Seperti yang diceritakan dalam entri yang terdahulu, dalam perjalanan ke Hulu Terengganu, kami singgah semalaman di Kota Bharu dan sempat mengunjungi dua rumah sahabat di Aidilfitri baru-baru ini. Waktu yang sesingkat itu, melawat muzium tetap termasuk di dalam agenda yang tak akan dilepaskan.
Cuti sekolah lepas, saya melawat Muzium Felda Lurah Bilut dan Muzium Warisan Kuala Lipis dalam sehari perjalanan pulang.
Kali ini, kami hanya sempat melawat Muzium Perang. Muzium lain yang berdekatan seperti Muzium Negeri , Muzium Kraftangan, Muzium Islan, Muzium Adat Istiadat dan Muzium Diraya akan dikunjungi kenudian.
Memorial Ppeperangan Dunia Kedua ( Bank Kerapu )
Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff bin Nik Abd. Majid yang bergelar Dato’ Sri Paduka Raja iaitu Menteri Besar Kelantan dari tahun 1894 hingga 1900. * sumber : http://muzium.kelantan.gov.my/memorial_peperangan.php
Bangunan ini asalnya dikenali dengan nama Bank Kerapu kerana fungsi asalnya sebagai sebuah bank perdagangan. Digelar Kerapu kerana dindingnya yang tidak licin dan menggerutu. Bangunan ini dibina pada tahun 1912 menempatkan The Mercantile Bank of India Ltd.
Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat
Semasa pemerintahan Jepun tahun 1941-1945 , bangunan ini dijadikan sebagai ibu pejabat kempetai ( polis rahsia ) Jepun. Selepas perang, bangunan ini berfungsi sebagai sebuah bank semula.
Pada tahun 1981 , tingkat atas bangunan ini dijadikan Balai Seni Lukis dan tingkat bawah dijadikan Dewan Kraf tangan. Pada tahun 1992 bangunan ini dijadikan sebuah memorial dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan dengan diberi nama Memorial Peperangan Dunia Kedua yang mempamirkan artifak dan gambar-gambar mengenai Peperangan Dunia Kedua.
Banyak artikel dan gambar mengenai sejarah di zaman penjajahan Jepun termasuk replika Batu Peringatan yang ditemui di Jajahan Machang.
Terdapat juga catatan pengalaman daripada generasi yang terlibat sebagai buruh paksa Landasan Keretapi Maut di Thailand.
Saya tak berani tunjukkan banyak gambar kerana terdapat larangan mengambil gambar di dalam muzium, Gambar ini cuma selit² gunakan telefon. Kalau berkesempatan ke Kota Bharu, singgahlah ke Muzium Perang Bank Kerapu ini. Bayaran masuk saya dah lupa sebab diuruskan oleh suami. Seringgit atau dua ringgit sahaja…
Bangunan Muzium Perang ( Bank Kerapu ) terletak berhampiran Menara Jam Tambatan D’raja . Gambar dari tingkat dua bangunan ini.
Menarik gambar sarung gas yang digunakan semasa zaman perang dahulu.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Aktiviti hujung minggu dengan membersih kebun.
Sebagai orang tua kita wajib membawa anak2 ke muzium agar mereka mengenal dan tidak melupakan sejarah
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta Depok
serius tak pernah lagi ke sana..hehe..menarik nih..
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Wordless Wednesday #25 – Ukur Lilit 19 cm
sejarah menguit kenangan silam
Jom terjah post menarik dari auc dot com ..Tolong Sebarkan! Exora Saya Hilang
Bangunan lama pasti ada sejarah dan ceritanya yang tersendiri.Unik.
Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Exceeding Quota
baca tajuk ingatkan muzium ikan kerapu..
cantik topeng gas tu..hehehe..
semua lokasi camni nak kena tulis dalam buku nota..senang nak terjah bila berkesempatan lalu ke sana..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Entri yang terlalu lucah
haah. sebelum baca entry pelik jugak apabila tengok namanya bank kerapu. Ingatkan tempat orang bela ikan kerapu.hehehe
Jom terjah post menarik dari hatiputera ..1ST Giveaways BudakFelda.com: Blogger Handalan
Terima kasih Kak Jie berkongsi pasal muzium ni. Walaupun ada sikit saja gambar, tapi cukup untuk tarik minat ke sana nanti…insyaAllah =)
p.s-unik betullah nama muzium ni 😀
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta
ada banyak tapi kak jie tak beranilah nak publish..nanti kantoi melanggar peraturan..hakhak
sikit2 tu pancing supaya orang nak ambil tau, kena masuk muzium :p
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hi – Tea Raya
hehe…semuanya pakat nak suruh ingat dalam kepala…haks =)
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Terima Kasih Daddydee & Cik Tom
Tempat menarik dan nama yang unik..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Perancangan Siri Kembara Rakan Bloggger.
terbayangkan ikan yang dimasak tiga rasa…hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Geek Chic – Kuih Google Chrome
sangat sangat bersejarah tu !!.. nice!
Jom terjah post menarik dari muazfaris ..Nurul Syuhada letak jawatan pengacara sepenuh masa TV3
untuk yang meminati sejarah…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tanggal 31 Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh