Isu DNA Babi Kluang Rail Coffee Terkini

Saya pernah menulis mengenai isu berita tentang status halal Kluang Rail Coffee yang menjadi isu hangat kedai kopi blogger dan facebook. Kali ini  saya membuat  susulan maklumat terbaru  isu ini untuk hebahan umum.

Sudah lama tak kedengaran kisah Kluang Rail Coffee yang popular di negara ini. Pada 19 Januari lalu, sampel diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi menganalisa kandungan kopi yang digunakan di premis kopitiam yang terletak di bandar Kluang itu.

Hanya 14 Mac iaitu dua bulan selepas sampel diambil, tersebar di internet salinan analisa Jabatan Kimia yang menyebut terdapat kandungan DNA babi dalam kopi yang dijual.

Berikut adalah laporan laporan yang mudah diperolehi di internet. (Lampiran: Laporan Jabatan Kimia dan Memo Jabatan Agama Islam Johor).

15 hari kemudian, Harian Metro memaparkan mengenainya di muka depan akhbar tabloid itu.

Dalam pada itu, sebagaimana etika kewartawanan yang menitiberatkan keseimbangan pada laporan (impartial reporting), blogger / wartawan Hazrey turut menghubungi pemilik Kluang Rail Coffee dan dinyatakan di blog beliau di sini – Pemilik KLuang Rail Coffe Menjawab

Ia antara lain memetik kenyataan pemilik Kluang Rail Coffee yang sedikit kecewa kerana gagal memperolehi kenyataan rasmi dari pihak berkuasa tentang apa yang disebarkan di internet.

“Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.”

Pagi ini, tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pemilik Kluang Rail Coffee dihadapkan ke mahkamah majistret Kluang dan kes dikemukakan Jabatan Kesihatan.

Mereka didakwa dengan dua pertuduhan iaitu kerana tidak meletakkan label bahawa terdapat kandungan DNA babi pada serbuk kopi 500gram dan Kopi Uncang 20 paket.

Ketiga tiga mereka, Lim Jit Chen, Lim Jit Chiang dan Lim Jit Tong hadir di mahkamah bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan. Ketiga tiga mereka mengaku tidak bersalah.

Berikut adalah kenyataan bersama yang dikeluarkan kepada pihak media dan turut diperolehi kujie2.com:

 

“Kami, Lim Jit Chen, Lim Jit Tong dan Lim Jit Chiang sebagai Pengarah Kluang Rail hari ini didakwa secara bersama di Mahkamah Majistret Kluang kerana gagal melabelkan serbuk kopi kami. Jabatan Kesihatan Johor mendakwa kopi keluaran kami mengandungi DNA babi.

Seperti yang diketahui, kehadiran kami adalah sebagai rakyat yang sentiasa patuh kepada undang-undang, bagi memastikan kami mendapat peluang untuk memperjelaskan kedudukan kami melalui proses undang-undang.

Kami yakin dan percaya melalui proses undang-undang kita, kami mempunyai kes yang kukuh untuk mempertahankan kredibiliti kami, apatah lagi, kami turut melakukan ujian makmal terhadap serbuk kopi kami di makmal yang diakreditasikan oleh Kementerian Kesihatan dan Jakim.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua
rakyat Malaysia terutama semua pelanggan Kluang Rail Coffee, perniagaan kami berteraskan kejujuran dan sentiasa menyediakan yang terbaik kepada mereka.

Kami sentiasa akur dan sedar akan tanggungjawab kami terhadap pelanggan beragama Islam dan kami ingin nyatakan, pada setiap masa, kami sentiasa menggunakan ramuan / bahan yang sudah diberikan status halal oleh pihak berkuasa Negara ini.

Kami TIDAK AKAN sama sekali menyalahgunakan keyakinan serta kepercayaan yang diberikan kepada kami selama 73 tahun.

Kami akan memberikan ulasan lebih terperinci pada satu Sidang Akhbar yang akan diadakan pada Isnin, 23hb Mei 2011.”

Ini bukan kali pertama pemilik Kluang Rail Coffee menunjukkan usaha memperjelaskan kepada masyarakat terhadap kejujuran dan esungguhan
mereka.

Yelah, bak kata orang, berani kerana benar dan setelah berniaga selama 73 tahun, tentu sekali mereka mengutamakan sumber yang digunakan adalah halal dan diiktiraf pihak berwajib negara ini.

Sebelum ini, ketika isu mula timbul di internet, blog Hazrey, turut menyebut:

“It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.

“Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.

“Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pun begitu, atas nasihat Jabatan Agama Islam Johor, mereka melakukan samak pada 31 Mac lalu ke atas semua empat premis milik syarikat itu.

Difahamkan, selama ini pemilik Kluang Rail Coffee menggunakan bahan yang sudah diiktiraf pihak berkuasa negara ini.

(lampiran: Sijil Halal NZ Islamic Processed Food Management Division).

Bagi memperolehi sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), badan Islam di negara asing perlu melalui proses kompeten ketat yang sudah ditetapkan jabatan itu.

Prosedur ketat itu boleh dibaca di sini. (link:  Prosedur Halal Jakim )

Apapun, NZ Islamic Processed Food Management Division sudahpun diperakui Jakim berdasarkan senarai yang diperolehi di sini. (link:  Senarai Syarikt Halal Sehingga April 2011 )

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul pula cerita baru berkaitan dengan isu ini dan tersebar luas di pelbagai blog dan laman sosial.

Satu Memo Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam yang dicop dengan tarikh 19 April 2011 dipaparkan di beberapa blog.

Menggunakan tajuk Butter Daripada New Zealand Dikesan Terdapat DNA Babi, ia menyebut satu jenama terkenal yang mendapat pengiktirafan halal daripada New Zealand dikesan mengandungi DNA babi.

Memo itu bagaimanapun tidak menyebut bahawa apabila pengiktirafan diperolehi oleh badan Islam itu, ia turut menerima pengiktirafan halal oleh Jakim.

Dan terdapat kekhilafan pada memo ini apabila ia bertarikh 18 Mei 2011 namun cop tercatat “Diterima” bertarikh 19 Apr 2011.

Sebagaimana laporan Jabatan Kimia dan memo Jaij yang tersebar luas pada Mac lalu, memo ini juga menimbulkan persoalan, bagaimana ia boleh tersebar luas sedangkan pihak Kluang Rail Coffee tidak mendapat laporan secara rasmi sehingga mereka didakwa di mahkamah hari ini?

Dan sehingga kini, masih tiada lagi sebarang reaksi dari pihak Jakim sejak isu ini diperkatakan pada Mac lalu, yang kini sudah memasuki dua bulan.

Dan ramai yang tertanya, mungkinkah pengeluar ‘butter’ ini akan turut diheret ke mahkamah bersandarkan kepada maklumat dari memo Jabatan Agama Islam Johor yang tersebar luas itu?

Sambil itu, difahamkan, pemilik Kluang Rail Coffee sudahpun menghantar sampel yang sama diambil pihak berkuasa ke makmal bebas bertauliah di Kuala Lumpur yang turut diakreditasikan Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur.

Dan dikhabarkan keputusan analisa itu sangat baik dan dijangka dapat menghilangkan pelbagai keraguan dan kerisauan masyarakat.

—————————————————————————————-

Kes seperti ini sebenarnya bagus untuk kita lihat dari sudut yang lebih besar – kedai mamak, gerai Mak Cik Gemok, restoran Cik Kiah kerana semua kedai makan mendapat sumber yang tidak pernah kita semak statusnya.

Restoran Tomyam Sampai Menjilat Sudu tu guna pes tomyam dari mana?  Ada sijil halalnya?  Pergi check kat dapur dia…. dari Thailand tau!  Saya dah pernah tengok, pes tomyam dalam botol dengan tulisan siam.

check bahan² mentah dalam dapur sendiri

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Assalamualaikum

    Kalau dah banyak penipuan dari pengeluaran makanan oleh orang Kafir,wajib dan eloklah sebagai Jabatan Agama Islam jangan memberi mereka sijil halal.Sebenarnya kita orang islam tidak boleh memakan makanan mereka sebab mereka ni berhadas besar dan kecil,walaupun tak ada babi dan benda2 syubahat.Kalau diberi juga sijil halal,akan mengotorkan dan menggelapkan hati,qalbu,darah dan roh umat islam kita.Kalau segala2 dah kotor dan gelap shalat,doa dan amalan kita Allah tak pandang.

