Import Blogspot ke WordPress dan Google Followers

Hari ini saya mulakan progress projek mega yang saya cakapkan minggu lepas.  Dah seminggu domain dan hosting ini dilahirkan, cuma hari ini baru saya punya keberanian untuk mengorak langkah seterusnya. Saya sms tuan punya minta ID supaya saya boleh masuk ke akaun bloggernya.

Dapat sms ” semoga sukses”

Terus mengelodak perut macam ada kura-kura bergolek² sesama sendiri. Ayat akhir tu buat saya senak perut.

Saya biasa pindahkan beberapa blog dari blogspot ke wordpress. Bukan susah pun, tak sampai 5 minit tetapi dengan saiz blog ini sebesar 17MB, sesiapa pun akan gugup dan gigil! Rasa kebas jari tangan semua ada. Takut beb… bukan calang² blog.

Saya pernah diberitahu default untuk import dari blogspot hanya 8MB dan ini adalah percubaan pertama saya mengangkut satu kontena besar 17MB.   Selepas 2 tahun dengan 863 entri post dan mengandungi beratus² keping gambar.

Entri ini adalah catatan untuk diri sendiri sepanjang proses memindahkan blogspot ke wordpress. Yang penting jangan panik dan jangan takut mencuba. Bukan boleh meletup komputer pun. Salah steps , ulang balik. Inikan proses pembelajaran.

Mari kita mula. Saya andaikan wordpress selfhosted telah diinstall.

  1. Dari Dashboard WordPress > Tools > Import > Blogger > Ada peringatan untuk install plugin Blogger Importer.
  2. Install plugin Blogger Importer , aktive dan run.
  3. Klik Authorize di Import Blogger.
  4. Klik Grant Acess di Google Acess Request.
  5. Klik Import di Magic Button ( kesemua blog kita akan dilampirkan, pilih blog yang mahu kita import)
  6. Tunggu sehingga selesai segala proses dan semua entri dan komen akan dipindah ke WP secara automatik.

Selesai. Saya tarik nafas panjang dan  tinggalkan komputer.  Keluar ke taman tepi rumah, sedut oksigen baru .  Rasa beban 17MB tu selesai diuruskan. Tinggal untuk susuatur dan hal² pemilihan theme.

Pindahkan beberapa widget semua boleh buatkan dan selalu yang dfiikirkan adalah memindahkan Google Follower.  Ini perkara kedua yang saya fikirkan dan saya melakukan sedikit kesilapan di sini.   Kerana terlalu awal memindahkan Google Follower, blog lama ( blogspot ) menjadi redirect ke blog baru walaupun blog baru masih belum siap untuk dilancarkan.

Kes kantoi!   Kalau saya tau ………………… mesti saya pindahkan Google Followers ni yang paling akhir sekali.

Proses pindahkan Google Followers dari blogspot ke wordpress .

Dashboard Blogger > Setting > Publishing > Advanced Settings > masukkan URL blog WordPress

Masuk Google Friend Connect > add the members gadget > Create html code. Copy dan paste pada widget WordPress.  Di sini boleh ubahsuai font, warna latar, lebar dan semuanya.

Selesai proses ini , tiba²………..jeng…jeng….

Bila saya klik view blog dari Dashboard Blogger,  terus diderect link ke blog baru wordpress.  Haru………. saya belum bersedia untuk umumkan blog ini .   Tengok site stats dan menderu² visitors masuk.

Blog apa?  Kalau tahu, tahulah………… kalau tak tahu, saya tak akan beritahu. :lol:

©kujie – minta tolong azmanishak.com untuk dapatkan theme yang sesuai.

71 Replies to “Import Blogspot ke WordPress dan Google Followers”

  1. Salam kak kujie…

    saya nak import blosg sy jadi subdomain..
    adakah ia akan menganggu segala konten didalam domain sy tu??

    mohon tunjuk ajar kak kujie… ;-(

  2. Alhamdulillah, saya cuba dan akhirnya apabila alamat asal iaiti http://kalamkhalifah.blogspot.com/ yang ditaip ia akan tetap pergi ke alamat baru di http://www.kalamkhalifah.com.

    Namun saya masih kurang pasti apakah ‘followers’ juga ikut sama ke rumah baru. Apapun. Alhamdulillah… terima kasih kepada puan.

    Saya sebenarnya salah seorang editor di PTS khususnya di PTS Islamika (buku-buku agama). Saya rasa kalau puan ada nicheyang khusus dan bukukan segala penulisa yang ada di sini.

    Bagus juga 🙂

  3. Waalaikumsalam.

    Alhamdulillah kalau dah berjaya.

    Untuk pindahkan follower tu, saya cuba tukar blogspot saya dengan BM

    Tetapan > Penerbitan > Domain Khas > Apakah alamat yang anda mahu pada blog anda?

    Masukkan url blog.

    Kat Google Friend tu sama je kot, sebab saya tak guna akaun ni…cuba tengok ,boleh tak.

  4. Assalamualaikum, didoakan tuan rumah sentiasa dilembayungi kasih sayang Allah taala.

    Alhamdulillah, saya baru beli domain dan memang mencari-cari cara memindahkan fail dari blogspot ke domain baru ini dan akhirnya saya berjaya dengan bantuan tutorial di atas, terima kasih.

    Cumanya bagi memindahkan followers itu saya masih punya sedikit masalah kerana blogspot saya menggunakan bahasa Melayu dan saya menjadi agak keliru dengan istilah yang mahu digunakan kerana arahan tutorial dalam bahasa Inggeris. Saya cuba untuk menukar bahasa arahan blogspot kepada bahasa Inggeris namun gagal.

    Apakah ada cara lain yang boleh saya cuba? Terima kasih.

  5. salam kak,saya cuma ada domain je takda hosting,boleh ke import ke wordpress?saya tengah buntu ni…harap dapt membantu…

Comments are closed.