Gelang Getah Pun Mahal Yob!

Dulu-dulu makcik² – Cik Kiah, Mami Jarum saja heboh sekampung bab gelang sampai ke siku…

Tapi zaman dah berubah…

Lelaki sana sini riuh bergossip bab gelang.  Kita yang makcik² ini nak bergossip bab apa pula?

Apa kata lepas ni pakat² jual gelang getah pula – harga getah dah mahal . Berita terkini yang saya baca, harga getah SMR20 mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara semalam.   Penoreh getah yang  masuk kerja sehari 4 jam pun dapat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

atau…jadikan pakcik kaya tu sebagai mangsa baru downline :lol:

©kujie – tak pakai gelang lepas kes kena ragut dulu tu

32 Replies to “Gelang Getah Pun Mahal Yob!”

  1. mak ayah dan seorang adik lelaki ( part time – dia kerja tetap tetapi shif kerja dia kerja 4 hari, cuti 3 hari ) saya penoreh
    pokok sendiri dan pawah dari orang lain juga

    saya ada kebun getah yang sedang ditanam semula, insayallah 5 tahun lagi, bolehlah menoreh juga 😆

  2. teringat pula betapa susahnya arwah abah membanting tulang menoreh getah tatkala kami kecil lagi ketika itu.. kadang2 arwah abah pun mengeluh bila harga getah murah dan juga bila musim tengkujuh, entry ni memberi inspirasi utk saya mencoret sesuatu pasal getah 😐
    Jom terjah post menarik dari penseldanpen ..Cerita- Pensel 2BMy Profile

  3. Kak Jie yg tak meniaga pun beli gelang getah ni….siap dgn plastik2… sebab selalu bekalkan Intan ke sekolah 😆

    kes ragut gelang getah pula keluar kat suratkhabar 😆

  4. hahaha gelang getah 😛
    eh kakjie pernah kena ragut ke? adess saya nie pesen mmg suka pakai gelang bertingkat2 dua blh tngan..adess..takut pulak
    tp selalunya kalau pakai time keluar dgn en.hubby lah.. :mrgreen:

Comments are closed.