Tips Mudah Blogger – Ku Cari Kau Ku Nanti

Kalau dulu saya menulis Tips Mudah Blogger : Penjenamaan, hari ini kita belajar satu lagi tips mudah. Hilangkan diri sekekita! Lakukan sesuatu di luar kebiasaan.  Saya tak ajar tips teknikal, itu bukan kepakaran .

Pukul 10:42:07am tadi saya terima sms

mama, mana entri hari ni? hihi

bubur x kenyang ma, nk nasik jugak.haha.slalu pg2 buka ada entry mama,ni xde plak.hehe

Ye… sesekali pancing perhatian diluar kebiasaan. Setelah mengikuti blog ini bertahun²,  kebanyakkan loyal readers faham bila dan bagaimana corak penulisan gaya penceritaan . Nasi  yang sama dan lauk resepi yang serupa.

Sesekali hidangkan bubur!

Ok -ok – merepek saja tu tetapi bolahlah juga dipraktikan. Kalau kalau anda menghilang tak tak ada siapa mencari atau perasan blog bersawang, itu bukan salah saya…hehehe:lol:

Sebenarnya pagi ni saya ada banyak urusan di luar talian. Pergi KWSP Selayang untuk print semula Borang A ( borang caruman ) kerana borang yang biasanya dihantar melalui pos dah lunyai kecut kena hujan.

Siap urusan di KWSP saya terus ke Hentian Duta cari tiket bas pergi balik Angah nanti sempena cuti hariraya. Cuti hujung minggu biasa bolahlah redah gamble pergi cari tiket sebelum bertolak. Ini cuti hariraya – nanti kena balik asrama jalan kaki pula.

Sebelum keluar rumah saya telefon maktab minta kepastian bila tarikh mereka akan bercuti. MRSM Merbok mula bercuti Aidilfitri 2010 pada 8hb September sehingga 18hb September 2010. 5-7hb masih bersekolah.

Dulu masa saya  masih anak dara sunti ( sekarang mak anak dara ) awal Ramadan dah menapak ke Puduraya cari tiket bas balik cuti hariraya. Masa tu Shah Alam belum ada stesen bas ekspress. Sekarang kena uruskan tiket anak² pula.

Tiket ini saya perlu pos kepada Angah di Sungai Petani. Alang² nak gunakan poslaju, saya beli kotak poslaju pack 5 kilo saiz 265mm x 265mm x 200mm dengan harga RM 3.80. Senang boleh isi beberapa barang lain seperti buku dan biskut untuk Angah.

Dulu saya pernah kirimkan barang – biasalah anak pertama kali duduk asrama, ada saja itu ini yang tertinggal dan hilang.  Bungkusan kiriman saya tu tak disertakan makanan ( biskut ) .  Dia cakap masa buka kotak tu, dia sangat² berharap ada cicipan makanan yang dikirim.   Masa tu tak terfikir nak masukkan makanan…. rupanya anak bujang tu masih harapkan jajan dari mama dia.:lol:

Balik dari Hentian Duta singgah Public Bank keluarkan duit. Singgah Hong Leong bayar kad kredit, CIMB bayar kereta dan akhirnya habiskan baki RM 3k bayar pinjaman rumah di Muamalat Bank. Selesai tugas hari ini. Yang lain² bil utiliti bayar melalui perbankan internet.

Dah pukul 5 petang, saya perlu masak pula. Sekian , diari Hidup Seorang Blogger cum surirumah.

opss… dapat email wang besar…. wang besar…!

Please let us know your bank account details and we will expedite payment through a direct bank in.

Regards,

dot dot dot Support ( akan direview nanti )

©kujie -duit seperti janggut,  hari ni cukur esok tumbuh lain…kadang² terus tak tumbuh²:razz:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya pengunjung baru blog ini.. masih belum terbiasa dengan gaya bahasanya…. salam kenal untuk adminnya…
    Jom terjah post menarik dari masita ..Download Unlockroot-Aplikasi Root AndroidMy Profile

  2. Masa DAH Time says:

    saya tak suka bawa makanan banyak2 masa naik bas time study dulu tapi kalau naik kereta bawakla banyak2 makanan, no problem punya sebab naik kereta.
    Jom terjah post menarik dari Masa DAH Time ..H1N1 masih ada !My Profile

  3. Nmapak..nampak.. 😯

  4. jajan memang terbaik ketika duk asrama…

  5. denaihati says:

    Kak jie apa kata kalau tambah button FB share (banyak plugin tu) boleh juga visitor yg kaki FB gatal2 kan tangan klik button share tu.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Link Popularity tips SEO dari AriffshahMy Profile

  6. wau hebat tu
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Dua pelakon epilog syurga cinta ada bakat ke My Profile

  7. ngeh3….

    bce ngan deria ke6? wades~ baru nak master yang 5… ahaks~
    Jom terjah post menarik dari kaizen ..ToP10 NaSYiDMy Profile

  8. mmg lau dapat bekalan makanan dari kg cukup best lau duduk asrama..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Blogger Yang TerdesakMy Profile

  9. hafizarshad says:

    terbaik!!!camne la rasa jadi ibu bila anak masuk u….kak jie wat post pasal perasaan seorang ibu tentang pencapaian anaknya…leh??=)

  10. seronoknya dapat wang besar, tak sabar nak tunggu dari mana wang besar tu
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kisah hidup blogger yang terdesakMy Profile

  11. itu yang no 2 – Angah
    Along dah kat universiti

  12. tahniah kerna anda seorg blogger yg berjaya disamping fulltime surirumahtangga :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari anuarkarimz ..Jutawan Remaja Dalam Masa 2 TahunMy Profile

  13. syok bila sesekali dapat jajan :mrgreen: :mrgreen: lagi2 kalau yang tak disangka2 😀
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..hari ke -6 ramadanMy Profile

  14. hafizarshad says:

    dah form 4 anak kak jie??memang mamablogger la camni…heheh…=)

  15. sorry keluar topic sat…yeah…ari ni dapat laptop baru…..alasan minta laptop baru dari boss nak tingkatkan produktiviti la konon

  16. selalu baca blog kak jie pepagi masa sampai opis…ari ni bukak ada bubur plak…huish…kecur gaks 😉

  17. Masa anak dara, saya pun ulang balik kampung dgn bas express. Bila anak tercampak di MRSM Taiping, saya pun ulang balik ke sana tiap bulan dgn bas. Pegi pagi balik malam. Letih tapi sedar2 2 tahun begitu.

    Seorang ibu, suri rumah, boleh jadi hebat sehebat seorang blogger. Cewahhhh! tumpang bangga.

  18. bukanlah….

    dia baru form 4, lelaki.

    tgok gambar kat page Biodata

    atau search keyword – Angah

  19. hafizarshad says:

    aduyai gambar bubur tu…kalau la diletak kicap…pastu makan panas2…fuhh…add on sket ayam yang disiat…plus ikan bilis rangup..kompom meletowp..huhu

  20. hafizarshad says:

    ni ke anak kak jie???

  21. dia dah terbiasa
    pagi2 je ada entri

    itulah tipnya – sesekali buat sesuatu diluar kebiasaan 😆

  22. seorang blogger lagi..hehe

  23. betullah cikgu…hari ni nak ke shah alam pula 😆

    bukan shopping kat PKNS tuuuuu

  24. kalau kak jie tak buat, sapa lagi?

    dah dibiasakan urus semuanya dari awal2 kahwin
    bila suami jauh pun, dah boleh selesaikan sendiri

  25. semua mak akan buat benda yg sama utk anak2

  26. mrs jamal says:

    yeah..tenkiu dear..
    dh banyak petua n perhtua aku kutip kat sini
    sbg blogger lama..kakjie memang ramai pengikut..n aku percaya n kak jie sepenuhnya….(aaaa..no komen kak jie..)sbb apa yang kak jie tulis tu sume betol..aku dh buat…
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Buli suamiMy Profile

  27. kita dari kecik sampai besar masih rindu masakan mama. nak jugak nak jugak, tu la yg diharap setiap kali ada utusan. hahaa
    Jom terjah post menarik dari ann ..Again here i am Go go webmobile!My Profile

  28. salam kak..
    beginilah rutin harian
    selagi tak lepas semua anak2
    berkahwin..maka tanggungjawab
    seorang ibu tanpa di pinta2
    dengan sendirinya..tahniah
    jadi ibu yang penyayang..
    bertuah anak2 anda,suami apa
    lagi kan..he he 😆
    Jom terjah post menarik dari zulkbo ..Kematian Pasti Buat Yang BernyawaMy Profile

  29. sempat lagi selit wang besar…nak duit raya bole?
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Tanda Kiamat Yang Sudah KelihatanMy Profile

  30. beruntung bank dpt pelanggan mcm kak G..tak lupa menunaikan tanggungjawab..ada sesetengah pelanggan lepas dpt pinjam buat don’t known shj.. :mrgreen:

    p/s: entri nie masuk contest Denaihati ker??
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Senarai Kopitiam Francais &amp Hotel Yang Memiliki Sijil HalalMy Profile

  31. wah dapat wang besar lah k jie. rezeki bulan poasa kot!
    Jom terjah post menarik dari CikLilyPutih ..Thank You Nuffnang- I Love U LahMy Profile

  32. kalau kak jie menghilang orang tercari-cari..

    kalau saya menghilang takde yang perasan pun :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Gastrik ke Just trick- bazar ke bazirMy Profile

  33. mengah membaca, kujie… merata dah sampai
    malam ni terawih pulak ya…
    esok episod baru pula
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..manalah tahuMy Profile

  34. Salutes to kaki jie yg sgt2 teratur~~betul la kan klu orang kata seorang ibu sgt2 pandai bermulti-tasking 😉

    Tapi the best thing is, saya suka cara penulisan kak jie!! 🙂
    Jom terjah post menarik dari cikuniz ..Why Muslim women wear scarf-veil-Funny answer- but great!My Profile

  35. khabar angin saja tu…jgn percaya :mrgreen:

  36. awk ni belum kenal cara penulisan kak jie
    kena baca dgn deria ke 6

    baca pelan2…ada tips nya 😆

  37. ibu mithali…
    Jom terjah post menarik dari zulman ..Sebelum Dan Sesudah BloggerMy Profile

  38. ngeh3,…. siyes aq ingatkan kak jie nak bagi tips2 blogging~ sekali tengok bawah2 laen lak storynye~ hehe

    dah start wat kuih raye ke kak jie? hehe
    Jom terjah post menarik dari kaizen ..HaRaPaN RaMaDHaN -MaN Bai- LYRiCMy Profile

  39. ni kerja suri rumah sepenuh masa. huhuhu
    kena uruskan semua la eh

  40. Slam.. dgr cerite kujie nie senior blogger .. hehe. Amir Oh Malaysia yang bagitau, first time jumpe blog nie.. bru lagi.. hehe

  41. jajan sentiasa dihargai oleh sesiapa saja yg tinggal di asrama.. 😆
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Jeling paramMy Profile

  42. boy_bersahaje says:

    Itulah diary mama cool! sangat bersahaje. mesti anak2 kak jiebangga ada mak cam kak jie. hehehe

  43. ternantikan review mengenai dot dot dot support… hehe
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Resepi biskut Famos AmosMy Profile

  44. nampak tak kat atas tu sham? what u give, u get back :p
    Jom terjah post menarik dari megat ..Pesan Nabi- Seminit Amalan Sebelum TidurMy Profile

  45. adui, memang la kak. saya banyak perjalanan akak hari ni pun dah nampak penat (ha3).

    p/s – penulisan akak sememangnya mantap! macam ada aura la kak.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Pesan Nabi- Seminit Amalan Sebelum TidurMy Profile

  46. 😀 tadi terdetik gak, ingatkan blog kak jie tak load kat reader, sempat check plaks, tapi senarai artikel sebelum ni semua ada… rupa-rupanya memang kak jie belum update
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Buat pertama kalinya…My Profile

  47. sibuk sungguh domestik engineer hari ni..

    ps= uish wang besar! 😎
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Tambahan stok koleksi Tudung Syria Lycra 3 layerMy Profile

  48. penatnya kak…ke hulu dan ke hilir…
    tapi tak apa..buat kerana orang yang kita sayang tak ada masalahnya…
    Jom terjah post menarik dari anak ..TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGALMy Profile

  49. hahahaa selalu,bila masa yonna blogwalking masa tengah hari. mesti dah ada 2 or 1 unread items dr blog mama :mrgreen: tu tertanya2 tu hehhe
    Jom terjah post menarik dari yonna ..Sfera GandumMy Profile

  50. hakimfaridzul says:

    owh…
    anak kak jie mrsm merbok ek???

    saya ex-mrsm merbok la…
    huhuhuhu
    Jom terjah post menarik dari hakimfaridzul ..Trafik mencanak- thanx to Dahlia Journal!My Profile