Motivasi

Kriteria Cinta Si WANITA

Assalamualaikum… sekarang tiba giliran penulis undangan ke tiga selepas saudara Kreuger dan Hakuna Matata . Saudara Kreuger telah membuka tirai sebagai penulis undangan pertama =^_^= dengan topik hangat,   Kriteria Cinta Si Lelaki

Pulang dari Pulau Kapas, (yang juga tempat honeymoon Kak Kujie 18 tahun dulu) saya dapat surat dari syurga yang memberi izin untuk saya menulis sesuatu untuk blog ungu yang cantik ini. Kepala saya yang tak gatal tiba-tiba terasa seperti diserang kutu 13 ekor. Saya garu-garu kepala dan saya tersengih sorang-sorang… Ah Kak Jie…huhu… nak tulis apa ni? Menulis sembarangan bererti saya memalukan diri di blog terhormat ini. Menolak undangan tuan rumah juga adalah tidak mungkin kerana Kak Jie adalah seorang kakak yang saya hormati. Ish seramnya saya. Apapun saya beranikan diri, semoga entry ini ada gunanya. Boleh juga dianggap ulang kaji…
kumbang dan bunga

Bismillah…

“Dia Yang Maha Esa telah menciptakan bumi, langit, syurga, bintang-bintang, bulan, dan hujan. Tuhan mencipta manusia. Dan manusia tak berada di dunia tiba-tiba. Sebagai hamba kita akan diduga, diberi bahagia, diberi peta. Kadang ada bagian yang dapat kita lakar, selalunya ada bahagian cuma kita merencanakan dan Dia lebih menentukan. Peta itu ada sudut sudah digores, ada bucu masih kosong, menanti masa terlukis” –  Tunggu Teduh Dulu( Faisal Tehrani.)

“Ada hati masih kosong, menanti arjuna untuk di isi…”

Aduhai kalaulah soal hati itu mudah, tentulah tak laku lagu jiwang, novel cinta, majalah kotemporari membicarakan soal cinta lelaki dan wanita bertahun-tahun yang menerobos pasaran. Ada apa dengan cinta? Susahkah mencari cinta Sang Adam? Bila saudara Kreuger membawa 5 hujah untuk menyatakan kriteria cinta dalam mencari wanita pilihan, maka Tuan Rumah mencadangkan kenapa tidak saya membalas hujah tersebut. Baiklah, saya cuba seadanya, dengan 7 hujah pula. Dah macam membalas dulang hantaran pulak rasanya huhuhu… sabor aje lah  .

  • Lelaki dan asas tauhid. Seorang pemuda pernah berkata pada saya “yang lain tak penting, yang penting adalah kejujuran, ingat semua yang tunggang tunggit solat tu semua baik ker”. Saya ketawa geli hati membaca lantunan suara tak puas hati dia. Saudara pakai apa ukur kejujuran, pakai penimbangkah? Pakai speedometerkah? Bukankah kejujuran itu satu dari ciri akhlak, dan akhlak adalah berpaksikan tauhid. Saya yakin wanita yang sedang memilih itu bukanlah hendakkan lelaki macam ustaz atau pak lebai, tapi setidak-tidaknya tahulah asas hukum-hakam, tahu mana fardhu, mana sunat. Atau paling tidak mahu mempelajari dan mula beramal dengannya. Bukankah kita semua mengharapan rumahku syurgaku. Bagaimana nak memohon dariNya kalau asas pun tiada. Kan payah tu?
  • Lelaki dan kerjaya. Lelaki yang berjaya dalam karier tentu saja menjadi pilihan ramai wanita. Tapi bukan semua mampu berada di level atasan dan tampil bergaya setiap masa. Tak kiralah apa kerjaya saudara, tapi usahakan dengan tekun, dan dalam masa yang sama berusaha untuk memperbaiki perolehan pendapatan agar mampu menceriakan hidup pasangan. Ini bukan soal mata duitan, tapi terbukti wang punya sakti untuk menyatu atau memutus sesuatu ikatan.
  • Cintai seikhlas hati. Saya kira dalam fikiran wanita hanya ingin dicintai sepenuh hati, seikhlas hati oleh pasangannya. Termasuk di dalamnya adalah sifat romantik, penyabar, ringan tulang, memahami, sifat humor dan setia.
  • Cinta jangan dibahagi-bahagi. Tidak sekali-kali saya menolak perkara yang dihalalkan Allah. Lelaki boleh berkhawin lebih. Tapi sebelum itu timbang-timbangkanlah dahulu apatah lagi jika tuan empunya diri tidak mampu. Ingat-ingatlah pengorbanan wanita sepanjang menemani hidup anda.

    “Segenggam cinta yang setia takkan habis untuk seorang kekasih sepanjang hidup, tetapi segantang cinta, takkan pernah cukup dibagi-bagi” – Maryamah Karpov, Andrea Hirata.

    Itu kalau dah berumah tanggalah. Ni belum akad pun cinta dah terpecah-pecah. Awek yang disini hendak, yang di sana pun mahu… macam mana ni bang?

  • Menghormati pasangan. Saya pernah terserempak dengan sepasang suami isteri yang sedang berbicara entah apa tajuknya. Tiba-tiba si suami naik angin dan berkata “bodoh betul, yang itu pun tak tahu”. Saya tersentak dan menjeling. Dalam hati berdoa.. “Ya Allah jauhkanlah aku dari bertemu jodoh dengan orang cenggitu. Nanti tak pasal-pasal aku cucuk hidung dia dengan chopstik”. Kalau ada kesalahan atau rasa tak puas hati alangkah molek di tegur elok-elok. Hati tak panas, malah menambah mesra.
  • Ibu dan ayah dicinta. Kalau si dia tak menghormati, tidak mengasihi orang yang menyebabkan dia lahir di dunia tak tahulah saya bagaimana dirinya pula layak dicinta.
  • Hindari nilai-nilai minus. Seboleh-bolehnya wanita inginkan pasangannya bebas dari perkara-perkara negatif seperti panas baran, pemalas, berkira, kedekut, yang berotak 18sx semata-mata, kaki pukul, tak hormat orang, kaki kikis dan lain-lainnya.

