Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas Sekolah, 5 Kereta Dan 2 Motorsikal Di AU3 Keramat

gambar kemalangan bas sekolah au3 keramat

Awal pagi ini , saya menerima 4 keping gambar kemalangan bas sekolah yang menyebabkan kematian sepasang suami isteri dari BBM Group Ondscene.

Saya update secara ringkas di ondscene.my memandangkan En. Sham masih ditempat kejadian dan perlu mengemaskini berita untuk Buletin 1.30  TV3.    Malangnya kira-kira jam 2 petang ini, blog ondscene.my tidak dapat diakses kerana account blog telah disuspended oleh pihak server dengan alasan kebanjiran pelawat yang melampau ( server overload )

Atas sebab itu, saya upload semula entri tersebut di blog ini.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi di Jalan 15/56, AU3 Keramat membabitkan 2 buah bas sekolah , 5 kereta dan 2 motorsikal sehingga menyebabkan sepasang suami isteri maut dan 2 mangsa lagi parah.

( Saya telah remove gambar yang mengandungi jenazah untuk menghormati keluarga mangsa )

 

gambar kemalangan bas sekolah au3 keramat

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hafeeze Mohd Hanafi, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, yang hamil tujuh bulan.

kemalangan bas sekolah au3 keramat

Kegagalan sistem break dipercayai menjadi punga pemandu bas tidak dapat mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah ke dua.

kemalangan 1 ogos au3 keramat bas sekolah

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga roh keduanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman… Takziah untuk keluarga . Semoga keluarga keduanya lebih tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadan ini.

tempat kejadian kemalangan bas sekolah au3

Gambar lokasi kejadian kemalangan tersebut di AU3 , Keramat ikhsan dari member group bbm – En Zul Itis

 

Sepupu saya pernah terlibat di dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan – Segamat, Muadzam Shah di bulan Ramadan tahun 2008 yang meragut 3 dari 4 orang anak mereka sekali gus. Entri di Perjalananku Terhenti Di Lebuh Raya Ini

Al- Fatihah untuk mereka

@kujie – doakan juga blog ondscene kembali pulih

Edit : Ondscene.my dah pulih – Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta dan 2 Motosikal

44 Replies to “Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas Sekolah, 5 Kereta Dan 2 Motorsikal Di AU3 Keramat”

  1. AL FATIHAH UNTUK MEREKA
    HARAP HARAP MEREKA DILETAKKAN DI KALANGAN ORG2 YG BERIMAN
    TP SY KECIAN SBB NK MNNT KELAHIRAN CHY MT YG BR X KSMPAIN
    KCIAN ANK DIORANG YG BRUMUR 2 THN
    KCK2 DH JD ANAK YTM PIATU

  2. al-fatihah untuk arwah mohd hafeeze bin mohd hanafi dan isteri.sy rkn arwah hafeeze ms form 6 di smkmm p.pekan kelantan rs tdk prcy & trkjt mdgr brita ini….semoga rohnya & isteri ditempatkan dlam klngn org beriman..Amin

  3. Saya dengar anak arwah Adik Mohd Hanif ada datang semasa kejadian betul ker?
    Boleh tolong cerita apa yang berlaku masa tu…sedih sangat tengok wajah anak kecil yg dah yatim piatu…

  4. dah lama jln nie tak berdarah….dulu sblm ada trafik light lg arrr…. teringat kat kwn lama(arwah)..di simpang yg sama..apa-apa pun takziah dan al-fatihah…

  5. AL-FATIHAH kpda arwah…takziah kpda kluarga arwah…tpi maaf ckp la mmg kbnyakkan bas smada bas skola or bas awam yg lain mmg kelam kabut…buktinye kt tmpt sya ni dh trang2 kol 12.50tghri pai kul 1.30tghri jln dpn skola rendah tu one way…tpi bas yg amik bdk2 skola mnengah still lalu kt ctu dn wt jdi 2 way…bhya kt plajar2…dowg x rsa bslh pn…stiap hari plak tu…

  6. dekat je kejadian ni dr rumah saye.. tp mase kuar gi keje kul 8 tadi tak perasan pulak sbb tk lalu jalan yang terlibat.. Al- Fatihah buat mangsa2..
    Jom terjah post menarik dari nadinezuharra ..:: SedetikMy Profile

