Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak

Dibawakan untuk anda, siaran langsung Pakistan’s New Top Model… he he he.

blog review hidup biar sedap Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak

Blog saya telah direview di sini – dari Pakistan tu, kira peringkat International.

Penulis tersebut – knizam berasal dari negeri cencaluk tetapi sekarang sedang bermain ski bertugas di Pakistan .

Saya tidak pernah berjumpa mana-mana blog selain knizam yang diupdate dengan begitu kencang sehingga pernah mencecah 150+ entri sebulan. knizam banyak berkongsi gambar yang menarik sepanjang kehidupan beliau di luar negara. Bukan post berjela-jela tetapi lebih kepada gambar yang bercerita berserta tulisan yang sempoi dan cool.

aku perasan blog k jie neh mmg cepat giler ah nak load
mmg cool dan simple theme dia

Saya memang menitikberatkan mengenai loading time kerana dengan capaian internet di Malaysia umpama Kangaroo berlumba lari dengan Snailmyx , saya tidak mahu dipertanggungjawapkan sekiranya pembaca blog ini ditumbuhi janggut kerana menunggu!

Theme blog ( Extreme Georgia ) adalah dari hasil kerja seorang guru bujang muda ,Cikgu Bat dari MentariWorks, dan theme ini adalah pemenang TEMPAT KEDUA Smashing Magazine Typographic Layout Contest. ( peringkat International juga tau )

Cikgu Bat baru saja melaporkan diri mengajar di SK Telok Hutan Lesung, Kota Tinggi, Johor disamping  menjadi penternak  labah-labah di blognya. Sesekali dapat juga melihat Cikgu Bat di twitter.

Tahukah anda 455x146 Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak

Ini pula review dari rohaizad.com . Sesiapa di sini yang tak kenal rohaizad.com? Kalau kamu ingin menjadi blogger yang Gemilang, Cemerlang dan Terbilang, blog beliau haruslah menjadi salah satu blog utama yang boleh disedut berbagai info yang bermanfaat. Banyak ilmu yang dikongsi bersama pengunjung setia menjadikan beliau sebagai rujukan untuk mendapatkan ‘rentak’. Beliau juga seorang penganjur Seminar Blogging Dot Com .

blog review alexa Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak

Terimakasih.   Ini pula review dari beberapa blogger di alexa.com. Terimakasih semua kerana menceriakan hidup saya untuk hari ini. What you give, you will get back – secara diam-diam saya buat review blog mereka dan inilah balasan baik yang saya terima. Terimakasih.

Rasa gembira seolah-olah seperti post ini keluar di kosmo.

©Kujie – Post ini adalah penghargaan kepada mereka semua, bukanlah untuk menunjuk riak dan berbangga diri…kerana saya seorang yang berfikiran positif dan optimis … Be nice to people, and people will be nice with you too

p/s – suami saya pernah mengadu, kenapa tajuk post saya di [sini ] tidak sama dengan dengan isi kandungan. Saya cakap, sebab itulah abang tidak boleh menjadi seorang blogger.. Blogger ada deria ke-6 untuk ‘read between the lines’

EDIT : Perhatian orang kampung sekalian, silalah tune in FuhyooFm.com esok jam 12 tenghari.

fuhyooFM 455x134 Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak

Post Lain Yang Berkaitan

69 Berkongsi Rasa

  • Pada 2010.01.27 08:37, Extremist Thinker menulis:

    nnti den review alexa. hoho!
    Extremist Thinker´s last blog ..Kita Semua Rakyat Malaysia My ComLuv Profile

    • Pada 2010.01.27 08:41, Jaws menulis:

      wah…
      hebat giler akak ni..
      bila erk leh jadi macam akak?
      top women blogger..
      hehe..

