Unsubscribe Package Astro

Salam lewat hari Selasa. Macam lemau je nak upate blog kan kalau banyak sangat bertwitter. Macam segalanya dah upadate kat sana.

Sebenarnya  saya nak tukar package Astro lama dulu sejak Datuk Sri Rais Yatim kata, notis kenaikan harga langganan  Pakej Astro Naik Harga Tak Sah  kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu .

Ding dong ding dong tembak sana sini macam selalu tapi kita pengguna tak pernah menang . Macam gajah sama gajah bersidang media, kita tersepit dapat surat cinta juga dari ASTRO.

Dari bertangguh-tangguh berbulan² nak unsubscribe beberapa package yang ditimbang didarab bahagi perlu dipotong, saya masuk laman web astro.com.my.

Saya tak boleh telefon nombor hotline 1-300-82-3838 kerana akaun atas nama suami. Saya pernah telefon tetapi dia minta suami yang telefon sendiri. Tunggu setahun lagilah….

Saya hantar email melalui Customer Service , isikan nombor telefon rumah sebagai contact nombor. Sejam kemudian saya dapat panggilan dari Astro.

Package saya HD ( ada kontrak setahun ), 2 MINI, SPORT dan MOVIE. Saya bercadang untuk unsubscribe package MOVIE. Alang² dah buat pengubahan package, saya tukar terus ke PACKAGE MINI = 1 Mini + Sport. Saya unscubscribe 1 mini ( Fun ) dan Movie.

Intan balik sekolah tadi dah menjerit² dia sebab tak boleh tengok Phineas And Ferb atau High School Muzical yang diulang patploh juta kali.  Saya dah bincang dengan dia lama dulu. UMur 12 tahun dah jadi dewasa tak boleh tengok kartun lagi.

Movie saya subscribe masa Along melepak rumah tunggu SPM. Sekarang tinggal saya berdua dengan Intan, rasa tak berbaloi untuk bayar mahal² tapi tak tengok secara maksimum. Rasa membazir walaupun masih dalam kemampuan.

Tak sampai setengah jam – channel tersebut terus hilang dari muka TV.  Cepatkan!  Kalau kita mohon untuk subscribe, dia cakap akan ambil masa 24jam tapi bila nak unsubscribe, kejap je prosesnya.

 

Nota :  Hari ini pertama kali dapat dengar suara Nemo…cutenya!  Baca di  forum luar negara, kura-kura jantan dan betina boleh dibezakan dengan bunyi yang dikeluarkan.  Ehhh…tapi masih tak pasti suara Nemo tu suara jantan ke suara awek. :lol:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Kak package HD ada kontrak setahun tu maksudnya apa?

  2. PenggunaAstro says:

    Ni citer lama kot.. hehe.. skrng ni x payah call pun nak subscribe channel.. masuk channel 212 kot pastu ikut arahan SMS dia, SMS dan akan dapat on the spot after dapat SMS confirmation yg x sampai 2 minit pun. Mmg pantas nak subscribe.. tapi nk unsubscribe tu tgh cari ni.. x jumpa lagi kat pakcik google nih.. huhuhuhuii hak ptuiihh!…. sorry terikut cara Nabil.. hehe

  3. MohdDydy says:

    mcm tu rupanya 10 4 info 🙂

  4. SAya nak potong kasi buang terus astro ……
    procedure dia memang perlu tulis surat ker???
    anyone d sini yang dapat tolong saya…coz bayar jer n takda masa mau tengok….

  5. kak jie, sya selalu col astro yg atas akaun suami saya. ok jer. tak de masalah kalu org lain yg col 😕
    Jom terjah post menarik dari Mekar ..Gadjet MemBERSIH Rumah – Spin-Dry MopMy Profile

  6. Bila agaknya Astro akan naikkan cajnya ye?
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Prestasi Alexa Rank terkiniMy Profile

  7. guna internet pun dia kena control ok… mgkn anak orang lain tak sama dgn dia – ada sebablah channel kartun astro dipotong… 😉
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Buat Cekodok Pisang – Terimakasih MatLuthfiMy Profile

  8. saya rasa sampai tua pun saya akan layan tengok kartun..kesian intan..baru 12 tahun.hehe..tapi takpe..tv free pun kan dah ada banyak kartun :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari aizuddin ..Assignment Praktikal Paling MencabarMy Profile

  9. luahan perasaan dari hati yang lara… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Astro: Lawak Minggu Ini. Perlukah Kita Boikot?My Profile

  10. reezluv says:

    semua pakej telah dilanggan…apa yang dapat dirumuskan adalah pakej Astro..90% cerita adalah ulang-ulangan…so kali ini amek pakej famili je..

  11. mak pun unsubscribe je rasanya astro tu! Menyakit ati sbb asyik2 anik x pernah turun2 pun!

    Errr..tp cik abg dok merayu2 jgn potong sbb nk tgk sukan. Hahahaha..tgk lah nnt mcmana

  12. Saya pun sama macam kak jie.Rasa nak unsubscribed je langganan Astro,yang pertamanya saya dan ister pagi keluar rumah,malam baru balik,itupun terus tidur.Bila nak tengok astronya.

    Yang kedua rancangan astro ni asyik berulang-ulang je.
    Jom terjah post menarik dari InfoBuahPinggang ..3 fakta tekanan darah tinggi yang mesti dibaca.My Profile

  13. diorang dah atasi iaitu dengan beyond.so kena la tambah lagi bayarannya.alahai… 👿
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Page Rank dah update!My Profile

  14. kita tunggu je apa kata kementerian.kalau takde tindakan susulan memang aku taknak bayar astro ni… 😈
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Review Terkumpul Untuk Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  15. arini baru je dapat bil astro.bil lama RM 49.90.sekarang RM 73.05.alahai astro.berapa banyak ko untung dengan semua ni?tamaknya ko… 👿
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Page Rank dah update!My Profile

  16. lum tukar lagi.. huhu, jadi jugak dorang naikkan ek.. huhu..

    nemo bunyi cmne kak jie? leh explain tak, sbb tak penah dgr spesis ni berbunyi..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Bagus Ke BERSIH?My Profile