Weblog Popular 1Malaysia – Udang Geragau

Semalam hujan lebat, guruh dan petir berdentum sejak jam 4 petang. Cuaca yang sesuai untuk ‘buat taik mata patlima kilo’ tapi sebagai surirumah Domestic Engineer , saya ada praktikal di dapur bersama senduk dan kuali.

Talian streamyx yang manja terus merajuk macam anak kecil tak dapat jajan di pasar Ramadan. Talian semput macam siput puasa 24 jam!

Bila dapat peluang, tiada tempat lain yang saya preview selain dari blog ‘Hidup Biar Sedap’ ini selain memeriksa kotak emel. Ada yang berkirim pesanan bertanya tentang hosting, mengkhabarkan tentang perpindahan alamat url ( terimakasih umi – masih ingat Auntie Jie , terharu kerana masih diingati) juga memberitahu beberapa khabar gembira.

Emel kedua dari Kak Long yang mencalonkan saya dalam contest Weblog Popular 1Malaysia .  Terimakasih Kak Long atas penghargaan tersebut.

Ini adalah pencalonan ke-3 , antara mereka yang bermurah hati menyumbang satu entri dengan mencalonkan saya adalah :

  1. jentayutiara.blogspot.com
  2. adam-harith.blogspot.com
  3. mawarmerah2008.wordpress.com


Bila free saya reply emel Kak Long ye…sekarang bulan puasa, jadual saya agak ketat. Setiap pagi ada tadarus di surau sehingga jam 11.30 pagi.  Saya online baca beberapa berita terkini, jengok blog kawan-kawan, lepas  Zohor saya tidur sekejap.   Balik terawih pun dah 10.30 malam, kadang-kadang online sekejap mengintai dari tirai kamar.

Selain dari itu, saya menerima emel dari Editor Utusan Pengguna berkenaan entri saya  hangatnya udang geragau di bawah langit biru. Beliau berhayat ingin menerbitkan  kisah tersebut di akhbar Utusan Pengguna.

utusan pengguna

Pertama sekali, saya ingin beritahu bahawa post tersebut telah dikreditkan ke blog http://www.bluehikari.com/nikki/ dan entri lengkap mengenai udang geragau tersebut boleh didapati dibluehikari.com/nikki

Saya berharap saudara Azizi dapat menghubungi sendiri saudara Rudy melalui blog beliau.

©Kujie – dalam minggu ni dah 2 kali buat cucur udang tapi bukan udang geragau …… tak sanggup nak telan!

41 Replies to “Weblog Popular 1Malaysia – Udang Geragau”

    1. @HuRuL_AiNi, apa maksud domestic engineer tu ye? :mrgreen:
      .-= baloot´s last blog ..Quote Of The Month – September 2009 =-.

  1. udang gergau di gunakan oleh Nasi Lemak Lido Klang, sedap gila. Kalau mai klang mesti pekena
    .-= haritz´s last blog ..Kursus Crystal Report =-.

  2. Memang streamyx selalu huru-hara sekarang.
    Broadband ada pun, dua kali lima, lima kali dua aje.
    Cucur udang yang dibuat sendiri lebih menyelerakan.
    Email tu boleh dijawab bila ada kelapangan.
    Take your time..
    Memang bulan puasa ni, jadual agak ketat.
    Nasib baik Kak Long sedang bercuti, adalah sedikit masa boleh main ‘cak-cak’ sikit.. 😀 😀
    .-= Kak Long´s last blog ..Penamaan Calon Weblog Popular 1Malaysia =-.

    1. @Kak Long, terimakasih kerana memahami kak long…saya nak juga luangkan masa membalas komen kawan2…rasa tak besttttttt je kalau kedatangan tak disambut.

      Selasa dah mula sekolah…akhir tahun dan semakin dekat dengan musim peperiksaan.

  3. adeh lupa pula nak calonkan kak jie. sy sebenarnya tak faham apa kriteria yang denaihati nak sebenarnya hu3. nanti sy siasat balik he3.

    oh ingatkan kak jie menerajui bidang ternak udang geragau he3. tapi menyengat juga keyword udang geragau ya?

