Kad Ucapan Hari Ibu DIY
Live Blogging

Kad Ucapan Hari Ibu DIY

kad ucapan hari ibu

Ini lukisan Intan waktu dia  4 tahun, belum sekolah.

Kad ucapan hari ibu DIY.   Tengok bulu mata tu…   lentik macam insang ikan, kalah Rozita Che Wan. Kisah bulu mata insang ikan, klik sini Seloka Aidiladha.

Lagi power, saya  digambarkan  ada banyak tangan  atau dalam bahasa berprofil tinggi – multitasking.  nasib baik dia tak lukis banyak mulut.

Dear good mom ! Happy Mother’s Day…you are so special…

# ada banyak isu halal haram sambut hari ibu – kalau baca dalam internet ramai sungguh yang memberi hukum. Kalau isu poco², mufti boleh keluarkan garis panduan, rasanya kekeliruan masyarakat seperti ini juga perlu diberi perhatian.

# anggap saja itu lukisan dari anak untuk ibunya tanpa apa² acara istimewa.

nasib baik orang lidi tu dipakaikan baju…hehehe

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Kad Ucapan Hari Ibu DIY

  1. selamat hari ibu….semoga menjadi ibu yang baik dan sempurna kepada anak2 yang baik dan sempurna.

  2. haha adoi banyak tangan tuh. seronok tengok budak-budak melukis, semangat diorang melukis tuh penting. Selamat hari ibu Kak jie. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki banyak2.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Keluarga Minta Derma SimpatiMy Profile

  3. Kalau intan da besar, tunjuk balik kad ni tentu mengundang kenangan padanya….hehehehe

    bulatnya mata kakjie…hehehehehe

  4. Semalam saya pun dapat dah dari pompuan ke-3 saya tu. Kelakarkan ayat-ayat depa ni. Dimulakan dengan minta maaf sebab selalu buat mak geram. Lepas tu janji konon dah besar nanti nak beri duit, kain dan mesin jahit. Geli sungguh hati dibuatnya. Tak tertinggal ros plastik putih dibeli di sekolah. Orang beri belanja dia ke lain perginya….

    Namun dalam hati ada terharu. Mak tak minta apa-apa. Asal kamu dapat membesar sejahtera sihat dan pandai membawa diri. Mak doakan kebahagiaan semua…

  5. Betul KAK. Saya pun banyak simpan lukisan2 anak-anak semasa sambut macam-macam di sekolah. Yang utk IBU ni, pun banyak. Tak ter“snap” gambornya. Gambaran luahan kasih anak.

    Tengok balik mesti senyum.

    *Mujur lukisan tu tu ada rambut. Kalu botak? hahahahahahah!
    Jom terjah post menarik dari azieazah ..Yeahh Aku Memang Sudah Tua!My Profile

  6. Wah Kak Jie masih simpan lagi kad ucapan hari Ibu. Anak-anak saya tiap tahun buat kad ucapan hari Ibu kerana sebahagian aktiviti sekolah 🙂

  7. buat banyak keje…. semua keje mama yg buat, kan. Dia tak nampak abah dia buat keje, dia cuma nampak ‘abah pergi kerja’ 😆

Comments are closed.