Belajar Cara Membuat Mee Kuning, Laksa Beras di Kolej Komuniti

Hari Sabtu , hujung minggu lepas, saya ikut rombongan cik kiah. Naik bas dengan rakan sebaya. Kami bukan pergi shopping periuk belanga kain baju ye… kami pergi belajar memasak.

Untuk kelas memasak kali ini, kami murid-murid tua dari Kolej Komuniti Hulu Selangor pergi berombongan ke Kolej Komuniti Sabak Bernam. Kelas sebelum ini , cikgu yang datang ke kolej kami….kolej kami tu !

Saya tak ikuti kelas sebelum ini, seorang kenalan blogger ada mengikuti kelas tersebut iaitu kursus pembuatan kek ikan, bebola ikan dan nugget, tauhu dadeh dan air soya . Dia satu group dengan kakak ipar saya waktu itu.

Bertolak jam 7.30 pagi dengan perjalanan 135 kilometer, kami tiba di HKSB hampir jam 10 pagi. Seronoklah sangat dapat naik bas berombongan macam ni…. entah berpuluh-puluh tahun tak merasa pengalaman seperti ini.

Seperti biasa, Intan menjadi murid paling muda. Memang dia nak ikut. Saya bayarkan yuran penyertaan bukan mengekor bawah ketiak mak saja. Dia ada sijil penyertaan untuk diri sendiri.  Dulu dia ikut kelas Kursus Asas Pembuatan Coklat dan Sulaman Manik dan Labuci.

Untuk pengetahuan, Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah institusi pendidikan yang menyediakan latihan dan kemahiran peringkat sijil serta kursus jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM(V)), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat.

Bagi saya diusia macam ini, kelas-kelas yang dianjurkan oleh kolej komuniti adalah pendidikan dan latihan sepanjang hayat bagi meningkatkan kualiti kehidupan. Dapat jumpa kawan baru dan bersosial dalam masyarakat dengan aktiviti yang berfaedah.

Untuk remaja atau lepasan SPM, Kolej Komuniti menawarkan kursus berbentuk formal dan tidak formal yang menitikberatkan kemahiran seperti:

  • Sijil Multimedia Kreatif (Animasi)
  • Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu
  • Sijil Automotif
  • Sijil Pelukis Pelan Senibina
  • Sijil Penyenggaraan Bangunan
  • Sijil Teknologi Elektrik
  • Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
  • Sijil Hotel dan Katering
  • Sijil Fesyen dan Pakaian
  • Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
  • Sijil Teknologi Pembinaan
  • Sijil Teknologi Maklumat
  • Sijil Perakaunan Perniagaan
  • Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
  • Sijil Penyaman Udara dan Penyejukan
  • Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
  • Sijil Rekabentuk Dalaman

Sijil-sijil ini sangat ‘laku’ dipasaran pekerjaan kerana pelajar mengikuti 70% praktikel dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan sebenar.  Yuran pengajian di Kolej Komuniti hanya RM200 satu semester.

Terdapat 70 buah Kolej Komuniti di Malaysia. Boleh hubungi kolej komuniti terdekat untuk mengetahui kurus yang ditawarkan di  Kolej Komuniti

 

Untuk program  kursus pendek hari ini, kami belajar pemprosesan mee kuning, laksa beras, kuew teow , putu mayam dan cendol.

Resepi  dan bahan disediakan.  Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pensyarah, kami memulakan proses mengikut kumpulan masing-masing.

 

Selepas tepung beras di uli, di masukkan ke dalam acuan dan dibentuk dalam rebusan air panas.  Mak-mak buat – sendiri pusing sendiri pegang tapi bila ‘budak bawah umur’ ni yang buat, kena ada pembantu tolong pegang, takut terbalik periuk berisi air panas.

 

Laksa yang siap direbut,dilalu pada air mengalir dan ditoskan.  Ada tips untuk dapatkan laksa yang cantik dan  mengelakkan laksa hancur dan putus-putus.

Jangan biarkan aliran air dari paip jatuh menimpa laksa.  Letak laksa yang baru diangkat dari rebusan di dalam besen dan alirkan air melalui bahagian tepi, jangan terkena terus ke atas laksa.

