Pengiklanan : Blog Popular Atau Blog Terbaik

contoh testimonial pelanggan

contoh testimonial pelanggan

Ini adalah contoh tesnimonial pelanggan mengenai keberkesanan beliau mengambil iklan advertorial ( post berbayar ). Saya tak bayar pun kat Amir suruh dia komen tauu….. hiks!

Entri rujukan untuk kes ini , sila baca Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay

Kemudian saya terbitkan satu lagi entri yang mendapat banyak maklumbalas dan pendapat dari pembaca – pro dan kontra . Baca di sini – Ciri- Ciri Blog Yang Baik Untuk Tujuan Pengiklanan

Entri kali ini saya cuma nak highlight kan bahawa pada bagi pemahaman saya, pengiklan bukan hanya difokuskan kepada pihak ketiga keperti Innity, Nuffnang, Komli atau Advertlets. Mereka berada pada kategori berbeza dari apa yang saya bincangkan. Tiap syarikat tersebut  mempunyai corak pemilihan blogger yang berbeza.

Pengiklan yang saya maksudkan adalah pengusaha kecil/sederhana/online secara persendirian yang menjalankan perniagaan mereka secara sendiri.  Contohnya pengusaha homestay, restoran, pakaian dewasa,pakaian kanak-kanak, tudung, makanan, kuih raya  dan sebagainya yang mencari tapak untuk membuat pengiklanan produk mereka.

Panduan memilih blog yang ditulis adalah sebagai pengetahuan kepada seorang usahawan bukan blogger.  Kalau blogger, dia sendiri perlu faham ilmu blogging , teknik berblogging dan bagaimana aktiviti blogging itu berkembang.  Rasanya dah tak ada masalah.

Pengiklan yang kaya, berjenama sudah tentu mempunyai bajet yang banyak, mereka boleh membuat kempen prosmosi sepanjang tahun. Mereka cuma perlukan blogger popular untuk bercerita, berkata-kata dan bercakap mengenai produk mereka sebagai satu ledakan. BIla muram dan suram, buat kempen lagi.

Bagi pengusaha kecil, yang cuma ada bajet kecil, mereka  perlu fikirkan bentuk pengiklanan yang sesuai setara bajet dan kesan jangka panjang yang diharapkan. Di sinilah  perkara penting itu akan dipertimbangkan

contoh model iklan

Contoh Model Iklan – Lokasi Sempadan Negeri Kelantan – Terengganu

Ciri-ciri Teknikal

  • PageRank
  • Alexa Ranking
  • Domain Authority

Dalam entri berkaitan, saya juga memgariskan ciri-ciri blog yang tidak bersifat teknikal. Saya boleh senaraikan 1001 ciri-ciri yang baik untuk pengiklanan tetapi 3 ciri ini sudah boleh dipecahkan kepada beberapa sub yang subjektif mengikut kehendak sasaran pengguna.

Ciri-ciri Bukan Teknikal

  • Blogger yang mesra pengunjung
  • Bilangan pengikut di Twitter atau Facebook
  • Human Network

Pengiklan bukan saja perlu  memberi perhatian kepada ciri-ciri teknikal tetapi tidak juga jangan mengabaikan ciri-ciri bukan teknikal. Gabungan ciri-ciri ini tentu saya akan menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Kesimpulannya

Topik utama yang saya ketengahkan adalah mengenai kebaikan membuat iklan berbayar.  Walaupun  harga iklan advertorial lebih mahal berbanding jenis banner, kesan yang diterima dan liputan mengenai produk tersebut lebih berkesan dan stabil untuk jangka panjang .

Sebab utama – setahun selepas iklan itu diterbitkan pun sekiranya menggunakan katakunci yang sepadan, engin carian akan memaparkan produk anda,  Sekiranya menggunakan banner, image tersebut mudah hilang dari ingatan pencari maklumat dan tiada kata kunci sepadan yang akan ditemui oleh engin carian, kecuai anda mempunyai bajet  yang banyak  untuk menjalankan kempen  produk secara berterusan.

Disclaimer – Pengiklanan yang dibincangkan dalam topik ini bukanlah produk yang berjenama sedia ada dipasaran yang dipunyai oleh syarikat besar.

Menffunakan S3 - Pemandangan Kuala Lumpur jam 9 malam dari Genting Highlands

Hasil dari  S3 – Pemandangan Kuala Lumpur jam 8 malam dari Genting Highlands

Nota : Mahu Dekorasi Rumah? Klik Sini!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. New Info for me….

