Sewaktu menghadiri majlis taklimat dan orientasi pendaftaran Intan ke Tingkatan 1 Isnin lepas, Pengetua ada memberikan penerangan ringkas mengenai isu PMR yang akan diganti dengan satu sistem baru.
Saya pernah menulis mengenai teka teki nama baru PMR di sini – UPSR, PMR Dan Sejarahnya
Menurut Pengetua , PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah) akan digunapakai untuk murid Tingkatan 1 2012 yang akan menduduki PMR pada tahun 2014.

Sebagai ibu yang mempunyai anak yang akan terlibat dengan PBS, saya cari maklumat di laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia dan memuat turun beberapa fail maklumat berkaitan Penaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS)
Ada beberapa soalan dan jawapan yang penting yang perlu diketahui, antaranya:
Apa itu PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik . PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
Bila PBS mula dilaksanakan?
PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.
Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?
PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

Secara ringkasnya, PBS akan mengumpul prestasi murid sepanjang 3 tahun ( Tingkatan 1-3) merangkumi semua akvititi akademik , kokurikulum, projek, folio, sukan , sifat, sikap, kemampuan dan kepribadian.
Sistem PBS akan di keyin oleh guru mata pelajaran terus kepada KPM ( Kementerian Pelajaran Malaysia )
Secara ringkas, apa yang saya faham ialah nama peperiksaan ini masih menggunakan PMR tetapi dinilai secara PBS.
Kalau ada salah dan faham, cikgu² boleh tak tolong betulkan dan terangkan macam mana PBS ini.
Untuk maklumat lanjut, masuk laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, klik Dasar dan pilih Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
mak mak kena alert dengan sebarang dasar baru kementerian yang bersangkut dengan pendidikan anak-anak bukan sekadar menghafal jadual pergi dan balik sekolah saja.