Kami buat kuew teow, buat putu mayam, buat mee kuning dan cendol.

Bila bersama rakan-rakan sebaya dari berbagai latar belakang dan pengalaman, banyak tips dan panduan yang diperturunkan secara tidak langsung.  Banyak petua-petua zaman dulu atau pantang larang yang dikongsi secara tidak langsung  sepanjang proses penyediaan.

Hubungilah kolej komuniti yang terdekat dengan tempat masing-masing…. kalau ada kursus yang sesuai, bolehlah ikut serta.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. masriya says

    salam kak..sya minat la dgn kursus2 buat mee ni.klau boleh mmg nk ikut serta.masalahnya saya skrg menetap di abu dhabi.n sgt ssh nk jmpa mee or kotiew.skrg still ade ke kursus2 cmni?mcmana sya nk join?

  2. mohd isnaini says

    salam

    kalau boleh lah boleh tak turun ilmu nak buat laksa tu
    ikut sukatan yang diajar di kolej komuniti tu

  3. elbi risalah says

    Kami di Homestay JKKK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor dah pun belajar macam-macam kursus pendak di Kolej Komuniti Sabak Bernam tu. Ilmu yang kami dapat kami tak lokek nak bagi tau kepada orang ramai terutama pelawat kami.

    Insya Allah pakej awal tahun 2013 nanti ada aktiviti buat mee kuning dan terus belajar buat mee goreng sekali. Lepas tu pelawat sama-sama makan !…

    Kalau anda belum pernah melawati website kami cuba-cubalah jenguk : http://homestayjkkk.blogspot.com

    Ok…selamat berkunjung !.

  4. Ahmad Alwi Bin Ibrahim says

    Salam semua,Minta izin mencelah, Khas untuk pelanggan sekitar Kota bharu/Wakaf bharu (Kelantan) dan lokasi berhampiran.

    Kami sedia menerima tempahan Mee Kuning (saiz lebih kecil/halus/nipis dari mee kuning biasa)

    Rasa lebih enak , mudah sebati & serasi dengan masakan anda dan lebih memuaskan hati. Pelanggan kami lebih gemarkannya.

    Yang paling penting ! Tanpa bahan pengawet.

    & Kami juga sedia terima tempahan Mee kuning Leper jika diminta.

    So, sesaper yang berminat untuk mendapatkannya , sila call “Kak Yah” untuk buat tempahan dulu yer , no kami nie : 09-7191877 @ 013-4433042.

    Lokasi kami di : Lot 1722,Jalan Lama, 16250 Wakaf Bharu,Kelantan.

    Salam. :D

    Kepada yang baru nak belajar buat mee kuning tuu , selamat belajar, moga maju jaya ! cayo cayo.. :D

  5. HasrulHassan says

    Hmm … baru2 ni dok apply nak hadiri beberapa kursus .. tak panggil2 lagi … :) cuma ada dapat panggila gi kursus kat ILP utk video editing …. byk gak ehh kursus kat tempat2 macam ni leh ambik terutama buat Mr Mama macam saya ni .. murah lak tu .. bayar rm20 je .. dapat sijil lagi ..
    Jom terjah post menarik dari HasrulHassan ..Entri Terbaik Mendapat Lebih 40,000 Google+1My Profile

  6. says

    kak ji.. kasi eloborate sikit “Letak laksa yang baru diangkat dari rebusan di dalam besen dan alirkan air melalui bahagian tepi, jangan terkena terus ke atas laksa.” cemana tu? instead curah air atas laksa…(bertakung air dlm besen tu ) or just lalu kan je air?
    Jom terjah post menarik dari Jiji ..Cerita pasal UFO dalam lukisanMy Profile

  7. says

    Uih. Ilmu sgt bagus ni kak. Mmg xpatut di bazirkan. Yuran pun xde la mahal mana. Sijil kolej komuniti mmg laku dari sijil memahal tu. Saya nak sgt tambah ilmu lagi bab coklat dgn pastry making. Bila? Wallahualam. :D

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge