Hulu-Terengganu-Hydroelectric-Project

Tukar Maxis Postpaid Ke Celcom Prepaid

Kronologi Celcom- Maxis Dan Maxis-Celcom

1. Saya telah bertukar dari Celcom Pospaid ke Maxis Postpaid pada Oktober 2012. Sebabnya adalah kerana kawasan Hulu Terengganu ( Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu) pada masa tersebut tiada liputan Celcom. Hanya ada Maxis, itu pun tempoh ada liputan sama banyak dengan tempoh tak ada liputan. Kejap ada kejap tak ada. Kalau biskut pun dah lama lemau.

2. Proses berpindah dari Celcom Ke Maxis dikenakan bayaran RM 30.00. Boleh baca entri tersebut di sini – Proses Menukar MNP Celcom ke Maxis

3. Beberapa bulan lepas, Celcom telah masuk ke kawasan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu dan telah memasang menara telekomunikasi mereka sendiri. Memandangkan talian Maxis di situ juga bukanlah tip top, sekali lagi proses penukaran pengendali talian telekomunikasi dilakukan. Kali ini bertukar dari Maxis Postpaid ke Celcom Prepaid.

4. Pergi ke mana-mana cawangan Celcom, isi borang dan selesai. Tunggu dalam masa 24 jam untuk mengaktifkan talian.

5. Tiada bayaran dikenakan!

Hulu-Terengganu-Hydroelectric-Project
Inilah lokasi di tengah hutan Semenanjung Malaysia yang liputan talian telefonnya seperti biskut.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Tukar Maxis Postpaid Ke Celcom Prepaid”

  1. rumah kat johor line maxis dah problem sikit2, internet pun sama.
    call saya guna maxis prepaid, internet celcom prepaid. zaman2 student lepas prepaid je la mampu. bila internet kat batu caves ni, celcom prepaid pn kadang2 problem (lepas hujan).

    tapi tukar maxis ke celcom tak bayar ek, menarik2. 😀
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Diskaun 50% Bagi Sesi Post Wedding PhotographyMy Profile

  2. Saya pun cadang nak tukar dari Maxis ke Celcom tapi, tengok plan yang dia offer tak berapa nak memuaskan. Jadi sekarang KIV dulu.

    1. Keperluan sgt mininim di sana
      .. talian telefon bukan 24/7, kadang2 seminggu ada beberapa hari saja ada talian. Kadang2 berhari2 tak ada… jadi rugi kalau guna postpaid tapi tak ada coverage.

    1. Dulu Celcom pun tak ada kt situ. .projek dah 3 tahun lebih baru dia datang… sblm ni Maxis yg dulu berani masuk dalam hutan belantara tu… dia guna satellite.

    1. Sebenarnya dlm situ… sama je dua-dua. Bukan ada 24/7 pun.. kejap ada kejap tak … tp itu saja pilihan yg ada. Kena hidup sesuaikan diri dgn apa yg ada

Comments are closed.