Tarikh Bayaran Bantuan Sekolah RM100  15-1-2014
Isu Semasa

Tarikh Bayaran Bantuan Sekolah RM100 15-1-2014

Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014, bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan pada tahun 2014.

bantuan persekolahan rm 100

Merujuk kepada pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia , tarikh bayaran bantuan RM 100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah akan dibuat pada 15 Januari 2014  ( Rabu) secara berperingkat.

Berperingkat-peringkat …setiap sekolah mungkin berbeza.

Syarat mendapatkan bantuan persekolahan RM 100

  • Murid warganegara Malaysia
  • Bagi murid bukan warganegara Malaysia, salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegera Malaysia.
  • Bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
  • Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 pada tahun 2014

Reseki Intanlah…. bolehlah belanja mama  ice cream kon vanilla kat McD!

menerima

Selalunya setiap awal tahun saya akan jumpa guru kelas anak-anak dan secara formalnya akan cakap ” saya serahkan anak saya untuk cikgu ajar..kalau perlu ditegur, cikgu tegur, kalau perlu dirotan , cikgu rotanlah..”

Saya masih konservatif dalam bab adap guru dan anak murid dan saya nak ilmu yang diberkati untuk anak-anak saya.

bantuan anak sekolah rm 100Edit : 15/1/2014

Nota :  Sekolah Intan dapat duit bantuan anak sekolah RM 100 pada hari Isnin 20/1/2014

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Tarikh Bayaran Bantuan Sekolah RM100 15-1-2014

    1. intan skjc – memang normal kena rotan…cikgu siap panggil bagi penerangan khas utk ibubapa bukan cina – penerangan mengenai sebab dirotan.

      murid kena rotan krn 3 sebab
      tak bawa buku
      tak siap homework
      tak lulus

      ketiga2 sebab tu mengenai mata pelajaran bukan disebabkan disiplin.

      kak jie dah biasa nampak dia tunjukkan tapak tangan berbirat… kena tambah dgn kak jie lagi ada…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tarikh Bayaran Bantuan Sekolah RM100 15-1-2014My Profile

Comments are closed.