      • Pada 2010.01.27 08:42, x-po menulis:

        hoho kalau sy la kan, dr xxx.com tu yg femes, baik blog kak jie yg femes lg bgs..xxx tu ntah apa2 la..ops, tergumpat di pg ari..hehe
        x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH? My ComLuv Profile

        • Pada 2010.01.27 08:58, paeh menulis:

          saya suka post blogger2 yg undergroun dan sempoi mcm akak… wakakaka… bkn cam blogger femes xtntu psl. tp post cam ape aje.. heee
          paeh´s last blog ..Why I Like It Longer, Life Good Bersama BL40 My ComLuv Profile

          • Pada 2010.01.27 09:03, Aelfi menulis:

            ayat-ayat kak jie telah membuat saya gelak sampai sakit perut di pagi hari nih. :lol:
            Aelfi´s last blog ..kereta api tanah melayu My ComLuv Profile

            • Pada 2010.01.27 09:04, Kujie menulis:

              @x-po, sorry arr…komen ni kak jie edit, tak nak esok2 kat akhirat blog kak jie kena jadi saksi yang tak elok…

              • Pada 2010.01.27 09:05, Mr.Bintang menulis:

                hehe..bestnye kene review.. :smile:

                • Pada 2010.01.27 09:06, Liyana menulis:

                  clap clap clap… tahniah kak jie.. blog akak mmg patot dipuji. informative :mrgreen:
                  Liyana´s last blog ..…Tumpang Bangga… My ComLuv Profile

                  • Pada 2010.01.27 09:17, Melz menulis:

                    aik kak jie . mel ada review sekali kat alexa. hilang eh? uhuk²
                    Melz´s last blog ..Aku Masih Single Tanpa Cinta! My ComLuv Profile

                    • Pada 2010.01.27 09:22, Kancilbiru menulis:

                      wah tahniah kak jie…apa yg dikatakan tu benar belaka… :mrgreen:
                      Kancilbiru´s last blog ..Bila Fahrin Ahmad Menangis My ComLuv Profile

                      • Pada 2010.01.27 09:22, jmr menulis:

                        k.jie nyer mmg terbaek..selamber je tp meletops…hehehe..dh tu rajin la nyinggah blog JMR..tQ k.jie!:-)
                        jmr´s last blog ..Masalah datang & pergi.. My ComLuv Profile

                        • Pada 2010.01.27 09:30, aini menulis:

                          blog kak kujie memang best… =)
                          aini´s last blog ..Perempuan atau Lelaki Lebih Ego? My ComLuv Profile

                          • Pada 2010.01.27 09:41, zuhaini menulis:

                            wah.. tahniah kak kujie! blog saya nanti bila-bila free, kak kujie buat la review plak.. :)

                            • Pada 2010.01.27 10:22, Akuro San menulis:

                              blog kak jie memang sempoi dan best! ;-)

                              *agaknya theme blog saya berat tak? patut ker saya tukar theme kat blog saya? :|

                              • Pada 2010.01.27 10:32, beliamuda menulis:

                                @x-po, aish. demo nih. (tok de kawe nok baco).. haha~
                                beliamuda´s last blog ..Megimbau Kenangan Debaran Menanti Pengumuman Keputusan SPM My ComLuv Profile

                                • Pada 2010.01.27 10:32, beliamuda menulis:

                                  apa lagi nak dikata. semua dah sebut. angkat ibu jari sahajalah. :D
                                  beliamuda´s last blog ..Megimbau Kenangan Debaran Menanti Pengumuman Keputusan SPM My ComLuv Profile

                                  • Pada 2010.01.27 10:57, KNizam menulis:

                                    keep on blogging k jie. blog k jie ni dah mcm khazanah blog warisan negara ni. hehe :)

                                    kalau boleh racun sekali husband k jie supaya ada blog. bolehlah update live from luar negara mcm saya. hehe :)

                                    nanti kalau ada rezeki kita jumpa ngan geng2 blogger msia mac nanti ya!
                                    KNizam´s last blog ..Sunrise at Nathiagali My ComLuv Profile

                                    • Pada 2010.01.27 11:00, Ayah Aiman menulis:

                                      Tahniah atas pengiktirafan antarabangsa itew…

                                      Cuma ingin bertanya, adakah dengan membuat posting yg banyak didlm blog dpt mempopular blog itu sendiri???
                                      Ayah Aiman´s last blog ..AKU Tengah Berkabung… My ComLuv Profile

                                      • Pada 2010.01.27 11:14, izzah menulis:

                                        saya budak baru belajar…. :oops: tak layakpun kena iktiraf…hehehhe kak jiey lain…dah makan garam lebih awal… :mrgreen:
                                        izzah´s last blog ..Susu susu susu dan susu lagi…. My ComLuv Profile

                                        • Pada 2010.01.27 11:23, rohaizad menulis:

                                          Wahhh… patutlah manis semacam je air sirap di depan saya nih. Rupanya nama saya di sebutlah…. :lol:
                                          rohaizad´s last blog ..Tips blogging – 7 perkara yang selalu dilakukan oleh rohaizad dot com. My ComLuv Profile

                                          • Pada 2010.01.27 11:38, samdaddycool menulis:

                                            Kujie2 dot com, teratak lepak yang santai.. best bertandang dan bermesra dengan blogger-bloger mesra alam, terutama kepada tuan rumah.. ;-)
                                            samdaddycool´s last blog ..Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor My ComLuv Profile

                                            • Pada 2010.01.27 11:49, Kujie menulis:

                                              @beliamuda, bahaya tak boleh lepaskan komen tu..nanti kena serang dgn ‘peminat susah mati’ :lol:

                                              tak pasal2 dapat hits :lol:

                                              • Pada 2010.01.27 12:00, Bb Hussain menulis:

                                                memang tidak dapat dinafikan lagi kehebatan kak jie..
                                                Bb Hussain´s last blog ..Alasan semata-mata My ComLuv Profile

                                                • Pada 2010.01.27 12:14, syins menulis:

                                                  tajuk lain macam je…baca entri pun lain macam…hehe…

                                                  kira kakjie skang sudah main international la kann…hehe..

                                                  • Pada 2010.01.27 12:16, Kujie menulis:

                                                    @syins, Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Kamu adalah review blog

                                                    contoh ; ini blog kakjie tetapi kak jie suka blog kamu, jadi kak jie tulislah review pasal blog kamu di blog kak jie

                                                    nampak?

                                                    ini mesti deria ke-6 tak berfungsi ni….

                                                    • Pada 2010.01.27 12:27, x-po menulis:

                                                      @beliamuda, haha kalau demo nk tahu, DM jah kawe..haha
                                                      x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH? My ComLuv Profile

                                                      • Pada 2010.01.27 12:38, Kujie menulis:

                                                        @x-po, nak DM ape benda…..dah public tweet pun… :lol:
                                                        jahat arr korang ni…. nk kena rotan dgn kak jie :lol:

                                                        • Pada 2010.01.27 12:43, ariff menulis:

                                                          belum sempat reply lagi review kak jie ka alexa tu. nanti buat. saya ada satu lagi exam ni
                                                          ariff´s last blog ..Memperkenalkan Innity Ads My ComLuv Profile

                                                          • Pada 2010.01.27 12:45, Eriyza menulis:

                                                            Caiyolah kak Jie. :)
                                                            Eriyza´s last blog ..Penukaran Domain Blog Eriyza My ComLuv Profile

                                                            • Pada 2010.01.27 12:48, zuls menulis:

                                                              hehe.. blog kak jie memang sesuai untuk dijadikan contoh.. :)
                                                              zuls´s last blog ..Aduka Taruna dan #yorais My ComLuv Profile

                                                              • Pada 2010.01.27 13:02, beliamuda menulis:

                                                                @Jaws, jaws nak jadi top women blogger? jauh lagi perjalanan.. LOL~
                                                                beliamuda´s last blog ..Insiden 2 Kepala Babi – Apa sudah terjadi? My ComLuv Profile

                                                                • Pada 2010.01.27 13:03, beliamuda menulis:

                                                                  @Kujie, public pun masih selindung. haha.
                                                                  beliamuda´s last blog ..Insiden 2 Kepala Babi – Apa sudah terjadi? My ComLuv Profile

                                                                  • Pada 2010.01.27 13:03, beliamuda menulis:

                                                                    @Kujie, ramai juga ya kipas susah mati dia. jarang terserempak dengan geng tu.
                                                                    beliamuda´s last blog ..Megimbau Kenangan Debaran Menanti Pengumuman Keputusan SPM My ComLuv Profile

                                                                    • Pada 2010.01.27 13:04, beliamuda menulis:

                                                                      @Kujie, jangan rotan saya. rotan abang xpo. dia yang ajar adik belia ni. :D
                                                                      beliamuda´s last blog ..Megimbau Kenangan Debaran Menanti Pengumuman Keputusan SPM My ComLuv Profile

                                                                      • Pada 2010.01.27 13:05, beliamuda menulis:

                                                                        @Kujie, deria keenam masih lagi dalam tahap bayi. baru nak berkembang. diasuh supaya jadi lebih peka nanti. :)
                                                                        beliamuda´s last blog ..Megimbau Kenangan Debaran Menanti Pengumuman Keputusan SPM My ComLuv Profile

                                                                        • Pada 2010.01.27 13:18, maza menulis:

                                                                          entahnya….

