Pemenangnya Murid SMK Seksyen 7, Shah Alam

“Saya tidak boleh hidup tanpa internet disisi saya. Sekurang-kurangnya biarlah saya dapat periksa emel-emel saya yang masuk setiap hari tu. Facebook? Ianya adalah racun kepada setiap pelajar yang ingin berjaya…”

Itulah pengakuan seorang murid Tingkatan 3 , SMK Seksyen 7, Shah Alam.

Waktu orang lain sibuk menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH ) 2009 malam tadi, blog saja juga menganjurkan anugerah khas tanda penghargaan kepada pengkomen sebagai kejutan.

Zala Wajik yang bertuah dengan komen pertama di blog ini telah menjadi pengkomen yang ke 38,888 ! Anugerah hebat seperti ABPBH 2009 semalam.  Seorang murid sekolah Tingkatan 3 tetapi mempunyai blog PR 3, ok. Kagum ! Tepuk…tepuk…..tepuk….! Bukan itu saja, dia juga mempunyai diary peribadi di – zalawajikjournal

Nampak tak siapa yang bertuah , siapa Hang Tuah? ehehehe…Jangan kecewa kerana saya selalu sediakan penghargaan yang tak terduga untuk pengunjung blog.

Doakan saya panjang umur dah murah rezeki melimpah ruah seperti coklat yang tertumpah di ladang gandum – dapatlah kita berkongsi bersama.

****************************************************************

Kadangkala terkomenlah juga dalam blob kak KUJIE ni. Yang paling menarik hati apabila komen dibalas mesra. Unik pula kata-kata. Psstt..psstt.. komen kamu ada orang balas (lebih kurang begitulah tertulisnya). Tersenyum jer bila menerima. Namun sejak akhir-akhir ini balasan itu tiada lagi. Hati musykil sekali. Adakah diri ini tidak dipeduli? Rupa-rupanya bukan begitu. Bila siasatan di lakukan.. komen saya masih dibalas. Tapi kenapa yer.. tiada pssstt.. psssttt itu dalam emailku?

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum …Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap kata Sheila On 7…. hehehehe.:lol: Tak dapat email pun dah resah.  Kelakarlah kawan-kawan saya , kan?

Sebenarnya saya ingin bercuti atas sebab kesihatan. Betul..seharian saya berbaring – badan tua ini sakit di sana sakit di sini. Tetapi pagi ini rasa lebih segar bersinar membaca komen dan usikan kawan-kawan. Buka email nampak link dari Cikgu Mathematik inginkan jawapan untuk menrungkai soalan .

Cikgu Isza antara berpuluh-puluh senarai cikgu yang ada di sekeliling hidup alam maya saya. Saya pun hairan kenapa ramai cikgu keluar masuk blog ini seperti bilik darjah mereka. Mungkin juga pengaruh “rakan sebaya”..ha ha ha

Perkenalan kami bermula dari sesi soal jawap di blog Rasa Antara Kita. Sifat seorang guru yang cemerlang diadaptasikan dari kerjayanya telah memberi peluang diri sendiri maju hingga ke hari ini. Beliau adalah satu-satunya pengunjung blog yang rajin bersoal jawap apa yang tidak difahami sehingga terbinanya blog beliau Semekar Kasih sekarang.

Ok, saya jawap pertanyaan cikgu isza – sebenarya saya deactivekan plugin ‘Thank Me Later ” kerana saya risau email saya akan menganggu kotak emal orang lain.  Mungkin ada yang tidak selesa untuk menerima email yang terlalu kerap dari saya .  Sesuatu yang kita lakukan ada kesan baik dan buruknya – kalau kesan buruk lebih dari baik, mungkin kita terpaksa membuat satu keputusan walaupun keputusan itu bukanlah yang betul.

Tak sangka pula ada yang rindu email psst…psst….iklan  malam jumaat tu..

©Kujie – ramai yang kata best jadi macam saya, seronok ada banyak komen tetapi jangan seronok je tau… fikir juga apa yang TIDAK dapat saya penuhi untuk ramai orang.  Masa dan komitmen saya bukan semata-mata kepada blog, saya juga ada prioriti lain yang dalam hidup.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. aida laily binti abdul rahim says:

    jelezzzzzz…………..nye tpi x pe la tahniah krana mnang

  2. Itu sekolah adik saya! 😀
    .-= Nadia Dizarch´s last blog ..Aku tak cantik tapi aku… =-.

    • salam bleh brknalan?sya nak jwab ayat awak tuu…..smestinya awak comel.tapiiii…….kan awak jngan cpat prasan ye.byeeeee……….see you again

  3. terima banyak komen memang best. tpi, bila soalan yang ditanya dalam komen tu tidak mampu berbalas, rasa bersalah pun ada jugak kadang2.

    boleh pakai plugin yang memberi option kepada pengomen untuk menerima atau tidak emel jika ada balasan.

  4. hebat remaja skg.. dulu blog pe pun, saya tak tau.. itulah penangan it skg nih..
    tahniah le kpda yg bertuah tu..

    kpada kak jie – mg sihat selalu.. nnt leh blog lagi.. (kak jie dah sihat kot.. saya baru sempat baca entry ni hari ni..)
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

  5. cis! maza miss dua mata jer.. aderkkkkk!

    👿 👿 👿
    .-= maza´s last blog ..The Begining =-.

  6. daangggggg! form 3??? HAHAHAHA gila comel. zaman yonna dulu, sedang berpeleseran di Komtar kalau ada waktu free :p email pun takdak time tu muahahha :p

    tahniah kpd pemenang 🙂

    a ah la ma.. pssst!psst! rindu nak bc dalam kotak email 🙂
    .-= yonna´s last blog ..Apa Yang Aku Tak Suka Tentang ABPBH 2009 =-.

  7. wah tahniah kepada pemenang bertuah, betul kata kak jie dia memang betuah dikala semua org asyik menonton abp

    dia sdg melayari blog kakjie
    .-= mijie´s last blog ..Melihat hidden file mengunakan command prompt =-.

  8. Ismail Noh says:

    Saya mula kenal internet masa tingkatan 1. Apapun, kali pertama bertandang ke blog akak 😀

  9. kita pun tertanya2 kenapa dah takde email from kak jie..tapi tanya dlm hati je la.. 😉
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Apa ada pada 310310 =-.

  10. etomyam says:

    bagus generasi muda sekarang ni…dah expose technology ICT ni 😀

    btw kat mana yg sangkut utk WP Social Blogroll Plugin tu? kot2 saya buleh bantu 😀
    .-= etomyam´s last blog ..Kesatria Poyos : Game Facebook Berbahasa Melayu =-.

  11. wahh, terima kasih banyak-banyak :mrgreen:
    *menangis terharu* hahaha 😀

    lepas ni kena buat sticky post. bukan senang blog dipromote kat blog2 macam ni.

    peace 🙂 & terima kasih kepada semua yang ucap tahniah tu.
    *tak tahu nak taip apa*
    .-= Zala Wajik´s last blog ..ex-Classmates =) =-.

  12. denaihati says:

    Bila banyak komen dan kita tak reply pasti kesannya perlahan2 pelawat akan lari.
    .-= denaihati´s last blog ..Review Game Facebook Melayu : Kesatria Poyos =-.

  13. Mr.Bintang says:

    fulammak.. sipi jee.. hehehe.. 😆
    xpe.. cube di lain kali.. ekekek.. 😛
    tahniah zala wajik..

    b’tuah tul bebudak zaman skrg.. muda² lagi dah ada pendedahan.. kite je yg lambat.. 😛

  14. baru tau zala wajik tu baru form 3..hukhuk
    .-= x-po´s last blog ..SUSAH KE ORANG MUDA NAK BERCAMPUAR GAUL DENGAN ORANG TUA? =-.

  15. muahaha. hebat hebat. budak skrg maju wohh. sume da pndai ade blog..
    .-= zida´s last blog ..Kata Kunci Yang Tak Berapa Nak Munasabah =-.

  16. adek Zala Wajik mmg hebat!! heheeh..congrate dek… 😛 😛
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Bila banyak masalah..ape nak buat??arrgghh!!!::: =-.

  17. sekarang ni kecik2 dah kenal apa itu blog. dunia dah smakin canggih. tahniah utk zala wajik. 😀
    .-= Amir´s last blog ..Daylight Saving Off =-.

  18. kreuger says:

    alahai.. terlambat seminit jer berkomen.
    kan dah rugi.. kekeke… hadoisss.. tak pe
    nanti bleh cube lagi. rase-rasa angka
    ke berapa la pulak agaknye.. hehe

  19. bertuah betul zala wajik tu. komen first pun dia menang komen pun dia. lepas ni cari makan pakai komen je la. haha
    .-= zaiMi´s last blog ..Kaki Penipu Dapatwang Scam =-.