Penilaian tidak telus, kena di kaji semula
memang memening la PBS ni , kesian murid2
hoi change 2 xm lahhh
plz change pbs 2 xm again stupits…
Pbs senang je.hafal je terus buat.faham tak?
pada pendapat saya pbs patut di dilumpuhkan kerana jika seseorang pelajar itu x dpt buat maka gurunya pun akan buat lainlah kalu pmr guru drpd skolah lain yg jage dan cek krtas
wow……………!!!!!!!!i’m so happy bcz not have pmr yes!!!!!!!!yes!!!!!!!!yes!!!!!!!
pbs ni kelemahan yg paling ketara ibu bapa tidak tahu pencapaian keputusan anak.sebagai contoh anak saya di tingkatan 1 sekarang..mulai januari hingga oktober saya tak pernah tgk lanhsung apa pencapaian pelajaran anak..kenapa kementerian tidak mengamalkan sistem ini ?..jika keadaan ini berterusan mcmana ibubapa boleh mengenalpasti kelemahan dan kebolehan anak.sementara itu dipihak guru jugak belum bersedia ttg isu pbs ini..peringkat ppd juga kabur..tiada penkelasan lengkap..mungkinkah pbs akan menyebabkan wujudnya budaya pelajar emas,perak atau ganhsa dikalangan guru..sedikit sebanyak perkara ini mesti wujud..atau lebih tepat budaya membodek guru..elok buat kajian dulu..ini melibatkan masa depan anak-anak kami
Sebagai ibu bapa, semuanya mengharapkan yang terbaik bagi anak-anak. Pihak kementerian pelajaran melalui bijak pandai mereka telah mengatur dan menyusun strategi untuk sukatan baru yang pastinya lebih baik daripada sistem terdahulu.
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Eyriqazz vs Denaihati tergelincir
Untuk sistem PBS boleh tak masuk sekolah teknik/vokasional selepas form 3 ?
Jom terjah post menarik dari Farouq Amir ..Nak Masuk Sekolah Victoria Institution
satu perubahan yang positif bila menekankan kepada ko-ku …
lagi satu,masa tingkatan 4 pelajar sepatutnya bebas memilih aliran.. biasanya lepas PMR, sape dapat 8A masuk kelas sains tulen, sapa dapat 1A masuk kelas ekonomi.. rekacipta etc… tak praktikal.. tak selaras dengan hala tuju lepas SPM..
Jom terjah post menarik dari Izwan ..Jom Sertai Kem Jambori Remaja Islam 2012
thanks sharing kak jie, dapat jugak tau nih untuk adik yg PMR 2014 nanti. tapi tengok yang ini lebih bagus daripada sebelum nih yang lebih berorientasikan akademik.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Sesi Rawatan 2012 – Takut Cucuk
sistem ni bagus, jadi kita tidak bergantung kepada peperiksaan yang menghafal je..jadi minda pelajar lebih terbuka..cuma suatu perkara yang saya harap, cikgu lebih bersikap profesional sewaktu memberi markah..kalau libatkan emosi kemungkinan akan libatkan keputusan pelajar..
jika intan adalah kumpulan pertama untuk sistem BPS ,
anak saya kakak tu kupulan pertama untuk sistem KSSR ,
risau sebab (jadi mangsa ujikaji)
tapi BPS ni betul-betul membuatkan murid perlu menjaga perangai di sekolah lah kan ? sebab semua kuasa dintangan cikgu nya ..
hehehe susah tu untuk budak2 nakal ..
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Regognition Nite (13 Jan ) & Mary Kay Workshop Melaka (15 Jan)
tapi sistem ni akan bagi pening kepala pada guru kelas dan cikgu mata pelajaran. Dan semuanya dari cikgu aje sekarang. Nak bagi lulus atau tidak..dari cikgu aje. Jangan ada mak bapak rasuah cikgu sudah la..
Jom terjah post menarik dari titan ..Novel Fiksyen 302 yang kacak
kuasa cikgu pegang, jangan nak lawan ….hehe
utk budak2 nakal kena fikir patploh kali
Akhirnya, pelajar kita akan dinilai secara total dan bukannya hanya melalui keputusan akademik sahaja. Bagus dan memang sudah masanya kita membuat perubahan kepada sistem pendidikan yang sedang diguna sekarang ini.
moga perubahan menjadi lebih baik dari sebelum….yang kak jie risau
Intan adalah kumpulan pertama ( thn 2014 )
macam dalam makmal untuk diujikaji je
Baguslah peperiksaan bukan kayu pengukur semata-mata kerana turut diambil kriteria elemen lain. Cuma satu yang harapkan jangan ada jurang antara murid yang pintar dan yang lemah. Semua murid perlu mendapat hak untuk belajar bukan kasta antara yang pintar dan lemah. Yang lemah dibantu dan pintar digilap baru saksama.
kelas KRK ( Kelas Rancangan Khas ) murid yang pandai di asingkan, sekolah sesi pagi.
cuma satu kelas , dengan alasan mereka ada kelas tambahan kemudiannnya
eeemmm…. yang dah pandai cikgu bagi kelas tambahan
sanagat menyokong kalau dalam sistem peperiksaan terdapat elemen lain untuk menetukan gred… projek kelas, individu, kehadiran, sahsiah dan sebagainya sepatutnya dimasukkan kedalam gred purata bagi setiap murid…barulah menghasilkan modal insan terbaik…
apa apa pun harapan agar sistem PBS menjadi satu platform terbaik utk anak anak kita pada masa depan
Jom terjah post menarik dari norzikri ..Bicara Agama – Takwa penuh ikhlas dihiasi sunnah Rasulullah lebih berkat
ternanti nanti juga macam mana gred / penilaian PMR 2014 nanti. Dengar Pengetua cakap, kami pun tak dapat nak bayangkan macam mana PMR nanti…………. seriau jadinya.
Apa ada pada sistem kalau sekolah pun dah berbeza beza fasiliti…prasarana kemudahan untuk membangunkan modal insan ini bukan cakap politik sekadar pandangan peribadi..tak caya pegi jalan jalan tengok sekolah anak orang lain sama.
contoh mudah
sekolah satu sesi……… dah bertahun tahun tak ada pun
sama saja……….. dua sesi juga
( sebab intan tak suka sekolah waktu petang )
Betul tu kujie otak dah sampai tengahhari baru nak start belajar sepatutnya pagi pagi baru fresshhhh belajar tolonglah jangan bagi alasan kalau sekolah tak cukup cikgu tak cukup kalau nak buat sistem pembelajaran kenalah seiring pembangunan sekolah dan sekolah waktu pagi sahaja cam ner nak korikulum sukan kalau padang sekolah pun tak sama standard prasarana kelas tak sama standard tahun nie masuk pagi tahun depan masuk petang bukan tak setuju sistem berubah ubah tapi tengok sama sekolah sekolah yang daifff sesangat apa pun nie pandangan peribadi yang dilihat dari mata kasar saya yang suka jalan jalan tengok sekolah sekolah bestari dengan tak berapa bestari
sistem yang asyik bertukar..kadang2 pening kepala nak paham dengan benda2 baru ni..
Jom terjah post menarik dari bardboo ..Pech David
bukan semua ibubapa sedar pun
masa Pengetua bagi taklimat tu, sekali imbas
banyak benda dia nak cakap….. sebab tu kak jie cari info kat laman web kementerian
kalau ibubapa yang ada kesedaran IT ni, senanglah sikit nak mencari info2 terbaru kan..kalau yang langsung tak kenal internet, macam mana la kan..
Jom terjah post menarik dari bardboo ..Jom Main Salji!!
Kementerian baru sedar selama ini matlamat utama dalam falsafah pendidikan kebangsaan tak tercapai. Dah berpuluh tahun.. alhamdulillah sekarang baru sedar. Bukan cuma intelektual sahaja yang diutamakan, 3 lagi elemen penting iaitu emosi, jasmani dan rohani perlu diambilkira dalam menentukan kecemerlangan pelajar. Harap-harap ia berjalan dan tiada campurtangan politik dalam menentukan dasar.
Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Kenapa Nak Berubah?
mana sekolah satu sesi?
riuh betul dulu …..
Kena ingatkan anak siapkan kerja kursus yang diberi. Jangan kontrakkan pendidikan anak kepada guru dan tuisyen sahaja.
Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Haram Haramkah @OhBuku
terimakasih.. mcm tu lah pesan Pengetua masa takmimat
Senang hati golongan guru lepas nih dan boleh tarik nafas lega sebab dah tak perlu fokus kepada sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan…..
Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Pengalaman dan dunia baru untuk Abang
eh…. dari file yg kak jie muat turun dari laman web kementerian tu ada banyak step atau panduan yang perlu . kena ikut subjek yang ditetapkan juga
laaa..dah bertukar rupanya. baru tahu yang pmr dah mansuh. outdated betul saya ni
Jom terjah post menarik dari blogger gemuk ..Pisau Seramik?
sistem baik pulih, katanya
ramai pun org tak sedar
kak jie sebab ada anak yang akan terlibat, jadi kena mencari info
utk senang faham
pening kalau tengok garis panduan… kekekke… cam mane la kalau amirul dah sekolah nanti. mau mama dengan abah dia pon kene sekolah jugak

Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Prinsip tekanan dan salah penerangan.
tak apa… sampai masa tu nanti, kita boleh ejas sendiri utk menyesuaikan diri dgn keadaan masa tu
harap kementerian bukan melaksanakan dasar pelajaran anak2 hanya bersifat politik….tukar menteri …tukar dasar.negara akan tungang langang akhirnya.haraf tidak yer.kajian sudah di lakukan pengalaman dah dilalui….laksanaakan dasar demi agama, bangsa dan negara.amin
Jom terjah post menarik dari ann ..Kolam air panas Hamam Debagh
risau juga sebab anak kita ni kumpulan pertama yang ‘dicuba’ menggunakan sistem ini
mcm tikus di dalam makmal sains.
dah tak boleh main2 la kat sekolah..ponteng jauh sekali..kalau buli ke gaduh ke pancit tayar kete cikgu ke..mau failed PBS..dan kena la sentiasa buat baik dengan cikgu..boleh dapat markah bonus =)
ada bagusnya jugak..bentuk peribadi diri yang lebih murni..hormat guru..hormat kawan..hormat orang sekeliling..sentiasa aktif..
bagus dari segi untuk lebih mendisipkan murid hormatkan guru
tapi budak yang degil tegar, nakal yang biasa menipu ibubapa………. cikgu yang serba salah, yang akan simpati nak bagi markah macam mana.
cikgu bukan suka nak gagalkan murid dia….
Dari pembacaan diatas bagus juga PBS ni…kalau yg baik untuk anak2 kita mesti sokong

Jom terjah post menarik dari Azman ..Renungan Jumaat : Aku nampak!
sebenarnya, kalau nak lengkap kena muat turun file kat web kementerian. ada banyak file.