isi buah perah

Buah Perah Gulai Asam Rong

Hari ini pergi pasar terjumpa sesuatu yang istimewa. Itulah seronoknya kalau pergi pasar pagi di Batang Kali, kalau dua minggu lepas saya terjumpa orang jual shell/scallops dari laut dalam, kali ini saya terjumpa orang menjual buah dari hutan.

Buah Perah  atau nama saintifiknya Elateriospermum tapos

Selalu saya baca mengenai buah perah yang dibuat umpan memancing ikan atau menu masakan tradisi Pahang iaitu Gulai Asam Rong.  Asam Rong adalah bahan yang  menggunakan buah perah atau buah getah. Seumur hidup, inilah kali pertama saya melihatnya.  Kalau buah getah, saya kenallah.

Buahnya seperti biji getah tetapi lebih bujur dan ada tetulang di bahagian tengah. Buah perah ada  tempurung yang keras dan isi dalam yang putih juga seperti isi biji getah.

 buah perah

Tanpa segan sili saya bertanya apakah buah ini dan bagaimana cara untuk memakannya. Buah perah boleh dimakan tetapi boleh juga memabukkan jika dimakan berlebihan atau  tidak diproses dengan cara yang betul.

Cara Makan Buah Perah.

Rebus 3 kali dengan air yang berlainan. Selepas sekali rebus, buang air dan isi air baru dan rebus semula sehingga 3 kali. Rebusan terakhir barulah dimasukkan garam.

Cerita dari penjual, rasanya seperti badam atau buah berangan. Saya belum rebus lagi, jadi belum tahu bagaimana rasanya. Harap-harap tak adalah yang mabuk sampai pening.

Saya beli lebih kurang 30 biji dengan harga RM 2.

Saya tak ada pengalaman, kalau sesiapa pembaca blog yang tahun cara lain untuk memakan buah perah ini, bolehlah berkongsi bersama.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

11 thoughts on “Buah Perah Gulai Asam Rong”

  1. Nak makan kena rebus macam tu dan juga buat asam rong.Setakat makan kalau terlalu banyak memang akan pening kepala.Rasa lemak macam rebus biji nangka.

Comments are closed.