Hari Bertemu Pelanggan Vol 6

By Kujie, 06/01/2010 6:10 am

Lama dah tak balas A Letter From Heaven. Hari ini saya buka kaunter pertanyaan dan tengok banyak file KIV.

* nota : A Letter From Heaven adalah subject setiap kali saya terima email melalui Hubungi Saya

A Letter From Heaven 1

Terasa saya saja utk search Cloudburst… membawa sy ke page anda. Terima kasih erana meminati lagu Tulips tu… haha. Terkejut gak saya. Walaupun dah lama. Thanks. Siapa laa yang awk tanya tu ek? Nak kena ni. Saya guitarist utk band Cloudburst tu. Salam perkanalan. - Bob Cloudburst

——————————————————————————-

Email ini merujuk kepada entri saya di sini – Tulips. Tak sangka guitarist Cloudburst boleh menghubungi salam perkenalan. Mungkin dia akan terkejut bapa beruk bila baca biodata Mak Cik Jie…hahaha

A Letter From Heaven 2


cmne erk nk bc blog y privite? kt blog 2 kna isi email..
tp tetap xleh nk bc -  jayjay

——————————————————————————-

Hanya ada satu cara: anda dijemput .

Cara menjemput rakan-rakan membaca blog ( macam kenduri kahwin le pula )

1- Login > Dashboard > Setting > Permissions > Blog Readers Your blog can have up to 100 readers. Tick Only people i choose.

Invite some people to read your blog – isi email tetamu , tick invite.  Orang yang dapat email jemputan saja boleh membaca blog tersebut.

tak boleh 373x250 Hari Bertemu Pelanggan Vol 6

EDIT atas nasihat Poecket :

Jika mereka tidak ingin kita membaca blog mereka, mungkin kepada penulis, kehadiran kita pada blog mereka telah menghalang kebolehan mereka untuk mengekspresikan diri. Mereka mungkin tidak ingin kita membaca hal-hal tertentu yang mungkin mereka menulis tentang diri kita atau orang lain yang dekat dengan kehidupan kita atau mereka ingin mengekalkan privasi mereka. Hormatilah keputusan mereka.

Remember, you are peering in on their life, sharing their thoughts, and though they may become quite special to you, you remain a mystery to them. If they are cold or unreceptive to your advances, keep in mind that you are a stranger to them at this point, and they may or may not want to keep it that way. It’s entirely their choice.

A Letter From Heaven 3

Salam perkenalan dari saya…saya jumpa blog akak, terus baca dari satu n3 ke satu n3..kejap gelak, kejap nangis..mcm org gile la plak..rupanya kita serupa.. menyulam rindu pd yg tersyg yg nun jauh di mata..bezanya akan 1 tahun..asben saya pergi 11 ari je! Tapi rindu tangis nya mcm budak2..thanks a lot kerana menceriakan hari saya.. tini

——————————————————————————-

Terimakasih kerana sudi menghubungi Kak Jie dan berkongsi rasa. Perkahwinan adalah hubungan yang rumit yang perlu dibina, dijaga dan disuburkan. Berpisah secara fizikal membuat perkahwinan lebih mencabar. Perlu lebih komited antara satu sama lain dan menaruh kepercayaan antara satu sama lain.

Salah satu caranya , kami berhubung hampir setiap hari , 2 jam sehari dan bercerita hal-hal yang mengembirakan kedua belah pihak.

Kadang-kadang berpisah begini buatkan kita menghargai segalanya biarpun hal tersebut adalah remeh. Saya rindukan suasana baring terlunjur kaki bila suami memotong kuku kaki kujie.