    1. @megat, erk… sebenarnya susah untuk menang sebab perlukan 100 pencalonan , tetapi kak jie terharu kerana masih ada yang sudi calonkan kak jie walaupun utk mencapai 100 pencalonan bukanlah senang…dan memang ramai yang tidak faham beberapa syarat yang disediakan.

      menang tak menang… itu soal nombor 2

    1. @kruel74, Tak dpt pergilah…. nak campak mana suami dan anak2…eerk..dengan mak mertua sekali. 😆

      Wah..selamat bergolek dengan ayam ye 😆

  4. 😯 besarkan mata gua utk lihat text yg berformat images tu .. 😮
    .-= eldy´s last blog ..Jam blogspot : Bunkface =-.

  5. akak ada gak makan cucur udang, kita belum ada kesempatan nak pergi pasar cari udang… bulan pose tahun nih, macam sibuk sanagt tau… jalan raya sibuk, bazar sibuk, orang sibuk…
    .-= shay´s last blog ..DALAM KESEJUKKAN… =-.

    1. @shay, Kak Jie p pasar hari sabtu kat Batang Kali..beli udang mmg buar cucur udang, anak2 suka..letak bawang besar, daun sup, daun bawang…perhhhh……… balik terawih itu dulu yang dicari 😆

  6. nampaknya pakar udang geragau lak kak jie lepas ni… 😆

    tapi baloot rasa macam tak penah makan lagi udang ni. atau mungkin kat kelantan udang ni ada nama lain kot. hehe.

    anyway, selamat berpuasa kepada kak jie dari baloot. 😀
    .-= baloot´s last blog ..Tutorial Asas Adobe Photoshop – Belajar Adobe Photoshop Toolbox (Part 3) =-.

    1. @maza, he he he…. dengki utk benda2 yg baik tak pa..

      tapi itulah….hantarlah hamper raya kat Kak Long ke, Tie ke…kot2 nnt dia orang akan buat pencalonan 😆

      1. @Kujie,
        uiks! tu rahsuah.. kata SPRM, haram! haram! haram… karang kena campak dari Bangunan Tinggi Massalam .. payah gak lah .. huhuhuhu

        hehehhehe

  7. Aslam Kak Jie,sya dh baca entri tu,sepatutnya di hebahkan je satu Malaysia dgan menggunakan apa2 media skalipun,dah melampau sangat pengusaha udang geragau ni.tak memahami sensitiviti pengguna-pengguna beragama Islam.Mgkin ramai lg yg x tahu
    .-= mohdhanif´s last blog ..Usahawan Bermusim Bulan Ramadhan =-.

    1. @mohdhanif, Sebenarnya kita perlu peka dengan menjadi pengusaha Muslim / memilih produk Muslim. Sebagai seorang Muslim, kita ada pilihan untuk mendapatkan yang diyakini atau ‘sebat’ je mana ada. Kita diberi pilihan, bukan menerima kerana terpaksa.
      Dalam kes ini, pada si apek, tiada dalam kamus hidupnya istilah ‘suci dan bersih’, yang dia tahu, sebelum masak basuh jadi bersih … Sebab itulah kita perlu sokong produk Muslim.
      .-= samdaddycool´s last blog ..Muhasabah Trading =-.

    2. @mohdhanif, tugas kitalah yang menghebahkan..sesuatu hal yang berfaedah untuk semua orang sepatutnya kita kena sebarkan..jangan sibuk tentang dunia artis saja 😆

    1. @yonna, itulah..cara baca akhbar dgn baca blog berbeza…kat blog rujukan yang kita buat dengan ‘link’ tetapi ramai yang tidak faham fungsi ‘link’ sebagai rujukan tambahan.

      erk….hari ni gambar Along ade keluar kat surat khabar Sinar Harian…riuh mcm murai 😆

  8. kalau kat melaka, tepi umah arin nih..kalau musim geragau..selang 10 tapak kaki, org niaga udang geragau,sedappp..buat cucur..
    .-= arin´s last blog ..Kuih Raya-Kellogs Honey Cornflakes =-.

Comments are closed.