Kerana Seketul Yang Degil

kejadian yang trajis..g beli lauk ngan anak 2 dekat selori dalam kete..start 2 tak leh ..baca dah mcam 2 doa supaya kete leh start ..takleh gak..apalagi kol hubby…pegi cari bateri tengah 2 malam suh jgak member cari kedai bateri…malayang duit…pukul 2 pagi g pasang bateri setelah anak 2 semu apengsan..start2 pun tak leh..cuak giler.last 2 hubby kater dengan PENUH KASIHHHHHHHHHH SAYANGGGGG ”LAAAA GEAR TAK LETAK KAT P” aduhhhhhhhhhhh..mana lah aku tahu..aku tahu masak kari, sup, tomyam…gosok baju

Saya suka berkongsi cerita dan mendapat feedback dari pengkomen walaupun mereka bukan kenalan blogger  – mereka tak kenal saya dan kebarangkalian pengunjung pertama adalah 81.53%.

Walaupun kebanyakkan entri saya, kisah ceruk dapur bukan ada nilai SEO untuk mendatangkan trafik sesak ribu riban , cerita itu dekat dengan kehidupan kebanyakkan kita.

Salam. Selalunya kalu sya singgah kujie2, mesti dah ramai org masuk tinggalkan komen. Kdng2 sya nak menyibuk juga. Sbb sya perhatikan kak jie ada kelebihan membuat artikel yg membolehkan pembaca berbalas2 meninggalkan komen. ( eh..dah lari tajuk ker ni ) – mekar

artikel yg membolehkan pembaca berbalas2 meninggalkan komen.

Saya membina perhubungan dengan kawan² dengan zone tersendiri. Saya tidak pernah menilai seorang blogger dengan apa sekali pun. Sebab itu entri saya tak ada kisah blogger curi trafik ( kat kampung saya orang curi kabel telefon ) , blogger perempuan yang itu yang ini, blogger lelaki yang begitu yang begini atau newbie disitu di sini.

Saya juga bukan jenis mulut manis nak berlebih lebihan ‘melukut di tepi gantang’ . Dia orang baru, dia orang lama , dia hebat dia lebat, dia kecil dia besar, dia putih melepak dia hitam manis – saya membaca blog dan setakat itu saja saya masuk dalam kehidupan mereka. Mungkin ada yang serasi mungkin juga ada yang ber’laga angin’ tetapi saya sangat² memelihara lidah, jari , keyboard mahu di dalam hati yang paling dalam untuk meghakimi seorang blogger itu.

Allah Maha Mengetahui walaupun hanya niat terlintas didalam hati – jangan lupa!

Tetapi, saya juga bukan sempurna – manusia kerdil yang sering, selalu membuat maksiat hati.  Pernah juga terlanjur kata terlanjur bicara walau sedaya upaya mengawal keadaan.

Kesilapan- kesilapan itulah yang banyak memberi pengajaran dan sempadan untuk ‘mengetuk kepala sendiri’ supaya jangan leka.  Kadang² rasa diri dah cukup baik , Allah  ‘cubit’ dikala kelekaan.

Ok…kita sentuh satu bab saja hari ini – membina perhubungan.

Membina hubungan adalah atas kerelaan dan keikhlasan ( ingat…Allah tahu segala yang terselit di dalam hati ) jadi jangan merungut atau berprasangka buruk sekiranya segunung kebaikan yang telah anda lambakkan terasa tidak berbaloi.

Mula mengungkit komen tak dibalas, kunjungan tidak dihargai, i follow you, you tak follow i, i klik you, you tak klik  i…. Sekecil² perbuatan inilah yang menghimpunkan keberkatan.

Mungkin Allah tangguhkan pemberianNya terhadap kita atau diberikan dalam bentuk lain – kelapangan masa mengupdate blog tiap hari, earning mencurah-curah, line internet selaju soyuz atau mata yang terang dapat mengadap komputer berejam².

Kita lancar menghafal Rukun Islam ada lima, Rukun Iman ada enam – sekadar ucapankah?

Rukun² yang kita hafal dan percaya itu adalah kehidupan kita walau pun hanya sebagai seorang blogger.  Definasi percaya kepada rukun ini yang membentuk keimanan setiap kita yang perlu diyakini dengan hati, diucapkan secara lisan dan diamalkan dalam kehidupan.  Tak ada pengkecualian kehidupan offline atau dunia online.

Saya bukan berkemahiran untuk menulis seraca ilmiah bahasa berprofil tinggi dengan hukum dengan dalil yang extreme .  Atau cendekiawan yang bijak mengungkapkan prosa-prosa  melahirkan mutiara kata indah.

Apa yang saya kongsi adalah asas-asas  kehidupan yang berhubungkait  diri dengan jiran dan kawan-kawan.  Hubungan sesama manusia yang paling banyak akan dihisab timbangannya.

Kelaut lagiiii…………..

Niat kita membina perbuhungan tersebut yang dinilai Allah.   Jadi, janganlah salahkan kandang kalau  ’embek’ kan kita jadi canggung dan tidak senada irama kambing orang lain.

Bab hati (bukan cilihati ) orang tak nampak, manusia tak boleh nilai secantik banglo dua tingkat, sekilat menjalar kereta mewah, seglamer blogger.

Ustazah saya pernah bercerita, daki dan karat dosa mesti ditanggalkan sebelum ditempatkan di dalam syurga dengan dicelup kedalam api neraka. Seperti emas yang bercampur galian lain, mesti disembur dengan api yang panas sebelum keluar sebagai emas yang bermutu.

Jadi , pilihalah nak membersihkan diri dari kekotoran dosa dengan cara bertaubat diatas dunia ini ataupun dibersihkan di akhirat dengan dicelup dalam api neraka.

Nauzubillah min zalik…

©kujie – entri ni asal tulis hal lain, tapi kelaut juga akhirnya…. main hentak tulis tak de draft – entri apa yang terdetik dalam hati., jangan terasa hati ye kawan²

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Kena sucikan diri dulu dengan api neraka, baru leh masuk syurga…tapi masih ada peluang cuci dosa di dunia ni selagi nyawa dikandung badan…
    Jom terjah post menarik dari arena84 ..2 Pelajar Uitm Machang Mati Kemalangan Kereta Melanggar LoriMy Profile