Blogger Pun Boleh Mencarum Di KWSP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak berkongsi maklumat mengenai caruman KWSP ( Kumpulan Wang Simpanan Pekerja )  bagi orang yang  bekerja sendiri . Antara contoh pekerjaan sendiri ialah nelayan, pemandu teksi, pengasuh bayi, peniaga pasar malam, peniaga online , doktor , peguam , suri rumah dan banyak lagi.

Blogger juga termasuk di dalam kategori ini. Saya kenal beberapa blogger yang tidak bekerja tetapi mampu  mendapat hasil dari blog mereka.  Blogger yang mempunyai blogshop menjual tudung, biskut raya, telekung dan berbagai lagi perkhidmatan seperti web designer juga termasuk di dalam kategori ini.

Saya adalah suri rumah yang membuat caruman KWSP dan 100% caruman bahagian pekerja dan majikan adalah daripada suami. Di atas kertas, saya adalah suri rumah yang bergaji dan mempunyai caruman tetap setiap bulan.

Antara kebaikan apabila mempunyai caruman sendiri ialah saya boleh membeli rumah dan kereta atas nama sendiri selain daripada mempunyai jaminan kewangan di masa tua. Saya sangat-sangat berterimakasih kepada suami yang memikirkan kepentingan masa tua kami bersama.

Saya pernah membuat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan .  Untuk mengetahui caranya, klik link tersebut.

caruman kwsp

Pada pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri telah mengumumkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia untuk memastikan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. Kita boleh mencarum secara sukarela mengikut kemampuan dengan bayaran minimum caruman sebanyak RM50. Tiada had maksimum , boleh mencarum seberapa yang dikehendaki.

  • Kelayakkan untuk mencarum skim ini ialah warganegara Malaysia, bekerja sendiri dan menjadi ahli KWSP.
  • Untuk memohon, isikan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M)) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun dari laman web KWSP – www.kwsp.gov.my
  • Hantar borang yang siap diisi ke pejabar KWSP atau melalui pengeposan.

Setelah mendaftar sebagai pencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, buatlah caruman menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia – KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP.

Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau cek melalui ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB, PBB dan BSN.

Salah satu keistimewaan skim ini berbanding caruman biasa ialah kerajaan akan menyumbang sebanyak 5% dari jumlah caruman atau maksimum RM60 setahun dikreditkan ke akaun ahli dengan syarat berumur kurang 55 tahun. Sumbangan ini hanya untuk tempoh 5 tahun mulai tahun 2010 – 2014 sahaja.

Saya berharap kawan-kawan blogger memperuntukkan pendapatan online mereka di tempat yang betul sebagai sebahagian daripada persediaan kewangan menghadapi hari tua mereka .

Pencarum tak perlu risau kerana skim ini tidak disyaratkan menyimpan secara bulanan seperti pekerja di bawah Skim Simpanan Wajib KWSP.   Kita boleh mencarum bila-bila masa dan digalakkan secara berterusan dengan berdisiplin untuk membantu di segi kewangan dengan selesa di masa tua.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya nak mencuba lah..saya dah ada akaun KWSP..nak masuk jer skim caruman ni..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Stroke – Ya Allah Aku RedhaMy Profile

  2. mmg dah termakan hasutan ni… laju2 nak buka web kwsp 😉

    tq kakjie

  3. mfadhlan says:

    Tahniah kak kujie, surirumah yang berjaya. Kalau wife xnak kerja, boleh buat untuk dia..
    Jom terjah post menarik dari mfadhlan ..Logo Tercantik Sempena Sambutan Merdeka Ke-55My Profile

  4. berapa minimum umur nak apply?
    Jom terjah post menarik dari Oh! budu ..tutorial buat gambar terlekat di blogMy Profile

  5. aimannajmy says:

    saya sudah membookmark ini post!! hehe.. nanti saya pun nak mencarum jugak
    Jom terjah post menarik dari aimannajmy ..Berbuka puasa di Restoren Arabian MendyMy Profile

  6. terbaiklah…lepas ni takde alasan dah tak tau nak simpan kat mana…

    pelaburan yg berdisiplin…best terma ni…hehehe =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Senarai Pengusaha Buah Mahkota DewaMy Profile

  7. Tak tahu pula blogger juga boleh mencarum

  8. Blogger boleh mencarum kwsp ke? pembayaran yang satu lagi tu macamana?

    • Ini adalah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia bukan macam caruman bulanan biasa bagi pekerja yang bermajikan. Ada caruman bahagian pekerja dan majikan.

      Skim ini bayar sekali , contoh minimum RM 50 , tak ada bahagian lagi satu. Kita bayar satu bahagian saja. Sebab pekerja dan majikan adalah kita sendiri, bukan bekerja dengan orang lain.

      Blogger itu contoh saja… sebab kebanyakkan rakan pembaca saya seorang blogger. Tukang jahit, makcik kedai makan, pemotong rumput, peniaga pasar malam, pemandu teksi sendiri , penjual air tepi stesen bas, nelayan, penoreh getah,……….. dalam dunia ini ada banyak lagi pekerjaan yang melibatkan ‘kerja sendiri’
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pandelela Rinong Di Upacara Perasmian Sukan Olimpik London 2012My Profile

  9. wah langkah yang bagus…

  10. inilah langkah terbaik untuk diri sendiri dan keluarga….
    Jom terjah post menarik dari yusri ..Hari Ulang Tahun PerkahwinanMy Profile

  11. Ikhtiar Shah says:

    owh bagus ni.untuk masa depan simpan sikit minimum mencarumr m50.
    🙂
    Jom terjah post menarik dari Ikhtiar Shah ..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

  12. yup, saya dengan adik pun dah mencarum utk kwsp nih. kalau bukan utk diri sendiri dpt juga kebaikan utk mereka2 yg ada nanti
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Apa Jadi Dengan Cerita Eyriqazz VS DenaihatiMy Profile

  13. Hmm… peh ni kena pergi KWSP ah tengok proses dia macam mana 🙂
    Jom terjah post menarik dari Man2 ..Bahaya RokokMy Profile

  14. Saya tk mencarum lagi , insyallah nak sambung mencarun , dulu kerja bertahun2 juga
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..OST Takdir Qismah | Video Pedoman by NoraMy Profile

  15. kwsp memang best
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Tema | Isu Logo Rasmi Hari Kemerdekaan ke-55 tahun 2012My Profile

  16. Saya pekerja swasta dan memang diwajibkan mencarum ke dalam KWSP. Sebagai pencarum kita perlu bijak merencanakan perancangan hari tua dengan simpanan KWSP.

    Kalau dulu pihak KWSP ada skim pencen insuran saya sempat sertai walaupun ia telah sudah tiada lagi sekarang ini. Begitu juga dengan akaun 1 boleh digunakan untuk melaburkan unit-unit amanah. Ia boleh dilaburkan setiap 3 bulan. Bayangkan setahun 4 kali duit simpanan dilaburkan didalam unit tentu ia menguntungkan kerana tidak bergantung kepada 1 simpanan sahaja.

    Kita tidak boleh mengharapkan simpanan KWSP semata-mata tetapi ia adalah pilihan-pilihan yang boleh digunakan pakai selain simpanan ASB, ASN, Tabung Haji dan sebagainya.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : SharidawatiMy Profile

  17. memang terbaiklah kak jie dapat caruman selaku suri rumah..
    nampak cam boleh dijadikan tempat simpanan ni
    Jom terjah post menarik dari zool ..Memperbaharui domain-domain blogMy Profile

    • simpanan yang berdisiplin – tak ada peluang nak keluarkan sampailah waktunya
      satu lagi kelebihan… dengan penyata kwsp ini kita boleh mohon pinjaman perumahan dan kereta. sebab penyata kwsp membuktikan kita mempunyai pendapatan tetap.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Harga Setem Surat Biasa Dan Kad RayaMy Profile

  18. saya pun mencarum sendiri je.. untuk kegunaan masa depan.. tapi dah 2 bulan tak masuk duit sebab duit nak guna untuk kawin.. lepas kawin sambung balik mencarum.. hehe..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..10 Perkara Rosakkan Puasa RamadhanMy Profile

  19. wah….
    dah macam satu pekerjaan pula blogger ni..
    ehehehee
    Jom terjah post menarik dari mie ..Gambar Kebakaran Kapal MT Bunga Alpinia Di LabuanMy Profile

  20. Oh, nanti satu masa nak buat macam ni juga lah… heeee ^_^
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..EXAM STRESSMy Profile

    • minimum rm 50, boleh mencarum bila bila masa
      bukan ikut bulanan mcm biasa
      dua minggu sekali pun boleh
      kalau ada sempit sikit, tangguh dulu utk masa tu
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Operasi Menjelang RamadanMy Profile

      • Oh, boleh bila-bila masa? Rasa macam nak je update akaun KWSP tu semula sekarang.. Sejak dah belajar ni, dah tak ambil tahu tentang akaun KWSP.. Kalau mulakan dari sekarang pun, bagus juga rasanya, kan? heeeeeee ^_^
        Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..EXAM STRESSMy Profile

  21. Memang betul.. Suri rumah juga boleh mencarum KWSP utk masa depan..
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Khasiat jintan manis membantu memecahkan lemakMy Profile

  22. bagus sangatlah tu!
    Jom terjah post menarik dari kesumaangsana ..Kenal Rahsia Diri Dengan Pergerakan JariMy Profile

  23. syukurr alhamdulilah….

    maza pakat tempat kerja mencarumkan aje. hehehhe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Popia BasahMy Profile

    • untunglah…….. ada majikan
      kami isteri yang tak bekerja, majikannya adalah suami
      berapa kerat suami yang ada rasa nak mencarum utk isterinya

      yang boleh dikatakan bekerja tanpa had masa?

      itu bahasa kasarlah…. kalau cerita lebih dalam lagi, ganjaran dari Allah lagi besar
      kita cerita hal dunia.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Blogger Pun Boleh Mencarum Di KWSPMy Profile

  24. aznurul says:

    kak jie,

    kalau kita transfer akaun kwsp masuk ke MAA Takaful contohnya, lagi untung ke rugi? tapi tak la semua sekali. sekadar amaun tertentu je. KWSP akaun 1 boleh keluarkan lepas umur bersara je kan. jadi kalau masuk takaful ni adakah lebih berbaloi utk kegunaan hari tua nanti? saya carum utk diri sendiri juga walaupun tak banyak.

    terima kasih atas pandangan.

  25. muhammad fakhruddin says:

    Elok juga beringat-ingat untuk masa depan. Semakin menarik dunia kewangan Malaysia 🙂

    Pendapatan saya tak cukup untuk mencarum, untuk menyimpan insya-Allah.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Behind that Shiny ResumeMy Profile

  26. Bagus ni, boleh buat untuk isteri nanti..

  27. Bagus ada Isteri cam kak jie..sentiasa merancang utk masa hadapan…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Kenapa Eyriqazz tidak Sesuai Jadi Host Jalan Jalan Cari MakanMy Profile

  28. betul tu..dulu masa tak tau boleh mencarum sendiri agak leceh jugak sebab fikir takde simpanan (nak simpan sendiri memang tak berdisplin lansung simpanan tu).. tapi masa kemaskini maklumat, diberitahu pulak pasal boleh carum sendiri walaupun kerja sendiri, memang dah tetapkan caruman setiap bulan..bila dah mula kerja bawah majikan ni, masih jugak lagi menambah caruman dari pendapatan sendiri..

    p/s : paling suka dengan perkhidmatan kaunter KWSP yang cepat dan mesra
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Siaran percuma dari astro untuk aku ?My Profile

    • bab kaunter kwsp tu memang betul.

      pernah ke kwsp shah alam, jln raja laut dan biasanya ke selayang

      kalau ada masalah, pegawai kwsp akan contact dan dia pun bagi no handphone utk dihubungi

      senang sgt….

      sekarang ni ada mesin utk buat bayaran…. mcm mesin CDM bank
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Beritahu Mak Ayah , Saya Nak KahwinMy Profile

  29. untunglah jadi suri rumah yang ada caruman kwsp.. hohoho
    Jom terjah post menarik dari topo ..30 Logo Sambutan Kemerdekaan Sepanjang Zaman yang Lagi Cantik dari Logo Tahun IniMy Profile

Trackbacks

  1. […] Baca entri macam mana nak buat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan dan  Blogger pun boleh mencarum KWSP! […]

  2. […] Saya surirumah yang membuat caruman KWSP setiap bulan.  Banyak kebaikan dari caruman KWSP, bukan saja untuk jaminan hari tua, tetapi untuk menyediakan kemudahan masa sekarang. Blogger pun boleh mencarum KWSP! […]

  3. […] keistimewaan sekiranya kita mencarum KWSP nih. Dulu ada mama blogger juga pernah entri berkaitan KWSP juga, boleh baca entri penuh di SINI […]