Kursus Asas Pembuatan Coklat
Pengetahuan Am

Kursus Asas Pembuatan Coklat

Kalau semalam saya ikuti kelas membuat Pavlova ( klik link untuk mendapatkan resepi – Resepi Pavlova Dan Cara Membuatnya ) di Kolej Komuniti Hulu Selangor, hari ini kami belajar pembuatan coklat.

kursus pembuatan cokelat

Dengan yuran RM 20  ( 2 hari ), kelas dimulakan dengan demontrasi oleh cikgu pengajar dan praktikal sendiri. Kami diajar cara mengenal coklat, jenis coklat dan bandingan harga coklat di pasaran.

Semua bahan disediakan dan semua coklat yang dibuat, boleh dibawa balik.

Saya bawa balik hampir sekilo coklat dengan berbagai rupa dan rasa. Tapi tak cantiklah , baru pertama kali buat.  Teknik belum mahir, tangan masih keras membentuk kreativiti.

Coklat ini, kalau seketul dua memanglah sedap sebab boleh berebut² tapi kalau dah berlonggok depan mata, anak² pun dah tak heran. Siap kena offer… ‘makanlah coklat mama buat ni………… makanlah… makanlah…’

Banyak tips dan teknik yang boleh dipelajari bila menghadiri kelas  apalagi bila ada sesi soal dan jawap.  Cikgu dan pelajar masing² berkongsi infomasi.

Cuti sekolah minggu depan Intan pun akan hadiri kelas sulaman manik dan labuci.  Saya pula ada kelas memasak chiken cordon bleu dan mushroom soup.

Seronok dapat isikan masa dengan aktiviti seperti ini.  Kalau korang nak, cuba telefon kolej komuniti terdekat untuk mengetahui kursus yang ditawarkan.  Antara beberapa contoh kursus pendek yang terdapat di Kolej Komuniti Hulu Selangor ialah Sulaman Manik dan Labuci , Frozen Food , Sulaman Reben , Pembinaan Papan Tanda Props Serbaguna Menggunakan Acrylic , Outdoor Fotografi , Penghasilan Kek Ikan, Bebola Ikan, Tauhu dan Air Soya malah ada kursus Membaca Al-Quran Teknik Al-Baghdadi dan Tajwid .

p/s – pemilik blog tidak bertanggungjawap sekiranya kunjungan anda ke blog ini akan menyebabkan kelenjer air liur merembes lebih dari kadar biasa.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Kursus Asas Pembuatan Coklat

  1. Assalam..
    Terbaik la pesanan kat bawah tu….
    Ada juga cuba cari2 kursus yang ada di kolej komuniti terdekat…yang ada pembangunan laman web je…
    Jom terjah post menarik dari iza ..Abloy PadlockMy Profile

    1. Giat Mara pun ada kelas, cuma tatau terhad utk umur remaja saja ke
      yg kolek komuniti mmg khas utk masyarakat setempat

  2. salah satu impian saya nak ada bakery shop. tapi saya tak reti buat roti atau kek. oleh itu saya akan cari isteri yang pandai buat kedua-duanya.

  3. yeay..saya dah register..harap dengan ilmu yang dapat ni nanti saya boleh kerja dari rumah..sebab saya nak sangat mengasuh anak sendiri..walau ada degree saya rasa tak jatuh martabat saya dengan buat kerja sambilan saja..biar la apa org nak kata..

  4. coklat adalah makanan paling lezats sedunia. Apapun olahannya pasti sedap.

  5. Anak2 bila dah banyak memang mereka tak usik..kak Jie kena wat kontest ni Siapa makan biskut cokelat Mama dapat hadiah…hehehehe…

    Kalau dekat ni wife saya mesti nak ikut sama…murah bayaran nya..berbaloi2…
    Jom terjah post menarik dari azman ..Grafiti yang bagusMy Profile

    1. kebetulan adik ipar datang, adik bongsu pun datang… adalah orang nak makan.
      kebetulan lagi…murahnya rezeki kami hari ini – jiran yang buat kenduri kahwin hantar 2 beg plastik nasi dan lauk pauk…. rasanya cukup utk kami seminggu. Ya Allah…syukur rezeki hari ini.

      p/s – tanyalah kolej komuniti yg terdekat. Dia ada jadual kursus pendek.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Resepi Dan Cara Memasak PavlovaMy Profile

Comments are closed.