Cara Nak Selesaikan Hutang Tiap Helai Bulu

Bila sentuh bab hutang ni, telan air liur pun rasa pahitnya.  Siapa yang tak berhutang?  Semua orang termasuk remaja 18 tahun pun dah berhutang.  Hutang pembiayaan pengajian.  Bila dah keluar universiti, baru mula bekerja 5-6 bulan , mula menambah hutang dengan membeli kereta.

Cuba senaraikan hutang yang kita ada – berapa banyak?  Sebenarnya tak salah berhutang, tetapi perlulah mengikut keperluan bukan mengikut apa yang ditawarkan.  Bila sudah diluar kemampuan, bertimbun-timbunlah hutang yang akhirnya membelengu kehidupan kita.

Ada beberapa situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang dan ianya bersifat hutang lapuk (bad debt), contohnya hutang perkahwinan, hutang kereta , hutang kad kredit , hutang membeli rumah atau hutang membeli kelengkapan rumah.

Bagaimana nak langsaikan  hutang tersebut? Inilah yang semua orang ingin mengetahuinya. Bertanya dan belajar dengan orang yang lebih tahu. Tetapi jangan bertanya dengan bank… bank bukanlah perancang kewangan. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita.

Seseorang yang saya baca blognya, beli bukunya dan saya tahu beliau berkelayakkan untuk kita memdalami ilmu pengurusan kewangan adalah Pakdi atau nama penuhnya Suzardi Maulan.

Profesional Qualification: Certified Islamic Financial Planner (IFP) ™ from IBFIM & FPAM
Speciality: Prinsip Kekayaan Nabi Yusuf a.s (Surah Yusuf: 47-49)
Book: Rancang Wang Dari Sekarang (2010)
Ebook: Panduan Cash Flow (2012)
Blog: www.pakdi.net
FB: Suzardi Maulan
Media Appearances: TV al-Hijrah, IKIM.fm
Columnist: MajalahNiaga.com

Saya pernah membaca buku Rancang Wang Dari Sekarang yang ditulis oleh Pakdi dan sekarang beliau baru melancarkan Ebook : Panduan Cash Flow  iaitu panduan step-by-step menjejaki duit yang ‘hilang’ setiap bulan dan cara-cara mengatasinya.   Beli Ebook ini dan dapatkan 4 bab & 7 tips bonus sekarang juga secara percuma yang dikirimkan ke alamat email.

Pergi ke Panduan Cashflow   , isikan alamat email untuk menerima tips bonus secara percuma.  Belajarlah cara untuk mengawal diri dan menguruskan masalah kewangan kita secara bijak.  Masalah tidak akan dapat diselesaikan tanpa usaha bersungguh-sungguh dan fokus kepada apa yang kita mahu lakukan.

Jejaklah duit yang kita ‘hilang’ setiap bulan.  Saya pun bukannya pandai mengurus kewangan keluarga tetapi dah hujung² usia ni, cuma sekadar memberi peringatan kepada adik² yang masih jauh masa depannya.

Peribahasa Hutang

  • Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula – Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang (hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula.
  • Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang – Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang).
  • Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar – Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.
  • Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar – Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
  • Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher – Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.
  • Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh – Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.
  • Utang (hutang) tiap helai bulu – Sangat banyak hutangnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] sebelit [selilit] pinggang).

Sumber : Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  1. Pingback: $90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan

  2. Sedih dan terkilan bila tengok ramai lelaki terpaksa berhutang semata-mata untuk puaskan hati keluarga bagi majlis perkahwinan gilang gemilang ” sekali seumur hidup”
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Fisherman and the fishMy Profile

  3. Dah bacabuku ni & memang bagus…

    hurm..betul..sekarang ni mmg susah kalau tak berhutang.

    apa yg buleh buat ialah bila dah cukup keperluan tu, mula lah target untuk keperluan seterusnya iaitu keperluan utk melangsaikan hutang.
    Jom terjah post menarik dari mr.eims @ emas ..Waktu terbaik membeli emasMy Profile

  4. Pingback: Pakdi Kata Rancang Wang dari Sekarang | Hidup Biar Sedap

    • hidup zaman skrg, untuk merancang kewangan memang susah sebab banyak persekitaran yang menarik dan mengoda je.. hihi

      ramai anak muda sanggup papa asalkan bergaya – akhirnya masalah ni timbul bila dah berkeluarga
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Suatu Ketika…Piala Thomas 1992My Profile

    • kak jie agak sibuk – merancang bercuti / keluar daerah 2 minggu ni
      (sebab tu belum beli ebook – tunggu balik dari bercuti )

      kemudian ada beberapa projek yg dan dischedulekan, kemungkinan untuk bagi giveaway kepada pembaca tu ada. Tunggu lepas balik dari percutian di Tasik Kenyir…hihi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Nak Selesaikan Hutang Tiap Helai BuluMy Profile

    • kita tak boleh mengelak dan buat² tak ambil berat, kerana masalah hutang yang tidak terkawal boleh mempengaruhi keseluruhan kehidupan .

      cuma kita kena belajar dan merancang untuk mengawal hutang yang perlu

  5. satu2 nya hutang atas nama saya ialah hutang ptptn…. rasa lambat je nak habis walaupun tiap2 bulan bayar…. kalau la ada selonggok depan mata… mau nya habiskan hutang tu segera… 🙂
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Murah RezekiMy Profile