“Peta itu ada sudut sudah digores, ada bucu masih kosong, menanti masa terlukis…” Mungkin ciri-ciri di atas boleh digunakan untuk melukis bucu yang kosong di hati sahabat semua. Fikir-fikirkan dan selamat beramal =^_^=

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Kriteria Cinta Si WANITA

  1. elok la tu. macam buat hantaran meminang pulak keh3.

    bab cinta ni kalau cerita sampai mana sekali pun memang tiada penghujung. sebab kita sedia maklum ia subjektif!

    info-info sebegini bolehlah dijadikan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan pasangan. insya allah, berpanjangan.

    lagi pun semua yang diungkap dalam entri ttg tersebut adalah langkah yang baik-baik. jadi semuanya boleh diterima akal.
    .-= megat´s last blog ..Yasmin Ahmad, Kehilangannya Dirasai Dan Diratapi =-.

  2. salam buat Tuan Rumah dan penulis jemputan cik Iza…
    Setuju dengan kriteria cinta tu.
    Semua kita harap yang terbaik dan sempurna tapi dah hakikat kehidupan yang perlu diterima, tak ada yang sempurna. Jadi kena bertolak ansur memberi dan menerima. Cuma doakan kita jadi manusia bertuah menemui semua kriteria yang diharapkan daripada sang arjuna hati yang mengisi kekosongan hati.
    .-= Kak Long´s last blog ..Meredakan relung hati =-.

    1. @Kak Long,
      Setuju tu, memang tiada yang sempurna. Kita bersifat baru dan masing-masing punya kelemahan. Kita cuma boleh mengharap/ berdoa yang baik-baik saja bila melalui fasa itu.
      Paling penting setiap orang baik lelaki atau wanita punya kesempatan untuk bergerak ke arah sifat-sifat baik itu.
      .-= iza´s last blog ..Aku belum bersedia… =-.

  3. Hehehe .. aku suka ayat yg nie ..

    “Nanti tak pasal-pasal aku cucuk hidung dia dengan chopstik”

    ps:asyik laki2 jer kena kan? xpe2 .. sabar jew ..
    .-= Melayu Boleh´s last blog ..Kaji Selidik Seo Blog Melayu Boleh =-.

      1. @iza, Jika cinta kita pada seseorang terasa semakin hambar, mohonlah untuk disegarkan, ditumbuhkan kembali. 😆

  4. senang je cakap daripada buat kan kak Jie.. kejujuran tu kalau tak dapat dari iman, takde maknanya.. nak cari lelaki yang ikhlas tak senang.. nak cari perempuan yang ikhlas pun tak senang kan kak..
    .-= Neeza´s last blog ..Mereka yang istimewa =-.

    1. @Neeza, tak ada kesempurnaan di dunia kerana kesempurnaan hanya ada di syurga….tetapi naluri manusia kita akan berusaha mendapatkan yang terbaik…dan untuk dapatkan yang terbaik bukan sikit juga pengalaman yang perlu kita temui

  5. setiap insan punya perasaan kasih sayang dan cinta. perasaan yang unik itu hadir atas anugerah Illahi untuk setiap hambaNya dimukabumi… so hidup lah didalam berkasih sayang dan bercinta lah tapi hati-hatilah mencurah kasih sayang dan cinta..
    .-= secangkir madu merah´s last blog ..selamat ulangtahun =-.

    1. @secangkir madu merah, Hi Kak SMM 🙂
      Kasih sayang motivasi terbesar dalam kehidupan. Memang kena hati-hati..tapi kadang dalam berhati-hati terkena jugak huhu.
      Terima kasih Kak SMM

      1. @iza, dalam sibuk mencari, jgn lupa kita juga perlu MENJADI..nanti takut kita saja ada “list impian” tetapi diri kita tidak ada dalam list pihak yang satu lagi..macam mana nak bertembung…. 😆

  6. kekeke… bagi 5 pulang 7 nampak.
    ape ape pon.. dalam mencarik kesempurnaan..
    macam yang aku dah quote sebelum ni… cermin dulu
    diri kite.. hehehe..

    P/S:- best plak main buat entri kat blog orang ni.
    erk.. lepas ni sapa plak nak request…??? ade ade??

    P/S2: IZA, salam kenal~
    .-= Kreuger´s last blog ..Internet oh internet. =-.

    1. @Kreuger, huhu dulang terlebih tu yang jadi 7 tuu..
      yer yer, semoga berjumpak dengan yang di hajati.

      p/s:salam jugak

      1. @iza, memang biasa pun pihak perempuan balas lebih…dan memang biasa pun pihak perempuan ada banyak permintaan…hehe

        Dia dah jumpa tu Iza, tak lama lagi ade la kad jemputan sampai kt kita 😆

  7. Saya paling sokong point tentang cinta yang tidak berbelah-bagi! Oleh it….saya tidak begitu setuju dengan mereka yang mempunyai lebig daripada satu isteri. Kalau boleh, jadilah suami yang setia! One live, one love! 😉

      1. @iza, Cukup satu orang untuk kita berbagi tempat agar hati kita tidak terlalu sesak dengan cinta yang banyak pada banyak orang… 😛

Comments are closed.