Tarikh Mengundi PRU 13 Hari Ahad 5 Mei 2013
Isu Semasa

Tarikh Mengundi PRU 13 Hari Ahad 5 Mei 2013

edit 6/5/2013 – Keputusan Rasmi PRU13 – klik – Keputusan Terkini PRU13

gambar dari sinarharian
gambar dari sinarharian

Tadi tengok live streaming yang tersangkut-sangkut , berdebar dan teruja menanti seperti pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nak umumkan tarikh hari raya seperti zaman 80’an yang tiada capaian internet.   Sekarang nak umum tarikh puasa dan raya tak sedebar zaman dulu.  Masing-masing melekap telinga ke radio dengan debarnya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan tarikh mengundi  pada Pilihan Raya Umum ke 13 ( PRU13 )  hari Ahad 5 Mei 2013.  ( PRU12  pada 8 Mac 2008 ) .  Kalau hari mengundi pada hari Ahad, negeri-negeri yang Ahad adalah hari bekerja  dapat cuti umum la kot…. ( Kedah, Kelantan dan Terengganu ).  Kena tunggu pengumuman rasmi.

EDIT 17/4/2013 – Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan 5 Mei 2013 sebagai cuti peristiwa sempena Pilihanraya Umum Ke-13.

EDIT 24/4/2013 – Kerajaan Kedah dan Terengganu hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-13.

Tarikh penamaan calon adalah pada 20 April 2013 (dua hari selepas hari ulang tua)

Saya mengundi di P92 – Sabak Bernam dan N01 Sungai Air Tawar. Masa ni semua adik beradik balik untuk mengundi.  Kalau boleh, buat semakan awal Daftar Pemilih untuk mengetahui kawasan pengundian yang didaftarkan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-

  • Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
  • Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
  • Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
  • Telah memperoleh kerakyatan asing.

Kecuali di Sarawak, kita akan mengundi dua perwakilan iaitu ( negeri Sarawak mengadakan pilihan raya berasingan bagi memilih ahli dewan undangannya.)

  • Parlimen – memilih wakil ke Dewan Rakyat
  • Dewan Undangan Negeri ( DUN) -wakil yang dipilih dalam kawasan pilihan raya negeri ke Dewan Undangan Negeri

Terdapat 2 jenis kertas undi dan dua kotak undi. Jangan tersilap kotak.

©kujie – Dah SMS suami untuk hebahan awal, maklum dia bekerja di luar daerah, perlu tarikh mengundi untuk menyusun dan merancang  jadual bercuti.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Tarikh Mengundi PRU 13 Hari Ahad 5 Mei 2013

Comments are closed.