Jangan Percayakan Yahoo
Panduan

Jangan Percayakan Yahoo

Dapat email dari Yahoo untuk upgrade akaun?

Rasanya ramai rakan pembaca saya yang mendapat email pengesahan dari Yahoo untuk menutup akaun Yahoo sekiranya kita tidak verify email yang dikirimkan.  Benda ni sama saja dengan email dari pihak bank yang meminta untuk disahkan akaun melalui email.

Paling kerapa saya dapar email dari RHB Bank sedangkan saya tak ada pun akaun dengan RHB.  Email menang hadiah dari Air Asia dan Firefly pun ada.  Kalau semua tu belum, dah kaya raya tak perlu mengadap blog untuk dapatkan duit. ha ha ha…

Pleaselah jangan cepat sangat percaya dan klik link yang diberikan.

Idea scam ini mungkin datang dari pihak Google yang sedang menghantar email meminta pemilik akaun mengaktifkan Custom URL Google+.  Email yang Google hantar untuk verify Custom URL Google+ tu memang betul, saya sendiri telah melakukannya.  Baca di sini – Tukar Custom URL Google+

 

email yahoo alert palsu

Letak cursor kat link tersebut ( Click Here To Upgrade )  dah lihat status bar kat bawah… itu link yang diragui.

yahoo alert palsu

Kalau baca email melalui telefon, penerima email yang dipaparkan tu kita dah boleh nampak email ini adalah palsu. Satu perangkap.

Perkara email palsu ini berlaku berkali kali , dari dulu kini dan …………….

Saya tahu ramai pengguna internet yang celik dengan perkara ini tetapi jangan lupa setiap hari kita MASIH melihat ada juga yang terkena jerat tersebut.

Jangan percayakan email palsu ini dari Yahoo.  Hapuskan terus.

Selamat berhujung minggu!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Jangan Percayakan Yahoo

  1. setiap emel rasmi sesuatu company tu mesti nama dia ada hubung kait dengan company mereka.
    selalu berlaku kepada mana mana orang,setiap dari kita kena celik it,jangan sekadar online hanya bukak facebook dan cari gadis/lelaki untuk bercinta
    buka youtube sekadar menonton cerita korea
    tu sebab saya lebih rela guna gmail dari yahoo
    gmail lebih selamat walaupun ada majoriti kata yahoo lebih selamat ,tapi dari pengamatan saya gmail lebih selamat…
    Jom terjah post menarik dari ishak hasimi ..Gambar Mikha Tambayong Ketika Kanak KanakMy Profile

Comments are closed.