Pakdi Kata Rancang Wang dari Sekarang

Hari ini saya nak perkenalkan satu buku yang mesti dibaca oleh sesiapa yang ‘baru mula hidup’.

Siapa mereka yang ‘baru mula hidup’ itu?

Mereka ialah orang yang baru memasuki alam pekerjaan dan merancang untuk menggunakan gaji pertamanya.

Rancang Wang dari Sekarang adalah sebuah buku yang  mengenai skop asas dalam pengurusan kewangan yang lebih Islami.  Selain itu, Rancang Wang dari Sekarang juga membimbing kita mengenal pasti dan lebih berwaspada semasa meneliti tawaran yang tidak realistik di sekeliling kita.  Ini adalah senario yang sering kita temui tidak langsung ( tawaran face to face ) atau godaan melalui email.

Buku Rancang Wang Dari Sekarang ditulis oleh Pakdi pengasas forum BicaraJutawan.com. Pada tahun 2009, Pakdi menerbitkan ebook edisi terhad secara percuma bertajuk, “Mari Belajar Cashflow; Panduan step-by-step Menjejaki ke Mana Duit Anda ‘Hilang’ Setiap Bulan … dan Apa yang Anda Boleh Buat Untuk Mengatasinya.”

Selain menulis, Pakdi juga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan keusahawanan, pengurusan kewangan dan juga pelaburan sama ada untuk orang awam, pelajar universiti, badan kerajaan dan juga syarikat korporat.

Saya mengikuti blog Pakdi sejak beberapa tahun dan banyak  info juga perbincangan dengan komentar di blog beliau banyak membuka minda saya mengenai pengurusan kewangan yang baik supaya tidak terus lemas dalam kesesakan masalah kewangan.

Saya sangat-sangat berharap adik -adik saya yang dikasihi semua dapat membeli buku ini dan mengetahui ilmu mengenai kewangan bukan untuk subjek peperiksaan tetapi untuk pelajaran hidup yang kita lalui setiap hari.

Buku ini berharga RM 17.50 dan boleh dibeli di kedai-kedai buku MPH, BookCafe.com.my , pts.com.my atau melalui Pakdi sendiri di Buku @ Pakdi.net

Rancang wang anda dari sekarang, sebelum akaun bank kering kontang.

©kujie – buffered Nuffnang berkepuk-kepuk, tentu lebih berkat kalau digunakan untuk membeli bahan bacaan yang berfaedah…kan…kan!:lol: mungkin earnings Nuffnang boleh dijadikan modal untuk projek lagi besar selepas membaca buku ini…

Edit: Pakdi baru melancarkan satu ebok baru bertajuk Panduan CashFlow

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Benar dan setuju benar kata Pakdi tu. Rancang wang perlu bermula sekarang. Jangan bertangguh. Terima kasih kerana berkongsi info ini.

    Saya teringat pesanan daripada buku Nota Jutawan, Nota Kewangan hasil tulisan Dr Irfan Khairi menyatakan “Berjaya dalam kewangan BUKAN sekadar berjaya memperolehi pendapatan yang baik, TETAPI berjaya mengawal ke mana perginya pendapatan tersebut.
    Jom terjah post menarik dari Ariez ..Asas Penetapan Matlamat Hidup – Cakap Senang, Buat pun SenangMy Profile

  2. buku ni sangat sesuai untuk dihadiahkan bagi pasangan yang baru berkahwin… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari student ..Rancang Wang dari SekarangMy Profile

  3. Terima kasih kak. Semoga buku ini dapat membantu.

    Memandangkan sudah banyak kedai buku yang mula menjual buku ini, maka saya merancang untuk habiskan stok yang ada sahaja untuk dijual sendiri dan dihantar melalui pos. Kalau habis, kena hadir ke seminar untuk dapatkan autograf 😉

    Pakdi

  4. cari kt mph last week, tak sampai store lagi…
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Jelitawan HartanahMy Profile

