Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

 total lunar eclipse

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh di Planetarium Negara Kuala Lumpur pada 10 Disember 2011.

Gegaran Gempa Bumi 14 Jun Dan Gerhana Bulan Penuh 16 Jun

Orang awam  dijemput untuk memerhatikan fenomena gerhana bulan penuh pada 10hb Disember ini  melalui beberapa teleskop yang akan disediakan. Mereka juga boleh membawa teleskop masing-masing.

Menurut falak-online.net , gerhana bulan penuh ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang dan fasa gerhana penuh pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Kemungkinan waktu ini saya akan berada di Langkawi untuk menghadiri LIMA 2011 , sangat teruja menanti fenomera gerhana bulan penuh ini berlaku.

Rindunya saat bersama - Mengagumi kebesaran Ilahi dari kerdipan bintang yang indah dan berharap pagi lambat menghampiri

Bercerita tentang astronomi asas , tentang buruj-buruj bintang di langit adalah subjek kegemaran anak-anak.  Kalau diminta liskan tempat² menarik yang ingin dilawati, Planetarium Negara sering menduduki carta no #1.

kenangan Ramadan 2009 - berbaring anak beranak mengadap dada langit menghitung bintang

 

Gerhana bulan berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada garis lurus di mana bulan terletak di belakang bumi dan bumi berada di antara matahari dan bulan.

Ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari, Solat Kusuf (gerhana matahari) dan Solat Khusuf (gerhana bulan) sangat-sangat digalakkan kerana hukumnya adalah sunat muakkadah.

Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.

Rakaat pertama

  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir
  10. Salam

abg jgn nanges lak tgok pic anak² ni… sabaq no…

18 Replies to “Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011”

  1. ruginya hari tu, saya tak dapat tengok dan tak tahu langsung. Saya tahu pun waktu gerhana bulan sudah tapi kan saya rasa kalau ada pun, tak dapat tengok juga mungkin, tempat saya tak nampak bulan. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..Minuman tin dicemari virus AIDS?My Profile

Comments are closed.