Frekuansi Tepat Tindakbalas Cepat
Blog Tutorial

Frekuansi Tepat Tindakbalas Cepat

cara edit blogIni adalah theme asal yang saya guna sejak 01.01.12.  Sekali imbas memang tak nampak sangat perubahan ketara tetapi sebenarnya ada beberapa bahagian yang telah diedit.  Saya bukan suka buat kerja edit mengedit secara lump sum, sekali pasang  terus edit beria-ia sampai lebam.  Saya jenis  ambil masa berminggu² untuk tukar sikit² tanpa disedari.

Kadang² jadi tikus makmal membuat ujikaji yang biasanya menjadi rosak teruk dan akhirnya terpaksa memancarkan signal SOS kepada kawan-kawan yang pandai bab html.

Theme asal blog ini ,  kedudukan banner blog dan garis pembahagi berdekatan description blog sangat lapang dan memakan ruang.  Nampak kosong .

Saya minta tolong budak kamera untuk settlekan masalah ini dan dia buatkan satu entri khas Godek Blog Kak Kujie 2012

No #1

Mula² buang margin-top: 20px untuk facelift sikit banner ke atas. Kemudian garis di bawah tajuk blog dikecilkan kepada 140px. Kemudian ubah line-height blog description daripada 90px kepada 75px.

No #2

Ruang antara blog description dengan menu navigasi terlalu jauh, tetapi ruang antara menu navigasi dengan badan entri dan sidebar  terlalu dekat. Buang margin-bottom: 50px dibahagian logo dan tambah margin-bottom: 20px di bahagian access.

Jadilah macam gambar di bawah ni – sebelah kanan sebelum edit dan kiri blog yang telah diedit.  Kedudukan ruang atas blog telah dikecilkan.

 

blog baru edit image dari blog lomotech.com

 

No#3 – tab dibahagian sidebar itu ( Random Posts dan Tag Cloud ) memang cantik , tetapi mengambil masa yang lama untuk loading.  Saya buang table tersebut.  Terus theme ini nampak  seperti theme lama.

No #4 – tukar hover, tukar font , font size – ambil masa dua tiga minggu juga untuk menyesuaikan diri dan mendapat css yang sesuai.  Saya banyak merujuk kepada eizil untuk menyelesaikan beberepa kotoran degil ( sebenarnya saya tak faham nak cari code di mana ..hiks! )

Waktu saya mula² menggunakan theme ini, saya buang Plugin Ajax Comments-Reply kerana ingin mengekalkan kotak komen theme  yang agak comel bagi saya berbanding dengan kotak komen plugin tersebut.

Akibatkan ruangan komen saya menjadi berat dan threaded comments bercelaru. Saya sendiri pun hilang mood untuk membalas komen kerana setiap kali berbuat demikian, blog akan loading keseluruhan page bukan pada bahagian komen sahaja seperti waktu menggunakan plugin Ajax Comments-Reply.

Dalam masa mencari² plugin lain yang sesuai, saya ternampak otai php muncul di Timeline Twitter dengan riang ria bahagia. Ini adalah petanda baik ! Kalau nak minta tolong nak tanya bab edit mengedit coding, kena tengok mood dia…hari ni Jumaat, nampak mood riang ria je tadi.  Maklumlah malam Jumaat tadi dah baca yassin 3 kali kot.

Saya rebut peluang terhidang depan Timeline dengan bertanya tetapi tanpa disangka…erk..maklum hati masih riang ria kot, beliau menawarkan bantuan segera. Tak sampai 5 minit, masalah ajax reply komen pun selesai tanpa menggunakan plugin! hebatkan……..orang tu!

moral of the story – kaji ramalan cuara sebelum hantar signal SOS supaya frekuansi yang dipancarkan tepat.

Akhirnya – ruangan membalas komen saya kembali seperti waktu² saya menggunakan plugin. Cuba korang try test tengok, ok tak?

Terimakasih untuk mereka yang sentiasa mempunyai ruang masa bagi membantu saya setiap kali signal SOS dipancarkan.  Kalau tak cukup ruang 140 aksara di Twitter, sanggup untuk melayan pertanyaan makcik sorang ni di Gtalk.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

59 thoughts on “Frekuansi Tepat Tindakbalas Cepat

  1. Bertambah-tambah seri blog kak jie. Saya pun tengah mencari theme baru untuk blog saya. Last2 fikir untuk cuba edit theme twentyeleven pula… sebelum ni pakai child theme twentyten.

    Saya selalu rujuk pakcik google bila nak cari jawapan kepada masalah koding yang saya hadapi. Bila stuck… itu yang bertangguh tu. 😀

  2. lupa nak sebut,
    kalau ada yang minta tapi tak dilayan maka alasannya adalah kaji cuaca kata mendung :p

    bukan sombong atau lain.
    kehkehkeh

    p.s sebab selalu orang yang baru kenal kurang paham dan takut di bilang ‘assobiyah’.
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Kodak, Analog, FilemMy Profile

    1. betullah tu…… kena pandai tgok cuaca, maklomlah kebanyakkan mereka tu ada kerja sepenuh masa, kadang2 muncul kt timeline sekejap utk bersosial

      sbb tu bila kenal lama, tahu serba sikit ‘siapa dia’ mudah nak agak bila masa yg sesuai..hehehe..kena tau bila masa yg tepat utk ‘ambil kesempatan’
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Berdua Lebih BaikMy Profile

    1. kebanyakkan mereka bekerja sepenuh masa…. faham2 sajalah kalau kerja
      dia org muncul kt timeline utk suka suki…sembang hilangkan stress

      tu pasal kena tgok ramalan cuaca… hihihi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..ThiwolMy Profile

  3. assalamualaikum kak kujie
    nice sangat themes ni
    lapang dan tenang.
    wordpress saya dah lama tak saya update setelah hostingnya diserang.
    terasa cam malas nak ber wordpress
    tapi bila tengok blog akak
    yang sentiasa cool ni
    menguatkan smengat saya balik

    oh ye kak
    tqvm ye sudi kongsi ilmu
    saya terpengaruh guna SF utk blog saya yang baru
    (dlm pembinaan) setelah tengok beberapa waktu ni
    blog akak ok je saya layari
    sekali lagi tqvm tentang tip tukar themes wp
    saya memang tak arif sangat bab tukar themes ni
    jadi hancusss. he he

    1. waalaikumsalam…

      terimakasih kerana sudi dtg dan mendapat sedikit info yang boleh digunakan
      kalau ada yg tak faham boleh saja hantar email utk bertanya
      keranaa biasanya kak jie buat tutor atas pertanyaan, dan kadang2 cuma reply melalui email saja…malas sikit nak buat tutor kt blog, nak kena kerja keras dan ambil masa
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menangi Web Hosting Percuma Selama 2 TahunMy Profile

  4. kat blog saya pun ada masalah blog loading secara keseluruhan bila nak komen..stress gak..nampak gayanya kenalah saya guna plugin Ajax Comments-Reply tu..sebab saya tak ada orang yang boleh tolong betulkan blog..hehe…

    yang ayat yasin 3x tu betul2 buat saya tergelak..hehe…
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali BlogMy Profile

    1. Kompom ! Walaupun via beruksben slow… less than 1 second loading comment. Tahniah kepada yg berkenaan.

      Frekuensi …. Frekuansi…. emmm…

  5. Budak kamera tu ada ajar hari tu…tapi cari lokasi tak jumpa lak tempat nak edit..last2 pakai ajax plug in gak… 🙂

    Kak Jie… tagline tu mmg letak kat belah kanan ker?nampak macam tak cukup ruang untuk tagline tu..
    Jom terjah post menarik dari azman ..Sms Scam! Power RootMy Profile

    1. yang ajax plugin tu…encik azman ishak

      budak kamerea lomotech tu ajar pasal css banner

      kak jie tak nampak tak cukup ruang, sbb kt sini ok je

      guna mozillah dan chrome
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..ThiwolMy Profile

  6. terbahak gak bace entri ni dengan Mama Amirul tadi… kene cubit seulas dua.. hahaha… hurm.. sebenarnya tadi masa kak jie tanye kat timeline.. kebetulan… perkara tu berlaku kat template baru saya sebelum beta version release.. so lepas menggogle hari tu.. so saya tau la ape punca dia. itu pasal saya kata tak perlu plugin..

    p/s: kemain baca yasin 3 kali ye? mujur tak kata tolong tok siak gulung tikar kat surau. lol~
    p/ss: rasanya baru lagi dalam dunia PHP. hahaha gelaran sedemikian buat saya jadi angkuh. *jujur tak?*
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Tips : Mendapat putih seimbang untuk Sony A290 & A390My Profile

    1. ele…………..dia yg super aktif update kt facebook, kt twitter………….kanmain pasal malam jumaat. Ingat kak jie tak stalk ke timeline…hahaha

      kalau muncul kt timeline pok pek pok pek $%^&^&^%$ bahasa alien tu, jangan gatai2 nak tanya pasal coding………… nnt terjun dr atas bumbung

      kena tgok cuaca………. ala…kak jie dah berguni2 makan garam, faham dah!

      otai tak otai…. ikur suka nak panggil apa! hihi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Berdua Lebih BaikMy Profile

  7. Menghias dan edit theme blog ibarat mengubah kedudukan pasu bunga di depan rumah supaya rumah nampak cantik dan berlainan setiap kali orang lalu depan rumah akan menjeling.

    Kalau hendak ubah rumah nanti kena ubah struktur rumah. Jalan mudah adalah mengubah kedudukan pasu. Jadi semasa mengubah tentu merasa sakit pinggang kerana asyik mengubah kedudukan pasu bunga selagi cita rasa tidak kena. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteriMy Profile

    1. dah tua tua, makin rabun kalau dok ngadap pc buka blog editor
      kadang2 tak ada apa pun yg nak diubah…jalan sana jalan sini
      nampak rumah orang ada perabut baru, gatal2 tangan nak usik blog sendiri juga :p
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Berdua Lebih BaikMy Profile

    1. dah sebulan lebih, baru ‘ mood mari’ nak menaip mlm ni..hihi
      tambah sonok nak usik pakcik krueger tu…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..ThiwolMy Profile

  8. testing2. hehehe
    patutlah bila buka blog kak, kadang2 rasa macam ada yang berubah. sekarang dah tau. 😛

Comments are closed.