  2. Memang suka masak sendiri dirumah, tapi cuba perati bahan2 mentah yg digunakan utk masak di rumah. adakah benar2 halal.? contohnya yg dlm tin tu kadang2 ada cop halal tp dari negara lain.
    Jom terjah post menarik dari MEKAR ..Terkenang Permainan Dulu-Dulu …My Profile

  3. salam kak, mohon share ur artikel di blog i ye.. thanks a lot!!
    Jom terjah post menarik dari madammondoq ..Dato’ SITI Rasmi Restoran Sekinchan Ikan Bakar KlangMy Profile

  4. aiyoo!!!! Kluang my hometown tu… memang sangat sedap kopi itu..uish..uish…
    Jom terjah post menarik dari madammondoq ..Prize Giving Ceremony Mom’s On FacebookMy Profile

  5. Nasib baiklah saya bukan peminum kopi tegar. Isu disini bukanlan mengenai kopi semata-mata tapi kandungan halal dan haram yang mungkin berlaku untuk barangan makanan yang lain

  6. Saya pon menunggu2 berita dan maklumat dari JAKIM berkenaan isu halal butter golden churn tu, sebabnya kebanyakan biskut raya, dan kek lapis yg sedap dari Sarawak guna butter jenis tu..kalau la betul haram dan ada DNA babi, bukan kopitiam saja yg perlu kita jauhi, pembuat kek dan biskut raya pon kita kena bagitau..kalau tak ramai la org Islam yg makan benda yg sah2 haram..:(
    Jom terjah post menarik dari MamaSeni ..Cepatnya Masa BerlaluMy Profile

  7. mmg bahaya nak cari makanan sekarang…kdg2 ada logo halal…tapi tak tentu produk tu btol2 halal…sebab tu kalo makanan pemilik dia cina patut dijauhi…timbul was-was
    Jom terjah post menarik dari faiz ..Lisa Surihani Nak Kahwin Dengan Orang BahauMy Profile

  8. Salam,
    Saya baru sahaja called Jabatan Agama Islam Kluang dan mereka mengesahkan kandungan Gelatin Babi dan Alcohol dalam Kopi serta Kaya yang digunakan untuk penyediaan makanan mereka.

    Amat mendukacitakan kita sebagai orang Islam mudah-mudah ditipu selama ini. Nasihat saya ada banyak kedai makan milik orang Islam.. jangan nak buta buta makan kat tempat yang tokey dia bukan Islam ..taktik mereka gunakan pekerja Islam dan mengaburi mata pelanggan… semoga Allah menyelamatkan kita dari termakan benda benda haram.. mencari yg halal adalah satu kewajipan.

  9. Apa status kes ni sekarang?
    Jom terjah post menarik dari JBCool ..Ali Baba Karaoke- The Coolest Karaoke in Johor BahruMy Profile

  10. SScanTI
    Jom terjah post menarik dari cenangau ..Takkan 6-532 saja- yang lain sapa simpanMy Profile

  11. kdg2 label guna nama bahasa kita, tp kena cek btl2, sekali ‘ca’ punya daa..cth cam jenama eriza, oppss
    Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Namanya yang disebutMy Profile

  12. nak buat pasal isu halal haram ni dari aritu..tapi duk tertangguh dalam draft..

    anyway.. Malaysia ni negara islam kan? kenape banyak tempat tak halal eh>
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Blogger Power – Project Lynas Needs to Stopped!My Profile

  13. nanti buat kopi macam p.ramlee la kan
    Jom terjah post menarik dari nizam ..Pagi JumaatMy Profile

  14. hmm..kalau teringin minum kopi kena buat macam arwah moyang la camni..kena petik biji kopi, jemur, lagi kena buat apa ntah..mak la cerita..saya tak pernah rasa pengalaman tu..nasib la saya tak minum kopi..tapi kenapa ramai melayu pergi kedai kopi cina tu ek…???

  15. pada saya yang paling penting kalau rasa was-was baik tak yah makan atau minum. cari yang betul-betul diyakini halal, tenteram sikit bila naka makan tu 🙂
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Alpha Lipid Sleep Time telah dilancarkan di Konvensyen Royalti NZ New Image ke 57My Profile

  16. senang cite, kalau memang dah disahkan ada benda yang tak halal terus je lah haramkan.. tak perlu nak kira berapa tahun dah mereka bukak ke ape kan.. yang haram tetap haram..
    Jom terjah post menarik dari Piston Pecah ..Mudah lembut hati- pada kaum-kaum beginiMy Profile

  17. kurang jelas, kiranaya bersih dari DNA babi atau masih dalam kajian sampel.

    kadang2 saya tertanya jugak, camne dgn kualiti pengesahan halal dari jabatan islam dari negara lain. sebab kebanyakan cafe mendapat pengiktirafan halal dari jabatan agama islam luar bukan malaysia.

    contohnya old town white coffee dapat pengiktirafan halal dari jabatan islam dari luar malaysia dulu, tapi skg taktau pulak dah dapat pengesahan halal dari jakim atau tidak
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Belasungkawa buat penulis blog telordibasuh Abdul HakimMy Profile

  18. Kak jie..hari ni saya baru datang sekali..
    Tapi kak jie dah update 2 entri.. 😆

    Kita sebagai pengguna memang kena berhati²..
    Sebab dia bukan tulis terang² kat bahagian ingredient tu ‘gelatin babi’..
    Kalau ada,memang takde orang la yg nak beli..

    Rasanya dulu saya pernah nampak kod bahan² yang mereka kata ada mengandungi lemak babi..Di facebook rasanya

    Sekarang ni tak tahu nak percaya yang mana 1..
    Sebab yg disebarkan di laman sosial tu boleh diragui kebenarannya..
    Mungkin dilakukan oleh musuh² perniagaan..

    Kata² pengarah tu pun boleh diragui jugak..
    Sebab pada pendapat saya,sekarang ni ‘ada duit semua jadi’
    Yang salah pun boleh jadi tak bersalah..
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Review Filem – KongsiMy Profile

  19. sebab itulah sangat wajar kalau kita masak sendiri di rumah.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari tips-kurus ..Exercises That Are a Complete Waste of Your Time-1My Profile

  20. ude baha says:

    Tq, infonya…
    Jom terjah post menarik dari ude baha ..Jangan Engkau LakukanMy Profile

  21. Faaein Talip Roy says:

    lepas ni kena hati2.. macam2 nak kena cek ni..

  22. Saya tak percaya logo halal Jakim 100% kalaupun ia logo tulen. Ambil contoh keju -kebanyakkan keju menggunakan rennet, rennet ialah semacam enzim yang biasannya di ambil dari perut lembu (atau babi). Keju yang diimpot ni biasanya ada logo halal Jakim, tapi kalau check ingredient dia, ada calf rennet (rennet dari anak lembu).
    Saya tak akan beli kerana saya tak percaya mat saleh di negara bukan Islam akan bersusah payah dapatkan rennet dari lembu yang disembelih oleh orang Islam semata-mata nak pastikan ia halal.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Four kinds of great content for your blogMy Profile

  23. Sabahan Bloggers Club says:

    Mungkinkah ada unsur sabotaj?
    Saya pun pernah minum kat sini. Pergi ke sana semata-mata nak cari tempat ni….
    Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..Beginner SEO TipsMy Profile

  24. belum lagi kita check ayam yang dibeli kat pasar² tu..hormon apa digunakan? dedak apa yang diberi..
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Betul Ke Kena Selalu Update Untuk Dapat Buffered EarningsMy Profile

  25. kalau bersalah…hukum yang setimpal…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Vote for Dutch Lady Caramel ToffeeMy Profile

  26. perniagaan Kluang Rail Coffee terjejas teruk sejak isu ini mendapat liputan akhbar..

    outletnya di Plaza Kotaraya JB akan ditutup hujung bulan ini dan akan digantikan dengan Chamek Kopitiam yg dimiliki muslim..

    info ini saya perolehi ketika berbual dgn pemilik Chamek Kopitiam..

    sedih rasanya bila mengenangkan ramai sungguh org islam telah menikmati hidangan di Kluang Rail Coffee nie..
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Filem Terbaik Mei 2011My Profile

  27. macam-maca yang jadi dunia sekarang ni..
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..perempuan sundalMy Profile

  28. Kadang2 yg ada tanda halal jakim pun disalah gunakan. daftar produk lain tapi sijil tu guna pada keseluruhan produk yg dikeluarkan.

    Kalau rasa was2, x payah lah makan. senang cerita.
    Jom terjah post menarik dari wachak ..Menu Untuk Hari IniMy Profile

Trackbacks

  1. Kluang Rail Coffee Halal Ke? | Denaihati says:

    […] label pembungkusan kopi itu.3. Kenyataan tuan punya Kluang Rail Coffee seperti tertulis di entri blog Kak Jie.nuffnang_bid="6678177ccf7fc986978e2cbbd5b09c10";Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, jakim, KLUANG, […]