Cara Membuat Tempahan Korban Di Kemboja
Panduan

Cara Membuat Tempahan Korban Di Kemboja

Salah satu hikmah pelaksanaan ibadah korban ialah perkongsian kemakmuran bersama fakir miskin dan tidak dikhususkan kepada negara-negara tertentu, selagi ianya tidak terkeluar daripada perintah syarak.

Jumlah penyembelihan semakin bertambah setiap tahun di sesuatu tempat di negara kita sedangkan ada negara-negara umat Islam lain yang lebih memerlukan seperti di Kemboja, Palestin atau masyarakat Islam Rohingya di Myanmar. Allah SWT telah menganugerahkan rezeki yang banyak di Malaysia, sehingga daging-daging korban berlebihan, sedangkan ada negara Islam yang masyarakatnya ramai dan daging korban tidak mencukupi.

Sekarang ini ada banyak syarikat yang menyediakan perkhidmata menyempurnakan ibadah korban di luar negara. Teknologi internet membolehkan kita membuat tempahan secara online walau dimana kita berada.

eQurban.com adalah salah satu pihak yang menyediakan perkhidmatan ibadah korban dan akikah di Kemboja. Kita boleh mendaftar tempahan secara online . Pihak eQurban.com akan menguruskan setiap penyertaan peserta sehingga selesai. Gambar sewaktu penyembelihan  akan dihantar kepada para peserta sebagai bukti berserta sijil penyertaan.

Kenalai sifat binatang dalam diri kita, jadilah kambing!

 

harga lembu korban 2013

Harga seekor lembu korban atau sebahagiaannya dan harga seekor kambing korban adalah seperti berikut:

  • 1 Ekor Lembu = RM1,600 RM 1750
  • 1 Bahagian Lembu = RM230 RM250
  • 1 Ekor Kambing = RM550

Sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempah atau menddaftar untuk menyertai ibadah korban sekarang secara online melalui laman web www.eQurban.com.

Tarikh tutup untuk membuat tempahan korban di Kemboja untuk tahun 2012 ialah pada 19hb Oktober 2012.

Menurut suami saya yang pernah tinggal dan bertugas di Algeria, masyarakat di sana sangat bersungguh-sungguh  untuk melakukan korban.  Kebanyakkan mereka menyembelih kambing biri-biri.  Harga seekor kambing di sana  sangat mahal  berbanding di negara kita.

Harga seekor kambing biri-biri jantan dalam  lingkungan rm 1000 hingga Rm1700  (25000da -35000da)  atau purata gaji sebulan untuk pekerja biasa.  Walaupun pendapatan mereka boleh dikategorikan tidak mewah, tidak kaya tetapi tiap keluarga sangat bersungguh-sungguh untuk berkorban.

Cuba bayangkan mereka berkorban dengan nilai sebulan gaji .  Kita?  Harga sebahagian korban hanyalah beberapa peratus dari gaji sebulan.  Keadaan ini telah menimbulkan satu kesedaran yang sangat berkesan kepada kefahaman ibadah korban kepada kami sekeluarga.

Mereka menyembelih kambing di mana saja tanpa masalah langsung. Tepi jalan , depan tangga, laluan masuk rumah flet 5 tingkat pun  boleh dijadikan tempat penyembelihan tanpa ada masalah.

Saya terlebih cerita kelaut pula…hihi…. cuma nak bercerita mengenai ibadah korban di negara orang. Itu saja. Kalau berminat untuk membuat tempahan korban atau akikah di kemboja, klik eQurban.com. Ikuti langkah untuk mengisi borang dan membuat bayaran dalam talian. Tak sampai 5 minit, selesai.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Cara Membuat Tempahan Korban Di Kemboja

  1. Salam Kujie…tertarik dgn post blog ni..sory sy nak tanya..adalah e qurban ni bleh di percayai utk proses pelaksanaan ibadah aqiqah..? cuma takut dgn pnipuan online yg berlaku zaman skrg..:)

    1. waalaikumsalam..

      insyaallah. kak jie kenal secara peribadi dgn pihak eQurban. ini kali kedua gunakan perkhidmatan mereka.

  2. assalamualaikum..nak tanya Klu kite x akad.just niat je blh x .cnthnye mcm now ade iklan kat radiokan.jd kite just bank in n emailkan pada syrikat yg mnguruskannye.kite xcall untuk akad.xpeke ?

    1. lupa lak nak tanya abang …tapi kat sana kurang orang buat korban lembu
      dia org buat kambing…dan buat secara individu bukan kat masjid atau surau

      dia sembelih hari ni, esok baru masak…dia tak makan hari yang sama
      dia gantung kambing yang telah disembelih…biarkan darah menitis hingga kering
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bantu Kamal Affendi Hashim Yang Sakit AVMMy Profile

Comments are closed.