Hari Bertemu Pelanggan Vol 9

Salam,
Kak Uji. Ini first time saya masuk blog akak. Belum habis baca sumer lagi tapi so far post2 akak best. Saya sebenarnya nak minta tunjuk ajar. Saya ada nak buat blog untuk personal + business. Cuma first post dah tak tahu nak tulis apa. Mohon akak beri tunjuk ajar atau pendapat, idea. Dah jenuh belek blog orang lain tapi still xdapat idea jugak. Terima kasih sekiranya akak sudi memberikan tunjuk ajar..:))

Ini post pertama saya sebagai blogger.    Tanpa tujuan sekadar luahan peribadi kerana waktu ini jerubu di Malaysia sangat kritikal.  Saya tiada garis panduan khas untuk menulis entri pertama.

Tahun 2005 blog adalah sesuatu yang begitu asing – kebanyakkan menulis untuk catatan diari peribadi dan tiada pembaca seperti sekarang.   Sekarang mungkin perlukan garis panduan lebih sistematik jika bertujuan menulis blog untuk bisness.  Setiap post adalah Portfolio Post.

Saya rasa, saya bukan orang yang tepat untuk memberi tips menulis entri yang bagus kerana setiap entri saya berbagai ragam. Saya pernah menghasilkan Entri Dua Baris yang mempunyai berbagai makna mengikut tafsiran deria ke-6 dengan 109 komen.

Saya tiada peraturan – kalau entri bersifat info dan maklumat saya ubah gaya penulisan yang lebih formal dan memerlukan masa lebih lama untuk menulis. Saya perlu mencari fakta.

Jika entri sekadar catatan diari kehidupan – 3 minit pun dah boleh publish satu entri dan kawan² akan RT ( Retweet ) walaupun entri ada pesanan –  Tolong Jangan RT .

Mengikut Megat dalam entri Tip Menulis Blog, Format Penulisan Yang Betul, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan seperti,

  1. Tajuk – Beri tajuk artikel yang lebih menarik seperti berbentuk persoalan, tip atau teknik.
  2. Fakta – Biasanya perenggan pertama dan kedua menguatkan fakta yang datangnya dari tajuk atau topik.
  3. Huraian – Penerangan lebih lanjut seperti bukti tentang fakta yang telah ditulis supaya pembaca lebih faham apa yang ingin disampaikan.
  4. Kesimpulan – Akhir sekali, beri pandangan secara peribadi tentang apa yang ditulis untuk menarik perhatian pembaca yang bakal menaruh kepercayaan kepada penulisannya.

Untuk menjadi penulis blog sahaja, tidak susah tetapi untuk hasilkan penulisan yang baik dan diterima itu perlukan latihan. Perbaiki setiap tingkat penulisan.

Saya boleh cadangkan beberapa blogger yang mempunyai etika menulis blog secara baik dan teratur seperti Nueman, Shaffik , Boy Bersahaje , Kulanzsalleh atau pun Etoyam ( sekadar menyebut beberapa nama ) . Ada ramai lagi blogger yang hebat dan menarik penulisan mereka terdapat dalam senarai Teman Tapi Mesra.

p.s – blog saya lebih kepada hubungan dua hala dengan kawan² blogger, kami lebih santai  cuma perlukan peraturan ada etika yang minimum – saling menghormati.

p.s – esiapa yang tak ada idea nak update blog – pergi printskrin entri pertama sebagai blogger – buat entri kenangan mengusik jiwa.

©kujie – there are no rules here, we are trying to accomplish something ( Thomas A. Edison )

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Salam Kujie

    Camne nak join Projek dot.my tu yer…berminat, Fees?? atau Free??
    ish mana ada benda free ye dak kujie
    Jom terjah post menarik dari tehbunga ..Entry CelaruMy Profile

  2. tulis je pe rasa hati.. hehehe.. cam kak jie..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Blogger Yang TerdesakMy Profile

  3. salam kak jie.. saya pun pernah ditanya soalan macam tu dari seorang adik blogger 16 tahun. saya pasti adik tu pandai menulis tapi untuk guide dia saya hanya suggest dia banyakkan membaca blog atau website orang lain aje. nasib baik dia cepat pickup.. dah start menulis techie blog pun dia. hehe..
    Jom terjah post menarik dari Dila.13 ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh BayiMy Profile

  4. tu la.. tapi sekarang aku tengah fikir antara realiti dan fantasi.. betul ke.. tak betul.. haishh… misteri woo
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy Profile

  5. nampah eh kak? hehe. bila online dah tak tahu nak bikin apa. rasanya penulisan saya dah hambar. membaca tulisan sendiri terasa hambar, inikan pula nak suruh orang lain baca (hu3).