  2. Pantas saja ya iklan post di banyak blog harga2nya lebih mahal bila dibanding baner maupun text link

  3. Pengiklanan macam ni sangat sesuai buat blog yang bertrafik tinggi dan good SEOnya..
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Wordless Wednesday #5 – Gambar Telur Ayam Kembar, Comel Tak?My Profile

  4. rasanya advertorial lebih berjaya dari banner, tp ada pro kontra, advertorial ketika itulah trafik masuk sedangkan banner trafik lambat masuk tetapi paparan senantiasa lama di hadapan homepage
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Daftar dan Promosikan Malaysia Online Micro Jobs – assignworks.comMy Profile

  5. manusia ada juga yang terlampau kedekut nak beriklan.. tapi mau untung lebih
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Indahnya Saat Ketika Masih Kanak-KanakMy Profile

  6. Bab ini akan membuka minda dan membuatkan kawe terasa nak cuba teknik di atas. Cuma tak der produk jer nak promote buat masa ni. Dulu ada try Google AdWord. Mmg berkesan. Tapi skrg tak tahu lak nak promote apa lagi…
    Jom terjah post menarik dari Ismail N ..Mango Garden Restaurant of Rumah Terbalik BorneoMy Profile

  7. jenis iklan advertorial bisa jadi alternative yag baik bagi kita2 yang memiliki blog
    terima kasih Kak Jie atas ilmu dan sharingnya
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Get and Create a Free Blog From .Edu DomainMy Profile

  8. Terbukti advertorial memang berbaloi-baloi terhadap keberkesanan pengiklanan sesuatu produk..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Komisen Kedua Dari Program Job Di RumahMy Profile

  9. memang banyak lagi nak kena belajar pasal pengiklanan nih ^_^

  10. Secara jujur, iklan advertorial memberi pulangan besar dari iklan jenis banner atau text. Malah kita boleh gabungkan pakej advertorial bersama dengan fan page kita kalau fan page kita banyak like dan TAT tinggi. Yang penting kena berani promote iklan advertorial yang kita sediakan.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Wanita : Tips Kembali Bekerja Setelah Melahirkan AnakMy Profile

  11. Tak nafi produk yg nak dijual bila ditulis oleh blogger yg punyai ciri2 blog teknikal dan bukan teknikal lebih besar kesannya kepada pengiklan.

    Kita dapat perhatikan sendiri dgn lihat kepada beberapa rakan blogger kita =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Apa Ubat Pencegahan Terbaik?My Profile

  12. kesimpulannya, kalau blog kita bagus dan ada potensi maka peluang buat duit melalui advert akan masuk mencurah-curah.

    Usaha sampai berjaya.

  13. banyak lagi kena belajar dengan akak tentang blog..
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi™ ..Isu Demonstrasi Dataran Taksim TurkiMy Profile

  14. bagus entry ni..
    saya baca entry ni.. bila jumpa link.. click open new tab…
    bila dah habis baca, tab lain pulak..
    semua berkait.. best!!.. banyak ilmu..
    Jom terjah post menarik dari Norfanil ..Bila Norfanil Nak Tunjuk Skill Ala Ala Masterchef? – ShakiddoMy Profile

  15. Bukan senang hendak menulis yang mampu memberi rasa dengan hanya memberi gambaran melalui penulisan. Penulisan yang menyakinkan tidak ada udang sebalik batu mampu memikat hati pembaca.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Grand Finals.My Profile

  16. Iklan berbayar advetorial memang lebih berkesan berbanding iklan berbayar banner. Denaihati selalu offer package advetorial kepada pengiklan supaya mereka tak kecewa dengan hasilnya.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..WordPress Junior dan Master Class bersama Akademi DenaihatiMy Profile

  17. susah jugak nk dapat advertorial ni blogger2 pro leh dpt
    Jom terjah post menarik dari Khairul Zamri ..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar DenaihatiMy Profile

  18. hoho..gua lebih banyak dapat iklan syarikat kecik-kecik berbanding yang besar-besar. Syarikat besar-besar mana berani pakai servis gua. Haha..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Keputusan Rasmi Contest Review Tak TerkalahMy Profile

  19. Sy rasa, dua-dua ada pro dan kontra dia… lagipun tgk pada produk…
    Jom terjah post menarik dari AkmaOmar ..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar DenaihatiMy Profile

  20. muja rasa nak sangat beli Compact Powder Farmasi (have one already now) sebab banyak blogger yang up kan entry,, it is a proof. 🙂
    Jom terjah post menarik dari mujagirl92 ..Nampakla Tak Sabar Kat SituMy Profile

  21. Sebenarnya blog ni macam buah mulut. Orang lebih percayakan cerita orang lain mengenai produk dari iklan pengeluar. Sudah ada banyak infographic tentang ini.