Bila Kak Jie Dah Membebel

Petikan dari entri Faktor² Blog Tak Berupdate

5. Dah bosan apa yang ada dalam dunia blogging

Ini nampak gaya kena jumpa Kak Kujie, suruh dia mem”bebel” sikit tentang kesedapan berblog ini sesuai dengan taglinenya ” Hidup Biar Sedap“.

Jadi – entri ini adalah balasan di ruangan kotak komen blog syahrilhafiz.com

Kenapa bosan?

Sebab utama hilang fokus pada matlamat asal.   Sudah 5 tahun saya menjadi blogger dan nafsu berblog itu masih stabil.  Saya masih dapat seimbangkan gembira dan duka di dalam dunia blog.  Saya jarang mengambil sesuatu secara berlebihan – suka dan duka berpada².

Masalah sekarang, ramai blogger yang tersasar dari niat utama dia membina blog. Ramai akan labelkan blog dia sebagai ‘milik peribadi’ tetapi ramai juga yang ‘hilang kuasa memiliki’.

Blog peribadi telah berubah menjadi  anak syarikat Nuffnang.   Earning > BE > trafik > visitors > pageview > dan akhirnya blog peribadi menjadi duplicate Metro atau Kosmo.

Apabila anda mula hilang fokus,  menulis ( tulis ke ) blog kepada hal bukan datangnya dari jiwa dan diri sendiri , hanya memenuhi keperluan ‘update’ semata² – lama kelamaan kebosanan dan keletihan mengejar ‘dateline’ target untuk sentiasa ingin melihat peningkatan earning berlaku.

Contoh – hari ini anda post kisah hangat cium mulut Nabil Raja Lawak , visitors dan pageview meningkat memuncak setinggi Gunung Everest, 3-4 hari kemudian graf akan menjunam kerana carian tersebut bukan sehangat hari pertama lagi.

Untuk menampakkan peningkatan kepada blog, anda post pula kisah terhangat hari tersebut – Kisah  Uncle Seekers dan bekas Permaisuri Agong, Permaisuri Aishah dalam episode “cinta shyy” ( tak ingat nak eja macam mana, saya baca kisah tersebut sekali saja – itu pun tak semua siri )

Anda gembira melihat stastistik blog. Sampai saat ini, anda akan menjadi ketagih. Blog peribadi sudah lari dari tujuan asal. Segala etika dan ‘keberkatan’ yang anda pegang waktu mula² membina blog telah hilang hanya kerana seronok dan ghairah mengejar trafik. Sedar tak sedar lebih separuh isi kandungan blog peribadi telah menjadi kisah peribadi orang lain. Anda mula bercerita tentang orang ketiga tanpa tahu betul atau salah.

Ini adalah tanggungjawap dan amanah serta jujur pada diri sendiri yang pada akhirnya datangnya ‘keberkatan’.

Sebenarnya ada banyak lagi saya nak membebel … dah disuruh membebelkan tapi apa yang saya nak cakap mungkin akan jatuh tertempek di batang hidung sesiapa – nanti ada hati yang terluka.

Cari dalam blog ini – pernah tak saya menulis mengenai blogger lain, kalau saya tak suka cara mereka, saya mengelak untuk berada dalam komuniti tersebut.  Saya unfollow atau unsubscription  dari Google Reader, saya mengelak untuk membaca dan mengelak dari mengutuk mereka walaupun sekadar di dalam hati.  Untuk buat semua ini perlu kekuatan bukan sedikit dari dalam diri kerana lumrah kita manusia – benda yang ‘syaitan bergedik’ di situ, benda itulah yang paling sedap dibuat.

psst – saya pernah menulis mengenai Hellioz , itu pun atas permintaan beliau sendiri – Hellioz – Entri Ini Untuk Kamu

ok..ok berbalik pada entri ini ( biasalah kalau dah membebel – kelaut sudahnya )

Entri blog ini tak menarik? Cerita anak laki bini?  Rasa bosan?

Ianya tetap milik saya – bukan tajaan atau entri berbayar. Inilah kepuasan diri yang menyebabkan saya tidak pernah bosan dengan blog ini walaupun ganjarannya bukan dalam bentuk kehadiran trafik yang boleh dibanggakan atau earning mencurah² untuk diprintskrinkan.

‘pause’

Nak keluar pergi Giant kejap – beli barang dapur – esok mak nak datang.  Esok je sambung membebel lagi…

Nota : Kepada otai² cikgu² yang buat tutorial ajar letak link entri terkini kat kotak komen, tolong letak tanda amaran ” Jangan lakukan ini di kotak komen blog wordpress – komen anda secara automatik masuk spam box dan Ip anda di labelkan spam oleh Akismet” kasihan  anak murid anda penat2 nak tulis komen secara berhemah tetapi masuk kotak spam.

Minta maaf, saya tak approve komen yang buat macam ni sebab saya gunakan plugin Commentluv.  Jangalah tamak sangat der……..:lol: hidup lebih sedap kalau bersederhana.

©kujie – jawapan klasik – blog aku ,  ikut suka aku!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Syafiq Лomoтехн says:

    saya stop berblog bukan sebab hilang nafsu tapi ada sebab sendiri 😀
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Oud – khair al nisaMy Profile

  2. hidayah says:

    kak jie……..!!!

    uwaaaaa….!

    serius dayah rasa nak nangis dengan entry nih..

    entahlah…

    rasa insaf…

    bebetul membuatkan dayah semangat nak blog tentang hal sendiri semula..!

    huhu…

    serius la..sebak bila kak jie membebel..!

  3. kat FB update status;

    ‘aduiii..mood berblog ke laut’

    kat blog pun ayat yang sama.. :mrgreen:

    sekarang sejak Nuffnang murah hati bagi buffered, ramai yang tertekan bila tak dapat update
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Ana Rafali disaman kerana menang AJL 25!!My Profile