Petua Mengelak Kucing Berak Merata-rata
Kucing

Petua Mengelak Kucing Berak Merata-rata

Ramai orang suka kucing tetapi bukan semua orang boleh bersabar dengan berbagai kerenah tak dijangka seekor kucing.

Edit terbaruk – Petua Elak Kucing Berak Merata Gunakan Cuka ( klik )

Saya bukan ‘penjaga sah ‘ kepada 8 ekor kucing yang berkeliaran di sekitar rumah ini, tetapi saya ‘tak sampai’ hati untuk menghalau mereka. Sudah ditakdirkan kucing² ini akan habiskan kehidupan mereka bersama kami, terima sajalah.

Saya tak ada masalah dengan kucing² tersebut. Mereka tak bising, kurang bergaduh, jarang masuk ke dalam rumah ( sesekali tu adalah…. nama pun binantang ) tetapi satu masalah biasa adalah berak merata-rata.

Sesekali ada juga dia berak atas sofa atau katil anak-anak, tetapi itu salah diri sendiri kerana keluar rumah dan terkunci kucing di dalam rumah. Maklumlah kucing² kami tak bersuara, kalau dia ada dalam rumah, diam di bawah meja atau di hujung ruang tamu, langsung tak sedar.

Biasanya kucing berak di atas rumput halaman rumah atau di tepi pagar. Ditiup angin, semerbak bau tersebar menusuk hidung.

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Saya ada petua yang diturunkan oleh seorang kawan untuk mencegah kucing kita sendiri atau kucing jiran membuang najisnya merata-rata di luar rumah. Tepi pasu , celah pokok , tepi pagar rumah atau rak simpanan kasut.

Caranya, ambil minyak masak yang telah digunakan. Maksudnya minyak masak yang telah kita gunakan untuk menggoreng ikan. Percik-percikkan minyak tersebut di sekitar tempat yang menjadi port kegemaran untuk kucing melepaskan hajat.

Secara logiknya, kucing tidak akan berak di tempat dia makan. Kucing pun tau jaga persekitaran… ok. Kalau tempat tu ada bau-bau ikan ( dari minyak gorengan ikan ) dia tidak akan berak di situ.

Cubalah…. tapi kalau kucing yang hanya makan makanan diproses, saya tak pastilah dia kenal ke tidak bau ikan. Kucing-kucing saya kucing tempatan, makan nasi dengan  ikan yang ditumbuk saja.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

39 thoughts on “Petua Mengelak Kucing Berak Merata-rata

  1. Salam cik. Mungkin saya boleh satu produk utk menghalau kucing dari berak merata2 ni terutama sekali kucing jiran, kucing mendatang atau kucing liar. Boleh gunakan produk menghalau kucing ” stray cat repellent” dari Jepun. Produk ni mengeluarkan bau yg nenyebabkan kucing menjadi x selesa & segera beredar. Yg penting murah, mudah & tak menyeksakan binatang.
    Harap dapat menyelesaikan masalah semua

  2. salam

    ni petua dari saya.. saya curahkan air basuhan ikan kat dalam pasu, sbb kucing liar suka berak kat c2. confirm kucing tak pergi berak dah..kucing plak confuse..mungkinkah ikan-ikan berlegar-legar dlm pasu.. hihi… tapi lalat pulak yang mai

    petua minyak ikan tu saya aka cuba,, belum try lagi.
    Jom terjah post menarik dari Nazifa ..Mut Mut Penawar AjaibMy Profile

  3. Sy shah from peneng..
    saya ada masaalah dgn kucing jiran..selalu sangat berak dekat rumah..malah atas seamen pun dia berak, dh tk larat nk gaduh dgn jiran pasal kucing…sampai sekarang ni kami tk brtegur sesiapa..
    ada tak tip-2 yg brnas..sebab banyak sgt cara yg saya guna hanya tinggal nk bukus semua kucing tu je yg masih belum nk buat…dh la bela kucing 10 ekor, time berak je p rumah aku….mau tk marahsampai rumah pun dh mcm toilet je bau…
    please tell me, what can I do..

  4. saya ni baru blajr nk bela kucing,,ambk la sekor dari kawan kt tempat kija,,,mula2 trsangat la gumbira sbb dia membuang kt dlm bilik air….sennag hati la kononyer,,tp ari ni sya konfiden dia akan berak kat tempat sama,,tapi sangkaan sya silap,,habis langsir ngn kapet sya,,apa lg,,ngamuk sakan la,,,sya trus la cuci,,dgn dia2 sekali sya cuci,,,pas ni kena letak dlm bilikair jer la kalu nk g kija,,,,,adoii sakit ati,,sakit pala,,,,dok cerita ngn kwn2 yg kucing sya ni bagus,,,,allah nak uji sya la nih,,,allahukbar…….

  5. Dulu ada kucing kampung selalu berak kat tepi pintu rumah,saya letak serbuk kari ikan,memang menjadi,kucing tu tak datang dah,dia berak kat rumah jiran lain pulak.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Adeh! KakMy Profile

  6. Assalamualaikum,
    Terima kasih, kak jie…saya memang sangat-sangat memerlukan petua ini. Kucing buat port betul-betul depan pintu pagar rumah…kalau pi simbah racun serangga atau ritset, dia pindah ke pasu bunga pulak.

    Harap2 petua ni akan menyelesaikan masalah saya.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Video Debat PTPTN Khairy vs RafiziMy Profile

  7. sama la macam kucing2 yang ada kat rumah saya ni..datang melepak dan menjadikan tandas je..
    tapi kalau diorang punya berak tu saya tak kesah lagi la sebab senang nak dibuang, paling tak tahan kalau bab kencing tu..pancut sana sini..dah la susah nak hilangkan baunya..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Wordless Wednesday – TV 5DMy Profile

    1. entah…. ada ke tidak kucing yg tak kenal bau ikan
      sebab tak ada kucing yg dibela utk pet…yg ada kucing kampung yg datang tanpa dijemput, pergi tanpa ditangisi….kami mcm berkongsi hidup bersama je
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tips pengubahsuaian jubin rumahMy Profile

    1. uik..sempat nak tangkap kucing ukur panjang ekor tu

      kalau kucing liar, kucing jiran yang nampak kita je memecut larinya, susah juga

      tapi petua ini pertama kali dengar, terimakasih berkongsi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Alasan Pelik Kenapa Rasa Letih My Profile

  8. ada tak tips untuk kita setkan tempat dia berak? maksudnya bia dia belajar, kalau nak berak je, pegi keluar… si kucing saya ni, walaupun pintu dah terbukak.. dia mesti nak berak kat luar… tips kat atas ni mungkin berkesan untuk dia tak lagi berak kat satu tempat tu, tapi takut die pindah tempat lain pulak.. kalau tempat lain tu kat luar ok la.. kalau dia pindah g masuk almari baju? mau jadi tomyam kucing saya kerjakan.. hahaha
    Jom terjah post menarik dari alongxp ..10 kapal berhantuMy Profile

Comments are closed.