Binatang dalam Al-Quran

Pagi tadi dengar kicau burung. Meriah bertasbih  memuji nama Allah. Pernah dengar bunyi burung taktibau? Kalau nak dengar klik sini [ sini ] . Dengan susah payahnya untuk dapat merakam bunyi burung istimewa tersebut.

Pagi-pagi otak fresh, mula terfikir yang bukan-bukan.  Saya mula membilang nama-nama binatang yang disebut di dalam al-Quran.

Antara haiwan yang banyak disebut di dalam al-Quran ialah burung.

Burung hud-hud berperanan sebagai peninjau yang membawa balik berita mengenai sebuah negeri, Sabak dalam sirah Nabi Sulaiman.

Burung gagak telah dikirim oleh Allah kepada seorang anak Adam untuk mengajar cara mengebumikan mayat saudaranya yang dibunuhnya.

Burung puyuh (salwa), yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya semasa dalam pelarian dan ia akan menjadi satu daripada hidangan yang diinginkan di syurga.

Gajah - Allah telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah.

Penguin penghuni kutub

Penguin penghuni kutub


Unta pula merupakan haiwan yang agak luar biasa. Bagaimana ia dicipta harus direnungkan.   Cara unta minum air apabila kehausan, menjadi misalan perbandingan kepada bunga api daripada api neraka dan kepada penghuni-penghuninya yang minum air mendidih.

Unta melintasi lubang jarum! Begitu mustahilnya bagi orang-orang yang mendusta dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah untuk masuk ke syurga.

Keldai – Kisah ‘Uzair yang ditidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun dan dihidupkan semula oleh Allah bersama keldainya.

Kuda – ditunggangi dan dijadikan sebagai perhiasan dan menjadi salah satu yang diinginkan oleh hawa nafsu dalam kesenangan kehidupan dunia oleh manusia .

Sulaiman a.s. sangat menyayangi kuda. Kuda-kuda adalah aset penting dalam ketenteraan negara.

Lembu – disebut dalam kisah tiga Nabi, iaitu Ibrahim, Yusuf dan Musa. Nabi Ibrahim telah menghidangkan seekor anak lembu panggang yang gemuk apabila malaikat datang untuk berjumpa dengannya .

Nabi Yusuf telah menghuraikan mimpi raja yang mengandungi lembu.

Biri-biri – Nabi Daud telah diminta untuk mengadili dua orang yang bersaudara yang berselisih mengenai biri-biri betina.

Babi – Sifat babi tidak disenangi, kerana orang-orang yang Allah melaknatkan umpama mereka beruk dan babi.

Anjing – haiwan yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi tidak diharamkan Allah.  Seekor anjing bernama Qitmir di sebut di dalam al-Quran

Beruk – telah diceritakan bersama babi tadi, iaitu orang-orang yang dilaknati dan dimurkai Allah dijadikan haiwan yang dua itu.

Ular - disebut sebanyak lima kali di dalam al-Quran. Kesemuanya mengenai tongkat Nabi Musa yang menjadi ular apabila dia melemparnya.

Semut – dalam kisah Nabi Sulaiman yang terdengar semut bercakap untuk masuk ke dalam sarang supaya tentera Nabi Sulaiman tidak memijaknya kerana tidak sedar.

Ikan – Kisah Nabi Musa Yunus ( terimakasih Iza yang email & Denaihati yang betulkan fakta – otak ingat lain, tangan taip lain ) ditelan ikan nun. Doa yang sangat mujarab.

” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin”

Ada lagi, kan… bolehlah kita berkongsi bersama.

