Blogger Yang Tersepit

Encik Rohaizad betul-betul buat saya tersepit!

Walau telah diberi ruang dan waktu hampir seminggu tetapi saya tetap juga tersepit sesak nafas untuk memenuhi permintaan beliau. Betullah kata Encik Suami ” suka buat kerja last menet….”

Sekarang 11:50 pagi, saya baru mengarang entri untuk perenggan yang kedua – tetapi sudah tergambar dalam kepala apa yang hendak diceritakan tetapi rasanya saya terpaksa menaip sepantas mungkin .

Kisahnya – sesiapa yang merasa dirinya sempoi dan kental, sahutlah cabaran untuk menulis satu entri dengan tajuk Blogger Yang Tersepit dan mesti dipublishkan selewat-lewatnya jam 12 tenghari 2hb Ogos 2010. Rasa ego tercabar, saya pun tanpa persediaan tanpa ‘research’ , bersetuju untuk menyahut cabaran tersebut seminggu dulu.

Credit: Laurence Dutton

Apa nak buat, terlupa bahawa saya merancang bercuti hujung minggu ini dengan adik ke Kuantan dan biasalah – time bercuti mana nak ingat blog walau setegar mana sekali pun saya seorang blogger!

Lagi 7 minit!  Tengok ramai blogger dah ramai hantar post ‘Blogger Yang Tersepit’ ini… mesti dia orang tak tersepit lagi – dah lolos dari bebanan perasaan.

Berbalik pada kisah blogger yang tersepit. Saya sebagai manusia biasa tidak mungkin bebas dari perasaan tersepit atau dalam bahasa mudah berbelah bahagi dalam perhubungan dengan blogger. Paling sering – tersepit untuk menegur mana yang patut mana yang tidak.

Hari ini, saat ini saya tidak ingin tersepit lagi!

Saya ingin beritahu seikhlas hati rasa yang saya tanggung!  Saya ingin meloloskan diri dari rasa yang menjerut ini.

Saya tidak gemar blogger yang terlalu mengejar pageview sehingga mengamalkan satu entri dalam satu mainpage. Saya lihat ramai blogger yang sedang mempraktikkan cara ini.   Mereka mengejar kepuasan diri sendiri hingga mengabaikan pembaca mereka.

Saya tidak suka dimanipulate keterlaluan untuk kepentingan tuan blog. Blogger ini hanya berminat mendapatkan keuntungan diri sendiri tanpa memikirkan keselesaan pengunjung.  Kalau pun ingin mendapatkan pageview yang tinggi, buatlah secara bijak dan smart supaya saya sebagai pembaca tidak rasa diperbodohkan.

Argghhh…………….. leganya kerana terlepas dari cepitan perasaan yang jauh terdampar di sudut hati!

11:58 – sempat tarif nafas sebelum lepaskan entri ini dan bersedia menerima serangan!

p.s -lepas publish entri ini, pergi blog Rohaizad dia cakap dia extend sampai tengah malam ni ……….. nak kena buat entri blogger yang tersepit tak suka TOC diubah ikut suka hati ni…:lol:

©kujie – saya tersepit untuk siapkan entri ini dengan menjadikan blogger lain sebagai sasaran melepaskan diri! dammm!  Dalam keadaan tersepit saya juga menyepit.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    waaa..banyak nye komen. tak tau nak komen apa. saya pun dah tersepit jugak nak bagi komen. hehehe…pas ni bleh kot ijad wat entry blogger yang tersepit nak bagi komen. macam mana pun sronok tengok kak kujie dah tak tersepit.

  2. farah says

    wow 10 minit tu sempat lagi kak jie yer..kalau saya,menggelabah dah dekat 5 minit,nak tulis entri lagi..tak sempat tak sempat..surrender dari awal lagi:)

  3. says

    kalau bukan waktu tersepit, rasanya entri ni tak dipublihskan
    tak ramai yg suka isu /teguran ini
    tapi – rasa lega dan puas dpt luahkan

  4. says

    sebenarnya ada 2 isu yg nak dipublishkan…tapi isu tu dah publish minggu lepas….yg ni sekali fikir je tulis

    agaknya kalau fikir patlima kali, mmg tak publish

  5. says

    betul..yang betul bagi saya belum tentu betul bagi orang lain..ini pendapat dari hati sendiri bukan dipengaruhi orang lain…rasa lega bila dapat luahkan

    apa yang saya percaya belum tentu orang lain pun mempunyai kepercayaan yang serupa..masing2 berbeza priority

    dah tak tersepit lagi.

  6. says

    yang ni kena tanya secara personal dan tutor secara personal
    pendapat ini agak xtrem dan tidak sehaluan dgn ramai blogger jadi untuk tidak mencederakan ramai hati, lebih baik hantar email dapatkan penjelasan secara personal

  7. Noridah says

    oh kat sini pun ada yang tersepit juga…tengah pelan2 baca blog2 yang tersepit…idea yang kreatif…suka

  8. madlut says

    kita perlu ada orang-orang macam kak jie nie..yang sudi menegur..syabas dan tahniah, kak jie berani menegur!!..walaupun di satu-satu masa itu, tersepit…namun akhir kesepitan itu tak jadi penghalang

  9. Ladfe Amir says

    Masa saya post entri ‘tersepit’ cuma ada entri saya aje. Saya terpaksa post lps tgh malam sebab kena berkerja awal pagi.
    memang dah siapkan entri awal2 lagi (safe kat office.org), cuma tinggal nak publish je.
    Nasib baik Kak Jie sempat. ditambah lagi dengan masa tambahan yang diberikan.
    Skrg ni dah sampai 3 page tajuk yang sama pakcik google index.

Trackbacks

  1. [...] Satu Entry Pada MainPage Perkara nie pernah diutarakan Kak Jie tatkala dia tersepit baru-baru nie.. Sebenarnya dah lama aku perhatikan benda nie sangat annoying [...]

  2. [...] – Kakak aku yang seorang ini memang tidak akan sesekali mengalah. Kalau ikutkan, beliau memang tidak akan ikut sertai projek ini tapi lagi tersepit, lagi kencang dia berblogging. Dahsyat betul… so akan datang kalau ada lagi projek blogging seperti ini… kamu anggap jelah yang Kak Jie confirm ada. Entri tersepitnya di karang betul-betul dalam keadaan TERSEPIT. Terbukti sudah! [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge