Proses Menukar MNP dari Celcom Ke Maxis

 

samsung galaxy

Paling kiri S1 telah diJelly Bean dengan Android 4.1, S2 di tengah tak ada Sim Kad sebelum proses menaiktaraf. Sekarang S2 juga menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan meninggalkan S3 masih Android 4.0 Ice Cream Sandwich secara default…. kalau anak-anak dah celik IT,macam² dia orang buat sendiri.

Pernah gunakan MNP ? MNP = Mobile Number Portability Ingat iklan Harith Iskandar tu?

MNP ialah  kemudahan alih nombor yang membenarkan pengguna boleh menukar pengendali talian telekomunikasi masing-masing pada bila-bila masa tanpa perlu mengubah nombor telefon sedia ada.

Saya adalah pengguna pra-bayar Celcom sejak zaman ART 900 menggunakan nombor awalan 010. Sebab utama saya setia dengan Celcom adalah liputan. Saya bukan tinggal di bandar yang memberi banyak pilihan untuk  memilih syarikat rangkaian mudah alih sesuka hati.

Pada pendapat saya, semua syarikat rangkaian mudah alih ada kebaikan dan kekurangan masing-masing bergantung dimana lokasi kita berada. Perbandingan harga akan menjadi perkara kedua selepas membuat bandingan liputan pada lokasi pengguna.

Tak berbaloi untuk memilih yang termurah sedangkan liputan nyawa-nyawa ikan.

Berbelas-belas tahun bersama Celcom, tiba-tiba suami saya bertugas di satu lokasi dalam hutan yang hanya syarikat Maxis saja mempunyai liputan. Itu pun sangat  terhad melalui satelit.

Kawasaan kerja meliputi radius 10 kilometer tetapi liputan hanya sekangkang anak kera disekitar pejabat tapak projek. Mereka gunakan walkie talkie untuk berkomunikasi di dalam kawasan kerja. Untuk menggunakan talian telefon dengan orang di luar, perlu berada di kawasan pejabat tapak projek dan kawasan rumah pekerja.

Nak tak nak , saya terpaksa membuat MNP salah satu nombor Celcom yang ada ke Maxis.

Bagi pengguna biasa, anda hantar perlu ke cawangan Maxis dan isi borang untuk membuat perpindahan syarikat pengendali telekomunikasi mudah alih tanpa menukar nombor yang sedia ada. Tetapi nombor yang saya ingin tukar adalah subline.

Saya ada 2 nombor dalam satu akuan – A sebagai mainline dan B sebagai subline. Untuk menukar B kepada syarikat lain saya perlu jadikan B sebagai mainline.

Pergi ke Celcom, pisahkan dua nombor ini kepada akaun yang berasingan. Untuk maklumat, seorang penama boleh mempunyai lebih dari satu akaun.

Selepas akaun dipisahkan, B menjadi mainline tunggal.  Kemudian  pergi ke Maxis untuk membuat proses penukaran pengendali talian telekomunikasi.

Untuk membuat penukaran MNP , pergi ke cawangan Maxis dan isi borang.

Pilih plan yang dikehendaki. Saya masih memilih plan pasca-bayar.

Kemudian tunggu SMS untuk memberitahu supaya menukar SIM kad kepada Maxis. Sebelum mendapat SMS ini, jangan tukar Sim Kad .

Saya perlu bayar RM30.00 untuk bertukar dari Celcom ke Maxis.

Satu atau dua hari kemudian , kita akan dapat SMS untuk mengaktifkan SIM Kad Maxis. Selepas tukar, ada tempoh 2 jam sebelum boleh digunakan perkhidmatan seperti biasa.

Apa syarikat pengendali komunikasi korang? Kongsilah baik dan buruk menggunakan syarikat tersebut. Mesti pataripatmalam cerita tak habis, kan… hihi

Kami mula menggunakan telefon bimbit pada tahun 1991 dengan Motorola 8500 yang sebesar batu bata. Beg tangan sayalah yang menjadi tempat untuk disorokkan kerana orang ingat kami bawa air dalam botol budak-budak.

  1. Pingback: Tukar Maxis Postpaid Ke Celcom Prepaid | kujie2.com

  2. Mula2 guna hp dulu (2002), saya guna hp jenama alcatel one touch easy second hand je. Masa tu hp tu cuma mampu terima gelombang GSM900 dan ketika itu plak hanya celcom (019) dan maxis (012) je yg menawarkan perkhidmatan ini.
    Kebetulan masa tu tidak spt hari ini, harga starter packnya boleh buat bayar ansuran motor kapcai. Saya masih ingat lg, pada mulanya, saya bercadang nak guna talian maxis, tp oleh krn harga starter packnya masa tu bernilai RM234.00, saya terpaksalah guna celcom yg harga starter packnya lebih murah, yakni RM140.00 sahaja.
    Tapi yg peritnya plak, ketika itu celcom menggunakan sistem teknologi dwikad, akses rangkaian dan kredit panggilan. Masa tu plak nilai terendah bagi dua2 kad ini adalah RM50.00 utk tempoh 30 hari. Azab beb!!

    • Hurmm…seingat saya dulu 2001 macam tu..celcom tak popular lagi sebab masa tu ramai pakai TMTouch (013)…sebelum di tukar ke celcom.. dan TIMEcel (017) yg ditukarkan kepada maxis…

      P/s: teringat zaman tu pakai nokia ada antenna, nokia butterfly 7210, 8210, 3210 (game snake), 3310..tapi skarang dah pupus… 🙁

  3. saya pakai celcom…kemudian pakai maxis saja nak try then tukar ke maxis balik..kecewa dengan maxis…agen yang saya daftar tu tipu….saya mintak pakej lain dia buat pakej lain… terpaksa la jugak bayar…walaupun tak guna.

    Saya puas hati dengan celcom…kalau lebuhraya timur barat. Line maxis takde, celcom full bar.
    Jom terjah post menarik dari AlamHati ..Boyfriend Baru??My Profile

  4. Sejak pertama kali memiliki telefon bimbit, Ericson Hotline 010, baterinya sebesar begtangan makwe masa tu, ke NOKIA Cityman, ke NOKIA 2110 ke Nokia Banana (8110), NOKIA Banana GSM, NOKIA 8850, ke NOKIA e5, NOKIA E7 dan terkini iPhone 4 dan iPhone 4s serta iPad 4G…saya menggunakan perkhidmatan MAXIS.

    Nota:- Dulu saya pekerja Binariang Sdn. Bhd.

  5. Oh maza masih setia dgn Celcom utk cakap2..
    utk bermain layar2.. maza gunakan Maxis broadband.. hehehe

    cuma kebelakangan ini talian broadband itu mcm nyawa2 ikan juga.. kejap ijaw, kejap bilu lorrr.. kekadang langsung lampunya tak nyala2.. aderkkkk

    nak kena babap ni.. uhuk!
    Jom terjah post menarik dari maza ..Pantang larang cermin sisi motorMy Profile

  6. sy 3 kali buat MNP kak..dr celcom (prepaid) ke digi (postpaid) n skang setia ngan maxis (postpaid)..tp hajat di hati rs nak tukar balik ke celcom semula..hehe

    • kalau akaun tunggal..tak ada masalah , pi saja mana2 cawangan
      tapi nombor yang kak jie nak tukar tu dia subline – dok dalam satu akaun dengan nombor yang nak dikekalkan.

      pasai tu proses dia kena pi sana kena pi sini… kena buat step pertama jadikan dia mainline dulu.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Proses Menukar MNP dari Celcom Ke MaxisMy Profile