Pasangan yang menghargai aspek-aspek positif daripada pemisahan mereka akan lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

Jangan memulakan konflik kerana kita terlalu untuk salah membaca maksud yang sebenar. Berbual melalui telefon secara online tidak seperti perbualan kita sewaktu berdepan kerana masing-masing tidak dapat bergantung kepada ‘body language’

A Letter From Heaven 4

kenapa katak berbunyi …….

terlintas topik bicara….teringat peristiwa lama….rentetan dukasuka semasa menjadi siswa gagah, tahun2 tujuh puluhan, di sebuah univ utara,ingin menjadi pujangga…. cerita sama tajuk lain tema…. dalam antolojiku… di bawah pohon keranda… ada suara-suara… menjerit tapi tak didengar, ibarat sang ababil melontar butiran pasir, tewas gajah abrahah. katak yang berzikir, dengarkah?
terkurung di bawah tempurung @ hebat di sudut kolam; sedang ababil menerjah angkasa, menjunam dan membenam….butiran pasir terkapar tentera bergajah… 2 suasana, 2 jenis makhlukNya, 2 nilai antara adam dan hawa; kita sehala; aku kira hidup biar payah-susah = natijah bahagia selesa . jika dibiar + sedap = dukalara.- aboman46

——————————————————————————-

MySpace Codes

Email ini mesti merujuk kepada entri di sini – kenapa katak berbunyi malam ini alahai , rupanya orkestra katak juga boleh memberi idea kepada pujangga menrangkai kata.

A Letter From Heaven 5

produa mpv

kindly inform me when this car will launch and pls email me the catalogue – angie

——————————————————————————-

Saya tak pasti nak reply email dia macam mana – Saya bukan dealer Perodua, cuma berjiran dengan kilang Perodua.

Don’t get upset ya… I can offer you RMAF jet engine specific deteials as General Electric J85-21A afterburner turbojet engine – the power plant for the single-seater F-5E Tiger 11 and RF-5E Tigereye

hahaha…just teasing only mah!

HAND – Have A Nice Day !

  • NOTA :
    1. Hari bertemu pelanggan vol – 1
    2. Hari bertemu pelanggan vol – 2
    3. Hari bertemu pelanggan vol – 3
    4. Hari bertemu pelanggan vol- 4
    5. Hari bertemu pelanggan vol 5

    Terimakasih semua yang tidak pernah jemu bersama saya . Hari ini untuk pertama kalinya alexa ranking kujie2.com memadam nombor 2 !

    alexa ranking kujie2 455x116 Hari Bertemu Pelanggan Vol 6

    ©Kujie – I would say I am happy with what I have, confident of who I am and I enjoy the simple things in my life….

    Post Lain Yang Berkaitan

    47 Responses to “Hari Bertemu Pelanggan Vol 6”

    1. beliamuda says:

      A Letter From Heaven 1
      -fuh, dapat emel dari gitaris dia gitu. :D

      A Letter From Heaven 2
      -ingatkan nak pecah masuk blog private tdi.. biasanya yg private ni mmg nak orang tertentu je baca, tak pun diairi untuk diri sendiri. tapi bahaya, masih boleh dipecah masuk..

      A Letter From Heaven 5
      -ni mesti salah anggap kan. kadang2 soalan2 pelik lagi ditanya kalau ada entri pasal benda mcm tu..
      beliamuda´s last blog ..(Liyana Jasmay) Aku Jatuh Cinta – OST Duhai Si Pari-Pari My ComLuv Profile

    2. Kreuger says:

      wohooo… blog ini telah pames
      sepemes-pamesnye… tahniah le kepada kak jie.
      antara full time mom blogger yang amat berjaya
      kat malaysia yang organize blog peribadi dengan kekemasan
      susun atur dan update terkini.

      P/S: aku juga dah meninggalkan angka 5 sekaligus
      melinjak ke tangga ke 3. thanks tunjuk ajar akak
      dalam menulis blog peribadi.

      Nota: macam akak pernah bagi tau… tadek komen
      bukan ukuran pada kepemesan sesuatu blog,
      tapi kontek dan keikhlasan dalam penceritaan membuatkan
      sesuatu blog peribadi digilai pembaca. betoi tak?

      • Kreuger says:

        typo memanjang… maafkan saya ye…
        ejaan Melinjak = melonjak. harap maklum.. hehehe~

        P/S: macam mane bleh komen terbaru lepas ke atas ye?
        boleh ajar macam mane nak set tak? bagus ni!!!