                                                                          kekadang tajuk blog tak menggambarkan langsung isi..
                                                                          anyway tahniah.. huhuhu

                                                                          dah mati kata2 lah pulak hari ini. huhuhu
                                                                          maza´s last blog ..Lagi Bayi Mati Tercekik Puting! My ComLuv Profile

                                                                          • Pada 2010.01.27 13:18, nuaeman menulis:

                                                                            Esok blog kakjie juga bakal disebut di FuhyooFM.com jam 12 tengahari.. :)

                                                                            • Pada 2010.01.27 13:27, maza menulis:

                                                                              maza berblog utk suka suki dan kongsi pengalaman dan pelajaran dgn generasi dan keturunan maza gitew.. hehe

                                                                              kongsikan pasal silam, kini dan akan datang.. hehehhe

                                                                              pss: kekadang jealous gak tengok org ada ramai pengikut itew. tapikan lagi jealous kalau boleh buat duit sekali.. hehhehe
                                                                              maza´s last blog ..Lagi Bayi Mati Tercekik Puting! My ComLuv Profile

                                                                              • Pada 2010.01.27 13:29, maza menulis:

                                                                                @nuaeman,

                                                                                wah! iklan besar2an ni.. hehehe

                                                                                harap2 maza pun sama mendapat tempiasnya…
                                                                                erk! paling tidak pun pengomel teman tapi mesra terbecok sepanjang zaman di kujie.com gitew..

                                                                                wakakakakaka :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
                                                                                maza´s last blog ..Lagi Bayi Mati Tercekik Puting! My ComLuv Profile

                                                                                • Pada 2010.01.27 14:15, yonna menulis:

                                                                                  HAHAHA public tweet dekat yonna T____T :twisted: sabo je lah si din ni. dia siap nak buat petisyen ma! T_____________T boleh pulak yonna cadang buat fan page kt fb! hahaha
                                                                                  yonna´s last blog ..S.K Sri Aman,Kg Melayu,Pulau Pinang My ComLuv Profile

                                                                                  • Pada 2010.01.27 14:20, mrs sufian menulis:

                                                                                    tahniah kak jie…..! ;-)
                                                                                    blog yang sempoi tp mesra penuh dengan pengisian yang tak boring untuk di tatap. ada org tu smpai masuk newspaper kata blog dia bagus… tapi hampeh! best lagi masuk kat blog yg minimalis ne. ahaks!
                                                                                    nak request kak jie kuar entri pasal algeria lagi… bleh?

                                                                                    • Pada 2010.01.27 14:30, kruel74 menulis:

                                                                                      Ramai nya yang dah buat review…. Budi baik dikenang juga di sini ya… :mrgreen:
                                                                                      kruel74´s last blog ..Real Property Gain Tax amendment finally out My ComLuv Profile

                                                                                      • Pada 2010.01.27 15:28, .D.d L a L a. menulis:

                                                                                        i always come back here when i’m in need of sentimental and slow rock mood. unexplainable.

                                                                                        • Pada 2010.01.27 15:29, zati menulis:

                                                                                          syoknye bila blog kita dihargai cmtu…kak jie mmg best :)
                                                                                          zati´s last blog ..Bau Badan dan Jodoh Anda My ComLuv Profile

                                                                                          • Pada 2010.01.27 16:13, kutaksempurna menulis:

                                                                                            feeeeewwwiiittttt….
                                                                                            dh mcm celebrity…. u deserve it..

                                                                                            sy tak pandai memuji tp yg ni sy kena ckp juga… sy suka dgn org yg humble… dan kak jie adalah antara org2 itu… org yg humble.. dan blog yg humble… tak rimas nak membacanya…

                                                                                            psssttt.. takleh nak dengar fuhyoofm kul 12… incik bos dah ada…
                                                                                            kutaksempurna´s last blog ..Merona merah pipi Gadis PEMALU itu mendengar kata-kata Ali – Untuk makluman; Ali adalah seorang lelaki yang punya SATU isteri sahaja… (buat masa ini) Dan dia bukanlah Ali Setan… (buat masa ini)… lol :P My ComLuv Profile

                                                                                            • Pada 2010.01.27 16:20, rumah kuning menulis:

                                                                                              tahniah kak jie… hidup biar sedap memang layak.
                                                                                              rumah kuning´s last blog ..OK…Saya Dah Update My ComLuv Profile

                                                                                              • Pada 2010.01.27 16:39, penyubiru menulis:

                                                                                                blog kak jie mmg sesuai kalu direview sebab blog kak jie mmg bagus. harap² takde org review blog saya, buat malu jer.hehe..

