Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita

By Kujie, 13/01/2010 8:47 am

 Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita

Berita yang saya petik dari Berita Harian :

Seorang pemuda , Mat Mazarin Ramlee, 27 sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Tentu menarik kerana ini adalah kenangan sepanjang hayatnya yang tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.

sighboard rusa Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita


Kalau saya balik kampung melalui Lebuhraya Gerik – Kupang , saya akan melihat papantanda ini – dan berharap adalah seekor dua rusa yang melintas.

berkuda di algeria 333x250 Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita

Di Algeria, penduduk tempatan berkuda di Algerian East-West Highway berharga US$11.2 billion. Gambar diambil oleh encik suami sewaktu Menteri Kerja Raya Algeria, Amar Ghoul merasmikan pembukaan lebuhraya di bahagian Setif sepanjang 36 kilometer. Tempat kerja suami sekarang. Seronok tengok langit nan biru.

Hari Isnin lepas, waktu menghadiri kelas Ustazah Salamah, ustazah ada berpesan – hindari menjadi isteri yang mempunyai sifat-sifat seperti binatang berikut:

1- Kuda – sebab suka berhias bukan untuk suami
2- Anjing – suka melawan suami
3- Keldai – malu untuk berbuat baik sehingga menjadi lemah
4 -Ular – suka berdendam
5- Kalajengking – suka mengadu dan mengumpat
6- Tikus – suka mencuri harta suami dan tidak mengaku
7- Unggas – amat cemburu buta
8- Singa – garang dengan suami.

Jadi sifat-sifat binatang apa yang agaknya sesuai untuk seorang isteri ikuti?

Nak tau ?

kambing

intan kambing

Itu gambar Intan sedang menjamu kambing makan – jangan jadi macam Intan – macam kambing sebab waktu akikah orang cari kambing, waktu nak korban orang cari kambing dan sifat kambing adalah untuk perempuan yang soleh , taat, mengasihi suami dan ahli keluarga suami.

Secara jujurnya saya mengaku ada juga beberapa sifat-sifat binatang tersebut walaupun sedikit di dalam diri saya. ( sendiri menilai, ngaku sikit je la..control ayu , sedangkan orang nampak -entah-entah sifat seekor  NAGA ) Saya berharap kita sama-sama dapat membentuk diri kita dengan sifat-sifat seekor kambing .

Jangan pula tak nak mandi sebab nak jadi macan kambing…. tak pasal-pasal suami naik hantu.:lol:

Kambing busuk?   Itu kambing yang dilepas bebas menyondol sana sini.  Kita jadilah seperti kambing yang dibela di kandang bersih dan disembur Estée Lauder.

p/s – Ustazah Jie nak keluar pagi ni, jadi sebelum out dari blog saya untuk blogwalking, apa kata  baca juga tentang binatang yang disebut di dalam Al-Quran di [sini]

p/s – Saya ke Ampang, jumpa kawan suami ambil hadiah kiriman dari Algeria – bukanlah segah hadiah harijadi Dato’ Siti Norhaliza tu,tetapi sangat  bernilai kerana saya tahu suami saya bukanlah seorang yang biasa membuat surprise dengan hadiah tetapi untuk kali ini, demi kami sekeluarga, dia dengan ghairahnya mencari hadian untuk kami :lol:

Post Lain Yang Berkaitan

65 Responses to “Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita”

  1. beliamuda says:

    kalau terjumpa gajah kat lebuh raya timur barat tu, memang pengalaman yang unik la. mmg situ kawasan dia, cuma agak jarang bertembung. kalau dia duk tengah jalan, memang kena berhenti, padam lampu dan tunggu dia lalu dulu. kalau tak, entah apa yang terjadi… :D
    beliamuda´s last blog ..(OST Cinta Balqis) Suara Rindu – Azad Jazmin My ComLuv Profile