    3. mrs sufian says:

      walaupun theme kak jie simple tp sejuk mata memandang… ;-)
      terasa dekat jek… hehehe
      betul kata denaihati… tak payah tunggu lama2 bile bukak sbb tak byak asessori.. tu la namanyer mesra pengguna. hehehe

      • Kujie says:

        @mrs sufian, life kak jie pun simple
        kak jie jenis tumpukan perhatian pada contents blog , kalau nak letak mcm2, bling2 segala tu – bunga rambu rambai – bukan tak boleh

        mcm tak pro je pula :lol:

        belum tu – boleh kata tiap hari check loading time – internet kat M’sia ni bukan laju sgt pun ;-)

    4. samdaddycool says:

      Ramai betul pelanggan K.Jie..

      Tahniah atas kehilangan angka 2 untuk Alexa Ranking.. syabas Inspektor Saab ;-)
      samdaddycool´s last blog ..Buat duit dengan main kutu pintar wang pos online? Masyuk beb!!! My ComLuv Profile

    5. Najib Hassan says:

      wah ~! konsep bertemu pelanggan :D mmg terbaik ala ala kaunter maya la plak ekekeke..ape ape pon tahniah utk alexa ranking tu ~!

      • Kujie says:

        @Najib Hassan, memang blog ini ada ‘Kaunter Pertanyaan ”

        rasanya nak pindahkan ke satu page – sebab dah banyak tu edisi2 lama :lol: :lol:

    6. denaihati says:

      Tahniah alexa ranking tu semakin POWERRRRR
      denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang My ComLuv Profile

    7. Eriyza says:

      Wah, byk tul stok surat kak Jie.
      Hehehe!!!
      Eriyza´s last blog ..Membuat Baca Selanjutnya Versi Blogspot My ComLuv Profile

    8. eyriqazz says:

      Tips yang bagus dan berguna..MMg Kak jie ble dapat anugerah blog mesra reader..Salute la kak ujie..

      P/s :Saya mmg suka baca blog kak ujie cuma saya rasa template kak ujie ble dicantikkan lagi…Mesti lagi ramai org akan berkunjung.Ini pandangan peribadi saje,template blog saya pun tak cantik @ tak pandai nak godek2 template..
      eyriqazz´s last blog ..4 Tips Mendapat Cinta Bagi Lelaki My ComLuv Profile

      • Kujie says:

        @eyriqazz, kak jie guna wordpress – kami panggil theme @ template untuk blogspot

        Kata orang – template atau theme mengambarkan diri /personaliti tuan blog blog
        bila theme @ template tak cantik – itu mengambarkan tuan blog memang tak cantik

        heheheheh :mrgreen: :mrgreen:

        Sebenarnya kak jie adalah ‘kipas susah mati’ theme MINIMALIS

        menurut wikipedia – Minimalism describes movements in various forms of art and design, especially visual art and music, where the work is stripped down to its most fundamental features.

        Dari dulu sejak awal berblog memang suka theme minimalist tetapi kata orang theme seperti itu agak janggal untuk blog tema peribadi dan kekeluargaan apalagi jika pemiliknya perempuan.

        Kenapa Kak Jie agak berlawanan dgn pemikiran semua org tu?

        I would say I am happy with what I have, confident of who I am. I enjoy the simple things in life….

        Dan dengan bangganya kak jie nak umumkan bahawa theme ini dari MentariWorks adalah hasil ciptaan orang melayu Malaysia yang menang TEMPAT KE DUA Smashing Magazine typographic layout contest

        • denaihati says:

          @Kujie, Pagi ni saya terperasan yg templates simple dan clear ini adalah salah satu sebab trafik bertambah kerana laju jadi tak payah pening2 nak menunggu loading. Ya ke???
          denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang My ComLuv Profile

          • Kujie says:

            @denaihati, lor..yg selam ni dok bagi tips suruh cek loading time, jgn letak asessories macam kedai jual kereta tu..semua tu utk trafik la….

            kak jie dok berleter DO and DON’T tu – bukan utk blog yg Ikut Suka Aku ( ISA ) tapi pada blog yang mahu dikunjungi

            kalau buat blog ISA – tak de sapa pun boleh sentuh dia nak letak peti sejuk 3 pintu ke kt blog, sofa kulit, kayu jati ke, gambar anak cucu tok nenek, kucing, lembu kerbau ke… dia adalah DITAKTOR kepada blog dia