Post Lain Yang Berkaitan

36 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.10.16 09:08, iza menulis:

    Wah best tazkirah pagi Jumaat.Best ni. BuraQ? sejenis burung gak ker Kak Jie? ker bukan binatang huhu.. disebut dalam surah Al-Israk ketika perjalanan israk dan mikraj junjungan besar Al-Amin (selawat ke atas baginda)
    iza´s last blog ..Raudhah, Nama Yang Indah… My ComLuv Profile

    • Pada 2009.10.16 09:09, cheryna menulis:

      tak brapa ingat…tp ntah kenapa ingat macam2 bila baca akak punya nieh. Good food for brain pg2, nieh kak jie. Alhamdulillah…dr dok dengar MP3, at least baca something yang useful pagi2 jumaat nieh:)
      cheryna´s last blog ..sha: rain of spaghetti meatballs My ComLuv Profile

      • Pada 2009.10.16 09:14, iza menulis:

        Ada lebah jugak dalam An-Nahl bila Allah suruh tengok cam ner lebah buat sarang di bukit dan pohon kayu. Hebatnya :cool:
        iza´s last blog ..Raudhah, Nama Yang Indah… My ComLuv Profile

        • Pada 2009.10.16 09:29, denaihati menulis:

          Jangan terlupa LEBAH dan LABAH-LABAH. Bukan nabi Musa tapi Kisah Nabi Yusnos yang terpilih untuk terjun laut kerana kapal sudah lebih muatan dan telah ikan paus kemudian dimuntahkan dan diberikan rezeki Labu untuk makan.
          denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan My ComLuv Profile

          • Pada 2009.10.16 09:34, denaihati menulis:

            Juga kisah seekor NYAMUK yang masuk dalam kepala Namrud dan tertinggal sebelah kepaknya di luar. Sakit kepala Namrud teramat sangat hanya berasa lega apabila diketuk kepala. Namrud telah memanggil rakyat untuk mengetuk kepalanya sehingga akhirnya Namrud mati dipukul oleh rakyatnya sendiri.
            denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan My ComLuv Profile

            • Pada 2009.10.16 09:41, eda menulis:

              sgt light entry k.kujie ni…melapangkn minda yg br je lps serabut ngn terrafic jam. I like!!! tp pening blk bile k.kujie kate “Ada lg, kan…” pening duk PK ape lg binatang2 tu…heheheee…

              burung ababil…dlm surah Al-Fil
              eda´s last blog ..Kembali Memandu My ComLuv Profile

              • Pada 2009.10.16 09:51, mrs azmi menulis:

                sarapan minda yang bagus kak jie! tq :)

                • Pada 2009.10.16 09:56, kruel74 menulis:

                  Qitmir tu yang dalam Al-Kahfi tu ke? Yg tidur dengan kekawan tuh?
                  kruel74´s last blog ..15Malaysia in Pusan My ComLuv Profile

                  • Pada 2009.10.16 09:56, Abang Long menulis:

                    Salam Syawal.

                    Dalam kesemua binatang itu, Abang long cuma teringin melihat BURAQ

                    • Pada 2009.10.16 10:13, zuls menulis:

                      best entry kali ni.. benda-benda macam ni jarang kita ambil peduli.. erk apa lagi ye.. ?
                      zuls´s last blog ..Tentang MyBloglog… Lima Perkara Yang Saya Suka My ComLuv Profile

                      • Pada 2009.10.16 11:44, AyKay menulis:

                        pernah diberitahu seorg guru yg bentuk Buraq yg seperti yg digambarkan semacam kuda bersayap dsbnya adalah dari kisah israeliyad yg tiada kesahihannya. kena cari ilmu lagi lah saya utk tambah senarai kak jie nih
                        AyKay´s last blog ..Himpunan kata-kata hikmah My ComLuv Profile

                        • Pada 2009.10.16 12:39, Lan Bingka menulis:

                          jangan menzalimi binatang, walaupun ia haram dimakan.. :smile:
                          Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul My ComLuv Profile

                          • Pada 2009.10.16 13:07, nikillas menulis:

                            Cicak yang tolong puak khafir tu.. pastu burung merpati yang tolong Nabi Muhammad S.A.W. tu..
                            nikillas´s last blog ..12 big apple donuts My ComLuv Profile

                            • Pada 2009.10.16 16:30, tekkaus menulis:

                              War…banyak haiwan yang disebut dalam al-quran kan! :)
                              tekkaus´s last blog ..Had Charbroiled Burger At Carl’s Jr My ComLuv Profile

                              • Pada 2009.10.16 16:57, Kujie menulis:

                                @iza, a’ha…betul tu ada lebah . terimakasih sms bgtau kesalahan tu :grin:

                                • Pada 2009.10.16 16:58, Kujie menulis:

                                  @cheryna, info ringkat yg terfikir waktu pagi…terimakasih burung…hehehe :grin:

                                  • Pada 2009.10.16 17:01, Kujie menulis:

                                    @denaihati, Betul tu..lebah dan labah-labah.

