ituMy Profile

  39. adakalanya kita perlu memberikan pilihan pada anak2…. kita perlu berikan haknya utk berehat dan merasai nikmat hidup dgn cara, gaya dan mengikut zamannya….

    maza lebih pentingkan keseimbangan dan ketenangan hidup dari yg terkejar2… apa2 hal pun usaha tetap dikayuh tapi biarlah seimbang dan kena gayanya…

    hari ini nasrun di tadika juga tidak putus2 diasak utk pandai membaca, mengira, menulis…kalau tak dapat atau kurang sedikit catch-up nya, cikgu akan report (ini baik), kendian menekan ibu pula.. aderkkkk..

    cuti hujung tahun ini ibunya sudah merancang utk menghantar anak itu ke tuisyen.. sbb takut naik darjah 1 nasrun ketinggalan dlm kelas, tak lancar membaca dan menulis…

    penyudahnya nasrun bercuti hanya seminggu…

    maza pula sedang berkira2 dan mempertimbangkan usul si ibu…

    ($$$$$$?)
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Tasik Biru ituMy Profile

  40. ahaks… pengalaman yang sama dgn maza..hahahha

    kekadang tengok jari cikgu yg menari atas papan hitam/hijau tulah yang membuahkan ilham dan daya ingatan kukuh utk jawab pereksa.. hehehhe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Tasik Biru ituMy Profile

  41. pulak tu dgn cikgu cun,… ahaks.. lagi best, kan..

    (err.. based on pengalaman maza ler.. hahaha)
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Tasik Biru ituMy Profile

  42. aduh.. tersentuh hati maza…

    maza mesti pilih ini…well said sis..
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Tasik Biru ituMy Profile

  43. intankuterpilih says:

    salam kak jie..
    memang kesian bila tgk anak balik sekolah, kene pula pergi tuisyen…ujung minggu juga kene tuisyen..memang niat ibu bapa baik, nak anak-anaknya pandai dan cepat belajar, tapi kadang2 ibu bapa lupa yang anak2 juga perlukan rehat mindanya. kesudahannya keputusan anak makin menurun…
    paling baik, jemput guru tuisyen datang mengajar di rumah. tetapi ni memerlukan kos yang tinggi. dan selarikan keperluan pembelajaran dan keperluan dirinya sendiri. Score A juga bagus, cuma kita kene disiplinkan anak-anak untuk mengikutinya mengikut masa yang kita sendiri tetapkan. Ini pendapat saya…
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Harga Rokok RM100 SekotakMy Profile

  44. salam kak jie…
    Betul tu, saya setuju sangat. Kadangkala, bukan semua ilmu mampu dihafal/diingat/dihadam…ada kalanya saya mendapat ilham menjawab peperiksaan kerana teringat ‘warna baju cikgu pakai semasa mengajar tajuk itu’ ataupun ‘mimik muka cikgu ketika menerangkan teori itu’ dan banyak lagi bahasa badan seorang guru…
    p/s: saya juga sangat ‘takutkan’ add math semasa zaman SPM…mujur alhamdulillah guru add math saya sangat bagus, berpakaian cantik-cantik, wangi dan tersenyum selalu… 🙂
    Jom terjah post menarik dari epel ..Kasut rayaMy Profile

  45. Salam pagi k.jie..

    kedua anak cikmin mengikuti program score A ni sambil dipantau oleh cikmin sendiri..alhamdulillah..nampak perkembangan yang efektif kebetulannya dua kanak2 ni suka mengadap lappy.

    Nampaknya bila mereka belajar secara output dengan program score A ni lebih baik dari mengadap cikgu tuisyen yang suka garang tak tentu hala.Sekarang mereka dah bebas 100 peratus dari beban tuisyen..pembelajaran di kelas tetap tak diabaikan..homework masih dibuat dan cerita2 tentang cikgu terutamanya yang bawak anak2 mereka holiday ke london walaupun belum cuti skool pun boleh tahu.. 😛
    Jom terjah post menarik dari cikmin ..Sarapan jika ingin tetap langsingMy Profile

  46. saya pun suka kalau belajar sendiri dengan cikgu. =)
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Akaun Glitterati Nuffnang Tak StabilMy Profile

  47. saya sependapat dengan Kak Jie..sebab saya dah rasa betapa penatnya g kelas tuisyen, g kelas tmbhn la, itu la ini la..penat sangat2..saya nak cakap saya letih dengan mak ayah saya tapi tak sampai hati..asyik terlelap dalam kelas..bukan diorang paksa saya g masuk tuisyen ke apa,mak ayah saya terikut2 trend mak bapak zaman aritu, kalau nak gaji besar kerja besar, peksa mesti dapat yang cemerlang. masa tu saya pun nak masuk sebab nak ikut kawan..tapi skang masing2 dah besar, baru diorang tahu, A banyak bukan penentu kejayaan hidup.yang bodoh kelas last boleh bukak pusat tuisyen, bukak butik sebab pandai menjahit je, belajar tak pandai..yang pandai A sentiasa dapat gaji tak sampai 2 ribu..pendek kata, rezki Allah dah tentukan, bukan manusia atau berapa banyak A yang tentukan..A cuma lonjakan dan batu loncatan utk mendapat ilmu yang lebih baik dan lebih tinggi..saya memang tekad, kalau ada anak, saya tak mau terlalu bebankan dia dengan kelas akademik. tak akan kecewa jika mereka murid biasa yang tak dapat perhatian dan pujian masyarakat, kerana dari segi sainsnya pun, setiap manusia tu Tuhan dah anugerahkan kemahiran& keistimewaan yang baik dalam DNAnya, dan InsyaAllah tak akan compare2 anak saya dengan anak orang lain. Tapi jika anak saya bijak, sentiasa score A, apa salahnya, kerana Tuhan sentiasa beri ganjaran kepada orang yang rajin
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..A Humdrum and Photo-less UpdateMy Profile

  48. alhamdulillah pagi nie jenguk page kak jie dapat ilmu baru .. first time dengar perkataan rabitah .. ingatkan nama orang 😆
    Jom terjah post menarik dari Zqah ..Nak kurus bukan nak cantik My Profile