      • hutang kereta, rumah semua atas nama husband.. nak buat cmna, bini tak keje.. kalau bini keje confirm nama pun tercatit dalam senarai hutang yg ada… hihihi…
        Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Al-Fatihah buat NormaMy Profile

        • kak jie pun tak keje, tapi kak jie ada buat carumah kwsp setiap bulan
          jadi kak jie ada penyata kewangan , boleh gunakan utk ambil loan beli rumah dan kereta sendiri….guna nama je, tapi cik abg le juga yang bayar tiap bulannya.

          kak jie surirumah berkwsp…hehehe
          Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tips pengubahsuaian jubin rumahMy Profile

          • ohh..maksudnya dengan adanya kwsp nih kita boleh jugak buat loan sendiri walaupun duduk rumah shj ek. bagus jugak nih tak payah guna loan orang lain. terima kasih kak jie
            Jom terjah post menarik dari eiela ..Balik KampungMy Profile

  6. bila memikirkan pasal hutang ni memang memeningkan kepala..cuma kalau boleh dielakkan tu, jangan la fikir untuk berhutang cam beli perabot ke ape ke yang bukan dalam list keperluan yang lebih kepada kehendak tu..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Fikirkan sejenakMy Profile

    • inilah perlunya kita belajar – belajar menguruskan kewangan.

      berhutang mmg kita tak boleh elak, tetapi kena fikir keperluan ke keinginan

    • kadang2 bila ada duit tak semestinya perlu langsai semua, mgkn yg ada perlu dilaburkan secara berhemah dan hutang yg perlu itu dibayar spt biasa… mcm modal pusingan.

      org kaya yang banyak duit pun berhutang….
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Terpaksa Pecah Rumah My Profile

  7. sudah download previu..

    dengan ekonomi sekarang ni, gaji 3-4 ribu pun boleh jadi tak cukup..memang perlukan panduan pengurusan sebegini

    Buku Rancang Wang Dari Sekarang agak² ada lagi ke tak ye? Tak pernah nampak/mungkin tak perasan
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..WW-Nak Jadi Model Ubat GigiMy Profile

    • betul tu cikgu..nak beli barang keperluan dapur kalau bawak RM100 pun belum tentu dapat nak beli apa yang dirancang tu..contoh kalau bawak RM50, beli minyak masak 2kg = RM6.25, beli ayam seekor RM13.00, beli telur sepapan RM9, beli beras 10kg RM26, tu belum lagi nak beli susu, gula dan sebagainya..hehehe
      Jom terjah post menarik dari pipoq ..Kontest untuk bapa bapa seMalaysiaMy Profile

    • tu la masalah bila nak kawin teringin nak buat besar besaran melebihi kemampuan..patutnya bila bab kawin ni, kedua belah pihak kena saling faham memahami tuntutan agama melalui perkahwinan tu dari tuntutan pandangan masyarakat..
      Jom terjah post menarik dari pipoq ..Soalan bocorMy Profile

    • isteri sy masih lagi tertunggak untuk melangsaikan pinjaman PTPTN..agak sukar jugak bila lepas habis belajar apply kerja sana sini tapi tak ada rezeki lagi..cuma bila ada rezeki lebih dari pendapatan sy je baru leh bayar sikit sikit..
      Jom terjah post menarik dari pipoq ..Bukan milik kitaMy Profile

  8. Sedang melangsaikan hutang2 yang ada..adeh perit rasanya bila bayar hutang yang bukan kita yang buat.Nak tak nak kena settle gak walau macam mana sekali pun.

    • Assalamualaikum,
      Daku juga seperti anda…langsaikan hutang yang tak guna sesenpun, tapi kena juga bayar sebab ikut hukum dunia, terbukti saya yang berhutang. Hukum di Sana…bukan hutang saya, tak apa.

      Juga kena bayar hutang JPA…dah tinggal sikit je lagi, tak sampai pun 1K, 3 bulan lagi langsai.

      Selagi blm habis bayar hutang, selalu doa “jangan mati dulu…tunggu hingga hutang dunia habis bayar dulu”
      Jom terjah post menarik dari Anyss ..Harga Cintanya RM5 JutaMy Profile

  9. Tahun ni banyak juga hutang yang berjaya dilangsaikan… tapi masih banyak juga hutang besar2 macam kereta tu, buku pakdi yang kak jie bagi dalam kontest mudah tempoh hari pun banyak dah membuka mata kesedaran pengurusan wang ni. Semoga ebuku ni akan dapat memberikan panduan untuk melangsaikan segala hutang yang ada.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Indahnya islam…My Profile

    • bagi kak jie, rumah dan kereta yang berpatutan dgn kita bukan satu bebanan, itu keperluan utk kehidupan…masalahnya hutang yang tidak sepatutnya yang kadang2 tak perlu pun…itu masalah bagi kebanyakkan orang yang terjerat dengan hutang.

      Buku RWDS tu mudahkan nak baca dan faham…. saiz yg selesa utk org² mcm kak jie nak baca.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tips pengubahsuaian jubin rumahMy Profile