Weblog Popular 1Malaysia – saya dicalonkan?

weblogpopular1malaysia

Saya dicalonkan untuk Peraduan Weblong Popular 1Malaysia anjuran denaihati.blogspot.com.  Popularkah saya?   Sebenarnya popular adalah subjektif bergantung persekitaran masing-masing.  Kalau kita melangkah keluar dari group atau kumpulan kita,  kita akan lihat banyak lagi weblog popular.

Saya tak rasa saya popular, hanya blog seorang surirumah yang mengisi masa bersahabat maya dengan pengunjung.

Bila popular di ukur secara manual, saya malu kerana ianya boleh mengundang berbagai tafsiran negatif. Sebenarnya saya gerun dan takut dengan pencalonan ini. Macam tak cukup layak je… tengoklah statistik bulan Julai. Page views hanya kira-kira 106,048 dan uniques visitor 40,054. ( Carta ini sehingga 26hb Julai sahaja )

statistik Julai 2009 blog kujie2.com


Alexa ranking :

Walaubagaimana pun, saya terharu dan berterimakasih kerana pencalonan tersebut walaupun  dikatogarikan pencalonan kroni.  Adik saya Ku Ina yang mencalonkan dengan harapan nak share shopping raya!

Untuk memenangi peraduan ini dengan hadiah bernilai  RM 1000, saya perlu  mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger.

Semua blogger di Malaysia layak untuk menyertai peraduan ini.   Apa yang diperlukan hanyalah buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut .

Dalam posting wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog …..

Contoh : Saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://kujie2.com.

Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru. Sponsor peraduan ini sekarang adalah SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL .

Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati sebagai penganjur dan tinggalkan komen juga link post peraduan  di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog beliau .Ini linknya [ sini ] .

Kemudian, anda wajib subscribe blog Denaihati melalui email dan diaktifkan dan letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di blog anda. Untuk subscribe blog beliau, di bahagian sidebar ada widget “Kongsi terus ke email ” . Masukkan email anda dan klik subscribe, kemudian buka email untuk aktifkan.

Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.

Inilah syarat yang paling sukar untuk dipenuhi!

Klik [ sini ] untuk melihat hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan dan juga untuk memahami syarat-syarat yang dikenakan.

©Kujie – Ini adalah entri yang ke 1000 sejak 2hb May 2007. Entri pertama di [ sini ]
p/s – schedule post ni… dah tido.   Selamat pagi Isnin!

59 Replies to “Weblog Popular 1Malaysia – saya dicalonkan?”

  1. saya pun tengah nak kejar alexa ranking blog jugak.. 😈
    tapi sekarang baru 500k-600k… aduss.. lambat lagi nak kejar kak jie ni.. hee..

    1. @zuls, update blog selalu, bina hubungan yang baik dengan blogger lain dan jadilah orang pertama yang menulis sesuatu isu.

      1. @Kujie, nak jadi orang pertama yang tulis sesuatu isu tu yang susah.. kena banyak pikir n banyak membaca.. bukan sekadar tulis idea kosong.. betul tak kak jie? :mrgreen:

  2. perghh tahniah kujie… tadi baru search kat google.. nampaknya kujie mendahului ranking dgn pencarian kata Weblog Popular 1Malaysia 🙂 harap lah akan bertahan yer 🙂

  3. alexa ranking range 200k utk blog malaysia, mmg dah cukup MANTOP dan tu kak jie.. 😈
    .-= baloot´s last blog ..13 Cara Mudah Untuk Tingatkan Prestasi Dan Kelajuan Blog WordPress Anda (Self-Hosted Blog Sahaja) =-.

  4. tahniah mnjadi pncalonan..
    x usahlah rndh diri… 😉 ..hehehe
    .-= myhardday´s last blog ..Essential USB Applications AIO =-.

  5. Tahniah kak jie.. rasanya berdasarkan statistik.. kak jie memang layak.. sy vote kak jie eh.. ( psst.. bagilaa sikit kalau menang eh.. boleh wat raya.. heh)
    .-= nuaeman´s last blog ..Nilai sebuah Kereta atau Anak.. =-.

    1. @nuaeman, terimakasih…ishhh….contest ni tak perlu vote…yg diperlukan buat entri pencalonan…

      hehe hehe…rm 1000 bagi 100 org..dpt sorang rm 10 😆

      1. @Kujie, owh ye kee.. silap pembacaan nih.. RM 10 pun ok kak jie.. heh..
        .-= nuaeman´s last blog ..Mandi Wajib dengan 6 kali jirus… =-.

  6. cun! (kak jie pun cun gak he3!)

    tahniah kak jie atas pencalonan. bukan senang nak dicalonkan dan dalam masa sama nak mengekalkan kepopularitian blog. walaupun diri sendiri tidak mahu dicalonkan tetapi perlu terima bahawa kelayakan utk pencalonan.

    saya akan letakkan pencalonan utk kak jie!
    .-= megat´s last blog ..Kempen Merdeka 2009, Meriahkan Sambutan Melalui Twitter! =-.

    1. @megat, hehehe…siap puji cun melecun lagi tu 😆

      ramai tak faham syarat2 pencalonan….ramai yg cakap sokong tapi tak buat entri pencalonan…..tak dapat apa le…

      Megat buat ye… :mrgreen:

    1. @jun, he he he….Jun..skrg ni nk tulis kena ingat2
      nk tinggalkan benda yg baik2 je…takuttttttt…..usia makin pendek , kan

  7. Tahniah Jie !

    Nanti bila menang, jangan lupa buat kenduri tau, hihi…. Tie nak tumpang makan je, ekekeke…..
    .-= Tie´s last blog ..Jagung Hibrid =-.

    1. @Tie, salam Tie, sy tak akan menang kalau tak cukup pencalonan, kena baca syarat2 tu dulu

      dpt jagung setongkol pun ok le Tie

  8. Pingback: pligg.com
  9. ah’ha… penjahat sudah datang…

    mau menang kah?
    heheheh

    apa kata kalau kita kongsi hadiah?
    tak pun pekena dulu kat Big Plate Restaurant di Kg. Melayu Subang itew…

    heheheeh

    (psst: insyallah, saya akan menyusul, menyokongnyer… Kujie, Zhin debath! Kujie Zhin debath!)
    wakakaka

    1. @maza, erk….Kg. Melayu Subang tu tang mana ye….Johor ke?
      jauhhhhhhhhhhhhhhhnya…. ha ha ha 😆

      erk…kite pun ade kejutan utk awk gak… 😆

  10. tahniah…tahniah…nanti kalau ada masa…kita calonkan kak jie k
    .-= kita´s last blog ..Merdeka dan Raya Tanpa Yasmin Ahmad =-.

    1. @kita, huhuhu…..mana nk dptkan lagi 99 pencalonan tu… dah perasan syarat ni dulu lagi, tu yg diam je

      tapi bila ada pencalonan, kita kena hargai 😉

      1. @Kujie, tidak mustahilkan…..akan dapat…tapi kena share ler kalau menang..hehehhe…kalau macam ni kira main kotor tak ?
        .-= kita´s last blog ..Merdeka 2009 Bersama Blogger Melayu =-.

        1. @kita, syarat dia ketat tu…100 pencalonan…yg menyokong ramai tapi yang nak buat entri pencalonan tu yg tak de…ramai tak faham konsept..tak kan kak jie nak suruh…hehehehehe 😆

          1. @Kujie, 🙂 betul ler syarat ketat,,ingat nak calon kak jie tp tak jadi bila baca syarat secara detil…..sori kak jie
            .-= kita´s last blog ..Merdeka 2009 Bersama Blogger Melayu =-.

Comments are closed.