Cara Buat Subdomain Teman Tapi Mesra

A-Y-I-E tanya:

Assalamualaikum kak jie.. mcm mana ek nak buat bloglist teman tapi mesra macam kak jie ni? Boleh buat tutorial??

Berat sungguh permintaan ini… bukan sebab saya kedekut ilmu untuk berkongsi.   Apa pertanyaan yang tidak pernah saya jawap?  Tapi untuk bloglist seperti Teman Tapi Mesra tu susah saya nak terangkan kerana itu adalah projek trial and error syok sendiri .  Langkah yang saya buat bukan secara profersional atau tertib seorang web designer. Itu adalah projek hentam kromo.

Saya tak akan mengecewakan orang yang bertanya. Saya akan  mencuba juga memberi garis kadar mengenai cara dan prosedur membina page tersebut. Ayie baru menggunakan wordpress selfhosted, jadi tutorial ini dari amatur kepada amatur.

Bahan asas yang diperlukan:

Subdomain – dulu saya guna page dengan memasang plugin  WP Social Blogroll tetapi plugin ini terlalu berat loading time. Saya buang.

Cara Untuk Buat Subdomain

* amaran : entri ini sangat panjang dan mempunyai banyak image, baik untuk bacaan di bulan puasa yang memerlukan anda banyak bersabar! :lol:

1.  Login ke cpanel – ini adalah contoh alamat cpanel http://nama domain/cpanel

2. Dibahagian Domains, klik subdomain

Bahagian create subdomain, isikan nama subdomain yang ingin kita miliki. Jika kita isi blog, url akan menjadi http://blog.domain.com.  Untuk contoh ini saya gunakan http://me.kujie2.com.   Document root akan keluar public_html/me.  Klik create.

Paparan ini akan dihasilkan apabila berjaya membuat subdomain.

Cara install wordpress pada subdomain menggunakan Fantastico.

Balik pada HOME, cari bahagian Software/ Services.  Klik Fantastico De Luxe


Pada navigation klik wordpress > new installation

Pilih domain yang kita create tadi dan Install in directory .  Isikan contoh semua data termasuk Site Name dan Description ( boleh tukar di dashboard WP ).  Selesai mengisi maklumat tersebut, klik Install WordPress.

Klik Finish Installation.  Selesai klik Back To WordPress.

WordPress telah berjaya di install dah boleh klik Visit Site untuk menatap hasil kerja keras anda sebentar tadi! ( kuina.kujie.com tu blog adik saya )

Hello world ! aku dah ada blog wordpress…oyeh~!

Inilah blog tersebut dengan default theme wordpress – Twenty Ten.  Bolehlah login dengan username dan password yang dicipta tadi.

Sekarang dah ada tapak, rehatlah sekejap.  Kita minum dulu…..ops!

Saya nak keluar nikmati dingin pagi dengan kicau burung di Ruang Rindu dan bagi ikan² makan.


Hujan malam tadi,  teratai saya tetap berkembang.

Layan blues di Ruang Rindu ( ini bukan gambar pagi ni… abaikan bekas² makanan tersebut )

Ok….. lepas dapatkan oksigen yang segar, kita sambung balik kerja yang belum selesai.

2. Dari Dashboard WP – Widget > drag Link ( your blogroll ) ke sidebar.

Ini adalah default blogroll wordpress yang terdapat di sidebar.

Memandangkan kita hanya inginkan subdomain ini mengandungi bloglist sahaja, kita perlu cari theme 1 column dan edit bahagian yang tidak dperlukan. Inilah bahagian yang memerlukan daya kreativiti seseorang blogger. Fikir apa yang kita mahu dan faham struktur sebuah blog itu sendiri.

Untuk contoh ini saya gunakan theme Blue Basic.  Proses seterusnya adalah trial and error seorang blogger amatur.

Widget Blogroll saja yang diperlukan.   Jadi kita buang post body.
Dashboard > Appearance > Editor> Main Index Template. Buang code yang tidak perlu. Mugkin boleh terus buang file tersebut tetapi saya seorang amatur… redah sendiri. Mungkin orang lain ada cara lebih kemas.

Widget sidebar yang tak perlu juga perlu dibuang, tinggalkan Blogroll saja. Edit di sidebar.php.

Ok, sekarang blog dah siap.

Nak rehat lagi ke? Teruskan aje lah… mood tengah baik ni… hehehe.  Korang dah penat baca ye… tak apa.  Kalau tak perlu sekarang jangan baca, kalau suatu hari nanti perlukan tutorial ini baru datang belek.

3.  Langkah seterusnya memasukkan link dan create kategori yang diperlukan.

Dashboard > Links > Add New > Isikan Nama, Web Address > Categories > Add New Category > Target > _blank — new window or tab dan akhirnya klik Add Link.

Proses ini berulang-ulang setiap kali kita add link atau tambah kategori baru.  Sekiranya kategori yang ada lebih dari 6  , edit tambah jumlah tersebut pada sidebar.php.

Jadilah Teman Tapi Mesra.   Cara untuk letak kat parent domain  hanya create page seperti biasa.