  2. Lan Bingka says:

    adik-adik, jangan nak menggatal ye…pergi fahami sifat kambing dulu…

  3. abdfatah says:

    kesian… betapa bersusah payahnya beliau mengakrobatikkan kakinya melangkah untuk mendepani cabaran penghadang jalan tersebut. itu baru seekor. kalo jom melintas reramai… rasanya lenyek habis kena sondol penghadang jalan tersebut.

    dulu takder jalan raya untuk ke seberang…. sekarang terpaksa pulak melintas jalan untuk ke seberang sana. itulah dia penangan pembinaan lebuhraya… kena bubuh papan tanda gajah pulak lepas nih…

    awas! gajah melintas… jom melintas… pandang kiri dan pandang kanan..

    gajah takkan pandang kanan kiri dah… terus aje melintas…

    berjerela pulak komen patik. maaf bebanyaknya tuan tanah yer…
    abdfatah´s last blog ..Kenapa perlu order air kosong? My ComLuv Profile

  4. mrs sufian says:

    kena ikut sifat2 kambing eh? emm kena postmotem ne. hehehe
    ;-)

  5. nuaeman says:

    emm isteri saya ni ada sifat kambing tak yek..

    dia tengah risau sekarang ni kerana bakal ditinggal 10 hari.. saya bagi contoh kak jie kene tinggal bertahun..dengan suami.. tapi dia jawab..

    “saya bukan kak jie..”

    heheh..
    nuaeman´s last blog ..Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @nuaeman, he he he…kena balik
      betul lah tu…dia bukan kak jie- kak jie bukan dia
      masa anak kecik2 macam dia sekarang ni pun kak jie mungkin rasa macam dia juga

      tempoh perkahwinan juga mempergaruhi tahap kematangan dalam hubungan perkahwinan .

      pujuklah – sayang berganda-ganda, rindu mengoda-goda :mrgreen:

  6. denaihati says:

    1. Adik pernah terserempak segerombolan gajah putih di highway yang sama
    2. Lelaki lagi teruk terlalu banyak sifat haiwan dan ada juga yang badan manusia tapi jiwa haiwan….
    denaihati´s last blog ..Penutup Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL My ComLuv Profile

  7. hafizmd says:

    saye mmg antare pengguna yg selalu lalu ikut situ tp blum pernah jumpe lagi si gajah nie..ade sekali tu..de pakcik sorang nie cerite..ade sekali tu..sudah jer si gajah langsaikan kerja ‘membuang’..terus datang lelaki mane ntah kutip tahi gajah tu untuk dibuat ubat..ubat apela yer?? :shock:
    hafizmd´s last blog ..Apa nak tulis ni? My ComLuv Profile

  8. en_me says:

    hmmm, binatang kannns..
    en_me´s last blog ..kaki foto My ComLuv Profile

  9. Kreuger says:

    aih… bila la agaknya dapat pergi oversea lagi sekali eh?
    rindu kat australia la..

  10. nice post! kebelakangan nie sket blogger yg tulis tazkirah (kte pun)..

    erm.. nak jadik unicorn ade? macho sket, ader sayap..
    samanosuke_04´s last blog ..Dunia Orang Takde Awek “DotA” My ComLuv Profile

  11. kita pun selalu nampak gajah kalau lalu highway grik ke ktan… best gak rasa macam thrill. boleh ke cam tu?

  12. tekkaus says:

    Macam ini kena cari isteri yang macam kambing leh ni. :p
    tekkaus´s last blog ..Wanna Play With Leech? My ComLuv Profile

  13. tpinky says:

    1 lagi artikel dr kak jie yang sangat berguna utk tpinky…. seronok singgah tpt kak jie ni..
    kak jie ada Facebook ker?? nak add :smile:
    tpinky´s last blog ..Ujian Allah.. Sesungguh pasti ada hikmah disebalinya….. My ComLuv Profile

  14. Fahmishah says:

    Mungkin lepas ini boleh senaraikan sifat binatang yang ada pada lelaki.
    Fahmishah´s last blog ..Setelah Sekian Lama My ComLuv Profile