                                                                                                p/s : nak reply komen pasal kura² terbang tu. a’aa..kura² boleh terbang jika berada dalam kapal terbang.err..ok ke komen camni.hehe… (tengah terpikir naper org tu cari kura-kura terbang. )
                                                                                                penyubiru´s last blog .."Maya Karin" Mengamuk Di Kuala Ibai?? My ComLuv Profile

                                                                                                • Pada 2010.01.27 17:34, ohmalaysia menulis:

                                                                                                  kagum ngan kak jie. sy suka komen suami kak jie. hehe. kadang2 pembaca mudah tertarik bila baca tajuk2 yg menarik dan santai2.. :mrgreen:

                                                                                                  • Pada 2010.01.27 19:44, Hafizd menulis:

                                                                                                    pppeerrgghhhhhhh….superb~!! hihi… mmg berbaloi blog nih.. :razz:
                                                                                                    Hafizd´s last blog ..Ada apa dengan Sibu? My ComLuv Profile

                                                                                                    • Pada 2010.01.27 22:25, zool menulis:

                                                                                                      @Jaws, ops.. takkan nak jadi top women blogger plak?? waduh susah nak dipikirkan tu..
                                                                                                      zool´s last blog ..Jaya Jusco AEON dibuka semula My ComLuv Profile

                                                                                                      • Pada 2010.01.27 22:27, zool menulis:

                                                                                                        Bangga Knizam satu daerah walau tak penah bersua muka.. bakal jadi orang pakistan tu..dah tak makan cencaluk kot. huhuhuhuhuhu..
                                                                                                        zool´s last blog ..Jaya Jusco AEON dibuka semula My ComLuv Profile

                                                                                                        • Pada 2010.01.27 22:49, chekgu naman menulis:

                                                                                                          bestnya jadik populer..hehe
                                                                                                          chekgu naman´s last blog ..Besar Bezanya 512mb dengan 4Gb kan?? My ComLuv Profile

                                                                                                          • Pada 2010.01.27 22:51, NoorAfzan menulis:

                                                                                                            wow, tahniah kujie..
                                                                                                            NoorAfzan´s last blog ..Blog menghina Islam lagi..bukan 1 tapi 2 blog.. My ComLuv Profile

                                                                                                            • Pada 2010.01.27 23:08, Kreuger menulis:

                                                                                                              aih… dah terlambat ke nak komen ni? huhuhu.. tak tau nak cakap apa dah
                                                                                                              kak jie sememangnya blogger selebrity, seorang mama blogger yang
                                                                                                              sangat ceria dalam blog mahupun kat luar.
                                                                                                              Kreuger´s last blog ..Mari belajar berkomen cara Azman Ishak My ComLuv Profile

                                                                                                              • Pada 2010.01.27 23:11, farah menulis:

                                                                                                                wahhh hebat la kak gie ni..:)
                                                                                                                nnti nk tiru jejak kak gie jadi top women blogger la..i`allah..

                                                                                                                • Pada 2010.01.27 23:25, denaihati menulis:

                                                                                                                  terima kasih kak jie di atas review kembali di alexa saya…semuga Hidup Biar SEdap terus memberi sumbangan kepada kehidupan manusia….ilmu yg di manafaatkan akan menjadi cahaya kelak didalam kubur.
                                                                                                                  denaihati´s last blog ..Tahukah ANDA negara apa yang aku kunjungi My ComLuv Profile

                                                                                                                  • Pada 2010.01.28 01:08, mrkay menulis:

                                                                                                                    perghh!! dapat review. huhu. cayalah kak jie !~ ;-)
                                                                                                                    mrkay´s last blog ..Teruja Dek Innity & DiGi My ComLuv Profile

                                                                                                                    • Pada 2010.01.28 01:58, hafizmd menulis:

                                                                                                                      Cayalah kak jie. Memang blog kak jie antara blog “saye pasti lawat”. Ade daya penarik yang unik. Macam mamat kat pakistan tuh cakapla.