  5. akak dah lama mengikuti pakdi…sejak bicarajutawan lagi…
    mmg pakdi bnyk memberi info…
    tkasih kujie..tkasih pakdi..tkasih intenet…ehhhee

    tkasih Allah…
    Jom terjah post menarik dari kakzaa ..blog baruMy Profile

  6. menarik ni, sekarang ni pun sy masih lagi terkial-kial nak rancang kewangan, banyak guna khidmat nasihat dari wife je untuk manage duit bulan2
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Senarai 16 pasukan layak ke pusingan kedua piala dunia 2010My Profile

  7. saya pernah download ebook cashflow pakdi.
    memang terbaek dan lengkap bagi saya.
    tapi sayang dah hilang dalam hdd.
    bila kak jie sebut balik pasal ni baru teringat
    dari mana saya download. thx kak jie

  8. Kak jie..ape isi nya.. sharing2 skit.. bab2 duit nak jimat ni memang suka..
    Jom terjah post menarik dari Daleela ..My Mind is the Scene of the CrimeMy Profile

  9. Aku pernha dtg dia nyer mini seminar kewangan. memang sempoi Pakdi ni. Banyak mende aku belajar walaupun basic things.
    Jom terjah post menarik dari zam ..Pusingan kedua 16 – World CupMy Profile

  10. buku yang bagus untuk dijadikan panduan, rancang kewangan dari mula jangan dah terlanjur baru nak berpatah balik, tapi kalau sedar dan berpatah balik ok juga dari yang tak sedar2 untuk berpatah balik.. good job kak jie
    Jom terjah post menarik dari eiman ..Keputusan Flip Flop Kerajaan Malaysia Tidak PerluMy Profile

  11. Buku ini bukan saja untuk orang baru mula hidup, tapi orang yang dah lama hidup ‘menderita’ pun kena cuba ni.

    Nice blog Kujie, sudah linkkan di blog marhaen saya. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Yuda di Padang Maya Dapatkan di Pesta buku PKNS Shah AlamMy Profile

  12. hah bagus nie, sesuai dgn saya nie yg suke boros nie
    Jom terjah post menarik dari CikLilyPutih ..Indahnya Hidup IniMy Profile

  13. Saya rasa saya pun kena beli dan baca buku ni, bukan setakat adik-adik yang baru kenal hidup. maklumlah, ada sesetengah kelemahan kita yang perlu bimbingan untuk dibaiki.

    p/s- Buffered berkepuk-kepuk… seronoknya dengar.. 😉
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Diskaun 15 penghabisan stokMy Profile

  14. wahh.. agak best~!!! nak cari kat popular la sat lagi. 🙂 thanks kak jie~
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..Gathering GengbloggerMy Profile

  15. satu perkongsian yang menarik ni..kadang2 wang ni tak pernah nak cukup..hehe
    Jom terjah post menarik dari Thoha ..Melahirkan Keikhlasan Dalam DiriMy Profile

  16. best2! nak bli nanti… bli buku buat hadiah bday kawan2 sedara mara n dapat la claim income tax!
    Jom terjah post menarik dari cik cloudy ..Nombor MautMy Profile

  17. bagus jugak kan kalau menyimpan duit dari sekarang..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..dah lama sangat tak menyimpan dengan jumlah yang banyak..sebab bila ada je duit mesti cepat habis.
    Jom terjah post menarik dari Piston Pecah ..Love Vs MarriageMy Profile

  18. boleh jenguk2 ni… masalah kewangan sama taraf dengan nyawa2 ikan..
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Pelam Raja – Bukan kisah Dang Anum yang dibelah perutnyaMy Profile

  19. Yang takde earning lagi patut beli rasanya.. (cakap kat diri sendiri).. 😆
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Abang Sasa Takde Budi BahasaMy Profile

  20. Ok, esok nak pergi ke kedai buku, nak cari buku ni, tak la mahal sangat kan. Tak tahu lah kalau Popular Bookstore ada ke tak. Kat Miri ni ada Poplular je. Nak2 bukan semua publisher Popular nak jual.Kalau tak ada, online purchase la jawabnya
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Perak Delights 2- Taiping Lake Garden -amp Taiping Zoo Night SafariMy Profile

Trackbacks

  1. […] Kujie2.com ————————— Catatan: Pakdi, Penulis buku Rancang Wang Dari […]

  2. […] orang akan mendapat senaskah buku Rancang Wang Dari Sekarang yang ditulis oleh […]