    insya allah, saya cuba untuk perbaiki lagi 😉
    Jom terjah post menarik dari megat ..Pesan Nabi- Seminit Amalan Sebelum TidurMy Profile

  6. sham, tak jumpa di alam maya tapi kita jumpa di alam realiti kan? hehe.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Pesan Nabi- Seminit Amalan Sebelum TidurMy Profile

  7. otai loh

  8. soalan biasa yang ditanya untuk mula berblog..hoho memang susah nak jawab..biasanya saya jawab:
    “tulis apa awak suka”..

    contohnya suka pakai kasut tumit tinggi, cerita je kasut-kasut yang ada dirumah…kan senang tu..jangan fikir, tulis..
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Tawaran Kad Kahwin Murah Sempena Ramadhan!My Profile

  9. matjoe pon nak ajukan jugak soalan laa. boleh ker??
    tips berguna, nak buat ke xnak jer laa
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Scam- 12DailyPro- Ramai tertipuMy Profile

  10. woh
    sgt berguna tips nih
    meh amalkan 😀
    Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Bayaran Transaksi untuk Cashout Nuffnang Dah Naik!My Profile

  11. belajar dari kesilapan.
    Jom terjah post menarik dari zulman ..Sebelum Dan Sesudah BloggerMy Profile

  12. menulis untuk kepuasan sendiri.. :mrgreen:

    baca entry sewaktu mula kenal blog sampai sekarang boleh buat tersenyum sorang-sorang.. 😉
    Jom terjah post menarik dari student ..Rancang Wang dari SekarangMy Profile

  13. assalamualaikum kak ji & geng..
    abgreds mai sini cp harta karun yg manyak kat sini. harap dihalalkan kak ji…arigato gozaimas.
    itu hari ada blank kejap tapi dah ok. dah citer dlm entri.
    selamat menjalani ibadah puasa semua.
    Jom terjah post menarik dari abgreds ..Senyum pun masalah!My Profile

  14. denaihati says:

    Tulis sahaja apa yg terlintas di hati dan sebenarnya blogging ni ada platform terbaik untuk latihan menulis selepas lama kita tinggalkan selepas alam persekolahan. Kita belajar daripada kesilapan begitu juga untuk berblog.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Arsenal my dream teamMy Profile

  15. a ah, tapi saya biasa draft ni tak publish2 pun.. last terkubur dalam peti “trash” je akhirnya.. keke
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Kek Lapis SarawakMy Profile

  16. entri lama² memang guna bahasa alien..hehe

    kak uji??
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Gastrik ke Just trick- bazar ke bazirMy Profile

  17. Kak Jie tak percaya ada orang sombong.

    Biasanya kita cakap seseorang tu sombong bila dia gagal memenuhi keperluan, kehendak kita…sebenarnya kitalah yang penting diri sendiri.

  18. update blog bila ada masa lapang dan kalau terasa ada idea datang mencurah2. Apa yg berlaku di sekeliling kita pun boleh dijadikan bahan cerita…

  19. rohaizad says:

    Hiiishhhhh… mana ada otai… Kak Ji.

    p/s: takut dengan gelaran tu, nanti kena perli di gengblogger… (otai blogger sombong katanya)
    Jom terjah post menarik dari rohaizad ..Salleh Gregor Samsa – keliru dengan agamanya sendiriMy Profile

  20. Nampak kelibat dia online
    tapi sunyi sepi, tu yang kena jentik sikit :mrgreen:

  21. ehhhh ehhh .. incik Megat suda muncul dalam alam maya … :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy Profile

  22. Saya belek entry lama dulu lagilah rasa poyo tahap gaban.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy Profile

  23. hafizarshad says:

    klu rohaizad datuk otai maknanya sy ni cucu cicit je la ek??heheh…

  24. takde idea? main game! haha. game yang berbentuk strategi atau pun simulator game akan membuatkan otak kita berfikir antara fantasi dan realiti.

    erm, tak reti nak explain tapi selalunya macam tu la. yalah lain orang lain caranya 😉

    p/s – terima kasih kak atas link. lama rasanya tidak bermesra bersama blogger2 hehe.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Pesan Nabi- Seminit Amalan Sebelum TidurMy Profile

  25. dark_half says:

    kadangkala identiti blog tu sendiri mnjadikn ia unik~away from the numbers

    rsnya kl otai blogger,dia tulis sebaris pun tetap dpt sambutan 😉

  26. boy_bersahaje says:

    =) terima kasih daun keladi kak jie =)

  27. Kak Jie biasa simpan beberapa draft isu2 yang evergreen… bila free baru upgrade tokok tambah mana yang perlu

  28. Boy antara ramai penulis blog yang bagus – ramai blogger yang bagus tidak dikenali dalam dunia popular… jadi nak popularkan blogger bagus… 😆