                                                                                                                      p/s – Kak Jie, sudi-sudikanlah yer jenguk blog baru saye. :razz:
                                                                                                                      hafizmd´s last blog ..Domain Percuma dan Hosting Percuma My ComLuv Profile

                                                                                                                      • Pada 2010.01.28 03:42, yonna menulis:

                                                                                                                        tak jugak kalau entry pun haprak;

                                                                                                                        faktor pengisian entry tu sendir kena lah berciri user friendly.
                                                                                                                        then,sentiasa humble,jgn sesekali tinggi diri.
                                                                                                                        jgn paksa2 org masuk blog kita.
                                                                                                                        then,rajin2 lah komen2/tegur2 bloggers ni.

                                                                                                                        secara automatiknya,i’allah blog kita boleh dikenali ramai :) tp jgn sombong pulak lepas tu :D

                                                                                                                        • Pada 2010.01.28 12:40, nadia menulis:

                                                                                                                          great and very nice… kira hebat laa….
                                                                                                                          nadia´s last blog ..Kempen Benci Memey My ComLuv Profile

                                                                                                                          • Pada 2010.01.28 12:41, amirulfaiz menulis:

                                                                                                                            Terbaik la Kak Jie. Fuhh.. peringkat antarabenua. Banyak ilmu yang dapat saya pelajari dari sini. Cayalah.
                                                                                                                            amirulfaiz´s last blog ..Cenderahati untuk yang pergi My ComLuv Profile

                                                                                                                            • Pada 2010.01.28 22:00, Ayah Aiman menulis:

                                                                                                                              thanks. sbg newbie dlm dunia blogging nie, tips2 drp senior blogger amat diperlukan. inysaallah sya akn cuba apply tips2 nie pd msa hadapan…
                                                                                                                              Ayah Aiman´s last blog ..AKU Tengah Berkabung… My ComLuv Profile

                                                                                                                              • Pada 2010.01.28 22:04, Kujie menulis:

                                                                                                                                @Ayah Aiman, minta maaf, sy tak sempat nak reply….tapi kat blog ni..semua kawan-kawan saya…sesiapa saja boleh reply komen kawan mereka yang lain :lol:

                                                                                                                                • Pada 2010.01.29 08:55, Ayah Aiman menulis:

                                                                                                                                  @Kujie, skrg baru saya faham. “teamwork” sesama kawan2 pun penting juga.
                                                                                                                                  contoh yg saya nampak di blog MEGAT, yg mana azman yg kerap reply komen…
                                                                                                                                  Ayah Aiman´s last blog ..AKU Tengah Berkabung… My ComLuv Profile

                                                                                                                                  • Pada 2010.01.29 12:59, Pisyek menulis:

                                                                                                                                    @Jaws, jaws the top women blogger?

                                                                                                                                    pisyek rase kalo jd betul2 mmg jadi bahan la kat utp nnt….

                                                                                                                                    hahaha… :lol:
                                                                                                                                    Pisyek´s last blog ..Cara membuang generator Joomla! 1.5 dan WordPress My ComLuv Profile

                                                                                                                                    • Pada 2010.01.29 13:10, Kujie menulis:

                                                                                                                                      Terimakasih semua yang tinggalkan komen di sini – sokongan dan kata semangat

                                                                                                                                      Komen-komen semua tu macam ditambah mauripan sampai saya dah kembang macam apam kukus :p :lol:

                                                                                                                                      • Pada 2010.01.30 05:11, topo menulis:

                                                                                                                                        “Blogger ada deria ke-6 untuk ‘read between the lines’” hahaha tepat sekali.. sokong kenyataan ini..
                                                                                                                                        topo´s last blog ..4 Tips Tingkatkan Trafik Dengan Memahami Pelawat My ComLuv Profile

                                                                                                                                        • Pada 2010.02.19 06:38, Bat menulis:

                                                                                                                                          Kak Jie, terima kasih. Labah-labah dah kena halau balik kampung dah, hehehe..

                                                                                                                                          Dasat tuh banyak orang buat review blog Kak Jie ni. XD

                                                                                                                                          • Pada 2010.08.14 17:11, epul menulis:

                                                                                                                                            tumpang lalu

                                                                                                                                            (Diperlukan)
                                                                                                                                            (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                                                            CommentLuv Enabled
                                                                                                                                            Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                                                            Switch to our mobile site