Entri 2 baris

Entri 2 baris, komen 70-80! macam tak logik je kan. Sebenarnya ada banyak kisah tersirat yang saya nak sampaikan dalam entri 2 baris tersebut – tips blogging, cara menarik trafik dan komen, luahan rasa kekasih lewat usia dan seribu satu perasaan yang terungkai di dalam entri 2 baris.

Entri 2 baris komen panjang macam LRT katanya. Apa yang dapat dari entri 2 baris tersebut adalah tentang kekuatan membina identiti tersendiri. Bagaimana membina jaringan hubungan antara pengikut setia blog. Entri 2 baris tetapi boleh membina 20 sudut dan sisi pandangan yang berbeza.

Entri 2 baris tanpa motif?

Jika anda pengunjung pertama – ye, entri 2 baris itu “kosong’ tanpa jiwa, tetapi kepada pengunjung tetap blog saya kami punya “common sense ” yang terbina walau hanya dari tatapan skrin komputer masing-masing. Kadang-kala seungkap kata punyai serangkai maksud yang tidak perlu dijelaskan dengan sejuta kata-kata.

“nak abang”

Dua perkataan ini sudah merangkumi entri 5 perenggan yang belum tentu dapat memancarkan luahan jiwa dari dasar hati yang terdalam.

“nak abang “

Merangkumi kasih, sayang, cinta, rindu , setia, kepercayaan, gurau,senda yang dijalin indah dalam perhubungan cinta melankolik perkahwinan jarak jauh.

Tips Blogging.

Hujung minggu, hari yang santai. Tak perlu menulis sesuatu yang berat berbentuk perbincangan. Sebagai sebuah blog peribadi yang menulis berkisar pada pengalaman peribadi yang tidak pernah sama dan berulang, umpama sebuah kisah hidup yang mungkin terlalu panjang untuk diucap terlalu dalam untuk dikupas terlalu rumit untuk diingat terlalu indah untuk dibiar tanpa erti.. sesekali meluahkan perasaan sebenar walaupun hanya 2 baris yang mempunyai 2 perenggan makna adalah sesuatu yang sukar sebenarnya.

Sukar, kerana saya tidak punya perkataan yang tepat untuk mengambarkan perasaan hati.

Ops.. mungkin ada….

Terimakasih.

*******************************************

Saya ada ruangan khas di GengBlogger – Bersama Kak Jie.   Terimakasih Ben.  Biasanya di blog ini saya ada ruangan Hari Bertemu Pelanggan untuk menjawap email pertanyaan pengunjung blog , jadi kepada sesiapa yang mempunyai apa-apa soalan atau pertanyaan, sila jengok ruangan Sembang Bersama Kak Jie di GengBlogger. Banyak yang ingin saya tulis di situ tetapi saya suka tiap tutorial berdasarkan kepada pertanyaan.

 

©Kujie – Semua tahu kamu cantik, semua tahu kau menarik..Kau bidadari terhebat…membuat cintaku makin kuat

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Yeah! Tajuk yang hebat sudah tentu akan mendapat perhatian ramai. lebih-lebih lagi kalau kak yang tulis kan! :p
    .-= tekkaus´s last blog ..All About My Taiping Trip =-.

  2. mantap dan semakin mantap! tidak terkejar rasanya. jeles sangat-sangat (hu3).

    tapi sememangnya kak jie layak dengan tersedianya riang tersebut. pengalaman mengajar banyak perkara. apatah lagi dalam semua kategori dalam kehidupan.

    yang paling menarik pengalaman tersebut dikongsi 😉
    .-= megat´s last blog ..Oh! Anak Aku Ke Sekolah!? =-.

  3. Fahmishah says:

    Fuh, siap ada ruangan sendiri.
    .-= Fahmishah´s last blog ..Hugo Element Sample, Anywhere In Your Element =-.

  4. kalau betul2 2 baris memang respek la….haha..
    .-= syin´s last blog ..Tahukah Anda? =-.

  5. wah..hebat la kak jie.. 🙂
    .-= Bb Hussain´s last blog ..JJCM at Chamek Kopitiam =-.

  6. boleh kerja pakar perunding kak kujie ni…
    .-= lazaac´s last blog ..Aksi Deface Situs Malaysia =-.

  7. Extremist Thinker says:

    hye… sebaris 😛
    .-= Extremist Thinker´s last blog ..Coca Cola Brrr =-.

  8. nak join gak la geng blogger..

  9. bloginformasi says:

    Paling best baca posting entri popular 2009. macam pengunjung baru macam saya dapat baca summary setahun yang kak jie tulis dari posting tu.

    maybe tahun 2010 kak jie dapat anugerah blogger paling popular. 😉
    .-= bloginformasi´s last blog ..Bola Rasmi Piala Dunia 2010 =-.

  10. saya suka baca tips2 kak jie dalam Gengblogger tu.. thanks for sharing,anyway..
    .-= sayahappyslalu´s last blog ..My Last Wish Of 2009 Has Came True… =-.

  11. Semakin popular lah 2010 ni ..ni pun anugerah ALLAH. Ada ruang untuk berkongsi ILMU tu …itu pun ada ganjaran besar dari Allah.
    .-= denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang =-.

  12. waaa..kakjie ni mesti best ni..boleh berguru 🙂
    .-= cikepal´s last blog ..kenapa perlu menggunakan artis artis cantik yang memang sedia cantik untuk lariskan produk?? =-.

    • @cikepal, tiap org ada peranan masing-masing untuk menjadikan hidup kita lebih harmoni – jadi mainkan peranan masing-masing

      😆

  13. hoho kak kie cam dh jd pakar runding plak..
    .-= x-po´s last blog ..MAKSIAT & TAHUN BARU TAK DAPAT DIPISAHKAN =-.