  29. kalau entri peribadi – formalnya cara ini
    tapi boleh digunakan kalau entri kita mengenai sesuatu fakta, info ilmu

  30. Nak tulis blog bergantung apa tujuan kita… kalau kita enjoy dengan apa yang kita tulis tu…pengunjung pun sama

  31. Belek entri dulu-dulu rasa kelakar..hehe

  32. Buatlah post, share entri pertama tu…masa tu kita belum kenal..ramai pembaca belum kenal blog kita.

  33. Kak Jie tgh rebus tulang ni Iza…buat sup 😉

  34. hehe… saya pulak update ikut angin.. kalau ada terlintas, trus update, simpan lelama kang basi lak dalam kepala.. 😉
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Tutorial- Aplikasi menguruskan akaun twitterMy Profile

  35. boy_bersahaje says:

    Thanks kak jie, letak nama saya =). Tak sangka pulak saya. hehehe. Saya ingat entri ni nak cerita yang kak jie betul2 jumpe clients. Hahahaha, selalu tertitpu dengan tajuk di sebabkan x menghayati makna dengan lebih lanjut.Macam kak jie cakapkan, latihan je yang boleh membuat kan penulisan kita bertambah indah. Selain tiu, jadilah diri sendiri. Pembaca akan lebih suka pada keunikan seeorang penulis =)

  36. hafizarshad says:

    kalau kita wat macam experiment pye labsheet ok ke kak ek???
    Tajuk:
    objektif:
    Procedure:
    Keputusan:
    Discussion:
    Conclusion:

    heeeeee

  37. Nostalgia sungguh entry pertama, macam ada banyak menda nak kata, tapi tak tau nak cerita apa. Jadi cakap jer tak tau nak cerita apa. Tu lah yg Iza buat dulu :mrgreen:

    p/s: masak apa hari ni Kak Jie :)…nak sikit 🙂
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Corat-coret Ramadhan -2My Profile

  38. kadang2 benda sekeliling kita pun boleh gunakan utk update blog, cuba cari minat terlebih dahulu, bukan cari duit ok
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Pertandingan SEO Hidup Seorang BloggerMy Profile

  39. nak jadi penulis blog terbaik, mungkin agak sukar, tapi mulakan langkah pertama dan tak perlu gusar untuk membuat silap.. ‘nobody is perfect’
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy Profile

  40. Bila baca artikel kak jie ni, tetiba terfikir apa jer yang saya tulis waktu first time tulis blog aritu…

    Kalau berkaitan ngan business, bolehlah menulis artikel-artikel berkaitan dengan perniagaan kita, pengenalan produk dan sebagainya.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Websitegrader- dapatkan gred anda sekarangMy Profile

  41. Kadang2 terlupa nak balas aduan ‘kaunter pertanyaan’ 😆

  42. selalu guna video utk layan blues… bila tak ada idea nak update 😆

  43. best jugak kalau guna video nih… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Penulisan blogger otai ala-ala sombong My Profile

  44. Ini lagi senior…Datuk Otai datang ! :mrgreen:

  45. Saya suka betul hari bertemu pelanggan!!
    haha..
    Nice tips 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azfarul ..Kenapa Perlu PuasaMy Profile

  46. Setuju dengan Kak Jie.

    Kak Jie, paling tidak pun blogger tersebut boleh gunakan video sebagai langkah pertama kalau tiada idea 🙂
    Jom terjah post menarik dari rohaizad ..Salleh Gregor Samsa – keliru dengan agamanya sendiriMy Profile

Trackbacks

  1. Kaki Komplen Malaya » Tips Mudah Blogger : Komen Salleh Groger Samsa says:

    […] Samsa’ di blog ini.  Kemudian saya lihat keyword tersebut di bawa oleh Encik Google ke entri Hari Bertemu Pelanggan Vol 9. Tetapi di dalam entri tersebut saya tidak menulis  walau sehuruf pun mengenai keyword […]

  2. […] Samsa’ di blog ini.  Kemudian saya lihat keyword tersebut di bawa oleh Encik Google ke entri Hari Bertemu Pelanggan Vol 9. Tetapi di dalam entri tersebut saya tidak menulis  walau sehuruf pun mengenai keyword […]

  3. Buat pertama kalinya… | Eizil.com says:

    […] internet, pastinya terdapat kegiatan internet yang dilakukan. Pagi tadi aku singgah membaca artikel Hari Bertemu Pelanggan Vol 9 oleh kak jie, kemudian aku terdetik sendiri mengenai post pertama semasa aku memulakan kegiatan […]