  7. Salam Kak Kujie..

    Firstly nak bagitahu, sebenarnya bukan kegagalan sistem brek. Sebab kejadian ni berlaku betul2 depan mata rara (simpang depan rumah). masa nak keluar simpang tu, rara tengok bas tu berhenti tepi jalan (mungkin ambil budak sekolah). Lepastu rara keluar dari simpang. Tiba-tiba bas tu betul-betul belakang kereta rara dan dia horn banyak kali, rara elak ketepi sikit. lepas tu driver bas macam tak reti sabar dan dia terus ikut lorong bertentangan sambil horn banyak kali. tiba-tiba ada kereta dari arah bertentangan dan bas tu mula gelabah, dia masuk balik lorong sepatutnya dan redah semua kereta dan motor.

    1. Salam rara,

      ini cerita 1st hand sangat berharga. Saya harap rara pergi ke balai polis dan ceritakan sendiri apa yg sebenarnya berlaku kalau rara belum cerita pada polis. Kalau sudah, alhamdulillah, tanggungjawab selesai. Sekurang2nya boleh membantu polis menjalankan siasatan dan jatuhkan hukuman pada mereka yg bersalah.
      Jom terjah post menarik dari mrkay ..Kejayaan tidak datang pada percubaan pertamaMy Profile

      1. Tak tahu balai mana yang diorang refer untuk buat report (kalau ada yang report lah). Macamana ye?

        1. setiap mukim/kawasan ada 1 balai polis trafik utk report kemalangan. Cuba tanya2 org sekeliling kat mana balai trafik yg berdekatan. Kalau tak jumpa juga, situ kan dkt dgn balai polis hulu kelang (kalau tak silap) kan? yg dkt dgn Texas Instrument tu. Cuba pegi situ dan tanya.
          Jom terjah post menarik dari mrkay ..Pengertian yang salah tentang programmingMy Profile

    2. Rara,

      Kak Jie tak boleh keluarkan entri selain yang disahkan oleh pihak polis kerana kes ini dalam siasatan polis. apa saja yang kita cakap adalah bukti yang boleh dijadikan bahan bukti. Kak Jie harap Rara boleh ke balai polis dan menjadi saksi kes ini supaya keadilan dapat ditegakkan.

      Polis bukannya berada di tempat kejadian, sebab itulah saksi sangat diperlukan untuk membantu siasatan.

      Ramai blogger bercerita itu ini begitu begini tetapi tidak cuba membetulkan keadaan dengan pergi ke balai polis dan membantu siasatan.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Blogger Pun Boleh Mencarum Di KWSPMy Profile

    3. Dari keterangan jika membuat laporan polis, akan memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku ketika kejadian.

      Namun, dari catatan ringkas anda ini, saya rasa bukan pemandu itu sengaja dengan melulunya untuk masuk ke laluan bertentangan, kerana mungkin ketika itulah kegagalan brek berlaku, menyebabkan dia terpaksa memasuki mana-mana ruang kosong dari merempuh onjek di hadapannya.

      Ditambah pula dengan hon yang beralu-talu , untuk memberi amaran kepada mereka di hadapannya bahawa dia sedang menghadapi masalah. dan dia terpaksa masuk semula ke laluannya kerana untk mengelak dari bertembung dgn kenderaan yg mendatang.

      Ye benar, sesiapapun akan gelabah jika berlaku keadaan seperti itu, apatah lagi jika memandu kenderaan berat seperti lori atau bas kerana dia sudah tahu, situasinya ketika itu akan mengundah padah yang amat besar samada kepada dirinya dan oranglain.

      Dan ingat, ini laluan menurun bukit menyebabkan pemandunya sudah pasti tdk dapat berbuat apa-apa selain dari cuba mengawal bas dipandunya.

      Tiada pemandu waras akan melakukan tindakan sama sepertinya jika tidak kerana menghadapi masalah semasa memandu dan suka-suka hati redah objek di hadapannya.

      Kegagalan sistem brek boleh berlaku bila-bila masa dalam hanya beberapa saat ketika memandu. Bagaimanapun, bas tersebut akan dilakukan pemeriksaan oleh Puspakom bagi mencari punca sebenar apa-apa kesilapan kepada mekanikal bas terbabit.