  20. nanti buat lagi ye kak jie..

    cikgu yang tak berapa nak sebaya ni nak menang jugak :mrgreen:
    .-= chekgu naman´s last blog ..Rumah Dah Siap Pahat Masih Berbunyi : Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 =-.

  21. Wan Perlis says:

    nak p melawat blog seksyen 7 ni 🙂
    best2 boleh up trafik
    bilakah tiba masa diri ni
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging =-.

  22. Dauspozi says:

    tahniah Zala Wajik… 😀
    .-= Dauspozi´s last blog ..Tips Mencipta Identiti Tersendiri Di Dunia Blogging =-.

  23. komen jgn tak komen..mane tahu ade lagi jap jer lagi..hehehehehe :mrgreen:

    p/s – tahniah buat pemenang bertuah..memang bertuah..
    .-= hafizmd´s last blog ..7 cerita menarik hari ini… =-.

  24. bertuah betul dengan si pemenang.. alngkah indah kalau den monang.. ahah
    .-= Richie´s last blog ..Awas Jika Lelaki Anda Gemar Berurut Extra =-.

  25. tentunya pemenang zala wajik tengah tersenyum 😛 sorang2 atas kemenangan beliau..

    kpd maza & azman(kreuger), dpt cp2 pun jadik lah :mrgreen:
    .-= Nadri´s last blog ..Perginya Seorang Pelawak & Penghibur =-.

  26. Azizuan says:

    congratz..kecik2 dah pandai buat blog..sok besar kerja dok tumah ja buat freelance..haha
    .-= Azizuan´s last blog ..Tiga Siri TV Mesti Tonton =-.

  27. Itu namanya rezeki datang bergolek. Tuah ayam nampak di kakinya, tuah manusia siapa tahu? 😆

  28. alahai.. lana xde rezki lorr.. nnti kak jie buat contest lagi ekk.. 😀
    .-= L@n@´s last blog ..Huuwaaa!!!.. lappy aku kene curi .. =-.

    • sebenarnya bukan contest apa pun…kak jie cuma tgok jumlah komen tu cantik je nombor dia…dlm masa tak sampai 15 minit je publish…dah ade org yg dapat nombor tu.. 😆

  29. Kenapa bukan saya? 😀
    .-= tekkaus´s last blog ..Peri-fying Earth Hour Dinner At Nandos! =-.

  30. Ala, napela xdapat jadi pengomen bertuah huhu :mrgreen:
    .-= Tungku Moden´s last blog ..TUNGKU MODEN =-.

  31. Hoho..pemenang da kluar..tahniah kepada zala wajik.. 🙂
    .-= Jmay´s last blog ..Rezeki dikala sibuk =-.

  32. best oo dapat award dari Kak Jie..xperlu undian sms pun..hihihi

    wow hebat la blog dia sudah PR3..
    memberi cabaran baru kepada blog FTN..iaitu

    “Tingkatkan PR rank!” 🙂
    .-= Faizal @ FTN´s last blog ..Adakah Anda Seorang Yang Prihatin? =-.

  33. pergh.. sikit lagi…
    .-= topo´s last blog ..Sand Animation – oleh Kseniya Simonova =-.

  34. mintak2 ade lagi anugerah len..huhu:)

  35. aah ler. aku pun dapat komen psst2 hari tu. dah deactive rupanya
    Kak Kujie masih blh reply komen. aku neh giler dah malas reply
    apa ler org pikir. bior ler
    .-= Luffy´s last blog ..AKU BERMIMPI BUNUH ORANG, BAGAIMANA ENDINGNYA? =-.

  36. tahniah buat pemenang peraduan terkejut2 tu ye 😉
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..hari – hari bahagia =-.

  37. tahniah buat zalawajik
    .-= zuls´s last blog ..My New Domain PR not available #SEO =-.

  38. saya juga bukan jenis membalas komen, sebab itulah tak guna sistem komen yang ada reply. sebab mmg tak akan reply secara penuh komitmen. tapi tak reply tak bermakna tak menghargai. penghargaan itu disimpan kemas dalam hati. chewah!
    .-= nursarah´s last blog ..Restoran d zart @7 cafe. =-.

  39. Brother One says:

    Salam
    Baru nak cube..dah melepas.harap ada lagi contest yang sedap. 😉