  15. silver says:

    aku rindu dalca kambing di retoran asam pedas, kamunting huhuhu…
    silver´s last blog ..Jgn kata enjin, sekali tunjuk jari UMNO boleh kasi lesap 1 jet! My ComLuv Profile

  16. silver says:

    OMG, this is absolutely your best entry. congrats!
    silver´s last blog ..Jgn kata enjin, sekali tunjuk jari UMNO boleh kasi lesap 1 jet! My ComLuv Profile

  17. dilot says:

    oo yeke kak jie…tp kalau lelaki lak macam mana…
    dilot´s last blog ..awak dekat mana? My ComLuv Profile

  18. oh!dawie says:

    Salam kak jie..
    Xterpikir lak ader sifat cmtu..kalau sifat lelaki cmne lak ek kak jie?hehe..
    oh!dawie´s last blog ..Tutorial : Menggunakan Action Scripts My ComLuv Profile

  19. cHentamaNeEs says:

    kite selalu jhe sebut kambing kambing bile tensen.. upenyer jd kambing ni bagus ek.. hihi

  20. diden [+] says:

    cmne agaknya kalo terserempak ngan gajah tu? huhu
    diden [+]´s last blog ..Adoii lewat lagi ke kelas… My ComLuv Profile

  21. maza says:

    saya suka kucing…

    meowwww, meowww, meowwww gitew.. hehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  22. samdaddycool says:

    Nisbah kambing jantan : kambing betina = 1 : 20 (menjangkau 40 ekor)….. bolehkah lelaki jadi kambing jantan? :mrgreen:

  23. zati says:

    ermm..memang la kan..sifat2 tu mmg x lepas dgn manusia..huhu
    zati´s last blog ..SILA TINGGALKAN LINK ANDA..macehs My ComLuv Profile

  24. ~0~ says:

    hehehe…

    daging kambing sedap..saya suke

  25. eyriqazz says:

    bestnya naik kuda di jalan raya..agak2 Malaysia boleh ke?
    eyriqazz´s last blog ..Ada apa dengan Cik Epal My ComLuv Profile

  26. Eriyza says:

    Wah, bagusnya org ni dpt merakam aksi si gajah.
    Kena jadi cam kambing eh kak Jie?? :mrgreen:
    Eriyza´s last blog ..Kempen Ribbon Blogger, We Care My ComLuv Profile

  27. ~mrs azmi~ says:

    kambing pakai estee Lauder ye :lol:
    ~mrs azmi~´s last blog ..blogger, we care My ComLuv Profile

  28. zool says:

    Wah kak jie bela kambing ke?? Masyuk tu..
    zool´s last blog ..Blog Mesti Mari My ComLuv Profile

  29. Oooo kambing, ingatkan kucing parsi :mrgreen:

    p/s: Selamat keluar Kak Jie, hati2 kat jalan. Dapat parcel dari Cik Abang, mesti hati tengah berbunga-bunga tuuu ;-)
    iza~de~bintang´s last blog ..Kempen Blogger – We Care My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @iza~de~bintang, sakit jiwa nak layan kucing parsi iza oiii…sesekali tak pa , seronok…kalau dah mengada2 tak sudah…. terpenyek kucing tu kena tendang :mrgreen:

  30. yanmie says:

    salam kak jie, eh pandainye gajah tu melangkah penghadang jalan… :mrgreen:
    yanmie´s last blog ..Emoticon untuk Facebook My ComLuv Profile

  31. hafizmd says:

    @samdaddycool, mencelah yer..kambing jantan kene tgk jge kambing ape..kambing kampung ke..kambing gurun? ke kambing cap boer yg panjang telinganya tu? :lol:
    hafizmd´s last blog ..Apa nak tulis ni? My ComLuv Profile

  32. samdaddycool says:

    @hafizmd, paling hensem kambing jamnapari woo, hidung macam burung belatuk..atas hidung siap ada jmbul lagi.. :mrgreen:
    samdaddycool´s last blog ..Dropship : Megagoods still relevan? My ComLuv Profile

Panorama Theme by Themocracy