Rss Feed

Blog Autopilot – Entri Ini Untuk Awak

Edit :  1/2/2013 – Kes ini dah selesai, Google telah pun mengambil tindakan, baca di sini – Tindakan Google Mengenai Kes Blog Autopilot

Hai awak, Salam perkenalan.

Rss Feed

Amboiiii awak, nak cari duit melalui blog tetapi nak goyang kaki tak mau goyang tangan menaip entri.   Bubuh iklan Nuffnang atas bawah tiap penjuru dengan harapan duit masuk bergolek-golek dan  cepat kaya raya dengan cara mudah .  Guru awak ajar buat blog boleh cari duit tapi dia lupa nak ajar etika dan cara untuk menjadi blogger yang berhemah ye.

Kalau awak nak entri saya, awak suka, copy paste pun saya tak marah tapi bila “sedut  RSS Feed”  macam ini saya tak suka kerana entri bersifat peribadi pun berpindah ke sana.  Agak-agaklah kan.  Dari profile blogger, awak ada 28 blog lain yang serupa.  Mesti income juta-juta lemon , kan.

Ini namanya blog autopilot.  Tak ada kesan ketara pada blog saya,  dia cuma  nak visitor dari search engine saja .  Tak seronok tau awak buat entri saya macam tu.

Bila saya tak suka ,  saya  hantar report kepada Google, Blogger dan Nuffnang.

Nampaknya Nuffnang telah mengambil tindakan kerana hari ini saya lihat iklan tidak lagi keluar di blog tersebut.  Ini bukan kali pertama blog saya disedut RSS Feed, tetapi percayalah,  blog ini tak pernah kekal lama.  Mungkin ditutup oleh pemiliknya kerana sudah kaya raya!

Kalau nak tau tentang Blog Autopilot ni, boleh baca di sini – Sejarah Blog Autopilot

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

76 thoughts on “Blog Autopilot – Entri Ini Untuk Awak”

Comments are closed.