            :lol: :lol:

    9. ~0~ says:

      mak aih…memacam yang dtg
      ~0~´s last blog ..9 Nyawa My ComLuv Profile

      • Kujie says:

        @~0~, yg lebih dasyat mcm tu pun ada, yg kelakar sgt2 pun ada

        dan yang ‘membawa rezeki ‘ pun ada :lol:

    10. tekkaus says:

      Tahniah atas kejayaan kak. Alexa finally break under 200K! :D
      tekkaus´s last blog ..A New Year, A New Direction My ComLuv Profile

    11. tekkaus says:

      War…Kujie memang tak jemu untuk membantu pelanggan kan? Saya rasa nak minta bantuan kak juga lar. :lol:
      tekkaus´s last blog ..A New Year, A New Direction My ComLuv Profile

    12. LOL, xleh blah letter paling last. Kakjie ader bakat jadik dealer perodua rrrr.. bukak rr satu blog pasal jual2 kete.. anyway, jeles gak tengok kakjie dapat banyak surat2 chenta camnie.. zzzzz..
      samanosuke_04´s last blog ..Bangun dengan Senyuman~~ My ComLuv Profile

    13. Pocket says:

      kakjie!!
      anda tidak menjawab soalan untuk surat dari syurga ke 2,
      dia tanya camana nak baca blog yg private,
      tp kak jie bagi cara camana nak privatize,

      different story tuuuuu!! heheheheheh
      kesian kakak yg tanya tu.
      tak dapat jawapan:D

      Unless u’re giving the method just to tell her that
      its up to the author to give permission, and giving
      permission is something that is so hard to do^^
      (U’ll have to be the chosen 100 to do so)
      …. then your answer can be sipi sipi menjawab lah:)

      heheheh
      Pocket´s last blog ..249. WrongTiming My ComLuv Profile

      • Kujie says:

        @Pocket, dia tanya mcm mana nak baca, kak jie jwp – tak boleh baca kecuali dijemput

        kak jie ajar mcm mana cara nak jemput mgkn sebab dia nk suruh kawan dia jemput..hehehehe

    14. maza says:

      Letter from Heaven..

      erk! bilalah aku nak jadi kaya?

      hmm

      hehehhe

    15. arin says:

      haah ek..
      HAND = have a nice day..saya tak pernah tau…:)
      arin´s last blog ..Ben10 dan Kanak-kanak My ComLuv Profile

    16. megat says:

      mantap! suka betul baca reply akak. penuh dengan kata-kata nasihat dan yang paling penting ia sememangnya berbaloi.

    17. mohdisa says:

      hoho, byknya pelanggan. hehe, smpi artis pun ada yerk. bagus2. :)
      kak jie memang mantap abislah. :P
      mohdisa´s last blog ..Saya Sayang Mak Saya My ComLuv Profile

    18. topo says:

      ni la segment yg saya paling gemari dalam blog kak jie.. hohoho
      topo´s last blog ..mode hibernasi.. My ComLuv Profile

    19. Oho, macam tak percaya ajer pengomen pertama. Aha :mrgreen: :mrgreen:
      Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal Sempena 2010 : Edisi Kraf Anyaman Rotan My ComLuv Profile

    20. Aha Salam Kak Jie.

      Wah Kak Jie ni boleh diberi APCP = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pelanggan.

      Tersenyum simpul pula baca entri ni mlm2 macam ni.

      p/s: Kak Jie, mekasih tandang ke RnR. Tang pautan tu, boleh letak Kak Jie, mungkin Kak Jie terlepas pandang kot. Ada butang “add site” di situ walaupun pilih guest. Yang tu sistem komentar pihak ke tiga = Echo @ Js-Kit. Owh! please! please! Jangan Marah yer Kak Jie sebab.. Owh! please! please! itu cuma blog picisan blogspot. :mrgreen: :mrgreen:
      Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal Sempena 2010 : Edisi Kraf Anyaman Rotan My ComLuv Profile

    Panorama Theme by Themocracy