Kalau tak faham dibahagian yang mana², tanya saja di ruangan komen. Kalau bukan saya yang boleh jawap, pasti blogger lain akan menolong. Kebanyakkan kawan² blogger saya ‘geek’ – mereka hebat dibidang masing².

kringggggggg……….. loceng dah bunyi ye?  Korang pula yang melompat seronok sebab dah habis kelas. :lol: Saya pun nak rehat juga.  Nak berjemur dengan matahari pagi.

©kujie – sebenarnya saya malu dan segan nak siapkan tutorial ini kerana cara amatur saya ini bukanlah betul konsepnya bagi web designer.

41 Replies to “Cara Buat Subdomain Teman Tapi Mesra”

  1. dah tengok dah…. lega juga sebab dah jadi
    tak pe…buat salah…buat salah…tu pun proses belajar
    kak jie pun mcm tu
    bukan belajar secara formal pun..main hentam kromo sana sini gak 😀

  2. Assalamualaikum Kak Jie. Tahniah dan terima kasih banyak-banyak di atas tutorial ini. Ini memang info yang saya cari-cari. Alhamdulillah, sepetang semalam saya menggodeh mengikut panduan yang Kak Jie kongsikan ini lalu terhasillah http://links.arabmykrk.com/. Tapi saya guna theme yang sama dengan parent domain dan ianya belumlah siap sepenuhnya. Syukur sangat!………. Semoga Allah membalas budi Kak Jie dengan sebaik-baik balasan, insyaAllah, aamiiiiiin……. 😀
    Jom terjah post menarik dari Mykrk ..Selamat Pengantin Baru……Eh 2 …My Profile

  3. kakjie,stail kite same je… try n error … baru boleh blaja mcm2 kan ?
    sebenarnya sy suke bangat dgn bloglist yg ada pd platform Blogger , try juge search plugin seakan tu , mcm dah jumpe tp x reti lg nk godek2…so terpaksa biarkan dulu bloglist tu dlm sebuah blog khas utk bloglist sahaja…ada juga terpikir nk buat subdomain mcm ni tp ruangan hosting yg sy beli xcukup besor utk install sebuah lg blog..tgh try n error buat blog e-commerce ni,belum mnjadi lagi 😉
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Tutorial – Bina Sitemap untuk BlogMy Profile

  4. Pingback: Kaki Komplen Malaya » Setting Asas Dashboard WordPress
  5. wahhhhhhhhhhh sedang cari gak nak buat bloglist camni.. Nak letak semua kat satu tempat lambat loading plak.. Nanti nak buat testing gaklah.

    fuhhhh siap ada timeout lagi.. haha
    Jom terjah post menarik dari ann ..malam ini milik akuMy Profile

  6. Untuk orang yang belajar online tanpa asas dan sijil…. trial and error adalah pelajaran paling bermakna sampai kadang2 tak tahu nak explain secara teratur dan tertib kepada orang lain..hehehe 😆

  7. Kalau bab nak edit² php ke ape benda yang teknikal tu Kak Jie tak pandai… yg kak jie buat ni selepas terfikir sendiri …penyelesaian yang mudah dan mampu Kak Jie buat.

  8. tutorial gaya pemahaman makcik² – siap boleh tinggalkan pc merayau sapu rumah, sidai kain ….kemudian sambung balik 😆

  9. Mula-mula buat blog memang guna page macam entri tu, add secara manual.

    Kemudian guna plugin wp social blogroll – berat sgt

    Kemudian terfikir nak buat subdomain mcm ni…entah bertahan sampai bila

    esok lusa kalau terfikir nak cuba cara lain…mulalah dia mengatal godek sana sini 😆

  10. hehe mine blog masih tak buat lagi blogroll sebab rasanya macam malas 😀 sebab dah ada page untuk bloglist atas nama tukar pautan.

    tapi semua masuk manual la. macam buat entri heh 😀

    p.s kalau buat page baru bak kata azmanishak memang boleh. tapi dah try hari tu tak menjadi T_T salah buat kot haha
    Jom terjah post menarik dari tmukmkd ..Orentasi Objek- Fasa-fasa Pembangunan Sistem 3My Profile

  11. nice kak jie. banyak cara bleh buat. kalau ikut cara kak jie ni rasanya dah senang dah… tapi kalau ikut cara saya.. bapak la panjang dan mengkompiuskan. hehehe elok cara macam kak jie jer senng. ade gak plugin dan integration antara php dengan blog rolls. rasanya yang tu senan. tak perlu buat sub domain tapi cume perlukan satu page baru!

    kalau nak.. kene ingatkan saya la.. sekarang ni mudah lupe la 😛
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Jemput makan sayangMy Profile

  12. subdomain boleh digunakan utk mcm2
    salah satunya utk blogslit sbb RPnya tetap sama dgn parent domain.

    p/s – Kak Jie dah add kat TTM tu 😆

  13. oh…. mcm tu yek..
    akhirnya sumi dh paham..selama nie tak pernah tahu kegunaan subdomain..hehehehe..
    ok..skrg dh paham..
    terima kasih Cikgu Kujie….
    dr kak Kujie la sumi tahu serba sedikit mengenai WP..hehehe

Comments are closed.