Pencarian Bermulanya Dengan Tup! Tap! Telah Berakhir.

buku

Pagi-pagi belum sempat mandi, encik Poslaju dah ketuk pintu gate. Bungkusan dari Melaka yang dipos jam 11.40am semalam 10/08/09 selamat sampai. Lajukan…tak sampai 24 jam.

Ingat tak  saya pernah post entri ingin mencari buku Bermulanya Dengan Tup! Tap! ?[ link ] .   Syukur kerana ada blogger bermurah hati mengirimkan buku tersebut untuk dipinjam.

Terimakasih Cik Chokilala Riang kerana percayakan Kak Jie untuk meminjam harta kesayangannya. Kami bukanlah sangat rapat hanya sesekali meninggalkan komen di blog masing-masing tetapi beliau percayakan saya, Itu sangat mengharukan!

Bonus menarik ! kerana dia bukan saja kirimkan satu tetapi 2 buku klasik yang sangat menarik. Buku kedua bertajuk ” Bacakan Saya Cerita!”, terjemahan Hajah Hamsiah Abd Hamid keluaran DBP tahun 1994. Buku ini mengandungi kumpulan cerita mudah peringkat kanak-kanak yang diterbitkan di bawah Program Penerbitan Bersama Asia-Pasifik (PBA) dengan kerjasama Negara-negara Anggota Unesco di Asia dan Pasifik.

Ada cerita dari Papua New Guine ( Mangga Ajaib ) , Myanmar ( Cik Nuri Shwe Gae ) , Mongolia ( Yaganduran dengan Kuda Merah Jambunya ), China ( Beruang Malas Membeli Tembikai ) .

Nak tahu lebih lanjut, kenalah cari buku klasik ini sendiri ye…
taman
Along di asrama, Angah bertugas Pusat Sumber balik 4.30 petang, Intan balik 6.00 petang…. tinggal keseorangan,  saya bacakan cerita untuk anak-anak ikan saja lah….nanti UPSR straight A! Ha ha…

Belum sempat mukasurat 3, saya yang terlelap dibelai angin sepoi-sepoi tak reti bahasa!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Pencarian Bermulanya Dengan Tup! Tap! Telah Berakhir.”

  1. kali pertama buka blog ni .. sebab nak search citer kanak untuk anak .. best..ah dengar anyway.. tajuk buku kat atas tu memang tak pernag dengar.. 🙂

  2. lawa rumah kakjie,penuh dgn pokok 😛
    .-= blowie´s last blog ..Selesema BABI H1N1 Membabi di Kuala Lumpur =-.

  3. Salam Kak Jie….. Lama tak jenguk blog Kak Jie. Jomlah jenguk aktiviti terkini merakemas…..

  4. akhirnya dapat juga kak jie buku tersebut. saya pun belum pegi rumah orang tua saya untuk mencari buku tersebut.

    seronok tengok ruang santai kat dalam gambar tu. he3.
    .-= megat´s last blog ..Prototaip Tema Baru, Separuh Perjalanan Untuk Siap Sepenuhnya =-.

  5. teringin lah nak lepak tang tu.. pastu interview ikan2 tu paham ker tak cerita2 tu 😀 pastu bawak IRIS ronda2 kat taman tu…
    urmmm tunggu jemputan ni 😳 :mrgreen:

  6. bestnya tengok pintu rumah terbuka luas, angin sepoi-sepoi bahasa, terlena pula. tapikan kat bandar macam ni tak dapat nak stay seorang diri di rumah dengan pintu terbuka macam tu, faham-faham je lahkan, tak pasal2 tetamu tak diundang ada dalam rumah.
    .-= zany´s last blog ..Boleh Hidupkan Tanpa………………… =-.

    1. @zany, ooo..tu buka menghala ke pintu utama…tu sliding door kt sisi tepi rumah…terus ke taman..tempat lepak tu….kadang2 sarapan pun usung periuk makan kat situ…adik beradik kalau dtg..dia org bukan nk mkn kat dapur…mesti nak bentang tikar kt situ….sambil bersantai

      pintu depan, gate utama dah kunci…kawasan belah taman tu level dia lebih tinggi dari jalan, jadi orang tak nampak pun kita duduk2 baring kt situ… :mrgreen:

  7. Pingback: negaraku.net
  8. sumpah yonna lg tatau buku apa yang mama ckp kan ni hahha.

    but the best part,izah (chokilala) percaya dan bagi pinjam buku tu kt mama 🙂 sedangkan takde serapat mana kan? err naluri dia kuat percaya mama tu 😆
    .-= yonna´s last blog ..Y530 : Setem Pagi dan Petang =-.

    1. @yonna, mana tau la…….awak hanya nampak novel cinta sajork! 😆

      Itulah…bukan senang tau… kena jaga elok2 perhubungan dan kepercayaan ni..mama nak scan buku ni. :mrgreen:

  9. Ada lagi ke buku ni di pasaran.. sejujurnya memang tak pernah dengar tajuk-tajuk ni walau hampir setiap bulan saya ke kedai buku.
    .-= nuaeman´s last blog ..Apakah Mereka Mengerti? =-.

  10. Pingback: pligg.com

Comments are closed.