Sesi Bertemu Jiran Tetangga Di Sekolah

parents meet teachers day

Semalam saya hadiri perjumpaan guru kelas Intan. Cikgu Shazatul Adilah yang juga jiran bertemu bucu rumah kami di bahagian belakang.  Disebelahnya Cikgu Wan Zaitoon yang mengajar Sejarah juga jiran  berselang dua lorong.

Intan memang tak boleh nakallah kat sekolah, mama ada radar.  Prestasi Intan biasa-biasa saja – 4 cemerlang, 5 kepujian dan ada satu mata pelajaran yang memerlukan lebih perhatian.

Sebelum bertemu guru kelas, ibubapa yang mempunyai anak di Tingkatan Satu dijemput menghadiri taklimat oleh Pengetua dan guru terlibat mengenai sistem PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Murid-murid Tingkatan Satu 2012 adalah perintis sistem PBS yang akan menjadi sistem baru kepada PMR Tahun 2014.

Pada awal kemasukan tahun 2012, Pengetua pernah menerangkan sistem ini pada taklimat dan orientasi pelajar. Saya pernah menulis mengenai Apa Itu PBS

PBS ini bermaksud setiap selesai sesuatu subjek, guru akan memberikan ujian ( bertulis atau kuiz ) yang akan dinilai mengikut Band.   Band 1 hingga yang terbaik Band 6.  Semua keja kursus  dan ujian murid  dikumpulkan di dalam fail yang dipanggil Fail Perkembangan Pelajar.

Dalam perjalanan balik, diperkarangan sekolah saya terjumpa Ustazah yang mengajar Angah 3 tahun lepas.  Bertanya khabar itu dan ini. Tentang anak-anak tentang suami juga.  Ya…kami juga berjiran selang satu lorong.

Bila difikir balik, saya ni pergi bertemu guru sekolah atau melawat jiran di sekolah…hihi

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Saya pergi sekolah tak de orang nak ambil gambar , tapi .. ada gambar sekolah saja ..

    kakjie sy masih terkejut dengan sistem BPS ni sebenarnya … nak cari maklumat tapi tak berapa lengkap , cikgu cakap di dalam website KPM ada , tp tk nampak pun .. berjam2 search
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Red Velvet Di Hospital Prince CourtMy Profile

  2. Perghh. Kiranya boleh 3 in 1 la kan kak 🙂
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Didikan Ibu Bapa Masa KiniMy Profile

  3. kalo la ade cikgu macam cite jack black tu baru rare nak bawak anak p sekolah hahaha
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Waiting For The EndMy Profile

  4. entri ni common..
    tapi saya terfikir..
    sape yg amik gambar kak jie ni.. moment sungguh! ke ada personal photographer? hehe
    Jom terjah post menarik dari izwanyusof ..Waktu Tengah Belajarlah Sesuai Nak Cari JodohMy Profile

  5. Tak pernah kenal jiran tetangga pun. hihhi…
    Jom terjah post menarik dari dennis ..KELEBIHAN DAN KEKURANGAN EBOOK ARIFF SHAHMy Profile

  6. kesian intan, tak boleh nak buat hal kat skolah…banyak sgt spy maknya..hehe..jgn nakal2 ya intan 😉
    Jom terjah post menarik dari wanG ..BLACK CREPE-KNBC330My Profile

  7. Jiran merangkap Guru. Mmg senang nak tau perkembangan anak2 kat sekolah. Anak2pun lebih rapat dgn guru. Bila dah lebih rapat, ilmu senang nak sampai…insyaAllah =)

    p/s-gaya kak jie mmg macam pengetua =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Oh! Ayam Panggang…My Profile

  8. Menyerahkan anak untuk di didik oleh orang yang kita kenal bisa membuat hati lebih lega dan pastinya bila kita sendiri ingin tahu detail perkembangan anak di sekolah bisa langsung bertanya tanpa perlu sungkan..

  9. ni siapa cikgu siapa mak bapak nih??
    Jom terjah post menarik dari titan ..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7My Profile

  10. kak kujie kak tanya, saya baru bertukar dari blogspot ke wordpress, masalahnya bila saya update entry terkini, ianya tidak appear di bloglist kengkawan, masalah ini dah seminggu dan ada cara tak nak selesaikan? saya dah tanya pada service provider netkl, tapi mereka pon tak tahu cara nak selesaikannya. Lagi satu, entry lama2 semua error 404 page not found, mmg merudum taffik saya seminggu ini

    tq kak
    Jom terjah post menarik dari ajumohit ..(Gambar) Majlis Pernikahan Ella dan Azhar GhazaliMy Profile

  11. menteil says:

    piwit, theme baru..

    *memang sengaja mentidakkenamengenakan komen dengan entry.. =P

  12. Untung tu, kenal cikgu anak-anak sebagai jiran, merangkap kawan. jadi anak-anak akan lebih berasa malu dan hormat. Bab radar tu memang sangat bagus.
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Blog uncle seekers 2012 kat mana nak tengok?My Profile

  13. Ikhtiar Shah says:

    dua dalam satu kak kujie.
    semakin bermesra lah perjumpaan tu..
    Jom terjah post menarik dari Ikhtiar Shah ..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

  14. Gaya kak jie duduk dan menulis tu macam pengetua sekolah. hehehe
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Malang Tak BerbauMy Profile

  15. Assalamualaikum,
    Nasib Intan sama macam saya masa kat sekolah dulu…sepanjang jalan ada radar. Nasib baik saya memang dah azali tak nakal sangat hingga lompat pagar (errr….nak ponteng keluar ikut pintu depan je hu hu hu …orang lain ada berani buat?)

    Rindu zaman sekolah dulu…
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Promosi arak sebagai ‘Ramadan Sales’?????My Profile

  16. bagus tue hrap2 nanti cikgu aman pun dekat2 umh kiki

  17. kat sini belum buat lagi sesi nih. suka ayat last kak jie, bertemu guru atau melawat jiran di sekolah. hehe.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Resepi Kuah Lontong MudahMy Profile

  18. sistem PBS tu bagus jugak dan sepatutnya dari dulu lagi dah dijalankan sebab baru la boleh tahu kefahaman dan tahap pembelajaran pelajar tu camne..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Kehidupan – Persediaan bakal ibu bapaMy Profile

  19. Dah baca penerangan PBS tu, tapi masih samar-samar.. lama dah tak guna kepala secara akademik susah nak dapat tangkap. Tapi nampak secara general suatu perkembangan yang bagus untuk menjadikan pelajar bukan sekadar berlumba untuk menghafal.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Kehidupan dan cabaran baruMy Profile

    • pengalaman pertama kerja kurusus

      bila dah bersedia. pada hari yang sepatutnya kena buat, ditunda dgn alasan sekolah lain belum dapat… mcm mana lah ada sekolah dah dapat, ada yang belum dapat. Ini kerja kursus dari kementerian.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sesi Bertemu Jiran Tetangga Di SekolahMy Profile

  20. saya nak tanye… sapa yang tangkap gambar neh? hahaha… sekarang dah naik taraf dah kak jie ye… siap ade fotografer kalau jenjalan.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Plugin : “Saya telah membaca artikel ini” dilepaskanMy Profile

  21. Saya kat sekolah dulu pun tak boleh nakal. Mama ada radar sebab dia cikgu. Anak soleh je sepanjang kat sekolah. Hiks~
    Jom terjah post menarik dari beliamuda ..Entri Ditendang Keluar Dari Apesal.comMy Profile

  22. Dulu hari-hari bertemu mak saudara di sekolah sebab dia cikgu kat sekolah tu. Tapi tetap panggil cikgu apabila disekolah dan gelaran apabila luar kawasan sekolah.
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Nak nikah lagi satu?My Profile

  23. oh kat kawasan rumah akak byk yer cikgu sekolah Intan…mmg senang la nak pantau perkembangan Intan kan…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Apabila Mifz Makan CoklatMy Profile

    • yup
      pernah sekali ada anak kak jie perlu ikuti satu kursus tapi tak sempat nak tandatangan surat keberanaran ibubapa…cikgu dia ( juga jiran ) call minta kebenaran..dan wakilkan diri utk turunkan tandatangan.

      ini kes lain, kes anak ke-2 dulu
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Masih Ada Masa Untuk Bergaya Di Hari RayaMy Profile

  24. ehehe kena jadi budak baik kat sekolah 😀

  25. Dulu kalau cikgu datang rumah rasa punyalah malu pergi lari belakang rumah kih3
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Marah Ayah dan Ibu setakat manaMy Profile

  26. nasib baik cikgu2 saya dulu takde sorang pun yg jd jiran tetangga. kalau tak, habisla mak ayah saya tahu betapa nakallnya anak diorang ni kat sekolah dolu2. 😀
    Jom terjah post menarik dari Azah ..Chapter BaruMy Profile

  27. ini sebenarnya igauan ngeri bagi anak-anak. Mereka kena jaga sikap dan tingkahlaku sepanjang masa. Mereka akan rasa tak selesa.

    Nasiblah kan. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Faizul ..Jersi Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Liverpool musim 2012/13My Profile

  28. Bagus jugak ada mata-mata di sekolah….
    Jom terjah post menarik dari zack ..Tangisan baby ini dengan Balotelli. Apa bezanya??My Profile

  29. 2 dalam 1 hehehe…siap ada radar lagi tu – radar tak berbayar 🙁
    Jom terjah post menarik dari azman ..Kepuasan BerblogMy Profile

  30. Salam Kak,

    Hihihi boleh jadi 2 maksud gak tu kak, hari berjumpa guru dan berjumpa jiran, best sebenarnya macam ni, jadi intan boleh lebih fokus pada pelajaran, sebab risau mama ramai informer kat sekolah heheee

    Baru2 ni jumpa dengan sepupu2 suami yang rata2nya adalah guru, ada tanya pasal PBS tu, barulah faham sistem PBS tu macammana fungsinya, kalau tak sebelum ni agak blur juga 😀

  31. Kalau dikawasan rumah boleh dianggap jiran tetapi apabila disekolah sudah membawa gelaran guru dan ibubapa. Kalau ikutkan kes macam ini senang sahaja hendak sampaikan perangai anak disekolah dengam jiran sebelah.:-)