      Sila buat laporan di balai trafik Jalan bandar untuk memberikan gambaran sebenar akan kejadian, tetapi bukan memberikan laporan berdasarkan apa yang anda fikirkan ketika kejadian. Ini kerana ia tidak akan mengubah fakta sebenar sebenar.
      Jom terjah post menarik dari ondscene ..Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta Dan 2 MotorsikalMy Profile

        1. salam sdr sulaiman

          ye betul, itu fikiran saya. tetapi sila baca perenggan akhir saya:
          Sila buat laporan di balai trafik Jalan bandar untuk memberikan gambaran sebenar akan kejadian, tetapi bukan memberikan laporan berdasarkan apa yang anda fikirkan ketika kejadian.

          Apa yang saya sudahkan utk ruangan komen itu ialah untuk membuat laporan polis sebagai saksi kejadian. Sesiapapun boleh memberikan komen, ulasan berdasarkan fikiran mereka.
          Tetapi utk laporan sebagai saksi, ia berbeza dgn apa dalam fikiran , kerana saksi akan menerangkan apa yang dilihat, bukan sebaliknya.

          Harap saudara faham tujuan saya menerangkan di dalam ruangan itu.

          Sebab itu, keperluan sebagai saksi sangat penting dalam sesuatu kes utk mendapat gambaran sebenar akan bagaimana kejadian berlaku.

          Dari keterangan saksi, bukti dan kerosakan mekanikal yg ditemui, ia berkait pula dengan keadaan pemandu. Ujian alkohol dan pengaruh dadah juga akan dilakukan ke atas mereka.

          Di dalam mahkamah kelak, saksi mungkin akan ditanya pula oleh peguam, soalan-soalan seperti:

          Mengapa kamu katakan ia bukan sebab kerosakan brek, adakah kamu lakukan ujian ?
          Mengapa kamu katakan anak guam saya gelabah – adakah kamu nampak anak guam saya dlm keadaan gelabah.
          Jadi, semua perkara ini akan disoal kelak, berpandukan dari laporan saksi kepada polis jika perkara itu diletakkan dalam laporan.

          Bagaimanapun rara, anda seorang warga yang bertanggung jawab bila tampil memberikan laporan sebagai saksi itu demi untuk keadilan.

          Salam hormat

          1. Salam, terimakasih, sebenarnya ramai juga mereka yang melihat kejadian tersebut secara langsung dan di minta supaya semua saksi-saksi tersebut memberikan hak kepada yang telah terlibat. Ramai juga yg telah mengambil gambar2 ditempat kejadian, juga diharapkan agar gambar2 yg mengaibkan mangsa tidak disiarkan untuk menjaga perasaan dan kehormatan keluarga mereka.

          2. sgt stuju dgn anda.. sy selaku slh seorng teman arwah, anggap ini smua takdir..arwah seorng yg baik hati…tambahan pula beliau ‘pergi’ dalam bulan yg mulia ,sedang mgandung, tambahan otw mncari rezki yg halal…Moga bahagia mereka di ‘sana’…insyaAllah…amin

      1. salam kujie..
        anak saya salah sorang yg berada dlm bas yg dihadapan, syukur dia tak cedera. Sedih bila anak saya cerita yg dia tgk arwah Idayu cuba bangun masa lepas kemalangan tu. Al fatihah utk arwah Idayu dan suaminya dan salam takziah utk keluarga mereka
        Jom terjah post menarik dari normi ..Lawatan berilmiah di Taman Tasik Perdana.My Profile

        1. salam,kak..arwah idayu merupakan kwn lama sy…sama2 blajar d smk tmn stiawangsa..mmg sedih dgr berita ni…sy ada dmaklumkan yg arwah mmg ada bgun afta dlanggar..dia mntak tlg dgn sesorng ..dia bgtahu nama dia Ayu n dia tgh pregnant…dia bgtau perut dia sakit sgt…pilu betul hati sy dgr cerita ni, kak… mmg ada plan nak jumpa dia sblm ni…tp dsebabkn sy mnetap d johor,slalu la postpone…nampaknya x ada rezki sy utk jumpa arwah.. :,( apa pun sama2 r kta sedekahkn Al fatihah..

      1. sy yang tak mengandung ni pun tapi bersama isteri sepanjang masa dari awal kehamilan sampai kelahiran dan sampai la sekarang ni anak2 membesar depan mata pun rasa sedih atas kejadian yang menimpa..terutama anak dalam kandungan tu..semoga mereka ditempatkan dalam Syurga Allah..
        Jom terjah post menarik dari pipoq ..Rakyat Malaysia terkaya di dunia ?My Profile

Comments are closed.