                                    Betul tu Nabi Yunos, sy mmg teringat nabi yunos tapi tertulis nasi Musa pula

                                    terimakasih, krn betulkan

                                    • Pada 2009.10.16 17:02, Kujie menulis:

                                      @denaihati, haiwan kecil yg kuat

                                      • Pada 2009.10.16 17:04, Kujie menulis:

                                        @eda, kadang2 dah siapkan list binatang2 tu rasa mcm tertinggal…. mgkn org lain yg boleh berkongsi

                                        burung ababil dlm kisah tentera gajah :lol:

                                        • Pada 2009.10.16 17:05, Kujie menulis:

                                          @mrs azmi, erkkk..nak claim nasi ayam trepik lite tu belum buka , jumaat katup :lol:

                                          • Pada 2009.10.16 17:09, Kujie menulis:

                                            @kruel74, ye, kisah al-kahfi

                                            • Pada 2009.10.16 17:13, Kujie menulis:

                                              @Abang Long, isshh….kita bayangkan dr kisah2 ustaz2 je

                                              • Pada 2009.10.16 17:15, Kujie menulis:

                                                @zuls, entri ringkas pagi jumaat…lagi pun kak jie sgtlah sibuk…

                                                • Pada 2009.10.16 17:16, Kujie menulis:

                                                  @AyKay, ilmu mmg tak akan habis…tiap hari ada saja yg akan kita jumpa, walau sekecil2 benda

                                                  • Pada 2009.10.16 17:17, Kujie menulis:

                                                    @Lan Bingka, betul tu..terutama yg selalu kita nampak..anjing

                                                    • Pada 2009.10.16 17:19, Kujie menulis:

                                                      @nikillas, cicak kat gua masa persembunyian , sarang burung merpati dan sarang labah2 :lol:

                                                      • Pada 2009.10.16 17:19, Kujie menulis:

                                                        @tekkaus, masing2 ada peranan tersendiri

                                                        • Pada 2009.10.16 20:04, Ismail N menulis:

                                                          Bagus info ni.. pengajian Al-Quran adalah satu topik yg menarik . Maybe patut di masukkan sebagai salah satu silibus option di sekolah.
                                                          Ismail N´s last blog ..Mengajar Tukang Komen Yang Biadap My ComLuv Profile

                                                          • Pada 2009.10.17 22:05, Kak Long menulis:

                                                            @iza,
                                                            Semalam kebetulan tengok rencana tentang lebah….
                                                            teringat kisah ni.
                                                            Kak Long´s last blog ..Pencalonan Blog Popular My ComLuv Profile

                                                            • Pada 2009.10.18 22:26, Ryehanna menulis:

                                                              Kucing takde dalam Qur’an ke ek?

                                                              Hmm….

                                                              • Pada 2010.07.20 15:08, jun menulis:

                                                                :mrgreen: tapi sapi ada kan dalam alquran

                                                              • Pada 2009.10.20 19:38, encik cancer menulis:

                                                                ehm..macam-macam yek rupanya..
                                                                encik cancer´s last blog ..Treatment of Breast Cancer My ComLuv Profile

                                                                • Pada 2010.01.02 08:33, Hazwan Hakim menulis:

                                                                  tq kak atas informasi yg berguni ini

                                                                  • Pada 2010.04.26 22:58, pencari menulis:

                                                                    perkongsian yg menarik.. lg menarik klu boleh sertakan ayat2 Quran berkenaan binatang2 yg disebut…

                                                                    • Pada 2010.04.27 19:57, fuza menulis:

                                                                      ye…anjing yg bersama ashabul kahfi yg tertidur selama 309 thn tu…

                                                                      • Pada 2010.07.20 15:46, Kujie menulis:

                                                                        Sapi tu Lembu lah sayang…

                                                                        (Diperlukan)
                                                                        (Tidak akan dipamerkan)
                                                                        CommentLuv Enabled
                                                                        Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                        Switch to our mobile site