  14. k.jie punya post 2 perkataan pon laku..
    apatah lg 2 baris..
    mahupun 2 perenggan..
    hehe..
    best ek gengblogger..
    sy baru join td..
    .-= Azah´s last blog ..Mama Pesan =-.

    • @Azah, kalau kawan2 yg dah lama ikuti blog kak jie
      kak jie tulis 2 perkataan pun dia dah faham 😆

      gengblogger – tempat muda mudi tu
      kak jie memerhati dan post pada tmpt yg sepatutnya je 😆

  15. kak jie dah gile alif satar,hahaha
    .-= blowie´s last blog ..[Quickpress] Telefon Masa Banjir =-.

    • @blowie, issshhh…………dendiam
      abg kak jie baca nnt 😆

      cepat2 dia tempah tiket kapalterbang balik M’sia 😆

  16. al kisah tutorial gamaknya, camner nak jadi blogger yg bugar gitew…

    wakakaka

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    good good super good!
    😀 😀 😀

  17. K.Jie fofular :mrgreen:
    .-= samdaddycool´s last blog ..Free Online Coupons =-.

  18. takrif “nak abang” yang kak jie paparkan tu memang berat dan dalam. bagus sangat. semoga kak jie dan abang terus bahagia sampai bila2. bukan senang nak pertahankan cinta supaya mekar dan mewangi macam ni 🙂

    waa siap ada ruang sendiri lagi di platform baru, syabbasss master jie :mrgreen:
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Di Bius Panah Lelap… =-.

    • @iza~de~bintang, cuti tahun baru-diam je – hilang mana?

      eemmm … org mcm kak jie ni ckp ade kias2 juga
      tak kan nak buat entri 5 perengan cuma nak ckp rindu, sayang…bla…bla…bla….

      tak de seni tu – cinta anak monyet 😆 😆

  19. tak dinafikan, tajuk entri pagi tadi tu memang superb. saya pun jadi tertanya-tanya, apa yang kak jie nak sampaikan bila baca tajuk entri tersebut. serious, nakal! huhu~ 😀
    .-= Akuro San´s last blog ..New Year Planning: Why So Serious? =-.

    • @Akuro San, salah satu tips utk dapakan trafik – ramai blogger ada sidebar yang letakkan bloglist dgn tajuk entri – kena buat tajuk entri yg cun, gempar , tetapi tak boleh hari-hari – nanti jadi kebiasaan tiada istimewa lagi 😆

  20. wah, entri 2 baris pun dah superb…ini kira dah hyper superb…ada ruangan bersama kak jie lagi tu kat gengblogger…hebatlah kak jie.
    .-= mohdisa´s last blog ..Wang Tunai RM13000 Untuk Dimenangi =-.

    • @mohdisa, kelakar pula ingat entri 2 baris tu

      jadi kenangan mengusik jiwa tahun depan 😆

      • @Kujie, haha…mcm2 lah kak jie ni. pasni leh plak wat pantun dua kerat. 😛
        .-= mohdisa´s last blog ..Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda =-.

  21. inilah yang disebut-sebut. mereka yang memerhati, merungkai dan menyelidik, pasti akan jumpa sesuatu. hehe…
    .-= beliamuda´s last blog ..beliamuda.com kini dihoskan di Serverfreak =-.

    • @beliamuda, selalu kak jie dpt pertanyaan – mcm mana nak dptkan trafik, nak popular, nak dptkan SERP dlm SEO – semua tu ada dlm entri kak jie cuma bukan disampaikan secara direct.

      • @Kujie, betul tu. kalau perhati apa yang ditulis oleh blogger2 yg ada high traffic, akan nampak ada apa yang mereka lakukan. tak semestinya perlu diberitahu satu2,.
        .-= beliamuda´s last blog ..Gambar Bunga Api Sambutan Tahun Baru 2010 =-.

  22. Kujie mmng suke ya lagu Jgn Nakal 2..
    hiii~

  23. timer kasih atas peringatan ni kak jie.
    hehehe… bile boleh lepak dengan kak jie
    lagi agaknye. lepas ni boleh jemput kak jie
    sekeluarga datang rumah plak 😀

    • @Kreuger, kak jie ni susah nak janji
      ada byk halangan2 utk keluar berfoye-foye
      lebih selesa dok rumah – jada diri dari sementara abg jauh 😆

      Insyaalah… nnt kita jumpa lagi, kirim salam kat wife

  24. wow.. siap ade ruangan khas kt gengblogger.. bagus2..
    .-= Anarm´s last blog ..Sembunyikan versi wordpress daripada Hackers =-.

  25. kujie, tajuk entry 2 baris tu aje pun dah catchy! 😆
    .-= kenari´s last blog ..Purnama 01.01.2010 ~ 15 Muharam 1431 =-.

  26. haha. macam-macam la manusia ni.

    sabar je la kak jie
    .-= ariff´s last blog ..GengBlogger Favicon Contest =-.

    • @ariff, ehhh…salah faham ni – apa yg kak jie nak sampaikan lain dari apa yang ariff faham.

      komplek ke bahasa kak jie?

      adoiii…kak jie ni dari Planet Entahmana ke?

      :roll: :roll:

Trackbacks

  1. […] tak suka nak tulis berjela² untuk menerangkan maksud disebalik sepotong  ayat.   Macam Entri 2 Baris tetapi boleh membina 20 sudut dan sisi pandangan yang berbeza!  Tetapi hari ini saya nak terangkan […]

  2. […] tips menulis entri yang bagus kerana setiap entri saya berbagai ragam.. Saya pernah menghasilkan Entri Dua Baris dengan 109 […]